Kisah Hostel

Terima kasih admin kerana menyiarkan ceritaku ini. Nama ku mawar (bukan nama sebenar) berusia 28 tahun. Aku rasa terpanggil utk menulis apabila terbaca cerita mengenai histeria baru2 ini. Aku juga ingin menceritakan pengalamanku berhadapan dengan perkara ni sewaktu aku menuntut disebuah university ketika aku berusia 20 tahun. 8 tahun yang lalu.

Kejadian berlaku sewaktu aku dan rakan-rakanku (Hanis, iliya dan Farah) terpaksa stay di hostel semasa mid term break kerana kami perlu menyiapkan group project kami. Waktu itu hanya kami sahaja yg berada di level hostel itu. Pada waktu kejadian, kami semua bersama-sama berkumpul dibilik Farah untuk bersama-sama menyiapkan tugasan kami sehingga jam melewati ke pukul 3am. Selepas itu, Hanis menyuarakan hasratnya untuk kebilik air mengambil wuduk kerana belum menunaikan solat isyak (Antara kami berempat, hanya hanis sahaja yang menjaga solat. Kami masih jahil ketika itu dan tidak menunaikan solat). Pada waktu kejadian, hanya Farah yang sedang period dan kami semua tidak. Kami bersetuju untuk bersama-sama Hanis ke bilik air kerana Farah ingin menukar pad manakala aku dan iliya ingin membuang air kecil.

Untuk pengetahuan pembaca, tandas dihostel kami berada dihujung blok dan perjalanan ke tandas tersebut tidaklah menyeramkan kan kerana lampu menghala ke tandas dipasang walaupun tiada student pada ketika itu. Keadaan tandas juga sangat terang seperti biasa. Kami berempat pun, bersama-sama menuju ke tandas. Selesai urusan masing-masing, Farah menyatakan kepada kami bahawa tong untuk membuang pad tidak disediakan ditandas tersebut. Mungkin kerana cuti semester, jadi contractor pembersihan tidak meletakkan kembali tong itu.

Farah bertanya kepada kami, mcm mana nak buang pad ni kalau tiada tong itu. Iliya memberikan satu idea nakal dengan menyatakan kepada Farah, alaa kau campak jela atas lantai tu, esok mesti ada cleaner akan cuci. Mungkin kerana terdesak, Farah hanya mengikuti cadangan iliya dan mencampakkan padnya dilantai berdekatan dengan tempat kami berkumpul. Saat Farah mencampakkan pad itu, aku terlihat macam masih ada kesan d***h dan menanyakan kepada Farah, kau tak cuci ke pad tu? Farah hanya tersengih. Lalu kami beredar menuju kebilik kami semula untuk tidur.

Pada jam 6am, aku tersedar kerana terdengar alarm dari handphone Hanis. Hanis perasan yang aku terjaga kerana alarmnya dan meminta maaf kepada. Aku mengatakan tidak mengapa. Walaupun ketika itu aku jahil dan tidak menunaikan solat, tetapi aku masih lagi hormat dengan rakan2 ku yg menunaikan solat. Dah alang2 aku terjaga, Hanis mengajakku menemannya ke tandas untuk berwuduk. Aku menurutinya. Tetapi saat kami membuka pintu bilik kami, alangkah terkejutnya kami apabila terlihat ada pad berdarah terletak betul-betul dihadapan bilik kami. Kami berdua ketakutan kerana bimbang akan berlaku perkara yang lebih teruk. Kami mengambil keputusan utk mengejut Farah dan Iliya dan menceritakan apa yang berlaku. Farah seakan resah kerana bimbang perkara ini terjadi disebabkan perbuatannya malam td. Kami mengambil keputusan untuk mengurung diri dalam bilik sehingga hari bertambah terang.

Pada lebih kurang jam 9am, kami membuka kembali pintu bilik kami dan mendapati pad itu telah tiada. Kami melihat sekeliling sekiranya ada cleaner yang telah membuangkan pad yang berada dhadapan bilik kami. Tetapi ternyata tiada kerana tiada cleaner yang bertugas sewaktu cuti semester. Kami semua berpakat utk ke bilik air untuk membuang pad yang dicampak Farah semalam. Ternyata pad itu masih lagi berada diatas lantai. Farah mengambil pad tersebut, mencucinya dan membuangnya didalam mangkuk tandas lalu mengepam tandas tersebut. kami semua kembali ke bilik dan menenangkan diri masing-masing.

Walaupun kami tidak melihat sebarang hantu mahupun jin, kejadian itu betul-betul membuatkan kami untuk lebih berhati-hati dan sentiasa mencuci pad kami sebelum membuangnya walaupun keadaan terdesak dan tiada tong untuk membuangnya. kami tidak menceritakan perkara ini kepada sesiapa kerana bimbang akan menyebabkan orang lain berasa takut dan bimbang.

Sekian terima kasih.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Mawar
Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 3.7]

4 comments

  1. Jadahnya pam dlm tandas pad, habis le tersumbat.. lain kali berjalan la jauh sikit cari tong sampah pun jdi la if takde tong khas utk buang pad tu

  2. Teruknya perangai, dah la x cuci pad, buang atas lantai je. Cari la tong sampah kot ye pun. Orang macam ni memang aku sokong hantu gigit dia.
    Pastu esoknya menyesal ambil balik cuci, pastu buang dalam mangkuk tandas, perh kalau tersumbat kan menyusahkan banyak pihak

  3. Takpalah, depa learn from mistake. Terima kasih kat makhluk tu jugaklah kan sebab bagi pengajaran kat hampa suma. Nasib korang baik makhluk ni pi kacau level amatur, kalau dia go for advance aku ghasa hampa semua cuci sampai koyak pad tu agaknya.

  4. ape la bongok sangat..ni mesti set2 pemalas dan pengotor budak2 tik tok ni…memalukan btol…mmg patut kene kokak ngan hantu org xde adab mcm korg ni.cleaner tu bukan hamba abdi korg tau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.