Salam admin dan pembaca semua. Sekali lagi aku Ariff Budiman ingin berkongsi pengalaman yang tidaklah begitu menyeramkan. Kisah makhluk yang diberi nama Kak Ton. Namun wajahnya tidak dapat dipaparkan dalam ni, tapi akan diupload ke ruangan komen. Itupun kalau admin siarkan cerita ini.
Terima kasih semua. Maaf jika cerita ini tidak seram. Ia hanya pengalaman peribadiku saja.
Aku mendapat surat dari pejabat di mana aku telah di tukarkan ke tempat baharu. Aku menerima saja arahan ini memandangkan ia di sebelah pulau. Aku tidak perlu lagi setiap hari melalui Jambatan Pulau Pinang. Itu yang baik dan melegakan aku. Aku telah ditugaskan shift petang iaitu bermula jam 4 petang hingga 12 tengah malam. Bila aku melangkah masuk, seorang rakan telah memberi peringatan kepadaku,
“Ariff. Saya mau kasi tau sikit tentang ini station. Ini station ada haunted sikit. Kadang-kadang kami nampak macam ada orang dan kadang-kadang kami seperti dengar suara seseorang.” Aku menerima berita ini dengan tenang. Bagiku kemana saja aku bertugas makhluk yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar tetap ada di mana-mana saja.
“You tau ka Ariff, di mana selalu kita nampak dan dengar itu suara?” tanya rakanku dan aku hanya menggelengkan kepala.
“Itu di dalam pantry. Tempat kita buat air,” katanya sambil ketawa kecil. “Selamat bertugas tempat baru, Ariff,” sambung rakanku lagi.
Bila malam menjelma, aku ke pantry untuk membuat air. Sewaktu berjalan, telinga aku terngiang-ngiang pesanan rakanku. Bagaimana pula rupanya?
“Ahhh… rupanya biasalah seperti selalu yang aku nampak. Menyeramkan. Ada yang gemuk, pendek, telinga panjang, dagu runcing, mata merah menyala. Muka pecah-pecah dan penuh dengan d***h,” itu yang bermain di mindaku. Bila aku masuk kedalam, suasana sunyi dan aku terus buat air. Hari pertama aku bertugas tiada insiden yang tidak baik aku lalui. Begitu juga pada hari kedua. Aku cukup lega bila tiada apa yang berlaku.
Masuk hari ketiga, aku sudah merasai sesuatu. Deria aku dapat menangkap sesuatu. Bulu roma aku dah mula terpacak. Jantung aku dan mula berdebar-debar. Itulah petandanya aku akan bertemu sesuatu. Itu pengalaman aku. Ketika aku berjalan untuk membuat tugasku, aku terdengar suara seorang wanita sedang menyanyi lagu yang tiada irama.
“Lalalala…”
Suara nyanyianya seakan gembira seperti hendak bertemu kekasih. Terus aku berjalan agak perlahan dan pergi ke pantry. Jam di tangan pukul 9 malam. Aku menjenguk perlahan-lahan melalui pintu.
Allahu Akbar! Seorang wanita berkebaya sedang menyanyi sambil bermain rambut ikal mayangnya. Aku memberi namanya Kak Ton. Cantik wajahnya. Serta merta hilang ketakutan bila melihat wajahnya. Tidak seperti yang selalu yang aku lihat. Hodoh dan menyeramkan. Aku memberanikan diri lalu masuk ke dalam pantry. Kak Ton melihat aku dan kemudian kembali menyanyi sambil bermain rambutnya. Sesekali dia menjeling ke arahku bila mendengar sudu bertemu dengan cawan
“Ting… ting…”
Bunyi aku mengacau gula di dalam cawan. Aku minum di situ juga sebab aku ingin melihat apa dia akan buat seterusnya.
Tiba-tiba dia berhenti menyanyi dan tidak bermain rambut lagi. Wajahnya terus di tundukkan.
“Huuuhu… sob… sob…”
Terus dia menangis. Suara tangisannya tidaklah begitu kuat. Suara tangisannya agak perlahan seperti menyembunyi dari orang mendengarnya. Aku mula terfikir, mungkin dia ada sejarahnya tersendiri. Aku ke pejabatku semula untuk membuat kerja. Selesai kerjaku, aku kembali ke pantry tapi Kak Ton sudah tiada. Seminggu aku menanti kedatangan Kak Ton, tapi dia tidak muncul.
