Kisah Nia

Salam admin dan pembaca semua. Sekali lagi Ariff Budiman ke udara. Harap kalian semua enjoy membacanya.

Nia dan Wan adalah pasangan suami isteri yang cukup bahagia. Hasil percintaan dari menara gading membawa mereka hingga ke jinjang pelamin. Di awal perkahwinan, semuanya indah belaka. Mereka sering berbulan madu ke serata tempat bersama. Setahun sebagai suami isteri, mereka belum di kurniakan cahaya mata. Wan seorang suami yang cukup penyayang dan penuh dengan pengertian. Baginya rezeki anak biar Allah yang tentukan. Bersyukurnya Nia bila Wan dapat menerima ujian ini.

Masuk 2 tahun perkahwinan mereka, Nia telah menunjukkan perubahan. Dia sering memarahi Wan. Kadang-kadang Wan sendiri tidak mengerti sebab apa Nia memarahi hingga sanggup membaling periuk belanga. Wan tetap bersabar. Cinta Wan terhadap Nia terlalu kuat. Ketika Nia tidur, Wan melihat wajah isterinya. Sebak hatinya bukan disebabkan perangai Nia, tapi entah kenapa Wan merasa terlalu sebak. Dia tidak sanggup meninggalkan Nia tanpa membantu Nia. Dia percaya Nia masih mencintainya. Tentu ada yang mengganggu fikiran Nia.

Ketika berada di kantin, Wan disapa rakan sekerjanya, Fikri yang merupakan seorang guru silat.
“ Wan. Nampak termenung saja ni. Ada masalah kerja ka?” Tanya Fikri
“ Bukan masalah kerja la Fik tapi isteri aku ni “. Kata Wan
“ Hahh..Apa kena pula dengan isteri hang Wan. Hangpa berdua kan pasangan bahagia “. Usik Fikri. Tersenyum Wan mendengar kata-kata Fikri
“ Aku tengok 2 dan 3 hari ni isteri aku lain macam. Dia cepat marah. Kadang-kadang marah dia tak ada sebab. Setakat ni aku masih dapat bertahan. Aku tak tau masa depan macam mana. Tu yang aku risau. Ada sesekali dia tempik aku dayus sebab tak mau ceraikan dia. Ada sesekali pula dia terlalu sayang aku “. Luah Wan kepada Fikri. Fikri terdiam
“ Boleh aku pi rumah hang malam ni. Boleh aku tengok apa masalahnya “. Kata Fikri yang juga terkenal pandai merawat orang.

Selepas maghrib terdengar suara memberi salam dari luar rumah. Fikri menepati janjinya. Wan menjemput Fikri masuk. Terus Nia membuka langkah silat. Di tendangnya Fikri. Terkejut Wan sebab dia sendiri tidak menyangka sejauh itu tindakkan isterinya Nia.

“ Awat. Hang nak tunjuk hang punya handal ka. Hang silap orang. Ni Fikri la “. Terus masing-masing membuka langkah. Nia menendang Fikri tapi di elak dan terus memberi satu tumbukkan padu ke muka Nia. Nia jatuh terperosok tapi masih mampu bangun walaupun keadaan lemah. Kudrat seorang lelaki memang tidak dapat di sangkal lagi. Fikri memberi satu tendangan ke perut Nia. Nia terperosok di bawah meja. Wan betul-betul tergamam. Terus dia mendapatkan Nia yang menangis kesakitan.

“ Ada benda yang merasuk bini hang Wan. Tu yang kena buat macam tu “. Wan hanya diam. Jauh di sudut hatinya, dia tidak berpuashati dengan cara Fikri. Mengapa harus Fikri guna kaedah begitu untuk mengajar benda yang merasuk Nia. Sekarang bukan makhluk dalam badan isteri yang sakit tapi Nia yang sakit.
“ Bang Nia sakit bang “. Sayu Wan mendengar rintihan Nia
“ Bersabar la Nia. Fikri nak bantu kita “. Kata Wan. Entah kenapa dia masih memberi hpengharapan terhadap rakannya Fikri
“ Hang bagi isteri hang rehat. Makhluk tu dah keluaq. Esok aku mai lagi “. Mereka bersalaman.
“ Bang. Jangan la panggil Fikri lagi. Nia tak tahan sakit “. Rayu Nia
“ Sabaq la Nia. Insyaallah esok selesai kut “. Kata Wan. Nia hanya mendiamkan diri. Dia menurut saja apa saja keputusan suaminya.

