Kisah Mentua: Kandungan Kembar

Hai kepada semua pembaca FS…Sebelum ni aku telah berkongsi kisah

BILIK MISTERI DIRUMAH MENTUA..seperti yang dijanjikan sambungan seterusnya kisah kehamilan..

Untuk pengetahuan korang usia perkahwinan aku sekarang ni hampir memasuki tahun ke-3..

Dalam kisah yang sebelum ini, yang tidak aku ceritakan dimana aku stay dirumah tersebut 2x aku disahkan mengandung..Tapi kandungan aku hanya mampu bertahan 2 hingga ke 3 bulan selepas tempoh tersebut aku mengalami turun d***h yang sedikit..Bila aku pergi ke hospital doktor buat pemeriksaan ultra sound mendapati kandungan aku tiada dan doktor sahkan yang kandungan berkemungkinan kandungan aku tidak menjadi…Tiada ape yang boleh aku lakukan melainkan terima setiap ketentuan dari Allah…

Selang beberapa bulan selepas peristiwa tersebut sekali lagi aku disahkan hamil..Berita tersebut aku sampaikan kepada kedua ibu bapaku…Kebetulan time tu aku stay dirumah orang tuaku buat beberapa bulan dan suami aku tinggal bersama maknye…Apabila kandungan aku menjakau 4bulan, doktor telah membuat pemeriksaan bagi menentukan due date untuk aku bersalin…Sewaktu doktor menjalankan pemeriksaan ultra sound doktor mendapati dalam rahim aku mempunyai 2 kandung dan jantung tersebut berdenyut dengan baik…Selain tu , doktor juga menyatakan berkemungkinan besar bayi tersebut kembar berlainan jantina.

Aku dengan excited aku bagitahu dengan suami aku yang aku bukan saja mengandung tetapi kandungan aku tu adalah kembar…

Setelah mengetahui berita tersebut bulan seterusnya suami aku pulang ke kampung untuk berjumpa aku dan melihat keadaan aku.

.Sebelum suami aku sampai, ayah aku dah pesan “ kalau laki kau ajak balik rumah mentua, kau jangan ikut balik”….Aku pun jawap la “ai ai ai BOSS” dalam nada serious…Kalau korang nak tahu ayah aku tak akan cerita or bagitahu apa yang akan terjadi menurut firasat die, cume die selalu pesan supaya berhati-hati.

Seperti dugaan ayah aku, kepulangan suami aku sekali gus mengajak aku ikut die balik sane…Aku mesti la menolak dan bermacam-macam alasan aku bagi,dalam masa yang sama aku mengalami alahan yang sememangnye teruk hingga aku perlu follow up dg pakar O&G…

Tapi suami aku paksa jugak aku balik…Ayah aku terpaksa akur lagipun anaknya (aku) da bersuami…Tarikh yang sepatutnye aku pergi jumpa pakar tinggal lagi 4 hari…Jadi 3hari 2malam la aku berada dirumah mentua aku.

Sepanjang berada dirumah mentua, aku tak dilayan seperti ibu-ibu mengandung…Serba serbi kena buat…Bila tak buat atau rest sekejap mula la mak ni tarik muka dan jeling-jeling aku…Adik ipar pulak still buat tak faham dan buat tak nampak kalau aku tengah buat itu ini…Setiap malam pulak aku selalu mimpi yang aku bersalin…Bukan bersali dekat hospital tapi bersalin style orang zaman dulu,sedangkan kandungan aku baru 5bulan plus…Aku ingatkan mainan tidur, jadi aku abaikan…

Pada malam sebelum appoiment tu kami suami isteri telah bertolak balik ke kampung halaman aku…Keesokkan harinya aku dapati perut aku kempis dan tiada sebarang denyutan ataupun pergerakkan…Tanpa berlengah kami bergegas ke hospital dan tunggu giliran dengan sabar dan berdoa mudahan kandungan aku selamat dan tiade ape-ape yang berlaku…

Hampir sejam menunggu akhirnya tiba jugak giliran aku…Nurse yang ada dalam bilik doktor mula la untuk melakukan pemeriksaan jantung baby…Aku tengok nurse tu tak henti-henti cari kedudukan baby aku sambil aku dengar die berselawat ke atas nabi…Aku hanya mampu nerzikir dan berdoa dalam hati…Akhirnya nurse tersebut memaklumkan kepada doktor bahawa degupan jantung baby aku gagal dikesan…Doktor mengambil keputusan untuk bawak aku pergi ke Labor room untuk melakukan ultra sound secara detail…Mase doktor dok asyik scan di atas perut mahupun scan melalui jalan bawah aku perasan perubahan wajah doktor tersebut.