Aku bertugas pula shift malam. Dalam pukul 2 pagi aku terdengar esak tangis dari bilik pantry. Aku pasti itu adalah suara Kak Ton. Terus aku bangun lalu masuk ke bilik pantry. Aku jerang air panas sambil mataku melirik kearah Kak Ton. Dia masih menangis. Tiba-tiba dia berhenti dan memandang tepat ke arahku. Terus aku berdebar-debar. Adakah dia tahu aku nampak akan dirinya. Kemudian dia mula ketawa dan ketawanya agak kuat. Dimainkannnya kuku sambil terus menyanyi. Sambil membuat air aku menyanyi lagu ‘Hatimu Milikku’ nyanyian Nera, tiba-tiba Kak Ton berhenti menyanyi. Dia mula menangis tersedu-sedu.
“Huhuhuuuu…”
Adakah lagu itu telah mengingatkan dia kepada sesuatu yang di rinduinya atau adakah suara aku yang sumbang?
Keesokkan harinya sekali lagi aku test Kak Ton. Kali ini aku mainkan bacaan Surah Al-Mulk. Aku melihat Kak Ton tidak terasa takut atau gusar. Dia diam dan terus tunduk wajahnya ke bawah. Sekali sekala dia akan melurus rambutnya yang ikal mayang. Rambutnya tersisir begitu rapi seolah-olahnya dia memeliharanya. Aku memegang hp lalu aku mainkan lagu dan mataku memerhati akan Kak Ton. Akhirnya aku mendapat gambaran wajah Kak Ton lalu aku buat contest kepada rakanku siapa yang dapat melukis wajah Kak Ton berdasarkan gambaran yang diberi. Akhirnya wajah Kak Ton dapat di pertontonkan hasil seorang pelukis yang hebat.
Akhirnya aku mendapat surat di arah bertukar ke unit lain dan ini bermakna aku terpaksa meninggalkan Kak Ton. Entah kenapa hati begitu sedih sebab aku tahu Kak Ton bukan jenis yang suka mengganggu orang lain. Dia dengan dunia dia cuma kadang-kadang tangisan serta ketawanya membuat orang lain merasa seram. Kak Ton, aku tetap merindui senyumanmu tapi sayang kau dan aku berbeza. Dunia kita berlainan.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
mana gambar kak ton?? nk tengokk. 😍😍😍… plzzzz….🙃🙃
Dlm blog tak blh hntar. Masuk dlm fb FS dlm ruangan komen
cantik n manisssssss jr muka kak ton.. ptt x larikkk… cun..
#dah tengok da..😍😍
apa nama fbnya, FS jer ke, profile pic apa
FS adalah singkatan kepada Fiksyen Shasha.. sila layari fb fs untuk melihat gambar kak ton.
owh iya ke… trma kaseh byk ya….
Kak ton sunyi lee tew
Mana gmbr kak ton?
Gambar kak ton di dlm fb FS ruangan komen
asal ko bro lantunkan kan ayat2 suci Al-Quran dari surah al mulk ? memang dia tak lari ler bro… cer ko lantunkan ayat2 suci dari surah Al-Baqarah khususnye 284-286 dan 255 aka ayatul Qursi ataupun 3 Qul, In sya Allah guarentee mahkluk yg spesis kuat mengusik ni memang bertempiaran lari lintang pukang.
