Setelah di lakukan rombakkan tugasan baru, aku tidak lagi bertugas giliran. Sudah 30 tahun aku bertugas giliran dan banyak pengajaran yang telah aku pelajari. Kini tugas baruku ialah menyelia kontraktor. Aku dan rakan-rakan yang lain telah di beri tanggung jawab untuk menjaga keselamatan mereka ketika berada di dalam kawasan larangan. Aku telah di tugaskan menjaga kontraktor di Pencawang Masuk Utama J.
Ketua kontraktor merupakan seorang kenalanku yang juga bekas pekerja TNB yang telah berpencen dan kini menjadi penyelia kepada kontraktor. Sebelum memulakan kerja, aku akan memberi taklimat akan kawasan yang di benarkan masuk dan kawasan-kawasan bahaya dan mereka harus berhati-hati ketika melakaukan tugasan. Terleka sedikit buruk padahnya.
Aku memanggil ketua kontraktor untuk memberitahu sesuatu.
“ Hamzah…Ranting-ranting yang menonjol ke jalanraya boleh p****g tapi jangan di p****g pokok-pokok yang berada di dalam.” Hamzah sudah dapat mengesan bila aku berkata demikian.
“ Awat Ariff. Ada benda ka dalam hutan tu.” Tanya Hamzah
“ Hutan tu terdapat penempatan jin dan keluarga. Depa dok tercengang-cengang tengok kita. Jadi kita jangan kacau rumah depa.” Kataku kepada Hamzah dan alhamdulillah tugas kami berjalan lancar tanpa gangguan.
Esoknya pula, aku ke Pencawang JG. Pencawang tersebut berdekatan dengan kawasan perkuburan. Bila memasukki pencawang aku dah dapat melihat begitu banyak makhluk yang berkeliaran di kawasan perkuburan. Ada yang berdiri tepi pagar dan ada yang melayang-layang bagaikan kelkatu. Seperti biasa sebelum aku akan memberi taklimat agar mereka berhati-hati.
“ Hamzah…Kawasan ni keras sikit. Hang bagitau dekat orang hang agar berhati-hati ketika buat kerja dekat kawasan kubur.” Hamzah terus memberitahu anak buahnya. Sedang pekerja lain membuat kerja, ketua kontraktor datang kepadaku
“ Ariff…Tadi Idris di tolak sesuatu ketika berjalan. Dia terjatuh. Lani dia ada dekat tepi kubur. Nampak dia ketakutan.” Kata ketua kontraktor.
Terus kami ke tempat Idris yang sedang duduk berhampiran kawasan kubur. Nampak pucat mukanya. Aku minta Idris ceritakan apa yang terjadi.
“ Saya sedang mesin sini. Time nak balik, saya rasa ada sesuatu yang menolak saya. Saya terjatuh dan kaki terseliuh.” Kata Idris. Aku percaya kata-kata Idris. Aku melihat lembaga hodoh. Mukanya macam orang yang ada penyakit kusta sedang berdiri berhampiran Idris. Badannya bongkok. Aku meminta air mineral lalu membaca ayat Al Mathurat. Syukur aku menghafalnya dan itulah amalanku setiap hari. Aku meminta Idris minum dan membasuh mukanya. Aku ambil airnya lalu renjis di sekeliling seolah-olahnya aku tidak nampak akan lembaga hodoh itu. Terus dia hilang entah kemana.
Aku meminta Idris agar berehat seketika sehingga pulih semangatnya. Pernah seorang jurutera meninggal dunia di dalam pencawang ini ketika menggunakan talipon lalu kilat menyambarnya. Itulah berita yang aku perolehi. Seorang juruteknik pula patah kaki ketika bertugas membina pencawang ini. Hutan terpaksa di tebang. Di belakang pencawang ini adalah bukit bukau dan itu memang tempat mereka.
Esoknya mereka menyambung tugasan kembali. Aku beritahu ketua kontraktor di bawah pokok yang rendang terdapat busut yang besar ini, jangan di duduki atau di ganggu. Di situlah tempat kami berteduh dari panas mentari. Itulah saja pokok rendang di tengah-tengah padang yang luas. Terdapat lembaga sedang duduk diatas busut. Mungkin itu merupakan rumah dia. Dia tidak ganggu semasa kami melakukan kerja. Kadang-kadang aku duduk di sebelah busut membaca Al Mathurat. Sengaja aku kuatkan suara untuk melihat reaksi lembaga tapi lembaga yang duduk di atas busut itu tidak lari. Mungkin dia hanya mendengar. Perutnya buncit dan telinga capang. Dia tidak memperdulikan apa yang kami lakukan. Dia dengan dunia dia. Sekali sekala aku suka menjeling ke arahnya. Dia hanya memerhati pekerja yang sedang melakukan tugas.
