Kisah benar ini terjadi pada saya kelmarin ketika saya dan keluarga menemani abah di hospital ampang puteri.
Pada waktu tengah malam kira2 jam 11 lebih saya memutuskan untuk pulang ke rumah sewa. (memandangkan tiada tempat tidur yg boleh saya tidur di wad ketika itu) lagipun badan saya sgt letih dan memerlukan tempat tidur yg sedikit selesa.
Saya memarkirkan kereta di ruangan letak kereta berbumbung di tingkat “LG”. Perlahan2 saya atur langkah menuju ke service lif kerana lif lain sudah tidak berfungsi lagi di luar waktu melawat. Lif turun ke tingkat dua. Masuklah sebuah keluarga di dalam lif itu, kelihatan mereka sungguh gembira menyambut kelahiran cahaya mata.
Si bapa tersengih2 sambil berbual dengan si kakak / adik perempuannya saya pun tak pasti.
“Kamu ingat tak dialog citer karak, encikkkk ada nampak emak saya tak encikkk??” – Sambil bergelak ketawa mereka berciter mengenai cerita seram karak.
Kami semua mengatur langkah keluar pabila lif sampai ke tingkat “G”, Namun begitu saya masih terpinga2 kerana bingung memikirkan dimanakah saya memarkirkan kereta saya. Jenuh berfikir saya kembali ke lif dan menekan semula butang “LG”..
Setibanya di pintu keluar masuk, saya kembali bingung apabila mendapati pintu keluar masuk sudah dikunci! Dalam hati bukan main resah skali kerana bingung bagaimana mahu keluar dr situ. Saya termangu di hadapan sebuah bilik agak lama juga. Selepas itu saya menapak menuju bilik purchasing namun tiada sesiapa disitu. Saya kembali ke hadapan bilik yg sama sambil berfikir.. Setelah itu, saya ibarat mendapat idea untuk keluar dr pintu di level G kerana tak mungkin ada sesiapa yg boleh membuka pintu di LG tersebut.
Saya mengatur langkah ke servis lif dan menekan butang lif. Servis lif ini panjang kerana digunakan untuk membawa pesakit ke mana2 tingkat. Sementara menunggu lif turun saya melempar pandangan di hadapan bilik yg saya berdiri lama. Alangkah terkejutnya saya kerana mendapati bilik itu adalah BILIK MENYELENGGARA MAYAT!! Darah terus berderau naik ke muka. Saya terus mengubah pandangan dan memandang pintu lif sahaja. Terasa lega sekali apabila mendengar suara org bercakap2 di dlm lif itu, oh mungkin ada nurse yg turun kebawah. Getus hati kecil saya. namun terbukanya pintu lif saya menjadi lebih terkejut!! Ttinggggg!! Lif itu kosongggg… Saya cepat2 masuk lif dan menekan butang G dan terus menundukkan pandangan. Setibanya di G saya cepat2 mengatur langkah menuju kembali kereta yang diparkir di belakang bilik menyelenggara mayat itu.. Sedang saya membuka pintu kereta kelihatan seorang wanita berjalan dengan laju menuju ke sebuah CRV yg terparkir selang 3 kereta dengan saya. Kelihatan wanita itu mengerling ke arah saya dan start enjin keretanya lalu beredar dengan tergesa2. Kelihatan beliau masih menjeling ke arah saya ketika keretanya melepasi disebelah saya.
Saya tidak mempedulikannya dan terus memandu pulang ke rumah sewa saya. Setibanya dirumah, saya terlalu letih untuk mandi. Lantas menukar baju tidur dan terus terbaring di atas katil. Sebelum terlelap, saya ada berbalas2 mesej di facebook mengenai bilik menyelenggara mayat. Sedang terlalu mengantuk saya meletakkan blackberry saya di sebelah. Bilik sudah digelapkan. Namun, secara tiba2 blackberry saya menayangkan sebuah kisah seram di Youtube! Terkejut dengan situasi itu, saya lantas menekan butang ‘kembali’ namun tiada apa yg berlaku. BB saya “hang” selama 10 minit.. Cuma apa yg boleh saya lakukan adalah dengan memperlahankan bunyi tersebut. Saya hampir menghempaskan BB saya kerana tidak mampu untuk menutup aplikasi youtube itu dan juga gagal untuk mencabut bateri. Selepas kira2 10 minit barulah BB saya kembali seperti sediakala..
Jam menunjukkan pukul 2:30 pagi. Saya lantas memejamkan mata, namun imaginasi pintu bilik di hospital itu terus mengganggu lena saya. Dan tidak semena-mena saya seolah2 berada di satu alam yg lain dan bukan di dalam bilik sendiri. Sedang hammmpiiirrr nak terlena secara tiba2 katil saya seperti dilanggar sesuatu.
Saya terus terjaga dari lena dan mencelikkan mata. Namun, tiada apa yang kelihatan.. Saya semakin resah dan gelisah! Lantas saya membaca ayatul kursi dan surah 3 qul.. Bacaan saya tersekat di surah an-nas, saya seperti terlupa surah tersebut.. Saya pun membaca “auzubillahiminassyaitonirrajim” sebanyak 3 kali dan mula membaca surah an-nas. Setelah agak tenang saya kembali memejamkan mata.
Namun tak lama lepas tu kedengaran bunyi guli jatuh di atas lantai seperti di tempat umi di SSI. Pada mulanya ibarat 3 biji guli yang jatuh, hati yg berdebar ini kembali membaca ayat kursi.. Sehabis ayat itu dibaca entah seberapa banyak kali bunyi guli yg sangat kuat kembali kedengaran dan keadaan menjadi senyap seketika. Saya mencelikkan mata.. Saya bingkas menuju ke bilik air dan mengambil air wudhu. Selesai wudhu dan solat, saya membiarkan bilik terang benderang dan kembali tidur. Alhamdulillah tidur menjadi lena…
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Best???
boleh tahan seram lah juga kira nya
rasanya salah gambar bangunan ampang putri tu….
Kisah penulis dah pernah ada pada post sebelum ni. Admin posted dua kali ya…….
Best jugak citer Walaupon x seram mane
admin…nt tukar la recent post atas sket..bwh popular post ke..recent komen ltk bwh xpe.sb rs terus refer recent post je ni kne scroll bwh xbest..kekalkan mcm sblm ni plsss..
I like this story…
Cerita fiksyen sungguh
Pernah jadi juga same hospital. Tengah melawat mak. Dah lewat and nak turun dkt level G, but then terus ke level bilik mayat. Dah la tetiba time tu pintu lif mcm taknak tutup walaupun dah tekan banyak kali button close. After few mins juga, baru tutup and automatically naik ke level G. Nasib tak nampak apa2
Confuse jap …kereta park LG ke G? Sbb confuse bila ckp tekan butang ke G pastu terus ke kereta…x de turun tangga ke pe…huhu…
mungkin akak tu nmpk benda kot kt blkg hang?
best…seram la juga