Kisah restoran fastfood (part 3)

Hai assalamualaikum… Saya Rin;rider fastfood tu!!So kali ni saya nak share cerita diluar restoran pula,tapi masih lagi bersama-sama kawan waktu kerja masa tu.So untuk senang orang follow kisah saya,saya gunalah tajuk yang sama jugak ye?takpe kan?kisah kali ni panjang berjela.Mohon bertabahlah membacanya ya?

Dulu masa jadi rider saya pernah mc selama setahun.Dalam tahun 2005-2006.Sebabnya?Sebab saya terlibat dalam kemalangan. Teruk jugaklah,sebab peha saya patah tiga,tangan patah dan luka-luka.Yang buat lama tu sebab kena masuk besi,lepas tu tak boleh jalan,duduk atas wheelchair. Lepas tu fasa pakai tongkat kiri kanan.Lepas tu tongkat sebelah.Tu yang lama dok melepak kat rumah.
Selama saya tak berapa kuat dan sihat ni,saya cuma ada bestfriend (ex staff masa kerja rider dulu)yang selalu bawa saya jalan-jalan or keluar minum.Yang sanggup tolak wheelchair saya ke sana sini.Yang papah saya masuk kereta masa pakai tongkat.Nama dia Harry.Bestfriend tau?Bukan special ke ape kang kot-kot dia baca,dia pikir lain pulak.

Kisah 1
Harry ni kerja kat putrajaya masa tu.Selalu lepas habis kerja dia datang rumah sewa(masa tu tinggal dengan kakak angkat) lepak-lepak tapi lepak kat luar la.Kat taman bawah kondo yang saya sewa tu tak kira la siang ke malam ke pagi ke memang ada port lepak kat bawah tu.

Satu malam ni dia datang ketuk pintu.Dia kata dia nak balik rumah,tapi kepala dia sakit,lepas tu hujan pulak dia naik motor.Nak tak nak dia singgah la kat rumah.Kebetulan pulak kakak angkat saya tak balik lagi.Dia ada cafe selalu balik jam 12 malam or 1 pagi baru sampai rumah.saya serba salah jugak nak bagi masuk kang kene serbu dengan JAIS kang tak pasal-pasal je.Tapi saya pun tak sampai hati nak biar dia kat luar.Saya call kakak angkat,masa tu dah jam 11 malam.

Kakak angkat saya(Kak Z) cakap takpalah dalam pukul 12 dia sampai rumah.Dia pesan bukak pintu luar,jangan tutup nanti orang fikir bukan-bukan pulak.Saya pun dah semestinya kena minta izin dia jugak nak ajak orang masuk rumah,sebab tu pun rumah dia juga.Lagipun dia tak berapa sihat,so nak balik awal malam tu.

Kak Z smpai awal sikit, jam 11.45 dia dah tercegat depan pintu.Lepas tegur-tegur n say hi kat Harry dia cakap nak mandi nak masuk tidur,sebab tak berapa sihat.Saya ajak Harry minum kat mamak bawah tu.Sebab dia cakap dia tak makan lagi.Dia pun ok,lepas tu pinjam kereta kak z(kete dia auto senang saya nak drive sebab kaki tak baik lagi) kami pun turun.

Dalam kereta,Harry ajak minum jauh sikit kat Pandan Indah.Saya mulanya tak nak tapi dia berkeras juga ajak. Harry ni takda lesen kereta,so saya la yang drive.Mulanya dia ajak ikut jalan lama,jalan hulu langat tu tapi ikut Tekala (korang agak-agak je la saya dari mana ye?) walaupun memang kami boleh ikut jalan tu tapi kena patah balik la dalam 5 km kebelakang. Saya cakap taknak la,jalan tu gelap,lagipun dah pukul brapa ni?Harry gelak-gelak je. (amboi kemain suka ko ea?tadi cakap sakit kepala)Saya cakap ikut je la cheras jalan terang,beza kena bayar tol ngan tak je.

Harry tetap nak ajak jugak ikut jalan tu.Saya cakap,”harry,jalan tu bahaya la.Orang yang tinggi ilmu pun kalau dah time camni pun pikir dua kali nak lalu situ,inikan kita yang tak ada apa ni,”
Harry jawab,”tempat aku,nak takut apa?” Dengan riaknya.Saya malas nak layan.Saya ikut je jalan cheras tu.Sampai kat tol batu 9 ke 11 tu saya tak ingat dah dia ajak saya masuk hulu langat.Saya bengang la,kenapa nak kena masuk situ pulak?Pastu dia boleh ugut saya,nak masuk langat ke nak aku bawak kau pergi highland towers?

