Salam admin dan pembaca semua. Namaku Ariff Budiman. Kali ini aku bercerita tentang pengalamanku. Terima kasih kerana sudi membacanya. Kisahnya begini…..
Pak Zali merupakan seorang lelaki yang agak berusia tapi masih sihat tubuh badannya. Hobinya suka bertapa dan mencari barangan dari alam ghaib. Pernah dia tunjukkan kepadaku geliga lipan dan geliga serai yang di dapati dari alam ghaib hasil dari pertapaan. Katanya keris lama hasil pemberian orang bunian ada padanya. Pernah dia tunjukkan aku gua yang di kenali sebagai gua Tok Alang tempat pertapaannya. Di situlah bermulanya aku ingin bertemu dengan panglima hitam. Katanya kalau dapat bertapa di situ selama seminggu hasilnya aku pasti akan bertemu dengan panglima hitam tapi aku batalkan saja niat itu memandangkan umur aku terlalu muda dan keseronokkan bersama rakan-rakanku lebih aku fokuskan. Itulah serba sedikit kisah Pak Zali.
Agak lama aku tidak mendengar kabar beritanya. Kisah terbaru yang aku dengar ialah isterinya bila berbual asyik menjelirkan lidahnya. Bila di tanya kenapa suka jelirkan lidah pada orang lain maka dia akan memarahi siapa yang berkata demikian. Dia sendiri tidak sedar akan perbuatannya. Aku anggap itu merupakan perkara biasa saja bagi mereka dan aku tidak mengesyaki apa-apa. Selang beberapa hari Pak Zali bertemu dengan aku lalu aku mengambil peluang untuk bertanya khabar
“ Pak Zali apa habaq “. Tanyaku dan mengharapkan aku akan dapat mendengar berita tentang isterinya
“ Aku baik saja tapi Kak Pah hang tu. Nampak pelik sikit. Bila bercakap dia suka jelir lidah. Aku pun pelik. Apa ke jadah yang dia kena “. Kata Pak Zali
“ Pak Zali tak cuba jumpa doktor. Biar kita dengar apa kata pihak doktor dulu, barulah kita boleh membuat kesimpulan “. Memang itulah cara aku kalau orang minta aku carikan perawat.
“ Pakjang pastikan depa check doktor dulu barulah cari perawat. Satlagi ada penyakit tapi dok syak sihir “. Itulah kata-kata perawat kepadaku bila aku bertanya.
“ Aku dah bawa kak Pah hang jumpa doktor. Doktor kata kak hang tak ada sakit apa-apa. Tu yang aku pelik “. Kata Pak Zali dan aku mula menangkap sesuatu.
“ Aku dah jumpa tok bomoh. Kata tok bomoh kak Pah hang kena rasuk dengan jin yang kuat dan depa suruh aku cari yang pandai “. Kata Pak zali dan aku hanya diamkan diri
“ Budiman…Hang tau ka ustaz yang pandai merawat penyakit macam ni “. Tanya Pak Zali kepadaku
“ Macam ni Pak Zali. Jom kita tengok kakak dulu macam mana. Kalau perlu saya akan bawa ustaz mai “. Lantas aku di bawa ke rumah Pak Zali. Pak Zali tiba-tiba terkejut bila melihat isterinya dari jauh
“ Astaghfirullah hal azim. Apa dah kena dengan kak Pah hang Budiman “. Kata Pak Zali dan aku melihat dari jauh Kak Pah sedang melentukkan badannya menari-nari seperti seekor ular
Bila kami sampai Kak Pah menjelirkan lidahnya padaku. Matanya bulat memerhati kemana saja aku langkah. Dia begitu berwaspada dengan pergerakkanku. Tangannya kelihatan seperti bentuk kepala ular yang hendak mematuk. Aku dah pasti yang kak Pah sudah di rasuk jin ular. Bayangan ular bermain-main dengan dengan diri Kak Pah. Aku terus duduk di depan Kak Pah. Tiba Kak Pah menyucuk tangannya ke dahiku. Gelap seketika dunia. Begitu cepat gerakkan tangan Kak Pah. Kepala aku kesakitan lantas aku meminta kepada Pak Zali segelas air kosong lalu baca Al Fatihah dan 3 qul. Alhamdulillah ia berkurangan. Terus aku dail nombor perawat dan cerita segalanya. Nasib baik perawat tidak ke mana dan bersetuju untuk datang.
