Kisah di Universiti

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca FS, dah lama tak menulis pengalaman seram di FS, last saya tulis pun pada bulan Julai tahun lepas ( Shift Malam Di Mall). Terima kasih pada FS kerana sudi publish cerita tersebut walaupun tak berapa seram. Terima kasih juga buat pembaca yang sudi baca walaupun penceritaannya agak laju. Kisah kali ni saya nak ceritakan mengenai pengalaman seram yang dialami oleh salah seorang member saya sewaktu dia masih lagi menuntut di sebuah univesiti di selatan tanah air. Macam cliche kisah kat U ni tapi bagi saya mungkin kita boleh mendapat sedikit pengajaran dalam penceritaan kali ini.

Berdasarkan cerita member saya, pengalaman seram ni bermula masa penghujung semester, time semua orang dah balik dan tinggal beberapa orang je yang akan ambil exam hari last. Nak dijadikan cerita, member saya ni tinggal seorang dalam wing dia. Wing ni macam bahagian-bahagian dalam kolej kediaman, setiap aras akan ada empat wing bermaksud ada empat bahagian. Member saya ni di wing A aras 3, wing yang hujung dan berhadapan dengan hutan. Member saya ni boleh saya cakap seorang yang hati keras, jenis tak tahu takut dan bagi dia selagi tak nampak depan mata selagi tu dia tak akan percaya. Mungkin sebab ni la hantu tu kacau dia.

Masa malam terakhir dia kat situ, dia perasan ada lampu bilik lain yang terbuka dalam aras dia tu, bukan setakat lampu je dengan kipas berpusing dalam bilik tu, macam mana dia tahu kipas berpusing? Sebab bunyi kipas tu krek krek bila on. Pada masa yang sama dia ada dengar macam orang bersembang dengan gelak sekali. So dia fikir mungkin ada orang yang datang duduk bilik tu. Tapi yang buat dia rasa pelik ada suara perempuan dalam bilik tu, takkan ada orang nak buat projek kot? Yelah dah last sem, orang dah tak ramai dah lah aras paling atas paling hujung, mungkin ada yang ambil kesempatan. Member saya yang acah berani ni niat nak pergi sergah “ amar makruf nahi mungkar” katanya
( nak join sekali tu rasanya 😛 ). Korang mesti terpikir bila dia sampai takde orang dalam tu kan? Sebenarnya ada tapi bukan ramai cuma ada seorang je.Dia nampak student lelaki pakai baju T-shirt kolej warna hitam seluar track bottom ada stripe putih kat tepi ( gigih member bagi details). Dia cakap muka orang tu macam muka manusia biasa takda la berdarah bagai cuma muka dia tak pernah nampak.

Dia nak tanya siapa budak tu tiba-tiba je dia terbau benda busuk bau macam bangkai, takkan budak tu tericirit kot belum sergah apa pon lagi (saya hanya taip apa yang dia cakap je). Dia tak fikir apa-apa yang seram masa tu cuma dia rasa pelik tengok budak tu tersengih sorang sorang mungkin sebab stress exam kot.

Dalam pada masa yang sama, dia ni perasan ada benda berdiri dekat luar tingkap belakang budak tu. Entah apa je yang tegak berdiri dari tanah sampai aras 3? dia pon tak sure sebenarnya benda tu tinggi atau pun tengah terapung. Jujur dia cakap benda tu tak menyeramkan sebab dia tak nampak muka, tapi apa yang buat dia menggelabah bila budak tu start baca/cakap dalam bahasa yang dia tak faham. Macam dalam movie kan? Acah acah jadi bomoh siam lak budak tu tapi itulah yang terjadi. Dia cakap takda lah bilik tu jadi bergegar ke lampu jadi berkelip kelip ke macam dalam movie, cuma dia rasa nak lari sebab perasaan takut dia tu tiba tiba datang.

