Kisah Benar-Cinta separuh nyawa

Salam semua. Aku baru 1st time menulis. Aku sendiri tak pasti sesuai atau tidak kisah ini ditulis dalam FS ni. Nama aku Mira, aku taip guna tablet je sebab lappy aku dah jahanam pecah berderai. Aku sekarang pegang tittle isteri kedua. Suami aku dah agak berumur, sebelum nikah dengan aku dia dah ada 2 orang isteri. Aku pula janda anak 2.

Panjang cerita kalau nak cerita dari awal jadi nak memudahkan kiranya perkahwinan aku ni ramai yang tak suka. Bukan setakat duda aku & isteri isteri dia, tapi girlfriend sparepart dia pun tak suka. Tapi aku sayang dia. Aku akur dengan status aku yang perlu berkongsi dengan orang lain.
Kami bahagia. Terlalu bahagia, sehingga kami dikurniakan seorang anak perempuan yang memang suami impikan. Tapi segalanya jadi kucar kacir bila kelahiran anak ku tersebar.

Sejak berkahwin aku tidak dibenarkan berkerja. Suami bagi modal untuk aku berniaga. Itu pun aku perlu pergi tengok kedai sekali sekala sebab aku ambil 3 orang pembantu jualan. Jadi aku hanya urus rumah, anak anak, dan tunggu suami balik. Dia suka aku masak. Boleh dikatakan hampir setiap hari dia akan makan dirumah aku. Dia cakap masakan aku sama macam masakan ibunya. Dia jarang ada di rumah, jadi aku memang selalu di rumah dengan anak anak je.

Ketika bayi kami berusia 6 bulan, aku selalu mimpi didatangi ramai bayi kecil minta disusukan. Kadang kadang aku jadi bingung sebab mimpi tapi macam nyata bila aku hampir campakkan bayi aku sendiri kerana tertekan mendengar tangisan tangisan bayi yang ramai tu. Aku tak tahu mana satu yang patut aku susukan.

Aku jadi agak tertekan bila tidak dapat tidur lena setiap malam. Aku jadi murung. Aku jadi takut hendak keluar dari rumah. Sampai barang dapur habis pun aku tak pergi ke pasar. Dan pada masa tu entah kenapa suami aku susah sangat nak balik rumah aku. Aku sedih bila dia tak balik tapi aku lawan perasaan tu sebab aku sedar aku siapa.

Cukup sebulan aku dalam keadaan tu, suami aku balik. Aku fikir dia dah sedar tindakan dia tak balik tu salah, biarkan aku dengan anak anak. Tapi masa tu dia cakap sesuatu yang aku sendiri jadi bingung. Dia cakap aku curang. Aku dah beberapa kali pergi ke Genting Highland dengan lelaki lain. Dia kata ada bukti. Orang kirim gambar aku dengan lelaki tu pada dia. Bila aku minta dia kata dah hilang. Dia lafas talak 1 pada aku. Aku memang terduduk masa tu. Aku bingung tapi aku hanya mengadu pada Allah.

Lepas aku diceraikan, aku sakit istihadah. Period berpanjangan hingga adakalanya aku rasa lemah. Ditakdirkan entah macam mana staf aku kat kedai datang ke rumah untuk melawat aku sebab berbulan bulan aku tak pergi tengok kedai. Staf aku ni memang baik & amanah orangnya. Dia masuk ke rumah aku dengan muka pelik. Dia paksa aku pergi berubat. Dia urus anak anak aku & aku dibawa oleh seorang lagi staf ke pusat rawatan Islam yang terkenal kat Bangi. Aku menangis meraung saat ustaz pegang kepala aku.. aku dinasihatkan untuk rawat diri dengan menggunakan daun bidara yang mana sebelum tu aku tak kenal pun apa bendanya.

Lepas sebulan, aku makin pulih. Masa dalam proses merawat diri tu macam macam aku hadap. Beberapa kali bayangan menyerupai suami muncul dalam bilik. Lepas tu duda aku tiba tiba muncul dalam bilik air dengan wajah menakutkan. Yang paling aku tak boleh lupa pada suatu malam lepas aku buat tahajud, angin ribut melanda rumah aku. Rumah orang lain tak jadi apa apa pun. Habis semua barang barang rumah berterabur pecah sampai semua anak anak aku menangis ketakutan. Esoknya, suami aku balik dalam keadaan lemah & kusut masai tak terurus. Dia mohon maaf dan dia rujuk aku semula. Dia serabut sampai dia buat banyak masalah di tempat kerja.

Tak lama lepas kami rujuk, suami bercerai dengan isteri ke 2 tanpa aku ketahui apa punca utama. Mungkin sebab aku ada.