.Jadi doktor tersebut bertanya kepada aku “puan ada mengalami pendarahan mahupun turun d***h sama ada banyak atau sedikit dalam masa terdekat?” Aku pun membalas “saya tiada mengalami sebarang pendarahan apatah lagi turun d***h”…

Doktor tersebut sekali lagi bertanyakan kepada aku “saya minta maaf , saya berharap puan bersabar dengan apa yang saya ingin sampaikan kepada puan…Yang sebenarnya kandungan puan tiada, puas saya scan tetapi kantung baby memang tiada” Aku pun menangis macam orang hilang akal…Mau tak hilang akal, 5 bulan lebih aku bawa baby dalam perut ke hulu ke hilir tambah pulak dengan bermacam alahan…Bukan tu aje masuk ni , ni kandungan aku yang ke-3…Kalau tak betul-betul boleh sewel aku…

Doktor pun masukkan speculum (muncung itik) untuk pastikan sama ada terdapat sisa-sisa d***h beku…Doktor tu sekali lagi memaklumkan pada aku bahawa tiada sebarang d***h beku yang tinggal dan rahim aku berada dalam keadaan yang cukup baik dan kecut seolah belum pernah mengandung, malah ini merupakan kes pertaman dan pengalaman baru die sejak bergelar doktor…Jadi doktor tersebut menyarankan supaye aku pergi menjalani rawatan dengan pakar perubatan islam.

Pulangnya aku dari hospital, kedua ibu bapaku bertanyakan bagaimane keadaan kandungan aku…Sambil menangis aku bagitahu mereka dihadapan suami aku “mak ayah baby ana dah takde lagi hilang macam tu aje”….Mengucap panjang mereka disisi aku sambil cuba tenangkan aku…
Selang beberapa hari kedua orang tuaku membawa aku berubat dengan ustaz S..Tiba dirumah ustaz tersebut, ustaz tu bertanyakan kepada aku sekiranya aku ada mengalami mimpi atau gangguan yang pelik-pelik…
Aku akui “ye ustaz , sepanjang saya mengandung pada awalnye tiade sebarang gangguan…cume gangguan ini bermula bila aku mengikut suamiku untuk pulang ke rumah maknye..Dalam mase yang sama saya kerap bermimpi bersalin tapi kandungan saya mase tu baru 5bulan lebih..Saya abaikan dan hanya bersangka semua ini mainan tidur”
Selepas mendengai penjelasan dari aku , ustaz S beristighfar panjang sambil menggelengkan kepalanya….Kemudian ustaz tersebut menjelaskan seandainya aku bermimpi seperti tersebut itu bukannya mainan tidur tetapi angkara ilmu hitam.

Ustaz S hanya memberi aku sebotol air yang telah dirukyahkan sebagai minuman untuk memulihkan tenaga dan semangat aku serta beberapa amalan seperti memperbanyakkan baca al-Quran serta amalan sunat…
Sebelum berangkat pulang aku bertanyakan kepada ustaz S “ustaz, sebenarnya siapa punya angkara?” Ustaz “saya tidak berani untuk mendedahkan siapa pelakunya takut perkara ni mengundang fitnah dan perbalahan jadi lebih baik Ana buat solat sunat taubat, solat sunat hajat dan tahajud mintak petunjuk dan pertolongan dari Allah sebab doa orang teraniaya ni sering didemgar Allah”.