Keesokkkan harinya, ketua kontraktor dalam keadaan tergesa-gesa mendapatkan aku
“ Saya nak minta tolong Ariff tengokkan rumah saya boleh tak.” Tanya Hamzah yang merupakan seorang kontraktor di tempat aku bertugas. Aku meminta dia mencerita apa yang berlaku terhadap rumahnya.
“ Macam ni Ariff. Menantu saya ni cukup jahat dan biadap. Dia tak entang saya dan isteri sebagai ayah dan ibu mertua. Bila dia datang rumah, dia buat macam rumah dia sendiri. Lepas makan dan minum, di biarkan pinggan dan cawan di atas meja. Isteri dia iaitu anak saya dah jadi pak turut. Menurut kata bomoh, anak saya telah di gunakan penunduk. Kereta, rumah, motosikal dan barang dapur semua di beli oleh anak saya. Anak saya jadi takut dekat suami dia.” Aku mendengar dengan teliti kisah ini.
Di dalam rumah kami pula, isteri saya selalu takut bila bersendirian. Di dalam bilik anak saya pula, seperti ada sesuatu yang kerap memerhati anak saya. Dia dah jadi takut nak balik rumah sendiri. Isteri saya merayu dekat Ariff agar dapat membantu kami. Kami dah buntu. Kami dah jumpa bomoh dan bomoh bagitau makhluk ada di merata tempat seperti di atas tv. Atas pinggan, atas katil. Semua barang yang dia kata ada makhluk di suruhnya kami buang.” Kata Hamzah. Dia kelihatan tertekan ketika bercerita. Aku berkata yang aku bukanlah seorang yang pandai tapi aku akan cuba menolong semampu yang boleh. Aku tahu bagaimana perasaan orang yang berharap dan aku pernah melaluinya.
Akhirnya aku berjanji ke rumahnya dalam waktu rehat sebab aku tidak mahu mengganggu dengan tugas yang telah di amanah kepadaku. Aku meminta dia sediakan garam kasar. Akhirnya pada waktu rehat kami terus ke rumahnya. Nasib baik rumahnya berdekatan dengan tempat tugasku.
Bila aku sampai, aku sudah dapat merasai rasa seram dan aku pasti mesti ada sesuatu di dalam rumah. Bila masuk ke dalam aku lihat seorang lelaki berpakaian seperti sami sedang memegang tongkat. Dia merenung tajam muka aku. Aku lihat isteri kontraktor seperti tidak sihat. Itupun dia nak masak nasi untuk aku makan tengahari dan aku katakan kepadanya yang aku sudah makan. Aku minta di bawa ke dapur.
Di dapur terdapat 3 ekor telinga panjang. Mata tajam sedang berdiri di atas dapur. Aku terus di bawa masuk ke bilik anak gadisnya. Di dalam ada satu makhluk sedang merayap di dinding dengan lidah terjelir seperti cicak. Aku di bawa masuk ke bilik mereka pula. Rupanya Kak Ponti berada di dalam bilk utama. Rambut dia mengerbang dan muka berkerutu. Aku terus ke ruang tamu. Aku minta air dan garam.
Aku mula dengan membaca Suratul Fatihah sebanyak 3 kali. Di ikuti ayat kursi dan 3 qul. Aku berdoa kepada Allah semoga Allah mengeluarkan segala benda yang tidak elok di dalam rumah dan di dalam badan mereka yang meminumnya. Sewaktu aku membaca ayat suci al quran, lelaki bertongkat sudah kelihatan resah. Memang dia tidak selesa dengan ayat Allah. Aku genggam garam dan terus aku lontar kearah lelaki bertongkat. Percayalah…Ayat Allah membuatkan dia saki sehingga menggeletar macam terkena kejutan letrik lalu hilang.
Aku ke ruang dapur pula. Terus aku lontar garam ke arah 3 ekor dan terloncat-loncat kesakitan dan hilang. Aku terus masuk ke bilik anak gadisnya. Makhluk yang merayap di siling nampak begitu marah. Mata merah dan lidah yang terjelir seperti ingin menerkam aku. Terus aku lontar garam ke arahnya. Ternganga mulutnya kesakitan dan hilang. Terakhir aku masuk ke bilik utama. Kak Ponti berdiri seperti tiada apa-apa yang berlaku. Ini senang. Dia tidak aggresif. Bila aku lontarkan garam terus dia hilang dari pandangan. Untuk air aku meminta isterinya minum dan niatkan agar Allah mengeluarkan segala benda yang kotor yang berada di dalam badan. Sebelum pulang kontraktor menghulurkan aku envelop tanda ucapan terima kasih.
“ Tolong jangan ajar saya terima duit. Saya tiada ilmu. Saya sekadar baca ayat-ayat al quran saja.” Kataku kepada ketua kontraktor
“ Ini hajat isteri saya Ariff.” Kata kontraktor. Aku terdiam…
“ Beginilah. Duit yang nak bagi ni, esok beli nasi lemak dan kita makan beramai-ramai bersama kawan-kawan yang lain.” Syukur ketua kontraktor bersetuju.