“ Pakjang tengok dulu macam mana sementara saya sampai “. Kata perawat
“ Kira pakjang tengok saja la. Tak perlu buat apa2 “. Aku bergurau
“ Ishhh pakjang ni. Boleh dok bergurau pula. Buat la seperti biasa “. Kata perawat kepadaku dan seperti biasa itu bermakna aku akan baca ayat quran untuk yang jenis tidak kuat. Kesan cucukan Kak Pah masih terasa denyutannya.
Kak Pah terus menari-nari dan berguling di atas lantai. Anak-anak Kak Pah terus memegang Kak Pah agar Kak Pah tidak menjadi liar. Dia asyik memandang meliar seperti mencari sesuatu. Dalam sejam kami terdengar suara memberi salam dan akulah orang paling lega bila ustaz datang. Kami bersalaman
“ Macam mana pakjang. Apa yang pakjang nampak “. Tanya ustaz
“ Kepala Kak Pah tu ada ulaq hitam ustaz. Tadi dia cucuk saya dengan tangan. Gelap rasa dunia ni ustaz “. Ustaz tertawa
“ Lepas tu pakjang buat apa “. Tanya ustaz
“ Saya minta segelas air lalu baca Fatihah dan 3 qul dan minum. La rasa berkurangan sikit “. Pandai pun pakjang. Asyik dok kata tak pandai. Perli ustaz “. Aku tersenyum bila di perli ustaz.
“ Cuba cerita dekat saya apa yang terjadi “. Tanya ustaz kepada Pak Zali. Menurut kata Pak Zali sejak dia hadiahkan rantai yang di letakkan batu geliga ular, kak Pah jadi macam ni “. Cerita Pak Zali dan ustaz menggelengkan kepala
“ Ishh…Dia marah ni ambik hak dia. Batu ni dapat dari mana “. Tanya ustaz
“ Batu ni hasil saya bertapa selama 3 hari di bukit “. Ustaz menggelengkan kepalanya lagi
“ Patut la dia dok menari macam ulaq “. Lalu ustaz duduk di depan Kak Pah. Kak Pah meronta2 dan marah bila melihat ustaz. Ustaz terus membaca ayat 9 dari surah Yasin…..
” Wa ja ‘alna mim baini aidihim saddaw wa min kholfihim saddan fa agsyaina hum fa hum laa yubsiruun “. Terus di hembus pada Kak Pah. Kak Pah longlai dan jatuh. Tangannya kaku tapi lidahnya di jelirkan seperti ular.
“ Baik lah, saya akan berdoa kepada Allah agar kamu boleh bercakap “. Lalu ustaz membaca ayat suci Al Quran.
“ Cuba kamu terangkan siapa kamu dan adakah kamu islam atau kafir “. Tanya ustaz kepada jin yang berada di dalam badan Kak Pah
“ Aku putera ular dan aku kafir. Haha “. Jawab putera ular
“ Kenapa kamu ada dalam badan wanita ini “. Tanya ustaz
‘ Huhh….Tempat aku di dalam batu itu tapi aku di curi dari dunia aku dan di bawa ke sini. Kau bertanya kenapa aku datang sini. Huhhh…”. Marah Putera ular
“ Dunia kamu macam mana “. Sengaja ustaz bertanya untuk mengetahui kehidupan jin
“ Kami adalah dari jin ular seperti yang kamu lihat “. Terus ustaz pandang kearah aku.
“ Maknanya badan kamu manusia tapi kepala kamu ular. Begitu “. Tanya ustaz
“ Tanyalah dia “. Sambil menjuihkan mulutnya kearahku. Aku dan ustaz berpandangan lalu ustaz bisikkan kepadaku
“ Dia tau pakjang nampak dia “. Kata ustaz
“ Tak payah berbisik la. Aku tau apa yang tersirat di hati dia. Dia sebenarnya takut berhadapan dengan aku tadi tapi aku puji dia. Dia berani dan aku sanggup tolong dia “. Kata Putera Ular kepada ustaz
“ Kau sebenarnya suka berada di dalam tubuh manusia. Jin dan manusia tidak boleh bersama. Kita di dunia yang berbeza “. Kata ustaz
“ Jadi hantar lah balik aku ke tempat asal. Tempat yang dia ambil aku “. Kata Putera Ular
“ Sebelum saya hantar kamu balik ke tempat asal, mahukan kamu memeluk agama islam lalu di hantar ke Madinah “. Tanya ustaz
“ Tak payah. Aku tak nak masuk islam. Hantarkan saja aku pulang. Aku ada keluarga di sana “. Kata Putera Ular
“ Pakjang nanti tolong bacakan surah Al Baqarah bila saya tarik jin keluar “. Kata ustaz
“ Baik Pakjang kita mulakan. Auzubillah…..”. Lalu ustaz menarik dan aku membaca surah Al Baqarah
“ Alif Lamm Mim. Za likal kita bula rai bafi……..”. Akhirnya jin di keluarkan dan seperti selalu sebelum di masukkan kembali kedalam batu geliga, ustaz akan menunjuk padaku apa yang berada di atas tapak tangannya.
