Kisah Pasar Malam

Hai semua. Terima kasih admin kerana menyiarkan kisahku. Namaku Haslinda seorang wanita berusia 25 tahun. Kisah yang aku ingin ceritakan harini berlaku lebih kurang 5 tahun dahulu sewaktu aku menolong ibuku disebuah pasar malam didaerah tempat tinggal kami. Sedikit latar belakang mengenai keluarga, aku dibesar oleh ibuku seorang bersama dua lagi adikku. Aku anak sulong, adik nombor dua dan tiga lelaki berusia 20 dan 19 tahun. Jadi kira, sewaktu kejadian, adik2 aku masih lagi bersekolah menengah. Ibuku seorang peniaga pasar malam menjual baju manakala bapaku telah meninggal dunia sejak kami kecil lgi….

Kejadian yang dialami oleh aku masa itu agak menakutkan juga. Pada malam kejadian, jam lebih kurang pukul 12 malam, aku bersama-sama adik nombor dua dan ibuku tengah bersiap2 untuk berkemas pulang. Sewaktu tengah berkemas, adik lelakiku menyatakan yang dia terasa ingin membuang air kecil dan kebetulan, aku juga memang tengah menahan kencing sejak dari petang tadi lagi. Kebiasaanya, kami hanya akan kencing dikawasan semak bersebelahan van kami. Mmg kawasan agak terpencil dan tersorok kerana terlindung oleh barang2 niaga kami.

Tapi pada malam tersebut, kesemua barang telah hampir dimasukkan kedalam van jadi kawasan itu menjadi agak terbuka untuk seorang wanita membuang air kecil disitu. Kalau lelaki boleh la mungkin orang tak perasan. Memahami keadaan aku, adikku mengajak aku untuk ke toilet awam. Agak jauh dari tapak kami berniaga. Tetapi, apekan daya, dari aku buat free show dekat situ. Terpaksalah aku berjalan bersama adik aku ke tandas awam itu. Aku tahu, kalau tidak kerana aku, adik aku akan selamba je kencing berdiri sebelah van kami. Terima kasih adik kerana memahami kakak.

Tandas awam dikawasan itu bukanlah antara yang terbaik. Saiznya kecil sahaja. Setiap tandas wanita dan lelaki hanya mempunyai dua pintu tandas, dan dua sinki berserta cermin. Design seperti typical tandas awam yang lain. Dibahagian depan akan ada kaunter orang jaga tandas yang memisahkan antara tandas lelaki disebelah kiri dan tandas wanita disebelah kanan. Pada malam tersebut, tiada orang yang menjaga tandas tersebut dan pintu utama tandas wanita telah digril dan dikunci dengan mangga yang besar. Manakala, tandas lelaki pula pintunya masih terbuka cuma lampunya sahaja yang tertutup. Mungkin penjaga tandas hanya membuka satu tandas sahaja sebab dah malam kata adikku. Adikku memetik suis lampu yang terdapat di hadapan pintu masuk tandas lelaki tu. Memandangkan toilet wanita berkunci, adik aku berkata, masuk je la toilet lelaki. Dia akan jaga. Itulah sifat adik aku yang begitu protective terhadapku. Aku hanya mengiyakan sahaja kerana memang sudah tidak tahan nak terkencing pun. Tetapi, apabila kami masuk kedalam tandas lelaki itu, kedua2 pintu cubicle terkunci. Seakan-akan terkunci dari dalam. Adik aku mengetuk kedua-dua pintu namun tiada yang menyahut.

Design tandas lelaki semesti berbeza daripada tandas wanita kerana tandas mereka mempunyai urinal. Akan tetapi, urinal yang terdapat ditandas awam itu bukanlah seperti urinal yang biasa kita lihat didalam movie. Bukanlah mangkuk urinal yang selalu warna putih yang setiap satu mangkuk hanya untuk seorang pengguna sahaja. Tetapi ini urinal yang besar, yang pada aku jika ada empat lelaki berbaris sebelah2 pun masih boleh. Air kencing akan mengalir di longkang bawah urinal itu dan kemudian akan mengalir ke lubang yang terdapat dihujung urinal. Kira perempuan boleh mencangkung dan kencing disitu. (Aku tak reti nak explain. Sebab ni pun first time aku tengok urinal macam tu. kata adikku, ini urinal style lama. Aku minta maaf tak reti untuk describekan design urinal ni).

