Pada hari kedua baru la dari negeri lain sampai…dah mula sesi kenalan hanya seorang sahaja bangsa india dan 3 orang bangsa cina yg lain melayu.. seminggu daripada tu..masa kami nyenyak tidur saya tak perasan pukul berapa sorg pelatih dorm saya nina(bukan nama sebenar) menjerit histeria…saya pula sebelum ni jarang la jumpa orang histeria memang kami satu dorm gelabah gila.. nina bole pulak masa tu meracau tapi dia tak keluar dari kawasan katil dia yg berkelambu sbb kami setiap malam memang dinasihatkan untuk pasang kelambu sebab kawasan tu kawasan denggi .. selamat ada sorang pelatih tu sara(bukan nma sebenar) dan dua tiga org lagi yg berani daripada yang lain..depa la yang pegang dan dua tiga org lain pangil cikgu untuk datang tengok..nina meracau suaranya jadi garau dan cakap thailand..memang kecoh time tu.. Cikgu pun datang buat apa yang patut..nina senyap tenang..
Lepas pada tu cikgu cakap “tidur di katil masing-masing jangan kongsi katil saya dapat tau siap kamu semua”.. pada mulanya semua bersetuju…lepas ja cikgu keluar kami terus pegi dkt katil sesapa janji berdua..takut..haha sampai la kepagi…. Kemudian setiap minggu dia akan jadi histeria cara yg sama..sampai kami naik lali…bila dia histeria..kami semua tidur atas katil sendiri tak takut macam dia first time histeria..bila kami tanya dia..dia cakap badan dia memang ada benda…kami pun takut sebenarnya tapi dah biasa kami bole buang la sikit perasaan takut tu…
aDa satu kes tu kami ingat dia akan histeria bila dalam dorm saja..ni tidak dia histeria masa turun racall malam di kantin..masa tu semua pelatih akan turun untuk perjumpaan la senang cerita…saya tengok dah pelik dah sebab malam tu dia seronok sangat…bila saya tengok dia makin lama makin senyap..saya dah cakap kat member saya “ada tak kena ni wei..”tiba-tiba dia menjerit histeria sampai satu kantin terkejut ada la perempuan yang menangis takut..kami hanya duduk dan makan yang lain datang pegang..ada pulak seorang laki india marah dia sebab dia histeria cakap kat “benda” tu jangan ganggu dia la apa la..
lawak pon ada..haha..sepanjang dia jadi histeria saya tak pernah datang pegang sebab saya malas nak masuk campur..takut juga tiba-tiba dtg kacau saya pula..sebab sarah yang berani selama ni tolong pegang ponn selalu kena tindih..sebab tu saya malas nak masuk campur… Bila nina dah histeria ..tiba-tiba rani(bukan nma sebenar) berbangsa india histeria juga..rani ni satu dorm juga dengan saya… kawan kawan saya pon angkat rani ni nak bawak masuk ke dalam bilik rehat..tiba2 rani ni keluarkn suara mcm menangis pon ada mcm nyanyi pon ada..apa lagi kawan kawan saya yg angkt rani tu pun terlepas la rani tu..jatuh la rani tu kelantai..pengsan terus rani tu..depa pon takot..saya yg jadi pemerhati setia ni nak gelak pon ada..tapi tahan..kiranya malam tu diorang berdua duduk bersama cikgu sampai pagi…
esok pagi kami bertanya kepada rani nampak apa..dia cakap tu perkara biasa tapi tak selalu sebab dia dah pakai tangkal yang sami dia bagi…kami tanya lagi tangkal apa..rani cakap tangkal untuk tahan benda dalam badan dia ni…dahh sudah!!…baru kami tau ada 2 orang dah yg ada saka dalam dorm kami…masa tu saya dah fikir dah..apalah malang sangat nasib aku ni….. Alhamdulillah rani sejak pada tu tak pernah histeria dah…tapi tidak nina sesi histeria dia berlaku setiap minggu…jika nina histeria dalam dorm rani akan pegang tangkal dia kuat2..supaya dia pon tak histeria sama..
Dalam masa yang sama setiap minggu ada saja orang nampak kelibat masuk dorm la..kena tindih la..dengar org berjalan la..nampak disebalik pokok la..Satu kes paling teruk pernah berlaku..tapi tak la teruk sgt kami yg geram sebenarnya.. Masa tu saya dan su(bukan nma sebenar) sedang buat hiasan dalam dorm dan atin(bukan nama sebenar) tengah berdengkur tidur..nina pula tengah tidur di katil dia yg dah siap dipasang kelambu..
hanya kami berempat dalam dorm masa tu dan time tu cuti..yang lain ada yang basuh baju bergayut fon dan sebagainya… Dalam kami seronok menghias dorm nina histeria lagi sambil nak capai atau nak pegang saya..Saya terus cakap “ang kenapa?”…dia terus mata terbeliak nak pegang saya..saya msa tu cuma tengok ja dia..kemudian ramai budak-budak dorm lain datang sebab dengar jeritan dia…cikgu pun datang dengan kain telekung yg tak sempat nak buang… Bila cikgu datang cikgu pegang dia ..dia macam biasa menjerit…meronta…
Jangan salah faham sebenarnya kami semua penat dah lagi 2 minggu nak habis plkn tapi dia still histeria…kiranya hampir 3 bulan kami dalam agak ketakutan… Kemudian yaya(bukan nma sebenar) cakap “cikgu basah la kita bawak keluar ja la…”diorang yang lain saya tak tau la angin jahat apa yg datang ke..diorang ambil timba dan tuang air atas nina..abis lencun nina macam mandi..tepi dorm tu..kemudian nina sedar…saya fikir menjadi pulak cara ni..haha Lepas tu kami tinggal ja nina dekat tepi dorm sekejap pastu angkat dia masuk dalam dorm…
letak atas ambil tuala kat dia sruh tukar baju semua.. Hari last plkn tiba2 cikgu umum yg sesiapa balik naik bas kena tunggu lagi sehari yg balik dengan mak ayah boleh balikk dahulu..dan malangnya nasib budak dorm sya yg naik bas sbb nina dan rani tu balik naik bas..jadi malam tu dalam dorm orang kurang dan terpksa bermalam dengan depa dalam kuantiti yg sikit..depa takot jugak tiba2 histeria ka nina tu…tapi alhamdulillah tak dak apa berlaku..hehe Itulah pengalaman saya di plkn memang mencabar tapi tu jugak bole dijadikan kenangan..dan cerita ni berlaku 3 tahun dahulu..sekian…
::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
hahah…yg kawan dye tu xleyh blah…tgh bershampoo berkemban dtg bilik tnye ape jd
aku dulu pon dapat plkn sini jugak, tahun 2011/2012. alhamdulillah tak ada apa2 yang jadi.huhu
hahah aku dulu kem sini juga, tahun 2005/2006, main spirit the coin n x hantor balik, sory ye adik2 yang terkena….