Lokasi : Alor Setar
Tarikh : 20September 2018
Assalamualaikum sahabat sekalian. Diharap korang semua didalam kesihatan yg penuh, Insha Allah. Nama aku Nina , berasal dari Sungai Petani . Kejadian bermula apabila aku dan suami melawat ibu saudara sebelah ibu aku selepas berkahwin . Ibu saudara aku yang kembali sakit akibat perbuatan kianat manusia yang busuk hati dengan niat untuk mengusir ibu saudara aku dari kediamannya di Mergong. Setelah pelbagai rawatan akhirnya ibu saudara aku ambil keputusan untuk berpindah kerana tidak tahan lagi menahan setelah 3tahun berjuang . Haishh rumah sendiri pun ada orang dengki.
Okay berbalik pada cerita tadi , semasa kami kerumahnya ibu saudara aku , dia ada bagitahu sakit lama dia kembali . Kalini si pelaku nak buat bagi mati plak dah . Kan dah keluaq kedah aku . Sepanjang haritu kami dok becerita pasai hal ni je . Dan akhirnya aku secara tak sengaja menawarkan diri untuk bawak ibu saudara aku berubat dekat Sg Petani , Selalu kalau bab sakit macam ni kita tak boleh terus ajak ja , nanti takot si pelaku hantar khadam dia untuk ganggu kita .
Dan ternyata betul la dia hantar sungguh. Petanda pertama alarm kereta aku berbunyi dengan sendirinya . Untuk pengentahuan hampa , Kereta aku ni alarm susah nak bunyi , Kecuali kalau ada “Benda” menumpang dia , nanti aku ceritakan pasai tu . Pasai kejadian kereta aku alarm bunyi masa berubat . Tunggu nah hat tu .Okay sambung , lepas bunyi abah dan suami keluar check kereta , Untuk pengetahuan korang suami aku boleh rasa dan tahu kewujudan dia sbb arwah abah dia pandai berubat orang , Cuma suami aku tak amalkan.
Abah yang tengah makan rambutan ni boleh pi tuju biji rambutan atas kereta , Bedebuk kena benda tu . Ni suami aku la cerita benda tu panas sebab abah ada bacakan ayat.,Ingat sampai situ ja . Masok balik rumah , Tiba2 bunyi lagi , Masa tu aku okay lagi . Abah ambik keputusan untuk balik Sg petani.
Keluar ja dari pagar rumah tu , aku tiba2 sesak nafas . Mcm ada yang cekik aku .Masa tu dah terkapai2 mintak tolong suami. Suami aku baca2 kan ayat2 suci , Berkurang sikit rasa tu , Tak mau bgtau mama abah takot dorang risau , Kami berlakon mcm tak ada apa2. Sampai Sg petani masuk ja rumah sakit tak hilang . Sebabkan dah tak sihat aku ajak suami balik Sik , rumah mertua .
Sebab dekat Sik ada satu pakcik ni boleh tolong. Alhamdulillah smpai ja rumah pakcik tu ,Benda tu dah buang . palcik tu kat adia ikot hampa mai sampai sini noh . Alhamdulillah balik rumah mak mertua sapu air tu dah hilang sakit dalam perut dan rasa tercekik.
Selepas malam berubat tu aku ingat dah sihat dan takda lagi gangguan tapi aku silap . Rupanya benda tu masih ada ikut kemana saja aku pergi . Dah la ikut lepas tu dok bagi aku sakit pulak . Bila bangun pagi badan sakit2 , pinggang sakit sampai nak bangun sakit dan last sekali bahagian peranakan sakit sungguh . Ish natang ni la.
Tapi aku abaikan sakit ni sebab ingat normal ja .
Tapi bila malam2 mimpi disengat binatang berbisa dan mimpi diberikan bayi . Dan dalam mimpi tu aku boleh hungga hungga dapat baby ( jadi red Indian pulak) . Hmm sedangkan abah dah pesan mimpi bayi je tengah dukung atau susukan kalau boleh bangun dari tido . Ni tak teruskan . Aku mimpi cmni aku takot nak bagitau abah takot kena marah sebab tak lawan dan mimpi ni berlarutan seminggu dan aku setiap kali bila tidur akan terkejut pagi buta lepastu dan tak boleh tidur . Boleh faham tak perasaan orang yang nak kerja esok pagi .
Disebabkan dah tak tahan aku bagitahu abah pasal hal ni . Dan malam tu jugak abah bawak g rumah makcik yang berubat dekat area Sungai Petani . Masa proses tu aku disuruh berzikir dan mata kena pejam. Masa benda tu diseru aku dah start seram bulu roma wei . Mata tak boleh buka tiba2. Tapi aku tetap berzikir kuat2. Tau apa jadi ? aku berzikir jadi terbalik weh . aku sedar tapi aku tak boleh ubah apa aku sebut dan aku dapat rasakan muka aku senget ke kiri . jadi macam orang ken stroke tu muka sebelah senget. Rasa tapi tak dapat kawal . Cuma dengar makcik tu jerit HANG DOK BELAKANG DIA BUATPA ? HANG MAI SINI AKU KATA .