Fikri datang semula. Bila melihat Fikri, Nia terus bertindak agresif. Di bukanya langkah silat dan mengajak Fikri melawannya. Terus Fikri membuka langkahnya.
“ Fik..Sabaq Fik. Jangan apa-pakan Nia “. Rayu Wan tapi Fikri dah seperti Nia. Nia tersenyum sambil membuka langkah silatnya. Tiba-tiba Fikri memberi tendangan ala kung Fu dan hinggap ke muka Nia. Terus Nia pengsan. Wan terus menarik tangan Fikri
“ Ya Allah. Apa yang dah aku buat. Wan sorry Wan “. Kata Fikri
“ Kan aku dah minta hang bersabaq. Ni bukan Nia Fik. Nia bukan macam ni. Bertindak agresif “. Barulah Wan meluahkan perasaannya
“ Bang sakitnya perut Nia “. Kata Nia. Wan membawa Nia ke klinik. Seminggu Nia demam. Badannya lebam-lebam akibat menerima tendangan dan tumbukkan
“ Bang. Boleh tak jangan bawa Fikri datang ke rumah kita lagi “. Menangis Wan mendengar rayuan Nia
“ Abang janji tak akan bawa Fikri lagi. Abang akan cari perawat lain untuk bantu Nia “. Wang menyapu airmata Nia yang jatuh ke lantai. Wan terlalu cintakan Nia. Dia sendiri tidak menyangka perkara ini boleh berlaku. Fikri pula seperti tidak ada apa-apa yang berlaku kepadanya. Baginya, dia telah dapat menewaskan entiti yang berada di dalam tubuh Nia. Dia tersilap besar bila beranggapa begitu. Entiti tidak terkesan hasil tumbukan dan tendangan Fikri. Yang menanggung derita ialah Nia…….KISAH GURU SILAT 2
KARYA : Ariff Budiman Zainal Abidin

Selepas peristiwa itu Nia tidak lagi seceria dulu. Dia asyik bermuram dan kadang-kadang mengadu kesakitan di badannya. Bisa akibat tumbukkan dan tendangan Fikri masih di rasainya. Wan menjadi serba salah bila melihat keadaan Nia. Ini semua berpunca dari dirinya. Bisik hati kecil Wan.
“ Nia….”. Wan memegang erat tangan Nia
“ Abang minta maaf pada Nia “. Di ciumnya tangan Nia. Wan terlalu mencintai Nia
“ Sebab abang Nia yang menderita. Abang pun tak sangka Fikri boleh bertindak sejauh itu “. Menangis Wan. Nia turut menangis bila melihat suaminya begitu.
“ Nia tak salahkan abang. Abang nak bantu Nia cuma Allah tak izin kita mendapat perawat yang betul-betul dapat merawat “. Jelas Nia
“ Abang jangan rasa bersalah. Nia tak pernah menyalahkan abang dan Nia ucapkan berbanyak terima kasih kerana abang tolong jaga Nia “. Lega hati Wan bila Nia tidak menyalahkan dirinya.

Di tempat kerja, Wan kerap bertanya rakan-rakan andai mereka tahu siapa yang pandai berubat.
“ Di kampung seberang ada seorang bomoh wanita. Aku dengar dia pandai jugak berubat. Hang cuba la “. Kata Daim. Wan kelihatan ceria mendengar perkhabaran ini. Dia sanggup lakukan apa saja demi Nia. Fikirnya kalau berubat dengan bomoh wanita lebih mudah. Ia tidaklah se agresif. Pulang ke rumah Wan beritahu hasratnya kepada Nia.
“ Nia ikut saja apa keputusan abang. Nia tau abang lakukan semua ni untuk Nia “. Senyum Wan mendengar pengakuan Nia. Malam tu Nia mula meracau.
“ Hang keluaq dari bilik aku ni “. Tengking Nia pada Wan
“ Nia…Kenapa ni “. Tanya Wan namun Nia tidak endahkan pertanyaan Wan. Dia asyik bercakap sendirian.

Selepas solat subuh Wan terus menalipon bomoh wanita. Bomoh minta Wan dan Nia datang ke rumahnya. Pukul 10 pagi Wan dan Nia bertolak ke rumah bomoh. Sepanjang perjalanan ke sana Nia tidak berbual langsung. Dia hanya asyik pandang ke hadapan saja. Mereka di pelawa masuk oleh bomoh. Bomoh lalu membakar kemenyan. Bau kemenyan memenuhi dalam rumah. Sesekali Wan menutup hidungnya sebab tidak tahan akan bau asap kemenyan tapi Nia kelihatan tiada masalah langsung. Dia duduk berhadapan dengan bomoh.

