Kisah Malam Farewell Universiti di Utara

Assalammualaikum dan selamat menjalani ibadah puasa kepada para pembaca.

Panggil aku May. Ini kali pertama aku mengirim tinta aku untuk FS. Aku pun tidak pasti samada di manakah tahap keseraman kisah ku ini. Biarlah pembaca yang menilainya sendiri. Segala komen yang membina akan ku ambil untuk diperbaiki dan sebarang komen yang berbaur negatif, aku pohon maaf kerana mungkin kisahku tidak seindah yang kamu semua harapkan.

Aku merupakan alumni pelajar di salah satu institusi awam di wilayah Utara. Masih terngiang-ngiang perkara ini di ingatanku. Kalau bukan kerana aku kuat semangat, mungkin coretan ini sudah tidak wujud untuk bacaan umum. ( bukan nak puji diri sendiri tau.)

Hujung semester
Kos aku merupakan kos yang sering paper habis lambat. So, akan ada banyak gap untuk menunggu hari peperiksaan. Bila berada di semester akhir, taubat akan ada farewell party punya. Persetankan farewell ke apa, aku malas nak pi. Aku lebih rela duduk dalam bilik seorang diri. Bukan apa, bila buat makan-makan, confirm akan balik lewat punya. Aku malas untuk menjawab kaji selidik pakcik guard depan pintu masuk tu.

Jadi untuk dijadikan cerita, tinggallah aku seorang diri dekat aras tu. Sebab budak2 kos lain semua dah habis paper & balik rumah. Jadi banyaklah bilik kosong, kan. Dari semua bilik tu, hanya 2 bilik yang masih ada orang ; bilik aku dan bilik sebelah. Bilik sebelah tu pun sebenarnya bilik classmate aku jugak dan dia pun join farewell party tu. Hah, mau tak mau memang aku seorang lah dekat aras tu. Tapi aku tak kisah sangat pun sebab aku dah biasa. Aku pun tak tau lah, awat aku zaman belajar dulu agak berani. Halah, mandi sorang-sorang pukul 3 pagi. Pi kencing ka berak ka semua seorang diri. Bukannya, aku berani sangat tapi bila aku kejutkan roommate aku, haram dia tak bangun pun. Punya liat orang tua tu nak bangun. Sorry iklan sat tadi.

Jadi, members merangkap roommates aku bertolak pi tempat nak buat farewell party tu sebelum asar. Sebab event start sebelum asar nak buat preparation apa semua. Aku namakan members aku ni Nani dengan Siti. Memang dari petang sampai ke habis event lah aku sorang2. Petang tu waktu mandi tak dak apa sangat walaupun aku rasa bilik air tu meriah padahal tak dak orang pun. Kalau hampa, hampa jadi apa? Aku buat bodoh ja la sebab kalau aku layan sampai ke sudahlah aku tak mandi.

Dia start tak okay, bila mai isyak. Lepas aku ambil wuduk tu aku rasa ada benda duk perhati aku. Lupa nak cakap, bilik air dengan bilik aku jauh. Kena lalu bilik2 kosong tu dulu. Dahlah bilik kosong tu, penghuninya tinggal tak berkunci. Benda boleh kunci, pasaipa pi tinggai ternganga bilik tu. Tapi tak boleh nak salahkan depa jugak sebab dah memang prosedur asrama, bilik perlulah ditinggalkan dalam keadaan yang tidak berkunci. Hal ini untuk memudahkan tugas-tugas makcik cleaner nak sapu bilik. Okey2, menyimpang jauh dah ni. Marilah pulang ke jalan yang benar. Mata aku ni jenis suka melilau. Sat tengok kiri, sat tengok kanan, atas, bawah.
Tapi alhamdulillah lah tak dapat tangkap benda yang tak sepatutnya muncul.

Jam di dinding terus berdetak menunjukkan dah pukul 9. Aku tertanya-tanya bilalah farewell party tu nak habis. Cemuih (bosan). Nak tidur tak bole.

