Kisah Pertama: Budak di pintu lif

Assalamualaikum dan hai. Pertama sekali, terima kasih admin sebab siarkan cerita pertama dari seketul manusia yang baru menginjak ke dalam dunia penulisan. Gitew. Izinkan saya menggunakan kata ganti diri “aku” dalam cerita ni sebab it’s like mendekatkan sillaturrahim antara pembaca dengan penulis gitew.. Semua cerita yang aku ceritakan di dalam cerita kali ini adalah sememangnya benar dan memang dilalui oleh diri sendiri.

Umur aku 23. Dan seperti orang lain, aku diberikan kelebihan yang dianggap sebagai anugerah pada orang lain, tapi tidak pada aku. Pada aku, “kelebihan” ini adalah satu-satunya kelebihan yang aku tak nak ada. Sampai bila-bila.

5 tahun. Ya. Pada usia aku mula menginjak 5 tahun, aku mula perasan kenapa orang lain tak pernah nampak apa yang aku nampak. Kenapa orang lain tak pernah rasa takut walaupun “benda” tu ada depan muka diorang. Bila difikirkan semula pada hari ni, baru aku faham kenapa selama ni orang lain tak pernah nampak apa yang aku nampak. “Kelebihan” yang aku ada ni takde la sehebat ustaz-ustaz punya kelebihan. Mata aku ni hijab dia macam separa terbukak. Means, aku hanya dapat tengok “benda” tu kadang-kadang. Bukan 24/7. Okaylah. Panjang sangat aku punya pengenalan ni. Nanti korang bosan pulak nak baca cerita aku ni.

Waktu masa tu petang. Lepas asar. Mak dengan ayah aku bawak aku pergi hospital sebab nak melawat saudara dorang yang sakit kat sana. Umur aku masa tu 5 tahun. Long story short, selesai semua urusan lawat melawat, Mak ajak aku keluar dulu dari wad pesakit sebab waktu dah nak menghala ke senja dan mengikut pesan orang tua-tua, budak kecik tak elok duduk dekat persekitaran yang ada ramai orang sakit sebab takut terlekat badi. So, mak dengan aku kemudiannya tunggu ayah dekat tepi lif. Aku masih ingat lagi kejadian petang tu. Masa tu aku dengan mak sama-sama menghadap balkoni sambil tengok matahari terbenam.

Tengah aku syok layan perasaan, tiba aku dengar bunyi macam budak sebaya aku tengah mintak tolong. Aku pusing kanan, tak nampak pun kelibat budak tu. Aku pusing kiri dan aku nampak ada budak perempuan, rambut pendek gaya macam rambut tempurung, pakai baju dengan seluar warna oren, tengah menjerit menangis mintak tolong sebab tangan dia tersepit dekat pintu lif. Aku pandang dekat lif dan telapak tangan dia separuh tersepit dekat pintu lif. D***h penuh membasahi baju dia, ada yang menitik dekat lantai. Aku pandang dekat tepi lif, ada sorang pakcik tua tengah hisap rokok. Betul-betul dekat tepi lif. Aku pelik. Tak kan la pakcik tu tak nampak budak perempuan tu sebab budak perempuan tu menjerit mintak tolong kuat gila kot. Aku pandang sekeliling, takde seorang pun yang perasan tangan budak tu tersepit dekat pintu lif.

Aku Tarik lengan baju mak aku. Aku bagitahu dia “Mak, ada budak tersepit dekat lif”. Mak aku pandang aku sambil cakap “Mana?”. Aku tunjuk dekat arah lift tu, tapi aku pelik sebab mak aku cakap mana ada. Lepas tu sambung tengok matahari nak terbenam. Masa tu aku dah start panik sebab aku takut kang kalau dibiar makin lama, m**i budak tu karang. D***h dekat atas lantai dah serupa air banjir. Penuh d***h budak tu atas lantai. Tapi masalahnya takde orang yang datang tolong budak tu. Kemudian, budak tu sambil menangis, pandang tepat dekat mata aku sambil cakap, “AWAK! TOLONG SAYA! SAKIT! TOLONG BAGITAHU MAK AWAK, TOLONG SAYA, SAYA SAKIT!”. Aku pun terus Tarik tangan mak aku dan bawak mak aku pergi dekat lif tu. Sambil menangis aku cakap, “Tak kan mak tak nampak? Budak ni dah nak m**i dah sebab tahan sakit sangat. CEPATLAH TOLONG DIA MAKKKK! KESIAN DIA!!”.