Seminggu pun berlalu dan hampir setiap malam aku lakukan beberapa solat sunat serta memperbanyakkkan baca Quran…Akhirnya suatu malam aku bermimpi yang belaan mentua aku yang aku nampak merangkak dekat siling bilik tu sedang meratah daging mentah berdarah, tapi aku perasan daging tersebut ada tangan budak kecik…Tapi aku tetap tak putus asa aku buat lagi amalan tersebut sebab nakkan kebenaran….Selang beberapa malam aku bermimpi yang mentua aku ni sedang asapkan gambar aku yang dah dilekatkan pada limau purut…Kemudian mentua aku ambil pisau lipat tu korek-korek gambar aku sampai biji buah limau tersebut keluar…
Jadi sekarang segala tanda tanya aku telah terjawap…Aku ambil keputusan untuk diamkan diri dan tidak bagitahu ape-ape kepada suamiku dan juga ibu bapa aku.

Bulan berganti bulan, hari berganti hari setahun setengah lun berlalu…Dalam tempoh tersebut tu jugak aku bercerai dan rujuk semula dengan suami aku dan sebab musababnye telah aku jelaskan dalam cerita sebelum ni.

Aku bertegas dengan suami aku dihadapan semua ahli keluarga dia dan keluarga aku sendiri…Aku putuskan bahawa aku dengan suami aku nak hidup sendiri , kiri pon tidak kanan pon tidak dan jangan gaggu kehidupan kami berdua. Aku buat keputusan tersebut nak bagi adil dan tidak berat sebelah, yela family aku tak bersalah dalam hal ni.

Selepas aku jelaskan keputusan aku depan semua orang, alhamdulillah hidup kami berdua kembali aman bahagia…Selang 3 bulan aku disahkan hamil sekali lagi…Dan kali ni aku sound suami aku, “kalau abang kalau nak ade zuriat dengan sayang, abang jangan bagitahu keluarga abang!!!!” Suami aku bersetuju dengan amaran aku tu…Kadang-kadang kita ni jadi isteri kena jadi singa jugak..Huhuhuhu

Aku jalani kehidupan ibu mengandung macam biasa…Tak lama kemudian aku hagitahu kepada kedua ibu bapa aku memandangkan ni bayi yang aaku kandungkan ni merupakan cucu sulung bagi meraka…Bukan main seronok aku tengok wajah mereka , cakap ape saje yang aku nak makan cepat je dapat…Tq mak ayah sebab jaga Ana dengan baik…
Apabila kandungan aku cukup 7bulan, ntah macam mane mentua aku ni boleh tahu .. Bermula la hidup aku berulang alik ke hospital hingga kandungan aku cecah 37minggu (9bulan)..Mane taknye sakit bagai nak rak..Contraction stiap 10minit bile nurse check jalan bukak 3cm…Doktor bagi aku injection dexa (matang paru-paru baby)…Azab dexa ni lain macam weiii sampai tak boleh bangun…

Lepas dexa contraction stiap 5minit ke 2minit skali…Aku panggil nurse dan bagi tahu yang sakit makin kerap…Jadi nurse tarik tirai katil aku nak check jalan, yang pelik lnye dari 3cm terus 0CM takde jalan…Nurse maklumkan pada doktor tentang keadaan aku, jadi doktor datang malam tu juga bagi aku ubat tahan sakit…Lepas kena ubat tu aku dah macam orang hayal dapat dadah uiii..

30/10/18 aku dimasukkan hospital sebab baby tak gerak dan kerap mengeras…Staff nurse suruh aku masuk dalam tukar baju pakai baju pink tuu sebab nak check jalan..Jalan baru 3cm, so aku pun meronda la dalam L.Room tu kononnye nak bagi jalan cepat bukak.

Doktor bagi induce pil , masuk belun dengan induce by drip jalan cume boleh bukak sampai 6.5cm je…Time tu sure la aku tak boleh nak bangun sebab perut kena ikat dengan getah CTG (check jantung baby) Aku prasan dalam bilik tu aku tu ade perempuan dengan baju lusuh yang bussuk serta lidahnye panjang sampai ke lantai sedang tengok aku.