Nak cakap, bila aku tak boleh nak tidur tu merupakan simptom-simptom ‘benda’ tu nak berkawan dengan aku. Aku ni memang takda sixth sense (kalau bole memang takmau lah) tapi aku dapat rasa kalau ‘benda’ tu ada. Dulu okay ja, lepas satu peristiwa tu aku jadi camni. Macam mana tu? Ha takpa2, kalau aku rajin nanti aku coretkan kisah tu pulak.

Pukul 11. Memang takdak sign yang member aku dah nak balik. Aku whatsapp Nani tanya bila nak habis. Dia cakap dia pun tak tau. Jadi, dah pukul 11 hang tak balik lagi, lantak hang lah Nani. Aku nak tidur dulu. Lampu semua dah tutup helok tapi mata pulak tak mau pejam. Waduhh, gawat ni.

Jadi, aku bercadang nak ambil angin dekat luar. Ha lupa lagi, bilik aku berada di aras lima. Maka berjalanlah aku yang tak tentu arah ni. Aku ‘tawaf’ satu aras sebab nak ambil angin lah katakan. Tapi tulah khilaf aku, aku terambil sekali ‘benda’ lain. Haa amik ko. Aku tak ambil nah, ‘dia’ yang ikut aku. Mungkin ‘dia’ kesian tengok aku lonely sangat. Aku jadi tak tentu arah. Sekejap lepak tepi bilik sekejap termenung depan pintu.

Tak boleh jadi ni. Last sekali, aku paksa gak diri aku tidur. Lagi aku melayan mata aku, lagi tu aku tak lena. Tapi macam biasa lah, tetap mata aku tak mau pejam. Haqhu dah ni. Tiba-tiba aku dengar tapak kaki kot tangga. Masa tu dah pukul 12.30. Aku tak cuak pun sebab aku tau dah yang jalan tu Nani dengan Siti.

Haa, masa depa balik ni. Angin aku dah tak betul. Aku rasa badan aku dah kena control dengan setan tu. Si ‘dia’ yang ikut aku waktu aku tawaf aras ada lagi, duk tunggu dekat luar bilik aku. ‘Dia’ tak boleh masuk bilik aku. Mungkin sebab lepas aku solat isyak tu, aku mengaji sebabtu si ‘dia’ tak berani nak menjejakkan kaki dalam bilik aku. Alhamdulillah.

Nak dijadikan cerita, si Siti dengan Nani ni terbawak balik jugak ‘member’ yang tak dijemput. Aku dahlah tak okay masa tu, depa pulak bawak balik member. Mana taknya, lepas balik dari farewell party tu, depa terus meluru masuk bilik. Mak aku pesan, kalau balik dari jauh tengah-tengah malam lepaklah mana-mana dulu. Jangan terus meluru masuk rumah takut benda tu ikut masuk sekali. Kalau pi lepak mamak ka pa, dah memang sah benda tu kena ‘tinggai’ dekat mamak.

Bila tengah malam, konfirmlah sejuk kan. Tapi lain pulak bagi aku. Aku panas. Sekejap aku baring, sekejap aku duduk dekat meja study. Last sekali aku ambil inisiatif duduk dekat luar. Bak kata aku, ambil angin lagi. Hahaha.
Tapi sebenarnya, aku takmau pun lepak luar bilik aku tu. Dia jadi macam ada something kawal aku untuk jalan pi luar bilik. Hampa ingat tak bila aku cakap yang badan aku kena control dengan setan ni. Haa, masa nilah setan tu nak tunjukkan kekuasaan dia. Amboi. Aku time ni macam kena pukau. Ayatul kursi apa semua aku tak ingat dah.