Benda yang dia takkan lupa sampai bila2 ialah dia tak nampak tangga nak turun, nampak keadaan sekeliling jadi kelam, dia kata masih nampak lampu dengan koridor tapi tangga je hilang. Bila dah jadi macam tu terus jadi gelabah, badan jadi berpeluh macam baru lepas berlari sampai dia boleh dengar degup jantung dia sendiri. Dia cakap kepala dia jadi pening, telinga berdesing dan jadi tak tentu arah, nak menjerit pun dia tak boleh. ( Macam kena panic attack)

last2, family dia jumpa dia keesokannya, time tu jugak dia terus demam. Family dia bawak hospital lepas tu terus berubat kampung. Dia kena warded sampai seminggu sebab demam tak kebah. Suspect denggi tapi keputusan darah ok. Sebab dah lama sangat demam tak kebah, ayah dia decide panggil ustaz untuk buatkan air penawar dan alhamdulillah baru dia sembuh dan discharged dari hospital. Family dia cerita masa jumpa member saya tu, dia ada dalam bilik dia bukan dekat koridor. Family dia call tak berangkat tu yang terus naik bilik dia. Masa dalam bilik tu ayah dia kejut dan dia bangun tapi member saya tak ingat bila family dia datang, sedar2 je dia ada kat hospital. Ayah dia cerita yang member saya bercakap macam biasa dan bagi tahu dia sakit kepala tapi member saya langsung tak ingat dan tak tahu dia bersembang dengan ayah dia. Dia ada tanya family dia ada jumpa sesiapa ke waktu datang nak ambil dia, family dia cakap memang takde sesiapa pon dekat wing dia tu. Sunyi.

Sampai sekarang dia tak tahu siapa budak tu, student ke? Setan ke? Dan dia pon taknak ambil tahu pasal benda ni lagi. Cukup lah sekali tu je dia kena kacau dengan makhluk halus. Dia sekarang ni pon dah kurang dengan sifat “tak tahu takut” dia tu.

Begitulah serba sedikit cerita pengalaman dia waktu kami lepak sama2 beberapa hari lepas. Terima kasih kepada member saya sebab sudi cerita pengalaman seram dia dan benarkan saya untuk hantar ke FS. Maaf kalau cerita ni tak menarik. Saya hanya menulis berdasarkan pengalaman dan tak pandai mengolah ayat untuk menjadikan lebih suspense. Terima kasih sudi membaca, Harap kita bertemu lagi dalam penceritaan seterusnya (kalau ada lah.)

IZZ.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

5 thoughts on “Kisah di Universiti”

  1. seram jgk kejadiannya.. hanya org yg mengalami akan panik dan takut mcm tu.. x jumpa tangga tp masih nmpk koridor bagai. seram wey.

    Reply
  2. Aku baca skang ni kul 2:11 am. Aku skang duk kt Uni Segamat, tempat pencerita ni cerita. Tapi apa yg aku lega, aku ni lelaki, so duk kolej lelaki iaitu KKA. Si pencerita duk kt kolej perempuan bahagian c iaitu KKC. Yup, Uni Segamat ni dikelilingi hutan & perkuburan cina. Selama 4 sem aku duk sini, Alhamdulillah x de kena pape lah. Jarang sekali kolej lelaki nmpk bende² mcm ni. Tapi time kakak aku diploma kat sini, dia sering kena ganggu kt KKC tu. Tapi leganya roommate kakak aku tu boleh nmpk dari kecik & family diorg pandai berubat. Pendek kata, Uni segamat banyak bende² makhluk halus tapi sekarang dah x de kot, budak² pon karok kt bilik/wing sampai kol 3/4 pagi. Hahahaha

    Reply
  3. Assalamualaikum semua dan salam sejahtera, saya nak buat pengakuan jujur dan nak minta maaf pada semua yang membaca, semua cerita yang di buat oleh saya iaitu “kisah di universiti”, “shift malam di mall” dan “perjalanan pulang ke kampung N9-Segamat” adalah kisah yang saya reka sahaja. Bukan pengalaman sebenar saya. Saya tahu saya dah membuat salah dan menipu semua orang. Saya minta maaf banyak2 pada semua pembaca. Saya menulis tanpa berfikir dan hanya memikirkan . Sekali lagi saya minta maaf sangat2.Terserah pada FS untuk padam kisah2 tersebut. Yang benar IZZ.

    Reply
  4. Assalamualaikum semua dan salam sejahtera, saya nak buat pengakuan jujur dan nak minta maaf pada semua yang membaca, semua cerita yang di buat oleh saya iaitu “kisah di universiti”, “shift malam di mall” dan “perjalanan pulang ke kampung N9-Segamat” adalah kisah yang saya reka sahaja. Bukan pengalaman sebenar saya. Saya tahu saya dah membuat salah dan menipu semua orang. Saya minta maaf banyak2 pada semua pembaca. Saya menulis tanpa berfikir dan hanya memikirkan kepuasan saya sendiri . Sekali lagi saya minta maaf sangat2.Terserah pada FS untuk padam kisah2 tersebut. Yang benar IZZ.

    Reply

Leave a Comment