Assalamualaikum dan hai semua pembaca FS…Terima kasih sebab banyak mendoakan serta memberi saya sokongan tak lupa juga nasihat yang sangat-sangat membantu..Saya doakan supaya korang semua dijauhkan daripada segala gangguan iblis dan syaitan serta sentiasa berada daalam lindungan Allah swt…Aminnn…Terima kasih juga kepada admin kerana sudi berkongsikan cerita saya kepada umum…Hanya Allah saja yang mampu membalasnya.
Bagi pembaca baharu, baca dulu kisah yang sebelum ini.
KISAH 1
KISAH 2
Disini aku ingin jelaskan pertanyaan demi pertanyaan yang terdapat dalam komen cerita-cerita yang lepas.
Ayah mentua..
Ayah mentua aku seorang yang sangat-sangat baik dan penyayang..Dia memang sayangkan dan sukakan budak-budak…Aku tahu semua ni sebab setiap kali anak-anak buah suami aku balik…Sepanjang hari tu la dia duduk menyakat dan bergurau senda dengan cucu-cucunya.
Ayah aku di usianya dah menjangkau hampir 70an…Tapi still bekerja sebab wife dia suruh kerja walaupun ayah tu memang tak sihat.
Mesti korang semua tertanya-tanya kenapa ayah langsung tak bagi respond atas setiap perbuatan wife dia…Untuk makluman korang, aku pasti 100% ayah tu sudah ditundukkan oleh mak…Mana tidaknya, ayah kerja gaji hari..Sebagai contoh satu hari gaji ayah RM100 bila balik dirumah mao akan tanya berapa yang ayah dapat,kemudian mak akan ambil RM80 dan hanya berikan RM20 kepada ayah sebagai duit belanja…Semua ini terjadi didepan mata aku weiii.
Selain itu, ayah juga seorang yang manja tau…Sweet gitu…hahaha…Ada suatu hari kebetulan aku nak ke dapur buat air untuk suami aku…Aku nampak ayah aku ketuk pintu bilik air nak ikut wife dia mandi tapi wife dia marah-marah dan cakap “Apalah awak ni mengada-ngada” tapi aku perasan air muka ayah berumah jadi sedih tapi tak dapat diluahkan..
Kadang time tengok tv ayah nak baring beralaskan paha mak.. Tapi mak tolak kepala ayah sambil cakap “Aku panas la , aku rimas la dengan awak ni…Tu hah bantalkan ada”…Waktu tu aku, suami dengan ipar duai ada sekali…Tapi ye la ipar duai aku ni sememangnya da dihasut supaya bencikan ayah…Adakalanya ayah tu diorang pinggirkan sebab dengar hasutan dari mak.
Aku juga ada dengar mak ni ada call someone untuk minta air tangkal kononnya suami dia banyak buat perangai…Aku tengok ayah tu okay je elok je takde nak buat perangai.
Ipar duai
Abang ipar aku yang pertama ni memang bangkang habisan dengan perbuatan mak ni…Sebelum rumah tangga dia hancur pun disebabkan mak dia juga…Tak lama kemudian dia nikkah baru..Ditakdirkan Allah biras aku yang sekarang ni mengandung…Bayi yang bakal dilahirkan tu merupakan cucu sulung untuk keluarga mentua aku ni…Alhamdulillah setelah genap 9bulan 10hari biras aku pun selamat melahirkan seorang bayi perempuan secara normal…
Seperti biasa lepas habis pantang biras aku ni pun bawa la anak dia ni balik kampung mentua kitorang nak kenalkan pada saudara mara dengan kehadiran cucu sulung…Tapi lain jadinya…Setibanya bayi tu dikampung, tidak lama kemudian bayi tu seolah-olah terkena sawan…Hingga ke hari ini bayi tersebut dah berusia 7tahun masih teruskan hidup dengan bergantung pada ubat, sekiranya budak kecil tersebut oulang ke rumah mentua pastu ada sesuatu yang tak kena.
Kejadian ni terjadi sebelum aku berkahwin dengan suami aku dan kejadian ini diceritakan olah adik beradik mentua aku yang sekepala dengan aku…Kalau abang ipar aku balik sana pun adakalanta seorang diri itu pun disebabkan dia kenangkan ayah.