Perniagaan aku pula diuji hingga aku terpaksa tutup kedai. Salah seorang staf sakit teruk. Bila dibawa ke klinik tiada apa apa, tapi bila dibawa berubat ada mahluk duduk bertenggek atas bahu dia. Patutlah dia selalu MC sebab sakit badan. Entah berapa kali kedai aku diselubung bau bangkai. Puas mencari, bangkai tak jumpa. Yang pasti orang tak nak masuk kedai sebab bau busuk menusuk hidung.

Kisah tu berlalu dan aku hadapi segala dengan tabah, berkat sumber kekuatan dari anak anak. Kami meneruskan hidup tapi kewangan suami agak teruk. Aku pulak dah tak dapat membantu lepas kedai ditutup. Kami terpaksa berpindah ke tempat yang lebih murah. Tapi masih berhampiran dengan pejabat suami. Senanglah dia nak balik makan bila bila dia perlu. Masa tu kami dikurniakan seorang lagi bayi perempuan. Kami happy walau hidup tidak semewah dulu. Tapi isteri pertama tidak tahu kami telah rujuk semula dan masih hidup bersama. Suami cakap biarlah begitu asalkan aman.

Tapi jalan Tuhan nak tunjuk tu ada je. Kawan suami yang tinggal dirumah sewa suami (rumah disewa untuk mengaburi mata isteri pertama) ditemui m**i setelah 2 minggu. Jiran jiran terganggu dengan bau busuk lalu melapor pada polis. Polis terus menghubungi suami untuk pengesahan kebetulan waktu itu dia bersama isteri pertama. Tiada perkara lain lebih utama melainkan soalan dimana sebenarnya suami tinggal kalau mayat arwah dah 2 minggu mereput dalam rumah tu. Polis sah kan m**i sebab heart attack.

Lepas tu bermulalah kisah kisah pelik berlaku dalam rumah kami tinggal..

Anak anak aku semua dah pandai bercakap masa ni. Yang kecil sekali aku detact dia mula bercakap seawal 7 bulan. Aku tengok & dengar dia bercakap sendirian. Bila aku tanya dia diam. Aku tanya apa apa pun dia diam. Dia cakap memang ketika bersendirian. Satu malam, lepas suami keluar rumah untuk balik ke rumah isteri pertama, anak bongsu aku bersuara “ayah dah pegi work kan..ni kawan ayah kenapa duduk sini lagi?” Sambil menunjuk arah kipas siling. Aku tergamam terus mendukung anak aku masuk bilik. Aku meletakkan dia diatas katil “mak, kawan ayah cakap jangan tutup pintu bilik. Nanti dia nak masuk tidur dengan kita” korang rasa?? Berani nak tidur? Aku memang tak tidur sampai subuh.

Cerita panjang lagi… sebab sampai sekarang aku masih bertarung dengan kehidupan aku ni… tapi aku dah mengantuk gila. Kalau korang nak aku sambung nanti aku sambung.. terima kasih sudi baca..,

Mira

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 4.7]

16 thoughts on “Kisah Benar-Cinta separuh nyawa”

  1. Sambung peliisss…
    Paling xleh hadam seriau tgk baby umur 7bulan dh pandai borak sensorg…
    Eeerrggghhhh…
    Meremang…

    Reply
  2. menarik & menakutkan.. hrp ada sambungan. Bertabahlah & sentiasa memohon petunjuk Moga keluarga akak dalam lindungan ALLAH SWT.

    Reply
  3. cerita menarik…tapi the moment aku nampak jer ayat…kalo korang nak aku sambung…nanti aku sambung…hmm…sukati ko la dik nak sambung ke tak…

    Reply
    • Hahaha ni tahap alergik ni dngn perkataan tu…tahu sebb ramai yg jenis cari perhatian kan… Tapi cite sis ni okey jg…hahaha

      Reply
  4. Ttiba teringat cerita atek joker???

    Apa2 pun, berubat la sis.. kalau melibatkan anak2 ni mmg melampau..
    Semoga sis dan anak2 sihat dan selamat di bawah perlindungan Allah swt.. Aamiinn

    Reply
    • heheheh kalo dah tumbuh gigi tu mmg lmbat lah dia nk bercakap.
      mmg ada anak2 aku jaga, yg boleh ckp seawal 7 bulan.. cuma fasih dan x fasih je…

      Reply
  5. Salaam… terima kasih pd semua yg sudi baca & komen. Sy dh submit episod 2 dan episod 3 (akhir).. tunggu nnti admin check dulu ya… aku_orang, betul, anak sy mmg dh bercakap umur 7 bulan. Tp pelat la… yg penting mak dia faham apa dia ckp. Terima kasih, doakan sy terus kuat…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.