KISAH D403-UUM

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Saya berbesar hati kiranya pihak Fiksyen Shasha sudi mengeluarkan kisah saya di ruangan pembaca ini.

Kisah bermula semasa aku berada di semester 1 di Universiti Utara Malaysia. Ketika itu seminggu selepas minggu orientasi untuk pelajar semester pertama.

Aku mendapat bilik asrama yang lebih besar daripada pelajar lain kerana dalam satu bilik ada 3 orang. Tetapi pelajar lain hanya mendapat 1 bilik 2 orang sahaja. Pada awalnya tiada yang pelik kami rasakan kerana beranggapan kami bertuah kerana bilik yang kami duduki ini besar dan selesa. Mudah nanti untuk membuat perbincangan kumpulan kan.

Tetapi semua menjadi serba tidak kena, apabila tiba suatu malam. Para pelajar semester 1 perlu mengambil tanda tangan pelajar senior di blok asrama yang kami duduki, Ini bertujuan untuk memperkenalkan diri dengan pelajar senior.

Aku dan 2 orang budak bilik pun membuat tugasan tersebut. Semuanya normal sahaja sampailah kami tiba di bilik kakak senior yang pernah tinggal di dalam bilik kami duduki sekarang. Setelah memperkenalkan diri dan nombor bilik, kakak-kakak yang mendengar terus membuat muka terkejut.

“eh bilik tu dibuka semula ke?” Tanya seorang kakak senior bernama Zie.
“entah, setahu aku masa Intake December tiada pun student duduk bilik tu” Tambah pula kakak senior seorang lagi.
“okey ke, korang duduk sana? takde apa-apa ke berlaku?” tambah kakak senior bernama Zie itu lagi

Kami hanya menggeleng sahaja. selepas bertanya itu dan ini kami meminta diri untuk meneruskan tugasan kami sebagai junior. Walaupun saat itu, hanya Allah je tahu apa kami rasa.Kami tawakal sebab setakah 1 minggu duduk kat bilik tersebut, tiada lagi perkara mencurigakan berlaku.

Sehinggalah genap 1 minggu kami di bilik tersebut, malam itu seperti biasa seusai sahaja selesai solat Isyaq. Aku memang akan lepak atas katil sambil mendengar lagu. Maklumlah kelas belum bermula mana nak ada assignment lagi kan. Jadi layan lagu dekat MP3 lagi bagus.

Kawan-kawan bilik, Syud dan Wan pun masing-masing melayan perasaan sendiri juga. Sebab kepenatan dengan minggu orientasi. Dalam duk melayan lagu di MP3, aku terus tertidur. sehinggalahhh…..

“Syud, Syud aku takut..” suara Wan mengejutkan aku dari lena. Terjaga je dari lena, aku terlihat Syud dan Wan sedang duduk sambil berpelukan atas katil Syud menghadap pintu bilik kami.

“korang ni kenapa?” aku menegur sebab dari pandangan aku, mereka memang tak sedar yang aku dah terjaga. Tidak lama lepas tu, aku mendengar bunyi kucing mengeow di depan pintu bilik kami bersama cakaran panjang di pintu.

Dengan serta-merta, aku pun bangun menuju ke katil Syud. Syud terkumat-kamit membaca doa dan ayat-ayat suci. Dan pada ketika itu, barulah aku terpandang jam di dinding baru menunjukkan pukul 3 pagi. Belum subuh lagi rupanya.

“Dari pukul berapa Syud bunyi ni?” soal aku kepada Syud
“Dalam pukul 1 pagi tadi, lepas Syud pergi tandas ambil wuduq.Masa nak masuk bilik tadi, ada angin kuat tetiba menerpa kat muka Syud” Setelah itu, kami mendiamkan diri kerana bimbang benda diluar itu tahu kami bercakap tentangnya.

Wan yang sedari tadi memeluk bantal hanya mendiamkan diri. Kemudian dia mula menangis. Syud lantas memujuk kerana tidak mahu Wan terus menangis kerana kami bimbang jika dia tiba-tiba dirasuk. Almaklumlah, kalau badan lemah semangat kan mudah sangat benda merasuk kita. Mujurlah wan tenang selepas dipujuk oleh Syud.

Tidak lama selepas itu, bunyi cakaran dan mengiau kucing semakin berkurangan. Kami semua ambil keputusan untuk tidur dikatil syud sahaja. Kerana masing-masing bimbang jika bunyi itu kembali kuat.

Malangya, setelah beberapa ketika bunyi yang semakin perlahan itu bergema semula. Makin kuat dan berselang dengan dentuman dipintu kami juga. Kami berterusan membaca ayat-ayat suci. Rasa takut hanya Allah sahaja tahu. Sehinggakan kami tidak sedar pukul berapa yang kami benar-benar tertidur.

sedar sahaja sudah pukul 6.30 pagi, Syud mengejutkan kami untuk bangun subuh. Itupun kami beranikan diri keluar apabila mendengar bunyi orang berjalan dan suara pelajar bilik sebelah yang ke tandas.

Selesai sahaja solat subuh, Syud terus mengajak kami melihat pintu bilik kami jika ada kesan cakar yang semalam. Alangkah terkejutnya kami, kerana tiada satu pun kesan cakaran malah kasut-kasut kami pun elok sahaja tersusun tiak seperti yang terjadi semalam. Yang mana pada firasat kami, pintu akan ada kesan cakar yang teruk dan dihadapan bilik kami akan bersepah-sepah kerana dentuman demi dentuman yang dilemparkan kepintu bilik.

Kami membisu dan membiarkan cerita itu sampai disitu sahaja.

Yang pasti kami yakin bukan kami sahaja yang menghuni bilik itu. Tetapi kuatnya kami, kami bertahan duduk dibilik itu selama 2 semester. Sehinggalah kami bertiga terpaksa akur dengan rombakan bilik yang dibuat oleh pihak universiti.

Aku yakin yang Wan dan Syud masih mengingati kisah ini, dan aku berharap pelajar yang duduk di bilik itu tidak diganggu sepertimana kami diganggu.

nantikan sambungan untuk bilik D404. Kerana bilik asal D403 adalah bersambung dengan D404.

Harap, pihak FS sudi keluarkan kisah ini. Jadi aku akan rajin lagi menulis kisah ini.

Terima Kasih dan Jumpa Lagi.

kiah

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 3]

12 thoughts on “KISAH D403-UUM”

  1. Pernah experience macamni jugak masa kat u, dengar bunyi kucing bercakaran sampai berdentum pintu bilik olehnye, tapi time tu takda rasa takut pape pun, yg ade rasa marah je sebab kacau tido orang lagi2 pukol 2@3 pagi macamtu. Hahaha

    Reply
  2. Aku pun duduk UUM tahun 2002-2005. Masa orientasi tak pernah pulak kena mintak autograf senior bagai. Dah muncul balik ke budaya ni??

    Reply
    • Tak semua, ada certain dpp ja yg buat. Sbb waktu sy orentasi 2017, inasis sy tak suruh buat tapi member sy yg duduk inasis lain kena.

      Reply
  3. saya pon pernah alami benda yang sama..tp bkn bunyi cakaran kat pintu tp bunyi org buka pintu bilik depan dan main kunci dalam pukul 2 3 pagi..saya d408

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.