Kisah Alam Bunian Di Hostel Unisel

Ni pengalaman aku sendiri tentang kisah mistik semasa aku belajar di Unisel Batang Berjuntai Selangor intake 2007. Semasa intake aku kolej ni baru sahaja siap jadi infrastruktur semua nampak moden dan tak ada yang menakutkan pun. Macam biasa, pelajar baru akan diberikan keistimewaan untuk tinggal didalam kolej. Hostel kami ni macam apartment 4 tingkat dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Mujur la dapat tingkat 1 (tak ingat blok apa) tak ada la penat sangat nak turun naik tangga. Satu rumah ada 6 orang dan setiap bilik 2 orang. Aku dapat bilik dengan Ana (bukan nama sebenar) iaitu sepupu aku sendiri.

Kejadian semasa semester pertama. Masa tu bulan puasa. Bilik aku dan Ana sebelahnya dapur. Bilik lagi 2 tu bertentangan bilik aku, kira kalau buka pintu bilik aku nampak la terus bilik lagi 2 tu. Aku dengan Ana kalau nak tidur memang kami tutup pintu sebab tak nak nyamuk masuk. Yang housemate bilik depan tu (Ira dan Nurul) tak pernah tutup pintu sebab takut kot. Sebelum nak tidur, Ira ni pasang tv ada siaran mengaji sampai waktu sahur. Ira biarkan tv dekat ruang tamu terpasang sampai lah nanti kami bangun sahur. Aku pun dengar la sayup2 orang mengaji sampai aku terlelap.

Esoknya Ira tanya aku dgn Ana. “Korang ada bangun mengaji ke ikut dalam tv?”. Aku terus jawab tak ada serentak dengan Ana sepupu aku. Rupanya dia kata dia dengar macam ada 2 3 orang mengaji sama2 ikut suara tv. Aku pun tak ada la pelik sangat sebab mungkin memang rancangan tu mengaji ramai2. Ira mati – matian kata yang mengaji seorang masa dia buka siaran tu. Lagipun bulan puasa kan jadi malas nak fikir karut-marut.

Sejak tu macam2 la kejadian pelik berlaku pada kami bila kami semua dah masuk bilik nak tidur ataupun study. Kejadian yang kerap berlaku ialah kami dengar bunyi kerusi meja kena alih pukul 1-4 pagi. Aku ingat mungkin budak2 hostel atas tak tidur lagi duduk study jadi dorang lah yang alih2 kerusi tu. Padahal naluri aku kata tu bunyi dekat ruang tamu aku sendiri. Lepas tu bunyi pintu orang buka lepas tu tutup. Eh mungkin housemate aku ada yang baru balik. Entah pergi mana la balik pagi2 buta ni kan. Nak sedapkan hati sendiri.

Memandangkan bilik aku sebelahnya dapur, jadi aku selalu dengar bunyi macam orang memasak, buat air sudu berlaga dengan cawan tu dan basuh pinggan mangkuk. Nak kata member2 rumah, sah2 bukan la sebab takkan dorang buat semua tu dalam gelap. Boleh nampak cahaya lampu kalau kat celah pintu tu. Ni memang tak ada, gelap. Aku pun malas nak kecoh2 tanya2 sebab nanti menakutkan yang lain. Dalam kepala otak aku selalu cakap ni kan bulan puasa, mana ada hantu2 ni. Apa yg aku dengar tu mungkin perasaan aku tak pun budak rumah kat atas.

Sebelum kami cuti raya puasa sekali gus menamatkan semester pertama, kami satu rumah 6 orang duduk la sembang2 sebab dah tak ada kelas kan masa banyak dihabiskan berborak. Sampai la satu cerita ni, Ira bagitahu yang dia pernah nampak macam ada satu bayangan orang macam lembaga pun ada warna gelap dekat depan pintu bilik aku. Hah apa lagi terbeliak biji mata kami berlima. Ira sambung cerita dia.