Ipar duai yang lainnya pula aku aky tak berapa nak ngam…Macaam mana aku tak ngam, sebab ikut je cakap syurga diorang (mak)..Kalau aku cerita pasal lain mesti diorang akan bagitahu fmdekat mak..Kadang aku cakap lain yang disampainye lain…Yang perempuan tu pula pantang tengok aku ade beli baju or barang make up dan minyak wangi, mesti dia mintak..Suruh keja tak mau keja…Pastu asik paw suami aku duit la..Nasib la suami aku tak layan…Bayangkan deadorant aku oun dia nak pakai..Geli aku nak share bende macam tu..Pantang pintu bilik tak berkunci mesti dia main sebat je weii.
Orang kampung..
Kadang-kadang aku pergi kedai ada la 5 ke 6 orang ni bagitahu aku yang mentua aku ni kuat bomoh dan membela…Pastu orang kampung pun ada cakap hal-hal melibatkan mentua jangan sesekali kau cerita depan ipar duai atau suami kau, nanti diorang akan sampaikan dekat mak diorang…Balik je aku dari kedai tiba-tiba je mak cakap “kau ingat aku tak dengar apa yang orangdah sampaikan dekat kau”..Aku hanya mampu diam dan jalan tinggalkan mak.
Suami aku…
Apa yang aku nak jelaskan disini…Suami aku ni jenis yang betul-betul lurus..Adik-beradik mahupun kawan-kawan suka ambil kesempatan atas diri dia..Sampai aku selalu marah dia pasal bendul sangat..Tapi nak buat macam mane da itu kelemahan dia mau tak mau aku kena accept segala kekurangan dia.. Da la lurus tahap bendul nak-nak mak dia pulak bagi makan benda kotor makin teruk la jadinya…Sakit jiwa aku dibuatnye..Bila aku membebel dan marah dia..Jawapan dia ni je yang selalu aku dapat “biarlah orang buat kita, lambat laun diorang akan dapat balasan”…
Selain itu juga, mak ni jenis pilih kasih weiii..Kerja yang kotor-kotor semua suami aku kena buat…Kerja yang bersih dan ringan semua buah-buah hati dia akan buat….Tak cukup dengan itu, bila suami aku putus duit pinjam la dalam RM50-RM100 asyik dia ungkit je…Anak yang lain pinjam beribu elok diam je…Bila suami aku keluar macam-macam dia buruk-burukkan dan hina suami aku depan aku…Ipar duai yang lain pon sama kutuk kaw-kaw suami aku…Berdasarkan cerita yang diorang sampaikan dekat aku berbeza dengan apa yang aku tengok..Tapi aku tak cepat melatah weii…
Mak mentua..
Orang yang baru kenal mesti akan cakap dia ni baik …Memang mulut dia manis sampai tahap kalah madu dan gula yang sedia manis ni…Bila orang tu pun balik, time tu la dia kutuk orang tu termasuk la aku…
Depan menantu num 1 dengan menantu num 2 dia akan kutuk menantu num 3…Depan menantu num 3 dia akan kutuk menantu num 1 dan 2 macam tu la seterusnya..Dalam kata lain melaga-lagakan kami…Tu pun biras aku yang num 1 tu datang melawat aku masa bersalin yang bagitahu apa yang mentua ni burukkan aku depan yang lain…
Selain tu, mak ni obses sangat dengan tok moh bagai..Cakap la kat mana saja yang dia tahu ada bomoh samggup dia pergi meskipun bergolok gadai atau pinjam sana sini…Mana taknya, sakit perut, gastrik, batu karang, sakit jangtung dan macam-macam lagi bukan pergi klinik or hospital tapi pergi cari bomoh..Lepas tu cakap la orang tu yang buat orang ni la yang buat…
Lagi satu, kalau pergi rumah saudara mara atau anak menantu, dia sanggup tak makan atau minum…Aku syak dia takut orang buat dia, ye la dia kan suka buat dia… Macam ayah aku cakkap dah takut dengan bayangan sendiri…
Rumah aku ni tak banyak sikit ayah aku dah panggilkan ustaz untuk pagarkan rumah supaya bende tak elok or niat jahat memang susah nak masuk rumah aku….Suatu hari dia mai rumah aku, rumah aku ni sejuk walaupun tak pakai kipas…Aku da siapkan toto dengan bantal serta selimut nak bagi dia selesa…Tahu tak dia langsung tak pakai toto dengan selimut…Katanya panas, siap tuala mandi tu dia basahkan buat alas badan dia…Kipas yang ada semua dia pasang dan arahkan ke dia…Lagi pun kalau aku ada dekat rumah 24jam aku akan pasang Rukyah non stop…Aku syak disebabkan tu dia rasa panas..