Kebetulan fon aku ade dekat sebelah jadi aku call bagitahu ayah aku ape yang aku nampak dalam mase yang same tinggal aku sensorang dalam bilik…Ayah aku suruh baca ayat kursi banyak kali…
Tibe-tibe ctg baby aku jadi abnormal…Jadi aku terpakse emergency czer sebab nak selamatkan nyawa aku dan zuriat aku..

Nurse semua berlari lari siapkan aku dan suruh aku sign beberapa document sekiraanya berkalu komplikasi…Mase nurse tolak aku dari L.Room ke OT (bilik bedah) Aku nampak ayah aku duduk dikaki lima sambil baca yassin…Aku hanya mampu menangis…Perempuan lidah panjang tu tetap ikut aku sampai bilik OT kemudian hilang…Selang beberapa jam aku selamat melahiran baby girl yang sihat dan comel…
Selepas semuanya selamat aku dan baby dibenarkan balik..Dalam perjalanan balik aku tanye ayah aku pasal ape yang aku nampak tu depan suami aku…Ayah aku pun cakap la “ayah rasekau pun tahu sape punya angkara dan tujuan die, die nak kau dengan anak kau PADAM”.Suami aku pun terdiam dengan penjelasan ayah aku

Sekian.Terima kasih…sorry sebab panjang sangat cerita aku kali ni

Rating Pembaca
[Total: 5 Average: 5]
Ana

50 thoughts on “Kisah Mentua: Kandungan Kembar”

  1. Ni citer ni sebenarnya citer anak branak bodoh.. dah sah2 mak dia giler dia nak jgk bawa bini dia balik.. dah byk kali wei zuriat ko meninggal mcm tue je.. geram aih

    Reply
    • aku pun rasa kepelikan kat situ.
      pulak tu macam ilmu mak dia sekerat – sekerat je.
      tak all out.

      nak bagi anak sendiri minum air jampi pun suruh bini berikan.
      letak je dalam jug kat dapur nun.
      dapat tau menantu hantar wasap kat ayah tapi tak tau anak sendiri buang keluar air jampi sendiri.

      Reply
  2. Untuk pengetahuan awak smue…ayah mentua sy 100% da tunduk dg die…habis segala duit gaji ayah die ambik…sbg cth gaji ayah 1 hari rm100 die akan ambik rm80 lg rm20 utk belanje ayah…anak2 yg lain smue patuh dg arahan die melainkan abg ipar yg num 1 shj yg x dengar cakap die…suami sy tu jenis yg terlalu lurus dan macam2 bende kotor yg die da bagi suami sy makan

    Reply
    • still tak masuk dek akal.
      kalau ada orang yg masih lagi waras dalam rumah tu sepatutnya benda2 ni semua boleh ditegah.
      lagi pun ilmu mak mentua tu tak hebat mana pun.
      buktinya awak masih lagi boleh ngelakkan diri.
      balik rumah parent sendiri mak mentua dah tak boleh buat apa – apa.
      dan suami awak pun boleh buang air jampi tu menunjukkan dia masih lagi waras.
      kalau betul dia dah termakan benda kotor macamana dia boleh sedar yg air tu tak sepatutnya diminum?

      Reply
  3. kalau ko berjaya bwk lari laki ko, selamatkan laki ko ngan air penawar tu, ko patut tolong adik beradik dia yg lain n tolong ayah mentua ko skali kalau betul ko dah tau yang diaorg semua dah kena tunduk…

    Reply
    • Ya allah takutnya saya dengar cerita akk…mudah2an allah melindungi akak 1family….benda yang mak mertua akak buat akan makan diri dia balik suatu hari nanti!

      Reply
    • Ye la.. Cakap memang senangkan.. Suruh tolong sana sini.. Ana pun teruk kena belasah, adik ipar pemalas lagi tu.. MasyaAllah hebat ana boleh tahan dugaan ni..

      Akak doakan ana dan keluarga sihat, dan sentiasa dalam perlindungan Allah SWT. Aaminn….