“ Bini hang ni kena sampuk “. Kata bomoh
“ Habis kita nak buat macam mana “. Tanya Wan
“ Takpa…Aku akan hembus asap kemian di badan bini hang. Benda tu akan laghi keluaq “. Kata bomoh. Di baca jampi serapah lalu di hembusnya asap kemenyan ke tubuh Nia. Tiba-tiba Nia terus pengsang. Wan terkejut
“ Jangan takut. Satlagi dia jaga “. Kata bomoh sambil membaca jampi serapah. Di hembusnya ke tubuh Nia. Nia membuka matanya.
“ Bawa balik bini hang. Dia dah pulih “. Kata bomoh lalu Wan menghulurkan sedikit saguhati untuk bomoh.

Dalam perjalanan pulang Nia tetap seperti sebelumnya. Tidak bercakap sepatah perkataan. Wan agak risau dengan perkembangan ini. Ketika memasukki rumah mereka, tiba-tiba Nia menjerit…
“ Abang..Nia takut. Nia nampak wanita bongkok di ruang tamu “. Seram Wan mendengarnya tapi Wan tidak nampak apa-apa.
“ Nia perasan saja kut. Abang tengok tak ada apa pun “. Kata Wan sambil mereka duduk di atas sofa.
“ Nia nak air tak. Abang buatkan “. Tanya Wan dan Nia hanya anggukkan kepalanya tanda nak. Tiba-tiba Wan terdengar sesuatu anih di ruang tamu. Bunyi seperti suara orang sedang mendengus.

“ Hushhh…Aum….”. Wan melihat Nia sedang merangkak. Dia seperti ingin mencakar Wan
“ Ya Allah Nia. Apa yang jadi ni “. Terkejut Wan melihat keadaan Nia. Nia duduk bersila. Matanya asyik memandang Wan dengan wajah yang marah. Tiba-tiba sekilas pandang Wan melihat wanita bongkok sedang berjalan-jalan di dapur. Seram mula menyerang Wan. Dia harus membantu Nia. Itu yang lebih penting. Petang tu aku mendapat panggilan talipon dari Wan
“ Salam pakcik Budi. Saya nak minta tolong mai rumah sat boleh ka. Isteri saya ada masalah “. Kata Wan dan memandangkan aku berdekatan dengan dengan tempatnya maka aku terus kerumah Wan. Aku melihat Nia sedang merangkak seperti harimau. Marah dia bila melihat aku. Dia terus bangun ingin mencakar aku tapi di halang Wan. Wan menceritakan segalanya apa yang berlaku terhadap isterinya Nia. Aku mula mengesyaki sesuatu tapi aku pendamkan dulu. Aku akan menanti penjelasan dari ustaz nanti.

“ Wan..Ada wanita bongkok. Dia saka harimau Wan “. Terkejut Wan mendengar kata-kataku. Aku terus menghubungi ustaz. Kami membiarkan Nia duduk sambil meratib seorang diri sementara menanti kedatangan ustaz. Wan masih menyalahkan dirinya atas apa yang berlaku terhadap Nia.
“ Kita tak jangka benda ni nak jadi Wan. Bagi pakcik la, Wan dah jalankan tanggung jawab sebagai seorang suami. Bab orang mengumpat di belakang Wan jangan di fikirkan. Depa tak pernah berada di tempat Wan. Pakcik dapat rasa sebab pakcik pun pernah jadi seperti Wan “. Wang terdiam mendengar kata-kataku.

Sekejap ustaz dan sampai. Kami bersalaman. Tiba-tiba terdengar Nia bising di dalam rumah.
“ Laa…Sapa mai pula ni “. Ustaz tersenyum
“ Awat. Hang pasai apa. Tak suka ka saya datang “. Marah Nia mendengarnya
“ Suka hati aku la nak kata apa “. Kata Nia sambil bingkas nak bangun tapi di pegang Wan. Ustaz meminta Wan cerita segalanya sebelum sesi mengubat di lakukan. Ustaz mengerut dahi sambil memandang mukaku.
“ Fikri tu dia bukannya pandai. Kebetulan dia mengubat dan baik jadi dia ingat dia boleh mengubat. Seorang perawat tak boleh panas baran. Barulah dia boleh control suasana. Ni bukan mengubat tapi tak m******h. Jangan dok panggil orang jenis macam tu. Mentang-mentang guru silat dah claim boleh mengubat lepas tu dok hentam orang “. Kata ustaz dengan panjang lebar.