Dalam keadaan itu, adik aku berjalan menghala ke urinal, dan memancutkan kencingnya disitu. Aku semestinya sudah biasa melihat adikku membuang air kecil. Tetapi tidak la sampai pernah nampak perkara yang tidak sepatutnya. Jadi aku tidak terkejut dengan tindak tanduknya yang selamba melepaskan kencing depan aku. Aku masih menunggu lagi kalau-kalau orang yang berada didalam cubicle tadi keluar. Tetapi hampa. Aku nekad, jika, pintu masih berkunci, aku akan cangkung sahaja diurinal dan kencing disitu. Setelah adik aku selesai, aku minta dia tolong cover line. Sebab aku memang dah tak tahan. Adik aku berdiri di kawasan sinki membelakangkan aku sewaktu aku kencing diurinal. Adik aku sempat bertanya, macam mana nk basuh tu nanti, aku mendiamkan diri. Aku kira ini situasi yang sangat darurat dan aku akan basuh apabila tiba dirumah nnt.

Apabila selesai, kami ke sinki untuk membasuh tangan, dan disinilah apabila keadaan menjadi bertambah seram. Tiba-tiba pintu utama toilet ini tertutup dengan kuat. Seolah-olah ditiup angin kencang. Aku menjerit terkejut dan ketakutan. Padahal tiada angin pun malam itu. Adik aku segera ke arah pintu, dan cuba membuka pintu tu. pintu itu berkunci. Tetapi pintu utama tandas itu adalah jenis tombol yang kunci dia tekan dari belah dalam. Iaitu belah kami berada. Adik aku melihat tombol pintu itu tidak berkunci. Tetapi apabila dipulas, tombol itu seakan stuck seperti kita cuba membukanya dari luar. Adik aku mengetuk pintu itu untuk meminta tolong. Tetapi tiada yang menyahut. Mungkin kerana hari sudah pun lewat malam. Kami menjerit meminta tolong. Tetapi masih tiada siapa menyahut. Tiba-tiba kami terdengar bunyi flush air yang datang dari salah satu cubicle yang berkunci tadi. Kami menjerit meminta tolong dan mengetuk2 pintu utama dengan kuat untuk menarik perhatian. Masih tiada yang menyahut sehinggalah, tiba-tiba pintu utama tadi boleh dibuka. Sewaktu kami keluar, kami melihat ada beberapa orang berada diluar termasuk mak aku. Mak aku cakap, aku dan adik tidak pulang setelah hampir pukul 2 pagi. Rupanya, kami terkurung didalam tandas tu hampir dua jam. Dan sewaktu kami menjerit meminta tolong, tiada seorang pun yang mendengar suara kami.

Menurut seorang pakcik disitu, tandas awam tu mmg dah lama berkunci dan tidak dapat digunakan. Mereka sangat pelik macam mana kami boleh masuk ke tandas itu. Menurut seorang ustaz, kami seakan telah masuk ke “alam” lain dalam tempoh dua jam tu. Walau apepun theory yang diberi, perkara ini menjadi satu pengalaman yang sangat buruk dan menakutkan dalam hidup aku. Semenjak peristiwa itu, aku tidak lagi berani untuk ketandas awam apabila waktu malam sewaktu membantu ibuku dipasar malam. Aku akan hanya menahan sampai kerumah atau pun jika betul2 darurat, aku akan minta ibu teman aku ke semak bersebelah van kami.

Sekian…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 7 Average: 5]
Haslinda

2 thoughts on “Kisah Pasar Malam”

  1. Allahuakbar seram nye..kalo lelaki xpe lagi, ni perempuan. Belum lg pikir pasal kot² org jahat ke mlm² dan di tempat cmtu, alhamdulillah selamt

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.