Kisah Misteri Dedek 4

Assalamualaikum readers FS. Bertemu lagi kita dalam segmen seram shit by kak Yong. Hahaha. Sebelum aku mula story, sekali lagi aku beritahu bahawa umur Dedek sekarang dah 7 tahun yang bermaksud Dedek dah darjah 1. Jurang perbezaan umur aku dengan Dedek tersangatlah jauh.

Okey, skip cerita pasal umur Dedek tu. Okey now aku cerita macam mana Dedek boleh tahu pasal aku story tentang dia di FS. Korang mesti dah excited gila nak tahukan macam mana situasi tu terjadi? Rilex… Tarik nafas dan lepas. Pastikan langsir bilik korang tertutup. Takut ada yang skodeng korang kat tingkap pula. Kalau baca waktu malam, sila buka lampu dan jangan sendirian. Hiks!Hiks!

Okey, let’s begin the story. Sekarang aku kat Perak tengah bercuti kat rumah opah aku ni. Family aku nun jauh di KL. Untuk pengetahuan korang, aku baru je konvo di U**. Alhamdulillah. So, belum bekerja lagi la sebab feeling-feeling nak rest panjang sikit.

Hari tu Dedek ada call aku. So borak punya borak dia tanya aku. Aku ada umpat dia ke? Aku pelik la masa bila pula aku umpat. Lepas tu dia tanya lagi, “habis tu kenapa yong story pasal Dedek kat orang. Dedek tahu Yong buat apa kat kampung.” Serius aku dah cuak time tu. Otak aku cuma dapat fikir yang aku share story pasal dia kat FS. So, aku admit la aku cerita kisah kelebihan dia kat FS.

Dedek diam masa tu. Lepas tu dia ketawa. Dia cakap mesti readers FS takut baca kisah pasal dia. Dia kan berkawan dengan hantu. Aku pun ketawa ajelah. Aku tanya Dedek macam mana dia tahu aku story pasal dia kan. Jawapan dia? “Dedek kan ramai kawan. Kawan dedek pun kenal Yong. Sebab tu dedek boleh tahu.” Masa tu aku dah memang start gelabah. Kawan mana pula Dedek berkawan ni. Sumpah aku cuak. Mata aku confirm la dah pandang sekeliling.

Lepas tu Dedek cakap “Yong mesti nak tahu kan kawan Dedek? Kawan Dedek tu tinggal kat pokok pisang belakang rumah opah. Dia la beritahu Dedek, Yong umpat dedek.” Then Dedek gelak. Sumpah psiko giler adik aku. Terus aku cakap aku nak tidur sebab tak nak layan psiko Dedek yang kadang-kadang buat jantung aku nak gugur. Kau tahu Dedek boleh cakap apa? “Yong takut ekkk? Takpe, dia tak kacau Yong. Dia kan kawan Dedek”. Tanpa cakap banyak terus aku bagi salam dan letak call.

Lepas tu, terus aku minta opah tidur dengan aku. Atok? Tidur bertemankan bantal ajelah. Hahaha. Opah tanya aku dah kenapa tetiba minta teman. Aku pun cerita la pasal Dedek tu. Opah tak terkejut sangat pasal pokok pisang tu. Sebab opah pernah nampak Dedek cakap sengsorang kat pokok pisang tu dulu. Untuk pengetahuan korang, belakang rumah opah aku ni memang ada serumpun pokok pisang. Lagi satu, boleh pula opah aku ketawa bila aku cakap aku story pasal Dedek kat FS., “itu la Yong. Gigih beno cerita pasal Dedek buat ape. Kan dah kantoi. Nasib dia tak suruh je kawan dia jumpa kamu. Kalau idok, nangis le kamu sebab takut. ” Sampai hati opah gelakkan aku. Sob! Sob!

Okey setakat tu dulu aku cerita pasal Dedek dengan korang. Lepas ni kalau aku nak bercerita kena minta izin dulu la dengan Dedek. Kang ‘kawan’ dia report aktiviti haram aku kat dia, boleh kena heart attack aku ni. Dah la kuat psiko adik kesayangan aku tu. Huhuhu. Nanti, aku story lagi okey. Sekian, dari kak Yong.