Tiba-tiba.

Lagi saya hangin.Ape halnya nak ugut-ugut?Tah kenapa la masa tu saya positif sangat,saya pun malas nak gaduh,saya masuk je hulu langat.Sampai Harry cakap suruh ikut Bukit ampang.Betol,saya tau memang boleh sampai pon kalau ikut sana,tapi masalahnya banyak lagi jalan yang senang dan terang benderang,udah kenapa nak ikut jalan gelap dengan corner-corner semua tu?Masa ni saya dah rasa tak sedap.

Dari tadi nak ikut jalan tekala la,nak pegi highland towers la!Setau n sepanjang saya kenal Harry ni,dia bukanlah berani sangat.Berani-berani takut la senang cakap.Lepas masuk simpang bukit ampang lepas masjid kat traffic light langat tu,saya cuma berharap takda benda-benda pelik yang Harry akan cakap atau buat. Dalam hati saya baca ayat qursi n 3 kul. Berulang-ulang saya baca.
Sepanjang jalan kat Bukit ampang tu Harry bercerita macam-macam.

Dia kata dulu dia pernah duk situ.(saya tak pernah tahu pulak) Sedara mara dia ramai kat situ.macam-macam la mamat tu cerita.Cerita pasal orang accident m**i la kat sana.Ada time bila dia nak cakap yang bukan-bukan tu,cepat-cepat saya ubah topic.Sampai la dah turun bukit tu,dia tiba-tiba cakap dia mengantuk.Haishhh,sikit punya banyak kau membebel tadi,sekarang kau cakap kau mengantuk?
Dalam hati saya rasa bersyukur sangat sebab tak ada aksi atau reaksi yang menakutkan dari Harry. Cuma sedikit pelik dia banyak cerita.Selalu dia suka suruh saya cerita n dia dengar.

Saya cakap kalau nak tidur,tidur la. Dah sampai nanti saya kejut. Harry pun rebahkan seat and tido.Tak sampai 10minit,kami sampai kat kedai mamak yang Harry nak pergi sangat tu. Dia ni gila makan cheese nan.Saya kejut dia,dia bangun dalam mamai-mamai tu dia suruh saya pergi duduk kat meja dulu.dia nak pergi toilet basuh muka.Dia suruh saya order teh ais ngan cheese nan untuk dia.Saya pun ok.
Lepas bagi order kat mamak tu,Harry dengan wajah sedikit segar tarik kerusi depan saya n duduk.
“Ngantuk tak?” Harry mulakan perbualan.
Saya geleng.Sambil sedut rokok

Dunhill dia tu,harry sambung,”Sedap betol aku tido.tak sedar ape.Kesian kau drive sorang-sorang aku tak teman.Dari rumah plak tu..!Sorry ea?”

Sikit lagi nak tersembur air nescafe o ice nipis yg saya minum tu kat muka Harry.Tido????Kau tido start dari mana syaitannnn???Saya jerit dalam hati.
“Ko pahal?nak sembur air kat aku?salah ke aku cakap?”Harry bertanya.tak cukup dengan soalan,muka pun nak main peranan siap kening kerut-kerut bagai.
“Bro,kau dari aku start enjin kereta tu duk membebel,macam-macam la ko cerita,suh ikut jalan itulah,jalan inilah!Menda yang ko tido sepanjang jalannye?sampai t.light depan tu je kau baru tido.”Saya tinggikan suara.Dah la bengang dengan permintaan dia nak suh ikut jalan tah mana-mana tu tak habis lagi.Lagi dia nak buat kelakar seram pulak.
“Tak klakar bro..!”Kata Harry sambil buat senyum kelat kat saya.”sumpah wallah aku masuk kereta tadi,lepas security guard kat umah kau tu aku dah terlelap dah” sambung Harry lagi.Time ni,saya pulak yang senyum kelat kat dia.

So saya pun cerita la dari awal sampai akhir.Cerita dia nak pergi highland towers,ikut tekala,ikut bukit ampang. Dia cakap no wonder la kami sampai lambat.Ikut jalan mengarut-ngarut.(tau xpe)Yang paling dia tak boleh terima tu yang masa cakap dulu dia tinggal kat bukit ampang n ramai sedara kat situ.Seram kata dia. Dia cakap mak ayah dia since kawin memang dah duduk kat rumah yang dia duduk skarang ni. Dia pun membesar kat sana.Mak ayah dia asal orang perak.Mana ada sedara kat situ. Dia kata “berani kau ikut jalan yang aku suruh tu kan? kalau aku la kau suruh aku ikut jalan tu mampos idop balik pon aku taknak time-time camni.Kalau kau paksa jugak,sanggup aku gado.