Akhirnya kami pulang semula ke tempat bertugas untuk menyambung tugas kembali setelah waktu rehat telah tamat. Barulah nampak ceria sedikit wajah kontraktor bila aku sanggup membantunya. Keesokkan harinya kontraktor cepat-cepat dapatkan aku. Aku dah dapat agak. Tentu ada cerita kisah rumah mereka.
“ Ariff. Alhamdulillah selepas Ariff buat, isteri saya dah rasa tak takut lagi bila keseorangan di rumah. Dia pun tak rasa seperti di perhatikan.” Akulah orang insan yang lebih bersyukur bila Allah izinkan.
“ Saya nak minta satu lagi Ariff. Menantu saya dan anak nak balik lagi 2 hari lagi. Boleh tak Ariff buat air.” Aku tersenyum dan berkata insyaallah. Pulang ke rumah dan seperti biasa aku lebih suka bersendirian ketika membuat air. Isteriku amat memahaminya. Dia akan berada di luar hingga aku selesai buat air. Itulah caranya aku dapat fokus apa yang aku buat.
Bila berada di tempat bertugas, terus aku berikan kepada kontraktor dengan pesanan yang sama. Kali ini ada sedikit tambahan. Aku minta ketika di buatnya air, masukkan sedikit air yang di buat olehku. Moga orang yang mengamal atau mempunyai ilmu sihir, Allah keluarkan segala ilmu kotor yang berada di dalam badan mereka.
Selang beberapa hari, ketika aku berada di rumah, aku menerima panggilan dari kontraktor…
“ Ariff..Tau dak…Menantu saya bila sampai rumah dia tak berani masuk dalam. Dia kata rumah kami panas. Tak pernah-pernah dia kata macam tu. Lagi satu pula Ariff, anak saya pun dah rasa tak takut bila berada di dalam bilik dia. Syukur sangat-sangat.” Katanya. Aku pun turus bersyukur atas apa yang berlaku.
Pagi itu ketua kontraktor telah sampai satu berita gembira kepadaku. Katanya….
“ Baru-baru ni Ariff, Entah macam mana menantu kami masuk ke dalam. Dia hanya pakai seluar pendek tanpa baju sewaktu makan nasi bersama kami. Katanya rumah ini amat panas. Ketika makan, anak saya terus marah suami dia…Abang…Cuba hormat sikit time makan. Jangan pakai seluar pendek ketika makan depan ayah dan mak. .Saya dan isteri berpandangan. Isteri saya menangis sebab memang ketara anak gadisnya sudah berubah. Tidak lagi menjadi pak turut suaminya. Sering di tengking suami. Suami nak apa saja, isteri kena belikan. Akhirnya suami terus masuk dalam bilik lalu menyarung baju setelah di marahi isterinya.
Aku bersyukur mendengar cerita dari ketua kontraktor. Tiba-tiba pekerja kontrak datang beritahu Zam iaitu salah seorang dari kawan mereka kesakitan. Tangannya tidak boleh di angkat selepas mencangkul busut yang terdapat di bawah pohon yang besar. Aku syak ini mungkin angkara lembaga yang berada di atas busut. Bila aku sampai, aku melihat Zam tidak boleh mengangkat tangannya. Lembaga perut besar masih berada di atas busut. Matanya meliar melihat setiap orang yang datang. Aku membaca ayat-ayat suci Al quran lalu aku berikan kepada Zam. Seperti biasa aku meminta memohon kepada Allah agar mengeluarkan segala benda yang tak elok yang berada di dalam badannya sebelum minum.
Zam beransur pulih sedikit demi sedikit setelah minum air yang di baca dengan ayat-ayat al quran.
“ Esok kita kena minta izin ke dekat lembaga atas busut sebelum melakukan kerja.” Tanya ketua kontraktor kepadaku.
“ Tak perlu kita minta izin dan jangan sesekali kita meminta izin daripada mereka. Ini semua milik Allah. Kalau tak perlu kita roboh busut tu, biarkan saja. Andaikata perlu di robohkan bacalah Bismillah dan lakukan tugas yang di amanahkan. Kita hanya meminta kepada Allah.” Kataku kepada ketua kontraktor sebelum pulang ke rumah.
“Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghilangkan kesusahan dan yang menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi? Apakah disamping Allah ada tuhan (yang lain)? Amat sedikitlah kamu mengingati(Nya)” (QS. An Naml: 62)
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
trbaik ar cik arif. .kalu ad lg cite best. .cpt2 ar share lg yek. .t.t.
salam..bagaimana saya boleh hubungi en arif utk ubatkan ibu saya yg ada gangguan saka . minta tlg sgt sgt.
kain putih yang ku beri pada mu,kian pudar warna-warnanya
encik ariff, cam ne encik pandang mahluk2 tu tanpa disedari oleh mahluk2 tersebut? pakai spek hitam ke?
btw sume kisah encik best2
Macam mana nak berhubung dengan en arif? Boleh admin share? Sy mohon sangat..