Kisah Bonda (flat)

Kisah Bonda (flat)

Assalammualaikum semua. Selamat berkenalan kepada yang masih belum mengenal Bonda.
Cerita ni merupakan kisah Bonda selama menyewa di sebuah flat dan masih menetap disini lagi. Rumah Bonda berada di tingkat 3, blok biar la dirahsiakan. Nanti jiran takut. Bonda sudah menyewa disini selama lebih kurang 9 tahun dari tahun 2012. Dari anak sulung ke anak ke empat…

Semasa Bonda mula mula pindah kesini, rumah sebelah Bonda memang sudah kosong. Baru tahun ni ada penyewa dan sudah 2 kali bertukar penyewa. Penyewa pertama kata kerap kena ganggu sampai menyerupa, penyewa kedua ni tak tahu la tahu tak pasal gangguan rumah diorang. Rumah Bonda ni sebelah menyebelah je pintu. Jadi ape ape memang dengar la. Semasa rumah sebelah Bonda masih kosong, kerap juga la Bonda dengar guli, mengetuk, kadang kadang tingkap boleh terbukak sendiri. Bonda memang tak kan pandang sebab Bonda takut, hahaha. Takut nampak yang tak sedap di pandang kan susah.

Hari hari bonda akan tinggal bersama anak sulung Bonda yang berusia 3 tahun sendirian. Sebabnya suami Bonda ni kuat ot. Sampai tahap 6 ke 8 pagi. Jangan ingat benda tak baik ye dosa percuma nanti, hahaha. Hari pertama Tiada apa apa. Hari kedua Tiada apa apa. Jatuh pada malam ketiga Bonda telah diberi salam perkenalan oleh jiran sebelah Bonda. Masa tu Bonda Tiada Astro, Tiada TV flat, yang guna cuma TV kotak dan pemain CD. Jadi anak Bonda ni Hanya akan tengok CD yang sama berulang kali. Cd boboiboy. Masa tu Bonda sedang dalam bilik berbaring Sambil melihat anak dari dalam bilik sahaja, tiba tiba antara pukul 12 ke 1 malam, Cd jadi blank (biru) tak pernah jadi cmni. Dan anak Bonda mula hendak merengek. Cepat cepat Bonda peluk dan pujuk Sambil betul kan Cd. Tapi tetap sama tak boleh di pasang.

Semasa Bonda tengah cuba membetulkan Cd, bonda terdengar suatu suara garau, tapi tidak berapa kuat seperti dia sedang berdiri di sebalik pintu rumah. Menyebut “tolong”, “tolong”, “tolong”. Pada mulanya Bonda hendak membuka pintu, tetapi perasaan tidak sedap hati mula penuh di fikiran. “siapa pulak mintak tolong dekat rumah orang malam malam buta ni?”. Terus Bonda masuk ke bilik dan tidak menutup semua lampu sebab terasa seram. Semasa di dalam bilik, bonda menepuk anak Bonda untuk menidurkankanya, tetapi anak Bonda boleh menegur, “ada orang kat tingkap yang, senyum senyum nak masuk!” . Memang terkejut beruk, kecut perut, serta nak pelangkong je mulut sikecik ni pon ada. Adoii sabar jer la. Pelahan lahan Bonda tarik langsir dan paksa diri untuk tidur. Akhirnya tidur jugak dua beranak.Esoknya cuba pasang cd tu. Eh, elok pulak.

Cerita kedua

Dalam tahun 2016, bonda tengah mengandungkan anak ketiga, memang tengah sarat sangat, tapi diakibatkan perasaan tamak dan lupa diri tu mengandung, bonda Langar pantang balik dalam pukul 12 mlm. Pergi berjalan jalan dengan family punya pasal. Yang silap nya malam jumaat pulak tu. Adoii, memang salah sendiri la…