“ Ni lagi satu. Jangan la dok percaya bomoh yang guna kemenyan. Sebenaqnya kemenyan tu dok panggil jin datang. Kes bomoh tu sekarang yang jadi masalah ialah dia ambil kesempatan lepas sakanya dekat Nia. Tu yang nampak wanita tua terbongkok-bongkok. Nia la yang jadi mangsanya. Pakjang, wanita tua ada di mana “. Tanya ustaz kepadaku
“ Ada di penjuru hall ustaz “. Kataku. Ustaz terus scan Nia..
“ Dalam badan dia ada banyak tapi ada satu otai. Dia dok control semua. Kita kena buat satu-satu dulu. Last baru kita buat untuk saka “. Kata ustaz.

Ustaz terus membaca ayat ruqyah. Nia dah duduk tak senang. Tiba-tiba Nia bingkas bangun lalu membuka bunga silat
“ Mai la kalau nak lawan. Nak tunjuk hebat kan “. Kata Nia kepada ustaz
“ Kalau saya bersilat boleh penat saya pakjang “. Aku tertawa dengan gurauan ustaz dan aku dan agak apa tindakkannya seterusnya. Ustaz mengeluarkan rotan lalu memukul bantai. Nia jatuh dan menggelupur.
“ Sakit la hang pukui aku “. Kata Nia
“ Aikk..Tadi hebat sangat nak ajak lawan. Saya punggul bantai pun sakit ka “. Kata ustaz dan Nia terdiam.
“ Memang kita pukui dia pun tapi dengan cara simbolik. Yang terkesan benda yang ada dalam tubuh Nia “. Kata ustaz.

“ Kamu ni jin islam ka kafir “. Tanya ustaz namun Nia masih mendiamkan diri
“ Saya tanya lagi sekali. Kamu islam ka kafir “. Tanya ustaz sambil mengeluarkan rotan
“ Ok..ok. Jangan pukui aku. Aku kafir. Ada orang hantar aku agar musnahkan rumah tangga depa. Orang tu marah sebab tak dapat Nia. Dia juga tak bagi Nia mengandung “. Tengok pakjang. Punya kejam manusia lani.
“ Berapa lama hang duduk dalam badan Nia “. Tanya ustaz
“ Tak lama. Dah 3 tahun aku tinggai sini. Janin dalam rahim Nia aku yang makan. Hehe “. Wan memandang sayu wajah Nia
“ Patut la Nia kerap bleeding “. Sebak Wan.

“ Saya minta kamu keluar dari tubuh Nia atau kamu akan m**i “. Keras kali ini ustaz. Selalunya dia akan offer dulu. Mungkin dia pun marah.
“ Aku tak mau keluar. Aku di arahkan musnahkan Nia “. Jawab Nia
“ Aku tanya sekali lagi. Kamu nak keluar atau nak m**i “. Tegas ustaz
“ Aku peduli apa. Ingat aku takut dengan gertak kau “. Kata Nia. Lalu ustaz mengeluarkan sesuatu dari begnya. Nia mengerling ke arah benda yang di pegang. Ia adalah kayu panjang yang di gunakan untuk menyembelih makhlkuk yang tidak mahu bertolak ansur.
“ Saya tanya kali yang terakhir. Nak keluar atau m**i “. Tanya ustaz
“ Aku tak nak keluar “. Lalu ustaz meletakkan kayu di leher Ni dan membaca sesuatu. Nia menggelupur dan akhirnya tidak sedarkan diri.

“ Kita biarkan Nia tidur. Bab tu dah selesai. Ni bab saka pulak “. Ustaz mengambil angin dulu. Dia keletihan
“ Ustaz. Tak boleh ka kita hapuskan orang yang buat kerja ni “. Serta merta ustaz menjeling tajam ke arahku
“ Hishh..Pakjang ni tak sabaq. Kita bukan tuhan untuk nak ambil tanggung jawab tu “. Kata ustaz
“ Bagi saya ustaz, orang yang dok buat kerja ni tak harus hidup. Dia nak musnahkan kehidupan orang lain “. Kataku
“ Betoi kata pakjang dan pakjang pun dah lalui peristiwa hitam tu. Tapi kita kena faham yang kita bukan tuhan. Allah penerima taubat “. Kata ustaz panjang lebar dan aku hanya diamkan diri. Mungkin sebab tu Allah tak izinkan aku menjadi perawat.