Masa dia nampak tu tengah malam la sebelum dia tidur. Dia kan tidur tak tutup pintu. Bayangan tu tembus masuk dalam bilik aku melalui pintu tu dan nampak samar2 macam pergi ke dapur. Ya Allah masa tu semua kata perasaan Ira je kot sebab bulan puasa mana ada hantu. Tapi dalam hati aku kata mungkin ada kena mengena dengan apa yang aku dengar2 selama ni. Kami pun tutup cerita tak nak fikir negatif2. Balik la kami semua ke kampung masing2 untuk beraya dan cuti semester selama 3 minggu.

Masuk semester kedua. Semua kawan rumah aku dah balik awal2 pagi lagi termasuk la sepupu aku Ana. Aku je sampai lewat. Korang tau apa terjadi??? Dekat pintu bilik aku tu ada macam pasir ditaburkan menutupi pintu. Ni Ana yang cerita sebab dia sampai awal, dia dah siap sapu dah pasir tu. Lepas tu lantai bilik aku dan Ana ada banyak rambut gugur. Rambut yang panjang2 dan lurus. Seingat aku, sebelum balik aku dah sapu bilik tu bersih2 jadi tak mungkin rambut kami. Lagi satu yang pelik dalam bilik air aku dan Ana ( yg 4 orang lagi bilik air sebelah ) ada macam minyak dah guna/goreng dibuang kat lubang laluan air keluar. Ni pun Ana dah bersihkan. Kalau aku yang sampai dulu aku tak tahu la reaksi aku macam mana nak hadap benda pelik2 tu.

Malam tu Ana ada minta saudara kat kampung kami tengokkan apa yg berlaku. Tapi jawapan yang dibagi tak memuaskan hati aku. Mungkin orang yang tengokkan tu tak nak takut2 kan kami yang masih mentah ni. Aku pun apa lagi terus call emak aku (emak dah meninggal 5 tahun lepas, rindu emak) aku bagitahu apa terjadi sekali nak minta jiran aku Cik Zainal tengokkan. Cik Zainal ni memang pandai ubatkan bermacam2 jenis penyakit dan tengok alam/makhluk lain. Emak hanya bagi nama penuh aku berbinti kan nama emak untuk dia tengokkan apa yg berlaku.

Memandangkan Cik Zainal telah cerita sedetail2nya, emak pun cerita la semua tanpa selindung satu pun pada aku (sebab emak tahu aku seorang yg kuat semangat). Rupanya bilik tidur aku tu tempat tinggal orang bunian. Ye orang bunian! Rumah mereka tersergam indah dekat bawah meja study aku bersambung dengan katil bujang aku. Dari apa yang diceritakan, dalam rumah tu ada pasangan suami isteri dan 2 orang anak. Mereka ni Islam dan isterinya seorang yg berpurdah kiranya keluarga yang sangat kuat agama. Dekat bawah meja tu juga la tempat anak2 mereka bermain. Mujurlah aku tak pernah terpijak mereka ni kalau tak apa la nasib aku kan.

Dekat ruang tamu hostel kami pulak ialah kedai makan kepunyaan orang bunian ni. Jadi misteri selama ni tentang bunyi2 orang memasak la, buat air la, basuh pinggan semua tu terjawab. Mereka ini lah yang rupanya buat bunyi2 tu kan. Logik juga la sebab kedai makan kan masak tu masak ni amik order bancuh air semua tu. Minyak yang Ana nampak dalam bilik air tu ialah minyak bekas ‘mereka’ memasak. Tak sempat nak bersihkan kot sebab mereka tak sangka kami balik awal ke hostel tu. Bunyi kerusi ditarik ditolak dan pintu dibuka ditutup yg selama ni aku dengar tu ialah bunyi pelanggan kedai makan ‘mereka’ datang dan pergi. Bunyi orang mengaji mengikut tv tu ye memang ‘mereka’ juga. Hati aku sedikit berani bila emak kata mereka ni Islam macam kita. Mereka sembahyang dan mengaji bahkan mereka lebih banyak beribadat dari kita.