Jadi aku lepak luar bilik aku dekat penjuru hujung sekali yang dekat dengan fire extinguisher. Kan aku cakap bilik aku aras 5, so bila aku dok situ aku dok fikir
‘ ni kalau terjun best jugak.’ Allahu, sampai macamtu setan tu kontrol aku. Aku dok usya dari atas. Kaki aku dah elok aku letak dekat besi penghadang tu. Tunggu nak letak lagi sebelah, hayun badan aku dan terbang melayanglah aku.

Namun mungkin atas sebab ALLAH masih nak aku hidup, cepat- cepat aku tersedar dan terus masuk bilik. Masuk bilik tu aku senyap pi duduk dekat meja study aku. Nani? Ada ja dia, sihat duk bergayut dengan pakwe dia. Sibuk bergayut sampai tak perasan roommate dia yang hampir kehilangan nyawa ni. Tapi kalau dia tanya pun, aku memang takkan cerita. Sebab Nani ni jenis penakut. Bukan penakut sikit tapi penakut banyak. Tunggu habis sem kot baru aku cerita dekat dia. Aku bila dekat meja study tu, baru aku di alam yang nyata. Aku dok istighfar lepastu baca ayatul kursi. Lepas dah reda, aku pi katil dan ambil keputusan untuk lena. Tapi aku tak lena lagi, aku buka pintu sebab aku dapat rasa yang ‘dia’ masih setia menunggu aku. Aku cakap dekat si ‘dia’

” aku tak kacau hang, hang tak payah dok ikut aku. Pi balik tempat hang.”
Sekali ayat kursi aku bacakan dekat si ‘dia’ . Alhamdulillah, si ‘dia’ mau dengar cakap. Huhu.

Malam tu aku lena dengan pegang tangan Nani. Dah memang jadi tabiat aku, kalau lepas kena kacau aku kena pegang tangan someone. Sebab aku nak someone ada dengan aku.

Esoknya lepas subuh, aku mengaji puas-puas. Sebab nak lindung bilik aku dari gangguan setan. Bukan apa, bilik aku tu lama lagi kami nak duduk. Gap lagi 5 hari kot. Kalau dia mai lagi at least bilik tu dah ada pendiding kalam Al-quran.

Aku try cerna, apa yang aku buat sampai benda tu ikut aku. Sebelum ni elok ja, bukan aku tak pernah tinggal seorang dekat dalam bilik. Dan aku pun teringat yang aku usik Siti, tolak dia masuk dalam bilik kosong tu. Mungkin sebabtu lah kot. Aku waktu zaman belajar memang nakal. Suka sakat orang. Mungkin benda tu nak balas balik apa yang aku buat dekat members aku. Hihihi.

Kesimpulannya, rajinkanlah dekatkan diri dengan Quran. Kalau kita rajin beribadah, inshaaAllah benda tu takut nak dekat. Lepastu jangan seronok sangat, nanti ada benda lain juga yang nak join sekali. Amalkanlah baca surah al-mulk, ayatul kursi serta 4 qul sebelum tidur. Semoga ALLAH sentiasa melindungi kita semua. Banyak sebenarnya kisah mistik aku sewaktu zaman belajar, inshaaAllah kalau aku rajin,aku sambung lagi. Aku ni bukan apa, malas nak menaip cerita. Maaf ku hulurkan jika kisah aku ni tak mencapai tahap ekspektasi hampa semua. Aku sekadar nak berkongsi. Saya budak baru belajar, kalau salah tolong betulkan.

Hantar Kisah Anda: fiksyenshasha.com/submit

11 thoughts on “Kisah Malam Farewell Universiti di Utara”

  1. Maaf confessor. Aku tak rasa itu ‘dia’. Tak tahu macam mana nak terangkan. Tapi daripada cerita ni, takde bukti itu ‘dia’. Mungkin perasaan sendiri.

    Reply
  2. maaflah..tp tu lebih kepada perasaan sendiri..x de ape pun yg usik mlm tu…kalau benda tu betul control, lama dah terjun tu..x de sekerat sekerat…..

    Reply

Leave a Comment