“ Pakjang Nampak tak. Berat ni “. Tanya ustaz
“ Nampak ustaz. Dia dok cekak pinggang. Badan seperti manusia tapi kepala ular “. Kataku
“ Memang kebanyakkan orang berebut-rebut untuk mendapat sesuatu barang dari alam ghaib. Yang ambil tak ada masalah sebab dia dah pagar diri dia tapi kadang-kadang kita lalai orang lain dalam rumah kita yang menjadi mangsa. Rasulullah tak pernah pun kita dengar dia ambil barang-barang dari alam ghaib. Pasai apa pula kita yang berlumba-lumba nak cari barang yang bukan hak kita. Kalau di beri kita masih boleh terima walaupun kita tak tahu muslihat jin. Nasihat saya janganlah di simpan barang-barang ghaib dalam rumah kita. Dia menjadi laluan jin ke dunia kita “. Kata ustaz
“ Batu geliga ni saya simpan dalam balang kaca yang di jampi. Esok pakjang boleh tak ldtak balik di tempat yang di ambil “. Tanya ustaz. Aku bertanya Pak Zali boleh kah dia tunjukkan tempat di mana dia ambil geliga ular tersebut. Pak Zali setuju. Keesokkan harinya kami berdua ke bukit tempat pertapaan Pak zali lalu meletakkan kembali secara elok di tempat yang di ambil. Akhirnya Kak Pah kembali seperti sediakala. Aku tidak pasti dengan barangan lain yang ada pada Pak Zali samada dia terus menyimpannya atau di letak kembali ketempat asal.
“ Dan sesungguhnya di antara kami ada orang-orang yang soleh dan antara kami ada pula yang tidak demikian halnya, adalah kami menempuh jalan yang berbeza-beza “. Surah Al Jin ayat 11
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Ok cita menarik..jadi panduan utk kita semua
Tq tuan AB kerana berkongsi..
Memula aku ingatkan macam cerita Naagin tu. Apapun, thanks for reminding me.
nampak sgt membongak..jin boleh tau isi hati? pastu asyik2 nak puji diri sendiri..pandai tu pandai ni boleh nampak tu nampak ni..hahahaha
tu lah hidup baru setaun dua nk berkata-kata . macam tu lah jadinya. kesiang kt hg
Duh. mmg jin bleh baca fikiran & taw isi hati kita pon. hg xtaw ka? ksian kt hg. dh xtaw pstu ada hati nk nganjing org. ni nk hbaq, sbbtu la jin bleh mghasut n buat was2 kat kita, dy bleh manipulate suara hati n fikirn kita. mmg keja dy n tu kelebihn Allah bg kt spesis dy. sbbtu la hasutn jin n setan ni slalu sepadan dgn org yg dy hasut. contoh klu org tu gay n mmg xminat ppuan, xdaknya dpa buang masa nk mghasut dy sruh brnfsu psl ppuan. lain kali nk mnuntut ilmu tu biaq humble, xyah nk mmbongak org sgt
pnh dgr jgk geliga serai, geliga ular dan geliga lipan. tpi xpnh tgk pun
Baca dgn hati, jgn baca dgn emosi. Sesiapa yg membacanya dgn hati akn fhm maksud yg hendak disampaikan. Tetapi yg membacanya dgn emosi x akn dpt apa2 pedoman pun dr kesah tsbt. Betul atau tidak apa yg dinyatakan di dlmnya bkn satu persoalan tetapi ambillah iktibar dari kesah itu. Wallahua’lam
Best
Terlalu obses dgn barangan mistik atau misteri…bahaya memakan diri…
Cerita ni aku pernah baca sblm adanya laptop dan smartphone lg. Lain kali, tulis la cerita sendiri, jangan nak copy paste cerita orang. Tapi pengajaran yang terdapat di dalam cerita ini jgn diabaikan.
Jgn cepat menuduh penulisan seseorang. Ini cerita asli hasil pengalaman dan bukan main ceduk hasil cerita org lain. Itu akhlak namanya.