Sanggup aku call teksi balik biarlah charge aku mahal baik,aku sanggup!”
Tergelak saya dengar dia cakap macam ni.Sebab saya tau this is the real Harry.Mamat ni memang penakut sikit.Tu yang agak pelik bila dia ajak saya lalu jalan yang agak scary tu.Balik tu Harry teman saya naik sampai depan pintu.

Esoknya Kak Z tak kerja,dia mc tak sihat katanya.Saya pun apalagi,tak sabar nak cerita kat dia apa yang jadi.Habis saya cerita A sampai Z, dia tiba-tiba minta maaf kat saya. Saya pelik la kenapa?Bukan dia ada buat salah pun. Kak Z pun bukak la cerita dia pulak. Kata dia malam tadi masa dia balik dari cafe tu,sampai simpang nak masuk ke sungai tekala lepas t light dia tekan minyak tiba-tiba rasa macam langgar something.Kuat pulak tu. Dia pun dah risau kot-kot terlanggar anjing ke kucing ke sebab dia nie penyanyang kat binatang.

Risau kereta dia kemek pun iya jugak.So dia berhenti kat tepi untuk check,tapi takda apa pun.Dia tengok kat jalan n sekitarnya pon takda apa. So dia masuk balik kereta dengan rasa something yang tak best. Sampai rumah kat parking lot dia keluar kereta, pastu jalan. Dalam beberapa langkah dia teringat pintu x lock. Dia pusing dan tekan lock dari alarm kereta tu sambil mengadap kereta,dia perasan ada lmbaga duk sebelah passenger seat tu.

Dia pun apalagi lari kat lif,tekan nombor 9 terus tak toleh-toleh.Nasib baik dalam lif takde ape,lift rumah kita orang siap ada cermin bagai tapi kak z cakap dia tak tengok kiri kanan pun.Kak z cakap mungkin benda tu nak tumpang balik kot.Sebab tu dia mintak saya hantarkan.Sabar je la.
Masa kak z cakap macam ni,baru saya teringat kata-kata Harry malam td.”TEMPAT AKU NAK TAKUT APA??”
Kuajaqqq…!!

Kisah 2
Kisah ni jadi kat kawan saya yang bernama Edi.Edi ni tinggal kat hostel sebab dekat dengan tempat keje,lagipun dia takda kenderaan sendiri. Mostly dia akan jalan kaki kalau pergi kerja n balik saya yang akan hantar.Satu hari tu dia offday. Dia dah bagitau awal nak pinjam motor saya sebab nak jumpe gf dia.So saya ok je la sebab saya boleh je pergi kerja naik kereta.

So hari tu,Edi pun ber’dating’lah dengan gf dia sampai la tengah malam baru dia balik.Pukul 12 tgh malam dia call tanye nak motor sekarang ke esok? Saya kate je esoklah tapi kita org pegi jugak minum sekjap. Dalam pukul 1 lebih, kami pun balik la rumah masing-masing.Kat hostel Edi dok ramai jugak.adalah dalam 5-6 orang sekali foreigner .Edi jenis tak suka tido dalam bilik So dia akan tido kat ruang tamu sekali dengan Hafiz dan Amir.

Waktu Edi balik tu,Hafiz terjaga. Dia bangun sekejap,lepas tu dia tidur balik lepas 5-10 minit,kata si Edi.Esoknya kat restoran waktu saya sampai dengan Edi pukul 12 tengah ari, Hafiz yang keje pagi tu tiba-tiba senyum-senyum kat kite orang. Kami pun senyum je lah balik,tapi senyum hafiz tu macam ada makna.Saya pun tanya hafiz.

Saya: “Dah kenapa kau sengih-sengih ni?”
Hafiz: “Takdelah Rin.Ada orang tu semalam bawak awek dia balik hostel.Tido sama-sama,selimut siap share..!”
Saya terkejut la.Sebab last semalam saya dan Edi pegi minum pastu kami balik.Tak tau pulak Edi siap angkut gf dia balik sekali.
Saya: “Kuang ajar kau Edi!Buat tak senonoh pakai motor aku ea?”Saya tepuk bahu dia.Edi muka dah berubah.Marah pun ye,terkejut pun iye.
Edi:”kau dah knp dohh?Aku balik sorang je.Aku lepak ngn Rin pastu aku balik terus.Mana aku ada bawak sape-sape?Sumpah wallah..!!”
Hafiz:”Alaaaa sudahlah.Aku nampak la..”