Bro. Awak confirm ka kalau baca ayat tu dia lintang pukang lari. Dah pernah baca ka
Maaf ye saya terpaksa panggil tuan dengan title pkck boleh kan,? sbb bile on fb nak tengok gambo kak ton dlm pages fiksyen sasha dan ternampak gambo tuan lebih kurang nmpk mcm sebaya bapak sy, dan sekali lagi maaf jika tulis berbahasakan ko aku pd komen sebelum ini…haha.. baiklah pkck,berdasarkan dr blog perawat islam dan kesahihannya, In sya Allah pkck boleh rujuk pd hadis-hadis yg sahih akan kekuatan dan kedasyatan ayat2 tersebut.. tuan boleh rujuk hadis2 ini antranya hadits sohih riwayat Imam bukhari ( 11/125 ) dan Imam at-tirmidzie ( 5/139 ) aka untuk Ia adalah sebagai pelindung daripada gangguan hantu-syaitan Iaitu SURAH2 3 QUL, bahkan dikatakan juga sebagai pelindung daripada sebarang bentuk kejahatan…, MANAKALA rujuk hadits sohih riwayat imam al-bukhari ( 9/55 ) dan imam muslim ( 6/92 ) tentang 2 ayat terakhir dr surah al baqarah Ia adalah sebagai pelindung daripada gangguan syaitan yg menganggu, bahkan dikatakan juga sebagai pelindung daripada sebarang bentuk kejahatan.. LAGI hadist sahih diriwayatkan oleh : imam ahmad , Imam muslim ( 3/28 ) dan Imam at-tirmidzi ( 4/232 ) iaitu merujuk pd KESELURUHAN SURAH AL BAQARAH yg boleh buat syaitan tidak akan mampu masuk ke dalam sesebuah rumah atau kawasan yang selalu dibaca di dalamnya Surah al-Baqarah.. kesemua hadis ini sy ambil dari blog perawat islam.. TAPI yg betul-betul membuatkan syaitan yg menyamar hantu ni lari adalah surah as sajdah, jumlah dlm surah as sajdah sama dengan jumlah surah al mulk 30 ayat jugak, atau rujukan nya adalah hadis sohih riwayat pak imam muslim rujukan ( 2/29 ) dan al-Imam Ibnu majah ( 1 / 334 ).. manakala azan pun in sya Allah boleh tp setakat ini st tak pasti menemukan akan dalil kesahihannye… pkck tanye sy pernah baca ker ? maka saya jawab sy selalu amalkan ayat2 tersebut terutama selepas solat sbg pelindung buat diri sy dan keluarga sy dan setakat ini ALHAMDULILLAH SYUKUR PADA ALLAH SWT kerana belum mentaqdirkan sy pernah nampak hantu setan jin di depan mata jika ternampak,terjumpa atau diganggu sekalipun In Sya Allah sy dah “ready” dgn segala ilmu di dlm dada dan BERSERAH PD ALLAH DAN TAKUT HANYA PADA ALLAH lalu sy akan lawan walaupun ade perasaan takut sedikit tp jangan takut melebihi takut pada ALLAH.. baca 3 qul dulu untuk salam perkenalan, jika tak lari, menghilang atau berundur, saya terus bacaan ke 2 ayat terakhir dr surah al baqarah sbg pemberi amaran pertama dan terakhir, jika tak de ape-ape reaksi lagi, maaf ler saya terpaksa main kasar sangat dengan membaca ayat 255 al baqarah aka ayatul Qursi sbg NO MERCY KPD SYAITON L.A dengan surah as Sajdah sbg membelasah hantu setan jin KAW KAW tersebut (maaf jika terpoyo atau cakap besor haha apapun sy ckp betul).. apapun sy puji sikap pkck bile bertemu dengan mahkluk tu kerna pkck tak takut dan tak lari malah steady lagi dengan ‘ON’kan lantunan ayat suci surah al mulk. Apepun pkck punya iman memang kuat, terbaik !!!
dah tgk rupa kak ton kt fb. cantik kak ton nyer..
comel x kakton? comell kak ton
Amboi.. cantiknyer kak ton.. no wonder hang rindu senyuman kak ton.. mcm biasa, citer hang tk prnh mnghampakan insan2 sprti aku.. aku rs hang ni lagi tua dr aku.. adlh lebeh sopan kalau bahasakan hang abang.. agama aku junjung, adat aku sanjung.. citer hang tak prnh tk best.. salute kat hang…
amboi..patot la sedih nak tinggalkan kak ton..rupenye kak ton lawa…and bro arif mmg power r…leyh rilex je hadap kak ton nie..walaupon rasa seram
best
ni pengalaman real ke??? wahhhh berani nyaaaaa
da tgk gmbr kak ton….cantik….
cantik lah kak ton…
*****
Nk tgk wajah kak ton
Ni adalah karya ketiga Uncle Arrif tulis yg sa baca skrg ni 😚 mmg thumb up ler 👍 .. Klau sa kus smngat nk nyanyi sama ngan kak ton 😂 silap waktu terbaring dh depan kak ton even kak ton lawa 🤣 tapi cite Uncle mmg perghhhh 👍
Sape yang panjang sangat komen tu
she’s beautiful indeed..