Pakaian kotor aku termasuk yang dalam pun hilang weiii…Adoi haiiii
Tak cukup dengan tu pernah dia suruh aku curi pakaian kotor mak kandung aku…Memang tak la tu mak aku kan…Kirim salam la pada niat jahat kau…Bukan tu aje, siap tuduh bapak aku ni ada bela jin la , bela hantu la…Anak-anak aku yang hilang selama ni kono nya ayah aku punya angkara.
Jadi sebab itu la sepanjang aku mengandung kali yang ke-4 sampai la ke hari ni memang ayah aku yang pantau ..Jadi aku bagitahu dekat abang ipar num 1 suami isteri sekarang da terbukti yang ayah aku tak membela syaitan ni semua yang membela ni mak korang…
Sana sini dia burukkan aku suami isteri dengan keluarga aku…Bab dia buat aku suami isteri aku boleh maafkan lagi dan bersabar…Tapi melibatkan nyawa anak-anak aku dan orang tua aku , kirim salam la….
Ayah & mak kandung aku..
Ayah aku ni rock sikit .. Nama je da tua tapi hati muda…Senang cerita aku gelarkan atok rock…Hahahaha..Aku dengan ayah ni geng gaduh..Bila berjauhan rindu, bila bersua muka mula la ada yang tak kena…Tapi aku happy dan selesa dengan keadaan macam tu…
Sepanjang aku ada dekat hospital dan selagi aku tak bersalin mak ayah dengan suami aku 24jam duduk dekat situ tunggu aku.. Yela cucu sulung kan, sebab aku anak sulung diorang dan adik beradik aku tak ramai pun…
Ayah aku ni nampak je rileks macam tiada apa yang berlaku tapi dalam hati dia hanya Allah je yang tahu..Berbeza dengan mak aku, bila dia dapat tahu ada benda dok kacau aku dalam labor room dia tak henti menangis , berdoa, siap minta ayah aku buat sesuatu..Ayah aku ni mengerti la serba sedikit pasal tu yang mak aku merayau dekat ayah aku…Aku tahu ni pun sebab adik aku yang cerita..Siap mak aku bernazar sekiranya aku dan cucunya selamat dia nak buat sumbangan sikit….Yang ni betul-betul aku terharu..Bila dah jadi mak-mak ni baru aku dapat rasakan naluri seorang ibu tu macam mana…
Ayah aku pernah sound mentua aku” kalau betul aku ni membela sekarang ni juga bawak aku pergi jumpa bomoh tu dan keluarkan hantu yang aku bela tu”..hahahaha..Ayah aku ni memang kepala baran…Tahu pulak diam tak menjawap pon..Belakang ayah aku bukan main lagi, kalah tanduk rusa yang sedia ada bercabang-cabang…hehehe…gurau je..buruk-buruk pun mentua aku..kalau takde dia tak lahir la suami aku tu…
Mak aku ni pulak lain sikit..Kalau marah tak bercakap…Sejak dia tahu perbuatan mentua terhhadap aku.. Mak aku cakap “dia nak mati ke , dia nak tertonggeng ke aku tak mahu tahu…aku tak pernah nak zalim anak dia…aku terima anak dia seikhlas hati aku dab aku anggap anak dia tu macam darah daging aku..Tapi tergamak dia aniaya anak aku, darah daging aku”..
Aku ketika berpantang..