Perbualan kami berhenti camtu je sebab Kak Ya dah jeling-jeling.Baru masuk keje dah borak-borak.Hari tu Edi keje macam takda mood.Senyap je.Edi ni dia tak pandai nak marah orang maki-maki semua bukan dia.Selalu dia gelak je.Dia kira macam budak baik sikitlah.

Masa break pukul 5,aku ngan Edi nak makan kat mamak tepi sungai dekat-dekat dengan restoran.Si Hafiz pun dah habis keje,so dia pun nak join.Edi macam tak suka,tapi dia tak cakap apa.Masa tunggu air dengan makanan,saya tegur Edi.

Saya:”laa tak abis lagi tacing mamat ni.Kalau takda takpa lah.Hafiz gurau je la”
Saja saya nak mengusik sebab dua-dua senyap je.
Edi:”eh mana ada.Aku ok je.”
Hafiz:”Sorry la Edi kalau kau terasa.Tapi sumpah aku memang nampak sorang perempuan dengan kau.Masa kau masuk rumah,dia berdiri belakang kau.Masa kau duduk kat tangga nak bukak kasut,dia berdiri depan kau.Lepas tu kau terus baring sebelah aku.Aku nampak dia pun baring sebelah kau.Lepas tu kau mengadap kat dia,aku pun pusing la belah kanan.Takkan aku nak tengok apa kau buat dengan awek kau..”
Edi:” Tapi sumpah Piz!Kau tanya Rin.Aku minum dengan dia malam tadi berdua.Pastu aku terus balik.Aku dah hantar umi(gf edi) balik lama dah.Gila nak bawak anak dara orang balik rumah.Tu stok nak buat bini kot.Takkan aku nak buat macam tu!!!”Keras suara Edi terangkan semua.Nampaklah muka bengang dia tu.

Saya rasa macam benda lain ni ikut dia balik.”kau tak nampak muka ke Piz?Memang umi ke camane?”saya tanya nakkan kepastian.Hafiz kata tak nampak pulak.Sebab lampu dlam rumah dah tutup.cuma lampu kat garaj je yang bukak means lampu depan je r ar ada.Lepas dengar semua cerita dari mereka berdua,saya terus cakap kat hafiz ‘welcome to the club’ sebab dah ada geng yang nampak benda-benda camni.Sudahnya keesokkan hari Edi tak masuk kerja.

Terus balik rumah makcik dia pastu demam pulak.Kesian Edi,itulah dah merayau pegi mana-mana,balik tak mandi tak tukar baju terus tido.Mana tak bende tu melekat sekali.

Benda-benda macam ni bukan boleh duga,kadang-kadang kita tak sangka dia tiba-tiba ada depan mata.Waktu cerita ni ditulis,edi dan hafiz masing-masing dah kahwin pun.Edi dengan gf dia(umi) dah dapat 2 anak pun.Hafiz dah lama tak contact,tak tau dah ada baby ke belum.Beberapa hari ni nak masuk 2 minggu dah saya tak sihat.

So saya jadi silent reader baca kisah2 kat FS. Sangat terkesan dengan cerita Tasnim pasal Syed tu. Banyak2 cerita,rasanya cerita ni yang paling menarik bagi saya.
Oklah semoga cerita kali ni mampu mencuit sedikit rasa seram di hati anda semua.Ada masa,saya share lagi.Assalamulaikum.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rin

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

18 thoughts on “Kisah restoran fastfood (part 3)”

  1. Manjaaaaa lak aaiii benda alah tu ekkk…
    Dh dtg x diundang pastu ngade balik nk kena berhantor plaaakkk…
    X caj tambang plak tu…
    Untooonngggleerrrr…

    Akk pon suke citer #missT…
    Tapi…lame benor nunggu sambungan…

    Reply
  2. Cerita tasneem ngan syed tu yg mana?? Yg aku tau citer “Meh Sandar Pada Aku” la nama watak pelakon tu.. Bnyk dh terlepas cerita best ni… haisshh

    Reply
  3. ehh sy duk kt hulu langat.. pling seram bila nk trun/naik bukit ampang sbb mmg situ berpenunggu.. tpi dh biasa sbb dri baby lgi dduk situ.. and kt langat mmg byak laa seram dia.. heheh

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.