Masa Bonda naik tangga ke tingkat 1, bonda rasa semacam, tetiba kaki Bonda rasa lemah dan bergoyang (terketar), tapi Bonda tetap naik dan ape yang Bonda nampak di depan Bonda jarak dalam 5 meter rasanye, maaf sebab lemah meter meter  ni. Bonda nampak ada bungkusan besar bulat tengah jalan, bonda pikir, sape le punya b*d*h buang sampah besar gajah depan laluan rumah org ni. Sambil membebel Bonda melangkah naik tangga untuk balik rumah. Tapi Bonda boleh undur balik, sebab tak puas hati tengok lagi. Bentuk nya cm org tidur mengerekot, berselubung dengan kain putih, tak putih sangat cam kain putih tu dah kotor. Ada comot comot. Lepas Bonda dah sampai umah, suami pon dh ingat nak naik sebab sembang dengn member, bonda tanye, “abah, sape punye kerja bijak pandai buang sampah besar tengah jalan tingkat 1?”. Jawapan suami Bonda pulak, ” sayang mabuk ke?, mana ada sampah?, tingkat berapa? Abah tak nampak pon”. Alahai.. Dalam hati, kna prank lagi dh dengan benda ni.. Baru la sedar diri ni.. Menyesal tak sudah.

Cerita ketiga

Dalam tahun 2020, anak Bonda yang sulung dah berumur 10 tahun. Hensem anak Bonda dh. . Comel bulat je. Anak Bonda ni panggil je wawan, tidur dalam bilik sendiri dengan adik adik yang lain. 1 malam tu, dalam pukul 2mlm, bonda memang tersedar ada bunyi kuat cam langgar tingkap. Tapi sebab Bonda malas nak layan Bonda tidur.
Jd Esoknya wawan ni cerita kat Bonda..
Wawan: Yang, (panggilan anak pada Bonda sebab ikut abahnye)  malam tadi yang tak dengar ke bunyi kuat benda langgar tingkap Abg?.

Bonda:  dengar, kenapa?

Wawan: kenapa yang buat tak tahu?, kenapa tak tengok Abg..

Bonda: Abg dah besar uruskan la sendiri, anak laki Bonda kan berani..

Wawan: malam tadi dalam kul 2 Abg main psp, mula Mula didi berbunyi (burung serindit letak kat tingkap), pstu bunyi benda pijak bumbung tingkap. Abg buat tak tahu (hakikatnya takut kalah game).. Hahaha. Ttba bunyi 3 kali baling batu kat tingkap.. Abg ttp x pandang sebab Abg rasa seram dan bulu dah naik. 1 Bilik Wangi yang, Abg tarik langsir tapi tak pandang tingkap.. Terus ttba bunyi cm benda langgar tingkap. Terus Abg tak tutup game Abg tidur. (hampeh, membazir elektrik je). Tp Abg perasan langsir mcm ditolak tolak.. Abg kepit ngn kepit baju..

Bonda: padan muka. Sape suruh tidur lewat lagi. Bonda dah suru tidur awal kan. Jangan jadi kelawar malam berjaga..

Wawan: Muka kecewa

Tp dalam hati Bonda. Alhamdullilah. Anak aku dh besar, pandai dan berani. Tak gelabah hadapi kekacauan mcm ni.

Sekian je citer citer ttg flat ni. Kalau ada yg menyokong alhamdullilah. Sb cerita ni semua benar & pengalaman sendiri. Banyak lagi yg Bonda nak kongsi kan untuk hiburan semua. Tapi kalau diizinkan.

Assalammualaikum. Salam sayang
❤️Bonda alida❤️

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Bonda alida

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 9 Average: 3.9]

6 thoughts on “Kisah Bonda (flat)”

  1. seram, cuma terketawa plak dgn panggilan anak “yang ” sebab terjadi dengan biras saya, anak panggil dia dengan apa yang abang ipar saya panggil biras saya tu. sampai dewasa hahahah..

    Reply
  2. Umur 10 tu masih kecik. Jgn dibiar berjaga malm mcm tu. Bdan dn otak terganggu nnti, klu tido tak cukup. Ada budak yg susah nk bljar/fokus bukn sbb bodo tp mental tak brkembang.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.