      Reply
  4. Haish scarynya lah kalau macam ni… nak lari jauh jauh pun susah – sebab tu family…hmmm serba salah dibuatnya.. Harap awak jumpa jalan penyelesaian.. dan sentiasa di bawah lindunganNYA

    Reply
  5. Nasihat aku, kita sebagai hamba Allah n pengikut muhammad s.a.w, jgn balas apa yg dorg buat pd ko n suami tu…bykkn berdoa n mintak sungguh pd Allah utk bg hidayah kt ahli family mertua ko yg mana dah tersesat tu…dalam masa yg sama cuba ko ajak husband n abg dia ikhtiarkan utk berubat dorg yg dah terkena…cuba gak utk sedarkan mak metua ko tu…usaha n tawakkal…jgn tinggal apa yg ustaz tu pnah pesan…n jgn jugak lupe pesan ayah ko…dlm masa yg sama support suami ko utk lbh dkt dgn Allah…mungkin dgn cara tu Allah akn bg jalan camna utk selamatkan keluarga mertua ko…besar pahala klu boleh bantu dorg…ingat, nabi xajar utk kita berdendam n Allah tetap penguasa dihari pembalasan…wallahua’lam…

    Reply
  6. Dari teman baca kisah miker yg pertama lg teman dh pesan jg2 dgn org mcm ni…teman pernah jumpa org yg sebijik mcm perangai mak mertua miker tu…kaki mandrem…dah lps ni tlg ketuk sikit paler laki miker tu…dah tau mak dia tu berseteru dgn setan…jgn lah pulak bg bini tu dok diperhambatkan ngan setan gak…sbg laki kn berakal sikit…kalo boleh jauh…jauhkan diri dr mak mertua tu…kalo dah tergamak nk b***h anak menantu & cucu…tu jenis aoa nyer manusia mcm tu…kalo nak bantuan…insyaallah ada jer yg boleh bg bantuan…selamatkan diri & keluarga dr perkara yt mensyirikkan ni..tak tercium bau syurga org yg dok syirik ni…tolong yer..hati2

    Reply
  7. sorry la nak ckp je. suami awak tu mmg la bodoh sbb dh kena jampi. tp kalau tak jampi pun, nmpk ada kebangangan sikit jugak.

    dah 2 kali gugur kandungan kenapa buta mata lagi. ada lah tu something wrong bila dkt sana asyik gugur tp balik kg sendiri elok je sampai dh masuk 5 bulan. dah isteri taknak ikut balik tu ada lah sebabnya. kdg2 kita isteri ni punya la nak jaga maruah keluarga suami tp suami pulak bengap tak paham2. seeloknya suami jangan ego. kalau isteri tu bg alasan, mesti ada la sesuatu. cuba bukak mata hati. dia sendiri pun tau mak dia tu mcm mana kan.

    jenis org dok sangka baik tak bertempat ni payah jugak. tu bkn baik lurus, tu bodoh. nak tunggu sampai isteri mampos ke baru nk sedar diri? bagus ayah awak cakap camtu. please la. ibu bapa yg dah syirik, dah ingkar perintah tuhan, tak perlu ditaati ye. jgn konon sbb itu mak, so kau bodoh2 je dgr kata dia walaupun kau tau dia mcm tu.

    jadi suami sila bertegas dlm melindungi hak ISTERI. jgn dok membuta tuli taat dkt mak ayah sampai menyiksa isteri tu zahir batin. jadi suami jgn bodoh, jgn mcm lembu. once someone dah jadi isteri, percayalah, mmg ada 1001 rahsia dan perasaan yg dia tak cerita dgn kau. jadi bila dia bersuara sekali, instead of trying to maintain your ego, LISTEN.

    (maaf panjang membebel. ni aku ckp in general benda2 yg aku terfikir masa baca kisah ni. bkn tuju khusus pada pencerita ni.)

    Reply
    • Aku pun tak mau terus terang cakap suami ana ni bodoh plus buta hati.. Since dah ada orang berkata aku pun memang iyakan. Mungkin si Ana ni boleh nilai sendiri. Tapi takpa Ana, Allah SWT sentiasa ada bersama awak. Percayalah, ajal maut bukan ditangan mak mertua.

