Assalamualaikum para peminat kisah seram. Cerita yang ingin ku sampaikan mungkin tidak seram tapi sebahagian daripada pengalaman hidupku. Mulanya pada tahun 2016 aku bekerja sebagai pekerja bawahan di sebuah ladang kota Melati, pahang setelah 6 bulan tanam anggur. Masa tu aku diberi rumah dan tinggal seorang diri dikawasan perumahan staf dan jiran sebelahku adalah seorang Jaga dan Mandur ladang serta kerani pejabat ladang. Walaupun ada jiran sebelah tetapi aku kadang2 rasa bulu roma ku sentiasa tegak berdiri ketika bersendirian dekat rumah.
Pada suatu malam masa tu dalam pukul 3 pagi ketika aku sedang tidur aku terjaga disebabkan terdengar seperti ada suara perempuan menangis betul2 ditepi tingkap berhampiran katil..lebih kurang macam ni la bunyinya “huuhuhuu” sambil tersendu dan tangisan tu makin nyaring..hati aku berkata ” natang benda la nangis tengah malam buta ni”…tapi serius ketar lutut jugak la sebab betul2 sebelah tingkap dekat katil aku tidor..tapi disebabkan mengantuk sangat aku sambung semula tido, sebab memikirkan aku ada keje esok.
Esoknya semasa di pejabat mandur jiran sebelah tanya aku ” wan, ko semalam tak dengar bunyi ape2 ke?”..aku cakap la ” aku dengar orang menangis kat tepi tingkap lepas tu aku tido”..mandur tu balas ” serius semalam aku tak boleh tido sampai pagi dengar benda tu menangis. Aku dengan isey nak cuba tengok dari tingkap tapi tak nampak ape2″…Aku balas ” ahh, lantak la janji tak de ape2″..
Lepas tu aku cuba tanya kat staf aku ” Encik Zal semalam tak dengar ape2 ke dalam pukul 3 pagi semalam..mandur sampai tak boleh tido dengar orang menangis kat garaj kereta sebelah bilik saya tu”..staf aku jawab ” tu orang gila menangis tu.. takde ape2 la”..dalam hati aku menjawab ” bangkai, orang gila mana kat kota melati datang menagis kat tepi tingkap aku malam2 buta”..hmm, tak pe la..mungkin Encik Zal nak sedapkan hati aku kot..
Selepas itu, pada tahun 2020 aku berkhidmat di sebuah syarikat ladang sawit terbesar di dunia di parit b*****..masa lapor diri kat Tuan Sai offer untuk aku tinggal di banglo manager ladang di tepi sungai K aku cakap takde hal boleh je saya duduk situ tuan..ye la, sebab aku fikir dapat banglo manager semua perabot fully furnish..last2 aku diberi rumah korperal AP lama..aku ok je sebab aku masih bujang..aku dalam hati cakap nape la tak bagi aku duduk kat banglo manager tu..dah la rumah aku duduk sekarang peti ais pon takde..
Selepas tu aku masuk ladang tengok operasi kerja ladang lepas tu aku jumpa seorang mandur lama dan mandur tu beri salam ” Assalamualaikum tuan, baru lagi kt sini ke?..aku jawab ” a,ah, baru je brpe hari kat sini”..Mandur tanya “Tuan tinggal dekat mne?”..aku balas “saya tinggal kat rumah koperal belakang pejabat tu”..Mandur tu balas ” ok la tuan tinggal kt situ..Tuan2 sebelum ni dengan pelatih semua tinggal rumah manager tepi sungai tu..tapi tu la, spe jiwa kental je boleh tinggal kt rumah tu”..aku dah mula pelik” ada ape kt rumah manager lama tu?”..mandur jawab ” rumah tu keras sikit la sebab sebelum ni Tuan Han tinggal kt situ..bini Tuan Han ada jugak nampak kelibat makhluk termasuk la pelatih sebelum ni sanggup tido kat rumah sya..Tuan Han pun ada cakap kadang ada benda cakar dekat tingkap..ok la tuan tak tinggal situ”..aku tertelan air liur dengar citer mandur tu..dalam hati aku lega tak tinggal banglo manager tu.
Tak lama lepas tu aku jumpa Tuan Tam minta kebenaran nak ambil peti ais dekat banglo manager tepi sungai tu dan dapat kebenaran..aku minta tolong pekerja untuk bantu pindahkan peti ais dari banglo tersebut ke rumah aku tinggal sekarang..tapi aku pegi dulu sorang diri ke banglo manager tu ingat nak buka pintu dulu. Bila sampai banglo tu dan aku cuba buka pintu depan banglo tu tiba2 hati aku bedebar dan bulu roma aku tegak. Aku tak berani nak masuk lebih baik aku tunggu pekerja aku sampai bawak trektar..
Tak lama lepas tu pekerja aku sampai dan aku masuk sekali dengan pekerja ke dalam banglo manager tu. Dalam banglo tu memang cantik dan fully furnish siap dengan electric shower dan penapis air tapi suram sangat..bila aku masuk master room aku rasa seram sejuk memang cantik tapi aku teringat cerita mandur aku ada pelatih tido bilik tu dengar orang berlari2 lepas tu kene usik..aku rasa tak sedap hati, aku minta pekerja aku angat peti ais cepat bawak ke rumah aku..
Bulan mac lepas pada satu malam lebih kurang pukul 2 lebih aku terjaga dari tidur sebab aku terdengar seperti ada benda melompat lompat atas atap rumah aku…tapi aku buat tak tahu terus sambung tidur.. Malam seterusnya sedang aku lena sekali lagi aku terjaga dalam pukul hampir ketiga pagi sebab ada bunyi seperti ada orang mengetuk pintu rumah banyak kali tapi tak bagi salam..Dalam hati aku berkata ” hampeh, ni mesti cicak tengah hentak kepala kat pintu banyak kali untuk bunuh serangga kat mulutnya..haih, macam2 la “..lepas tu aku sambung tidur semula..
Ke esokkan malam seterusnya sedang aku lena tidur aku bermimpi satu makhluk berambut panjang serabai berpakaian putih lusuh sedang menghampiri aku tapi aku tak nampak muka..semakin hampir makhluk tu dengan aku semakin bedebar jantung aku dan tiba2 aku terjaga dalam keadaan tangan seperti penjenayah yang menyerah kepada polis dan leher terkehel ke bahu kiri..dada aku masih berdebar tapi badan aku tak boleh bergerak dan kaku macam tu..Tak lama lepas tu aku baca syahadah dalam hati dan baca sepotong ayat doa dalam hati barulah aku boleh gerakkan badan..Lepas tu aku tarik selimut semula dan tido seperti biasa..
Selepas itu, aku membuat kesimpulan selama tiga malam berturut-turut ada benda lompat atas atap la tak logik burung hantu lompat atas atap banyak kali..ketuk pintu tengah malam buta mungkin keje cik pon tu yek siap datang dalam mimpi lagi..namun, kebanyakkan citer dari staf, pekerja dan Tuan2 ladang ni memang kawasan ladang ni agak keras sikit..tidak digalakkan melakukan aktiviti waktu malam..tu belum lagi citer pekerja kene ganggu dekat kawasan bekas kubur india dalam kebun sawit..
Untuk kali ini itu saja yang boleh aku sampaikan..maaf andai tak berapa menarik kisah nukilan aku..terima kasih sebab habis baca..ciao..
Hantar lisah anda : fiksyenshasha.com/submit
cerita macam ni lah best..macam real
Seronok baca, straight to the point.
Mister candy tu yg dok lompat2 atas atap & dok ketuk2 pintu dgn kepala 😂😂😂