Bagi memudahkan cerita , aku beri nama anak aku sebagai Hanj…Sepanjang aku berpantang mak ayah aku yang jaga…Ye la cucu sulung..Ayah aku selalu mandikan Hani je yang lain-lain aku buat sendiri…Tapi dalam seminggu je la ayah aku mandikan Hani..Lepas tu aku handle sendiri , ye la anak aku kan kena la belajar macam mana nak uruskan.
Ada suatu petang time tu waktu magrib..Mase tu suami aku belum balik kerja..Ayah aku dalam bilik siap-siap nak pergi masjid..Mak dengan adik aku kerja…Aku kebetualan berdua dengan Hani..Tiba-tiba aku rernampak lembaga perempuan serba hitam yang lidah panjang tengah mengintai aku dukung Hani..
Ayah aku pesan setiap kali waktu magrib jangan biarkan baby terbaring , kena peluk baby sambil bacakan ayat Kursi ataupun surah Annas…Sampai la hari ni aku still amalkan…
Bila aku jerit Allahu Akbar sepantas kilat benda tu hilang..Ayah aku ape lagi kelam kabut la keluar sebab aku menjeritkan…Ayah aku tanye “kau dah kenapa ni, tahu tak da magrib”…
Aku pun cakap la yang aku nampak someone duk mengintai aku dengan Hani tapi tak boleh masuk ke rumah…
Untuk pengetahuan korang rumah family aku memang da dipagar..Sebab tu benda alah tu tak boleh masuk .
Lepas dengar penjelasan dari aku..Ayah terus pergi ke dapur ambil bekas garam kasar (rumah fmly aku jadi aku hafal la setiap bekas dan isinya) bawa ke luar sambil laung azan kuat dan baca ayat kursi sambil tabur garam…
Alhamdulillah lepas tu tiada apa-apa yang jadi dan datang skodeng…
Anak aku..
Alhamdulillah hingga ke hari ini anak aku berada dalam keadaan sihat…Hani ni memang cukup rapat dengan atok rock dia..Satu hari tak dengar suara atom mesti dia menangis…Buah hati atok la katakan…Jeles mama tau..Hehehe…
Hani ni pulak tak boleh dengar pasal opah dia..Kalau dengar mau malam-malam dia meragam dan serba tak kena..Ada suatu hari tu papa dia tengah video call dengan adik beradik dan mentua (yela ait dicincang tak akan putus), sepanjang tu la Hani ni akan mengamok dan menangis tanpa henti…
Aku pun still tak faham hingga ke hari ni…Tapi aku pesan dengan suami aku “kalau biy nak video call or voice call dengan family biy terutama mak please call time kerja,jangan dekat rumah..kalau biy degil bila anak meragam biy handle ye, saya nak tidurrr”…
Nasib baik la suami aku ni faham…Aku tahu sebabnya, sebabnya dia tak akan mampu pujuk dan handle Hani….
Baru-baru ni suami aku balik ke kampung atas urusan rasmi dia la…Tapi aku dengan Hani tak ikut..
Tiba-tiba suami aku call bagitahu mak ada belikan Hani susu 2 tin…Automatik hati aku terus tak sedap..Aku syak ada something yang tak kena dan perkara tak baik akan terjadi..Then aku bagitahu family dan sahabay baik aku, diorang suruh aku tukarkan susu tu…
Bila suami aku sampai tak tentu arah la aku duk tukarkan susu tu supaya suami aku tak perasan…Alhamdulillah berjaya..
Lepas aku tukarkan susu tu seluruh badan aku sakit-sakit dan bisa-bisa hingga ke hari ini…Terutama lepas waktu asar memang menjadi-jadi sakitnya…
Segala yang terjadi aku ceritakan pada ayah aku..Ayah aku cakap, dia sakit hati sebab plan dia nak kenakan Hani tak menjadi tu pasal dia kenakan aku..Mujur aku yabg kena, misal kata anak aku yang kena tak tahu la aku nak cakap apa.
Bila aku ceritakan setiap perkara yang terjadi terhadap diri aku kepada Hani, hani akan menangis hingga keluar air mata..Sedangkan usia dia baru 2 bulan lebih…
Sekian saja dari aku…Doakan seluruh ahli keluarga aku dilindungi Allah swt
Eh..haha…aku ke yg 1st???