Sambil aku tunjuk dekat mak aku, kat mana budak tu berdiri. Muka mak aku masa tu dah cuak. Sekejap mata mak aku pandang lif, sekejap mata dia pandang aku. Tanpa cakap sepatah perkataan pun, mak aku terus dukung aku dan bawak aku pergi jauh dari lif tu. Aku masa tu memang sedih gila sebab tak dapat nak selamatkan budak tu. Aku terpaksa tinggalkan budak tu dengan tangan tersepit dekat pintu lif. Sebelum mak aku turun tangga sambil dukung aku, aku pandang budak tu dan secara tiba-tiba semua orang bergerak macam slow motion, cuma aku dengan budak tu yang bergerak dengan kelajuan biasa dan aku dengar budak tu bercakap tapi dalam nada berbisik. Tak terlalu kuat, tak terlalu perlahan, tapi cukup jelas di pendengaran aku. “Terima kasih awak”, budak tu bisik dekat aku.

Lepas tu dia senyum dekat aku sambil lap air mata dia dengan tangan kiri dia, lepas tu badan dia makin lama jadi macam kabus, lepas tu hilang. Lepas je budak tu hilang macam kabus, mak aku dengan semua orang dekat sekitar lif tu bergerak dengan kelajuan biasa dan bukan slow motion lagi.
Dah 18 tahun kejadian tu berlaku dan sampai hari ni, aku masih ingat lagi muka budak tu. Comel, langsung tak menakutkan. Muka dia macam iras-iras Chinese, pipi dia kemerahan. Rambut dia hitam. Dan sampai sekarang aku tak tahu “Budak” tu sebenarnya hantu ataupun jin. Cuma aku harap, dia selamat tak kira di mana dia berada dan kadang-kadang tak dinafikan, timbul rasa rindu aku dekat budak tu, rindu sampai rasa nak peluk dia dan cakap “Aku rindu kau”. Pelik kan? Macam mana aku boleh rindukan “orang” yang aku jumpa tak sampai satu jam.

Sebenarnya, banyak lagi yang aku nak ceritakan pasal pengalaman mistik aku. Kalau admin sudi siarkan kisah pertama aku, InsyaAllah aku akan tulis banyak lagi kisah-kisah pasal pengalaman mistik aku. Itupun kalau korang sudi baca. Haha.
Akhir kata, hai. Selamat berkenalan semua.

.

Avery
Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

11 comments

  1. Ni lagi 1 sampah.

    Tak sudah cakap “hijab terbuka”.

    Cukup lah tu. Hampir semua cerita sekarang ckp ada “kelebihan” konon nye. Lepas tu acah karang cerita seram. Puih.

    Fs pon jgn noob sgt.

  2. kan kan kan.asik nak hijab terbuka sangat mereka semua ni.
    semua ada kelebihan.

    banyak sangat rekaan.
    yu Juri bagi markah 1 tu markah kesian ke?

  3. Masa 5 thn cikde bt apa eh, yg ingat p tadika, main2, p mengai ikan, tu ja la, ops. Lupa ingatan kejap

  4. banyak nau mengarutnye..aku bagi 1/11 point je la..
    aku masa umur 5 tahun sbok g tngkap ketam kecik kat pantai..

  5. aku sendiri suka cakap “KELBIHAN” sebab positive word! Aku tak suka cakap negative word, buat diri sendiri rasa down. Orang yang tak pernah alami akan cakap tipu ape la. Tak habis2 kelebihan, then what? aku sendiri tau benda tu actually bukan kelebihan kalau kita boleh nampak hantu ke ape ke, jauh dari sudut aku tau sebenarnya tau benda tu bukan kelebihan, tapi “SAKIT” 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.