      Yang penting jauhkan diri bersama anak awak dari mertua durjana tu. Itu tunggu hidayah Allah sahaja la tu.. Semoga Allah sedarkan perbuatan syirik mak mertua awak.. Banyakkan berdoa ye ana

      Reply
  8. cerita yg cukup menarik dan part ayah baca yassin kat kaki lima tu blh plak tiba2 jatuh air mata betapa kaseh seorang ayah sntiasa nk melindungi anak nya dari segala ancaman

    Reply
  9. Sntiasa dekatkn diri dgn Allah. Bykkn bacaan surah2 pendinding, Klu sy d tmpt ana.. Sy xkn ikut balik dgn suami masa pregnnt kembar tu. Peduli apa dia.. Balik sndiri la.. Tp xpalah dah berlalu cuma skg ne sntiasa hati2 jgk. Manatau mak mertua masih berdendam. Huhuu

    Reply
  10. emotional baca tp dalam bab2 ni. x semua diberi kekuatan untuk melawan ilmu hitam especially ianya diamalkan dalam rumah tangga sendiri. Untuk penulis. semoga anda semua dalam rahmat AllahSWT. Saya pun terkena ilmu2 hitam ini dan faham apa perasaannya. Yang x faham, x kena meme mudah je menghukum tp kalau dalam situasi sebenar. apa yg mampu kita buat ye..

    Wallahualam

    Reply
  11. Ana… berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul. Masalah sgt rumit sbb berkaitan keluarga. Yang paling penting, Ana dan suami kene lebih mendekatkan diri dgn Allah. Amalkan sentiasa di dalam wudhu, Solat Dhuha, Tahajjud dan berzikir… inshaAllah menyucikan diri daripada gangguan. Baca ayat Kursi slps setiap solat dan semasa keluar rumah. Semoga sentiasa di bawah Lindungan Illahi inshaAllah.

    Reply
  12. Geram bila baca psl mertua jht cmni. Yg suami pn knp lah dh 3 kli kut gugur. Mcm x fhm2 plak. Harap2 mertua tu m**i kena baham ngn hantu belaan dia sndri. Baru padan muka. Geram plak kite

    Reply
  13. Satu je nk ckp.. Apabila ayah yg melindungi itu sudah tiada kelak.. Agak2 suami tu bole ke protect Ana mcm mne ayah lakukan skrg? Kalau sy, syg mcm mne pon pd suami tu.. Kalau da membahayakan diri & anak2.. Suami pulak x boleh nk brtegas utk lindungi keluarga sndiri.. Good bye jela..

    Reply
  14. Tak Paham dengan sesetengah parents yg ada niat n perangai mcm tu.. Kenapa mesti nak kongkong n nak control anak tu.. Terutama “Mak2” yang biasa mempunyai anak “lelaki”.. kalau rasa nak control anak tu, baik suruh duduk celah ketiak ko 24jam.. jgn bagi kerja, jgn bagi keluar, jgn bagi bergaul..jgn bagi kawen.. adoii laa.. ape la yg di tamakkan sgt.. Naseb ko la cu.. tak semua mertua tu jahat.. dan tak semua mertua tu baik mcm mak kandung kita.. ada org rezeki dia dpt kluarga mertua yg baik2… Nek harap cu n baby cu sentiasa depelihara olehNya.. dan harap2 mak mertua tu cepat la sedar perangai HITAM TERKITUK dia tu..

    Nek takut plak, kang dia wassep ko ke, mesej ko ke, Call ko ke..dan cakap, “KO INGAT AKU TAK TAHU, YG KO BERCERITA PASAL AKU KAT FIKSYEN !!” ~~~~~~

    Reply
  15. Aku pon mengalami pekara sama. Tapi bukan mertua, tapi Ipar aku yang cemburu sebab aku rapat dengan mertua. Aku gugur 3 kali. Yang terakhir adalah baby kembar. Aku paham perasaan kau, memang boleh jadi gila. Aku depression, tapi aku tk bilang siape2 termasok suami aku. Bersabar la, tuhan maha melihat, satu hari nanti mertua kau akan dpt kifarah dia.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.