Mmg nnt kena sambar petir lah mak mertua ko tuh…aper jenis manusia darah daging sendiri tergamak ko nak aniaya mcm tu rupa…binatang pon tau sayangkan anak….moga Allah balad sehabis bala lah kt manusia yg dok menyengutukan-Nya…
Buat qunut nazeelah..
sampai pakaian dalam kau pun dia nak curi.. eshhh, hyper sex betul nih..
Salam..Nak tanya sikit.. kalau kao cerita pasal dia e.g kao dan org2 kg cerita pasal dia tu..bila balik dia tahu.
So…kao cerita kat kami ni agak2 dia tahu ke 🤔…Ngeri mengenangkan
kalau dia tak bertaubat…mana dosa dengan laki.. mana dosa syirikkan ALLAH..dosa buat keturunan sendiri 😰
babi punya mak mertua hang.. laki hang pon sama buta kayu.. taw la mak mertua hang lahirkn suami hang.. tp sampai hati sanggup dia nk bomohkn cucu sendiri.. mmg buta perot laki hang tu.. kalau aku jd laki hang, x kira la mak aku ke x.. mmg sound dpn2 terus.. x heran kena cop ank derhaka.. derhaka dekat Allah lg teruk..
Semoga awak sekeluarga dilindungi..
Aku penah ade kes ..dlm kalangan family gak…dengan adik bradik sdara mara lain bleh maki hamun truk gile..tapi ble die pandang je mak dy trus kaku kdg2 cm bendul pun ada…so aku fhm situasi laki dlm citer tu mcm mane..susah weh klau nk handle org tua yg xsdar2 diri ni..mmg ckp snang..tapi yg merasa tau laa..
tak thu nk komen apa, sbb tak sangka ada mak mentua yg mcm ni… cucu tu dr darah dging die sndiri kan. bukan anak angkat atau anak tiri… moga di jauhkan dr segala kejahatan manusia yang dengki apabila ia berdengki..
Oke2 sekarang ni apa status anda?? Kalau janda mohon berkawen dgn sy. Jujurnya dh xsanggop nk dengaQ kegilaan “mak mentua” tu. Dan xnk lagi awk tertekan jiwa. So, so so so so jum kawen sat
kahwin je kan??bukan nikah kan?? kalau kahwin je aku pun nak join kawin gak..ko jgn risau..laki dia tu bodoh bendul..alih2 kalau laki dia tau kita dah kawin ngan bini dia pun nanti dia just cakap “biarlah org buat kita”
Menangis tuu memang laa keluar airmata… kalau x mengalir airmata tuu namanya melalak @ meraung… sj nak habaq… sbb cerita nie jenuh dgn kewibawaan sipenulis yg kadangkala spt terkebodohan di mata pembaca… x mengalaminya sendiri boleh laa mengata…
x sabar aku nak tunggu mak ayah kandung ko dah xde nanti, aku nak tgk laki bodoh ko tu dapat protect ko ke x…tolong share pic laki bodoh ko tu kat sini aku nak tgk rupa bodoh dia tu..ko pun sebenar aku tgk jenis penting diri gak tau nak selamat laki ko je..bapak mentua ko xnak pulak ko tlg selamatkan pastu bagi alasan serik pasal penah kena belasah ngan ipar2
Sebelum nak post cerita, double check dulu ejaan.. byk sangat typo kau ni.. kalau aku cikgu bm, banyak dah markah kau aku potong… atuk jadi atom, air jadi ait.. .
Plss double check sebelum post.. pening weii baca.. story sebelum ni elok je faham.. story yg kali ni naik juling mata kena baca 2 3 kali nak faham balik. Dengan ayat tunggang langgang.. hadoiii.. aku rase cerita kau ni dah kena sihir kot. hahaha.. plss ye repair balik ayat dan ejaan. seronok tu mmg seronok dah, tapi kali ni terok bebeno weiiii… hmmm..
Sekian..
Haih mak mertua kak ana ni..aq panah petir bagi terbalar hitam melegam baru tau..dasar hati busuk..
Saya pernah main oleh ayahmertua ku