Ustaz sekali berada di hadapan Nia. Di baca ayat ruqyah dan Nia tersedar dari tidur. Terus di bukanya bunga silat.
“ Saya akan berdoa kepada Allah moga Allah ikat tangan kamu “. Ustaz membaca sesuatu dan tiba-tiba tangan Nia seperti di ikat. Dia meronta-ronta.
“ Kamu siapa “. Tanya Ustaz
‘ Aku saka harimau “. Jawab Nia
“ Kamu datang dari mana “. Tanya ustaz
“ Dari wanita yang buang aku la. Masa nak guna aku dia jaga, masa aku dah tua dia tak perlukan aku lagi “. Jawab Nia terbatuk. Sebenarnya saka yang terbatuk.
“ Tengok pakjang. Jangan la kita percaya tok bomoh. Mungkin tak semua tapi lebih baik kita berhati-hati. Dari nak berubat lani kita yang ambik hak dia “. Kata ustaz
“ Kamu nak keluar atau tidak “. Tanya ustaz
“ Memang aku nak keluar tapi kemana aku nak tuju. Aku dah tua dan tenaga berkurangan “. Kata Nia

“ Kalau kamu peluk islam, saya akan hantar kamu ke Madinah “. Kata ustaz
“ Aku nak buat apa di sana. Aku dah tak kuat “. Kata Nia
“ Kamu tak perlu bekerja. Di sana kamu hanya perlu berzikir kepada Allah saja “. Kata ustaz.
“ Baiklah aku setuju untuk peluk islam “. Lalu ustaz mengucapnya saka mengucap dua kalimah syahadah. Dengan terbatuk-batuk saka mengikut ustaz bershahadah.
“ Sekarang kamu dah islam. Kamu nak pilih nama apa “. Tanya ustaz
“ Aminah “. Ringkas jawapan Aminah
“ Baiklah Aminah, sebelum kamu saya hantar ke Madinah, kamu mohon maaf kepada mereka yang ada di sini “. Kata ustaz
“ Aku minta maaf dekat kamu semua sebab menyusahkan kamu. Huhu “. Menangis saka ketika itu dan kami semua memaafkan Aminah.

Ustaz membaca sesuatu lalu membuat isyarat Aminah di hantar ke Madinah. Akhirnya Nia pulih seperti sediakala. Ustaz memangdang aku.
“ Pakjang. Pi lah upgrade ilmu tu. Sayang kalau pakjang macam ni. Lupakan dulu bab nak hapuskan orang yang hantar “. Kata ustaz.
“ Saya mana ada ilmu ustaz. Kalau saya ada ilmu, buat apa saya panggil ustaz “. Kataku dan memang betul. Aku tiada ilmu
“ Susah la deal dengan pakjang ni. Suka hatilah tapi pakjang kena fikirkan kata-kata saya. Saya kenai pakjang “. Aku tersenyum mendengar kata-kata ustaz. Kini Wan dan Nia telah memperolehi dua cahaya mata anak perempuan. Kehidupan mereka sekarang amat gembira. Tiada lagi gangguan yang menghantui mereka. Aku kerap bertemu Wan bila berjemaah di masjid. Wan sangat menhurmati mereka yang lebih tua darinya. Sama-samalah kita berdoa moga Allah pelihara Wan Dan Nia juga insan-insan yang telah di sihir. Moga mereka yang suka melakukan perbuatan syirik ini agar segera bertaubat. Kamu telah membuat ramai orang menderita.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Ariff Budiman
FB Penulis

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 28 Average: 4.6]

17 thoughts on “Kisah Nia”

  1. Citer ni based on true story ke bro..? Ke hang karang sendiri…? Haha.. anyway.. mcm yg aku slalu ckp.. citer hang tk prnah tk best.. syabas bro..

    Reply
    • madinah ke mekah ke.itu hanyalah ayat nak memujuk kelur sahaja.and siapa yg hntar tu.dia dah bgitahu siapa kan.orng yg tak dpt nia tu.kalau dia bagitahu pun.bukannya kita kenai

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.