.

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

25 thoughts on “Kisah Misteri Dedek 4”

  1. Arghh!! Tidak!! Yong!! Jgn tinggalkan kami!!??
    Btw, mmg best cite yong ngn dedek ni.. kalau aku jd yong, aku bgtau adik aku, suh ckp ngn ‘kengkawan’ dia, xbaik skodeng org..malu weh..haha

    Reply
  2. Klu sye jdi Kak Long,dh lame sye tnya bgai² kt Derek,tpi waktu siang je lh,x berani nk tnya waktu mlm,tkut bende tu duduk smbil dengar plan,kn dh jdi main citer….Hahahhahahahahhah

    Reply
  3. kalau penulis artikel yg bergelar kak yong baca komen nie..elok la bawak adik tu pergi ambil ijazah bersanad yg mana sanad ilmu melalui syeikh abdul qadir jailani smpai kepada nabi muhammad saw dan ajarkn ilmu2 nama dan sifat Allah…insya Allah, makhluk ghaib akn lebih hormat dekat adik si penulis dan keluarge penulis..kalau rasa terlalu awal untk ajarkn ilmu nama dan sifat2 allah..ambil je dlu ijazah tu…seeloknye biar satu keluarge..lgpon dekat Perak atau Kedah..masih ada lg guru ilmunye sanad seperti itu..

    Reply
  4. salam korang..dedek ni one of my fav story..haha..bertabah ye kak yong..
    saya tak dek kelebihan utk nmpak benda2 ni..alhamdulillah takdek pngalaman lagi..tapi saya prasan lately ni saya slalu mimpi hantu dan mracau tgh tdo..memang efek sbab ari2 baca crita hantu ke ape?
    saya konfius saya just mimpi atau betol2..sbab keadaan dlm mimpi tu sama sbijik macam keadaan bilik saya..slalu mimpi benda tu dalam bilik..sampai siang hari pon rase bilik tu tak selamat..mcm dperhatikan..

    Reply
    • Sebelum tidur amal baca doa tidur lepas ti ayat kursi+makna(dalam hati) dan 3 qul..lepas tu hembus ke 4 penjuru katil.. kalau dah terbawak2 sgt fefeling takut tu stop dulu baca takpun sebelum tidur elakkan baca cerita kat fs ni..saya pun kadang2 macam tu jugak. Lepas stop kejap baca ok balik.

      Reply
  5. hahahahaha gelak dulu…aku dah nyesal baca cite kak yong smpai part dedek tau yang kisah dia ada dalam FS…..nasib la aku baca kat opis klw kat rumah xtau la apa aku rasa hahahah… kak yong ko mmg kejam kak

    Reply
  6. kak yong sambung lagi please pasal dedek . baca banyak kali pasal kes dedek ni tk pernah jemu hiks… mohon sambung lagi . dedek please izinkan kak yong sambung . kirim salam kat dedek sekali heheh

    Reply
  7. Xder smbngn ke kak yong? Saya ni baru jer terjumpa cerita kak yong ni. Gigih hbskn dari cerita first sampai je 4 ni. Dedek x kasi share ke???

    Reply
  8. Ada adik yg kdg2 hijabnya terbuka…tak la full time mcm dedek…adik yg hijab terbuka secara part time tu pun ada “kawan”…xdpt bygkn dedek yg full time terbuka..

    Reply
  9. Salam,
    Kes Dedek sama dengan adik sya (kenapa kita ada adik camni hahaha…seram ada lucu ada)
    apa2 pun KakYong steady…inshaAllah bila dedek besar dia tau camana nak kontrol kelebihan dia… same like my bro..kalau dia nak nampak maka nampakla geng2 halus nya… bila dia tak nak..dia x nampak la…alhamdulillah dia ok… dia cakap mmg semua jin/bunian… yang kawan dia ni bunian..(penjeles ni)….
    pernah aku kena tepak kat bahu masa baring kat katil adik aku tu…sakit gilaaa ..ni gara2 tunggu turn main MIRC laaa..jaman2 chat dolo2…

    ok tu jerrrr…. akak pun byk crita seram..tp akak lebih suka baca crita korang….lalalala

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.