Sejak tahu tu aku alihkan posisi aku tidur. Sebelum ni kaki aku kat hujung meja study tapi kali ni aku letak kepala kat situ. Kira macam hormat sikit la kan tak bagi kaki. Nak alihkan perabot takut roboh rumah mereka. Lagi satu pasal pasir kat pintu bilik tu dan rambut. Rupanya tu abu kemenyan. Orang bunian tu yg tabur kononnya nak takutkan kami supaya kami pindah tempat lain. Tapi Cik Zainal kata jangan risau mereka takkan ganggu lagi (tak tahu la apa perjanjian mereka sebab sebenarnya mereka nak terus takut2kan kami sampai kami mengalah. Alhamdulillah kami cepat bertindak).

Yang bayangan Ira nampak tu kami tak tahu apa emak pun tak cerita. Mungkin keluarga bunian ni juga. Cik Zainal ada kata kalau nak dia alihkan keluarga bunian ni kat tempat lain boleh, tapi dia minta aku uruskan dengan pihak hostel dan IPTS sebab nak alihkan keseluruhan ‘mereka’ di hostel tu. Disebabkan kesibukan aku belajar TESL yg ‘tough’ tu aku terlupa nak uruskan. Lagipun mereka tak pernah ganggu aku jadi aku tak nak ganggu mereka.

Ceritanya dulu tempat mereka kat hutan tu sebelum dibangunkan jadi hostel. Oleh┬ásebab dah tak ada tempat lain mereka ni menumpang di rumah2 hostel kami termasuklah hostel aku duduk. Aku habiskan semesta kedua macam biasa. Setakat bunyi2 tu memang ada sama ada kau dengar ke tak. Kalau tidur mati memang tak dengar. Semester seterusnya aku pindah duduk luar jadi aku tak tahu dah apa cerita hostel tu. Ini je lah cerita tentang pengalaman aku sendiri. Aku harap kalau ada yang duduk hostel unisel ni antara tahun 2007 dan seterusnya cerita la ada tak pengalaman sama macam aku. Teringin nak tahu…

.

Za
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

12 comments

  1. aku masa duduk unisel bj. hostel lelaki block apa dah tak ingat… semester 1 masa tu 2009, duk tingkat satu jugak… masa tido muka ada macam kena renjis air, makin lama makin kuat renjisan air tu…. aku kuatkan semangat untuk buka mata dan intai,

    rupanya hari hujan dan aku tak tutup tingkap. itu jelah pengalaman aku kat asrama unisel.

  2. Masa asrama unisel tu baru bukak balik , kedengaran benda yg sama. Macam org tarik2 kerusi alihkan perabot org berjalan, lompat2 dengar bunyi guli pon ada… Ramai yg histeria akibat gangguguan makhlukni terutama hostel siswi. Tapi since dah ramai intake yg duduk hostel.. Perkarani berkurangan..tapi still ada

  3. La yeke, kita pun dulu student unisel. Blok f kot kita duduk tingkat 1 xsilap.. Kita pun selalu gak dengar bunyi dulu.baru la tau

  4. Saya stay di hostel Unisel sejak 2006 – 2009. Asrama lelaki tiada apa-apa yang pelik pulak. Tapi setahu saya di asrama siswi, satu nama blok di’reserve’ iaitu terus dilangkau seingat saya.
    Blok lelaki A – D, Perempuan E – G, terus I, J.

  5. aku pn blaja kat unisel n ade pngalaman jg budak histeria 3bulan..smpikan mmbe aku dgr ‘bnda’ tue sebut name aku tp aku xdgr ape2..smpi skip byk clss..tp tue kat unisel s.alam (sem 1)..pastu ms kt unisel btg b’juntai (dok hostel) pnh kna kacau bunyi tombol pintu bilik kna pusing byk kali dlm pukul 2,3pg..yg roomate aku plk dgr bunyi tgkp kna ketuk..dlm ms yg sm gak..tp ktorg dua2 x sedar yg ktorg dua2 terjaga ms yg sama..

  6. Ehhh ni namenya bunian ala moden..ikot peredaran zamn..nila first time aku tau yg bunian ni bkn je brkmpung kt hutan..kt hostel pon boleh..lpasni apartment mahal pon bunian ni duduk(melebih2 pulak)..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.