Permainan Manusia

Assalamualaikum warga FS sekalian. Nama saya Sya dan saya ingin berkongsi kisah yang saya alami. Pada tahun 2011 saya berumur 13 tahun dan saya belajar di sebuah sekolah agama di negeri Perlis. Pada pertengahan bulan Februari, sekolah tersebut telah mengadakan perkhemahan untuk para pelajar tingkatan 1. Pada malam kedua perkhemahan tersebut telah berlaku histeria yang pada hemat saya agak dahsyat kerana melibatkan ramai pelajar perempuan termasuk saya. Sejak daripada itu saya merasakan ada sesuatu yang lain dengan diri saya tapi saya abaikan.

Pada hujung bulan April, segalanya bermula. Saya mengalami histeria di rumah saya pada waktu maghrib sehingga jam hampir 12 malam. Keadaan pada ketika itu sangat tidak terkawal dengan keadaan saya yang sangat diluar kawalan. Selepas dibantu oleh seorang yang agak mahir dalam bab ini saya pulih untuk malam itu. Selepas kejadian di rumah, saya juga mengalami histeria di sekolah beberapa kali (x terkira sebab banyak sangat). Sesiapa yang menolong saya ketika histeria memang tahu macam mana ganasnya saya ketika itu.

Kemudian, ibu dan abah saya membawa saya kepada beberapa orang yang mahir. Tempat pertama yang saya tuju adalah darussyifa di Perlis. Selepas mereka (ahli darussyifa) melihat saya, mereka menyuruh abah saya membawa saya pulang kerana mereka x cukup kemampuan utk mengubat saya. Ahli keluarga saya pelik, jika histeria biasa kenapa sampai mereka menolak saya. Kemudian abah membawa saya berubat tapi kebanyakan mereka menolak dan ada yang hanya sekali sahaja berubat kemudian mereka memberitahu jangan hubungi mereka lagi. Ada seorang kenalan abah yang membawa abah untuk berubat kepada seorang ustaz di Kuala Perlis dan bermula dari situ kami tahu yang rupanya saya disihir.

Sepanjang tempoh berubat tu, saya umpama mayat bernyawa. Saya tidak sedar dalam tempoh hampir satu tahun. Ada masanya saya tidak mengenali ibu bapa saya. Saya pernah hampir membunuh diri dan membunuh sesiapa yang menolong saya. Senior saya disekolah yang selalu menolong saya juga diugut bunuh oleh ‘benda’ itu. Keadaan di rumah saya ketika itu sangat teruk. Umpama rumah tinggal sedangkan kami semua berada dalam rumah. Ada jiran yang bertanya kepada pakcik saya kenapa rumah kosong. Saya sendiri nampak betapa buruknya rumah saya ketika itu tapi saya x mampu untuk bercakap.

Saya selalu melihat orang yang dah lama meninggal tapi hidup kembali berjalan jalan dihadapan saya. Saya hanya mampu melihat tanpa mampu bercakap. Abah saya pernah ditendang oleh benda itu sehingga terjatuh dari siling rumah sehingga ke bawah ketika naik ke atas siling untuk menabur garam. Saya berubat dengan bermacam-macam orang. Semua ahli keluarga saya bersama-sama berusaha dan membantu saya untuk sihat kembali seperti dulu.

Rupa-rupanya, saya disihir oleh orang kampung saya sendiri. Hanya kerana mereka tidak puas hati ditegur oleh abah saya kerana melepak dihadapan rumah pada jam 2 3 pagi. Saya diberi borang cuti oleh pihak jabatan kerana keadaan saya yang teruk. Kalau saya berjauhan dengan kedua org tua saya walaupun ke sekolah, saya akan diserang oleh benda tersebut. Diri saya pada ketika itu juga sangat tidak terurus. Kulit saya bernanah pusat saya mengeluarkan air yang sangat busuk. Saya pernah bangun bersilat pada jam 2 3 pagi dan diajar oleh seseorang pada ketika itu.

Kerana keadaan tersebut saya pernah hendak dimasukkan ke bahagian psikiatri. Bermacam-macam perkara saya tempuh ketika sahabat-sahabat saya yang lain hidup sebagai manusia normal. Terlalu banyak cerita dan kisah yang saya alami ketika itu. Alhamdulillah dengan izin Allah sekarang saya sihat kembali walau pun x sepenuhnya. Terima kasih kepada yang banyak membantu saya sehingga sembuh. Kepada mereka yang membuat saya jadi begini, insya’allah saya akan memaafkan kalian. Terima kasih kerana membaca kisah saya yang panjang ini. ?

sya
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

6 comments

  1. cerita general sangat….tak cakap sebab apa dorang tak nak rawat….cam pelik darulshifa tolak….lepas tu tak cakap pulak sembuh camne…details wahai penulis..butiran2 yg membuatkan cerita jadi best…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.