Pastu makcik tu beletiaq yang hg dok tepi tu buat pa . Abah tanya saya ka . makcik tu kata bukan la . tu sebelah hang tu . dalam banyak tempat kenapa sebelah aku jugak hang nak dok . syuh2 sana . Aku dah la takot .nak nages masa tu . mata tak leh buka tapi sedar mulut keluar zikir terbalik .
Lepas dia soal jawab tu aku dah tak dengar apa . yang aku tau masa tu gelap gelita . memang la gelap dah nama pun tutup mata ehh . aku dengar makcik tu kata kakak buka mata . bila dah buka aku rasa yeayyy jom balik . hahaha . dapat air balik minum dan amalkan surah AL KAUTHAR pelindung diri dari peminat2 alam lain .
Sebelum balik benda makcik bagitau benda tu bekenan dekat aku sebab tu dia tumpang sekali . benda tu nenek tua yg senget mukanya dan bongkok . sebab tu muka aku jadi senget dan selalu sakit badan . dok angkat dia ja . jalan tak mau malas tumpang orang . Grab pon kena bayar tau . marahni !
Okay tujala cerita aku setakat ni . maaf andai ada terkurang sebab tak pandai nak karang cerita . semua cita ni ada kisah benar yang terjadi bulan 9 2018. Terima kasih semua .
#NINA
Seram juga
😱seram .
Kipidap Nina… kisah seterusnya
Untuk pengentahuan hampa , Kereta aku ni alarm susah nak bunyi , Kecuali kalau ada “Benda” menumpang dia , nanti aku ceritakan pasai tu . Pasai kejadian kereta aku alarm bunyi masa berubat . Tunggu nah hat tu .
Macam tak ada sambungan ja part tu.. Heee ke next entri?
Ada.. Dia bagitahu dekat bawah tu. Yang menumpang tu “nenek tua yang senget muka nya dan bongkok”. Lepas tu dia cakap lagi, “jalan tak mau malas tumpang orang . Grab pon kena bayar tau”. Nenek tua tu lah tu menumpang kereta dia.. hehe
Nenek bongkok part lain. Menumpang sebab minat. Yang tumpang atas kereta tu lain, orang hantar ke dia. Kalau ikut cerita dia la.
Yaa betui2
Tapi yg alarm kereta dia berbunyi bila ada benda tu.. rasanya dia still tak explain lagi kenapa alarm kereta dia boleh bunyi. Cause I think it’s quite weird la kan utk alarm kereta berbunyi bila ada benda. That’s the thing that needs an explaination..Dont u think so? Heheh. Im waiting for that😉
tunggu ye fs tak release lagi 🙂
otw hihihi tengah karang
sabar menunggu..hai org kedah…ceq pon org sana jugakkkk
Kami ni pun oqang sana… Selamat berkenalan la nohhh… Hahaa
kita geng
Nauzbllh…sorraam nih
Nape aku tak berapa paham weh. Kena baca skali lg ni
seram weh..tapi kan bila start nak baca cite ko nim kan tetiba mcm ada benda pegang kaki aku do… kejut aku siap jerit agi …nasib xdop orang kat opis …..
nak tolong mak sedare sampai kene ganggu mcm tue sekali…
dulu pnh dok belah utaqa ..mmg kwsn kami dok tu byk hal2 mcm ni jd.ad jgk yg sedara sndiri dk htq benda2 ni psl beqebut harta.kita yg dkt2 pn kn tempias.kdg rs cam dok niang rapik..ha..ha..
Saya NAK Tanya Nina..Nina dah Ada anak Ka dak gi? Selalu yg mimpi menyusu bayi ni,org kata NAK mewarisi saka keturunan…selalu yg NAK Di beri saka ni,susah lekat beby..kalau mngndung pun slalu guguq …
blum ada lagi .emm takot la rasa .tak lekat lagi
ada mimpi baby tu adik ipar abah yang bagi .dia kata anak dia .dia bagi saya .sy ambik
uish seram gak noh
banyak gak oghang kedah dlm FS ni..mmg kat kedah banyak hantu kaa
Tolong tulis bahasa baku penulisan . Kurangkan loghat atau takdekan langsung. Takdela ambik masa lama nak khadam satu2. Tq
saya tak mampu puaskan hati semua orang . kalau encik taknak baca pun tak kan saya nak paksa kan .tq2
Hai Nina..sya pun orang sg petani..tp hidup merantau di ngeri orang..slmt berknalan.
best nina . share lagi ya kalau ada story lain
Cerita pendek, tp seram. Cuma nak mintak, kurangkan lorghat boleh? Sy payah nak faham. Kena baca banyak kali.. Huhu maaf ye penulis.. ☺️