Kisah Seram Memancing di Empangan Semenyih

Kisah seram memancing di Empangan Semenyih

Assalamualaikum pembuka kata diberi..

Kisah ini terjadi sekitar tahun 2017.. Ketika aku memancing bersama beberapa teman di Empangan Semenyih.. Aku bukan la jenis org yg suka mnghabiskan masa di shopping complex, mahu pun di kawasan yg sesak..bagi ku hobi memancing mmpu mmberikn ketenangan yg maksimum..Okay, cukup dgn mukhadimah..

Ini serba sedikit berkenaan Empangan Semenyih. Empangan Semenyih adalah sebuah empangan air di Semenyih, Selangor. Ia dibina berikutan kerajaan Malaysia menjangkakan keperluan penduduk Lembah Kelang semakin bertambah. Selama ini penduduk Lembah Kelang mendapat bekalan air dari Empangan Batu dan Empangan Pangsun, Hulu Langat.Hulu Semenyih telah dipilih sebagai lokasi empangan yang baru kerana lokasinya yang dekat dengan Kuala Lumpur. Empangan Semenyih berdekatan dengan sempadan Negeri Selangor dan Negeri Sembilan.

Penduduk di kawasan di kawasan empangan tidak ramai, cuma penduduk orang Asli Temuan sekitar 120 orang. Sebahagian jalan raya yang ditenggelamkan oleh air masih ada sehingga sekarang ini.Saiz keluasan empangan ini ialah 1,500 ekar. Empangan ini menampung bekalan air 120 juta gelen sehari dan merupakan empangan air yang terbesar di Malaysia. Ia menelan kos sebanyak RM 400 juta dan disiapkan pada tahun 1986. Cukup berkenan latar belakang Empangan Semenyih..

Berbalik kepada cerita seram yg aku lalui di Empangan Semenyih, sudah menjadi kebiasaan aku, bir dan mat (bukan nama sebenar) akan memancing dari tengah hari sampai la ke pagi keesokn nya.. Sudah beberapa kali kami memancing di empangan semenyih, namun tiada kejadian di ingini berlaku.. Namun pada mlm itu, ketika bir dan mat tido di bawah khemah yg tak mcm khemah langsung.Hanya sehelai kanvas direntangkn antara dua biji motorsikal dan tikar di buat alas tido sudah cukup untuk kami meneruskan aktiviti memancing..

Sekitar pukul 2 pagi, aku amik shift berjaga smbil mmncing, seusai aku melontar umpan ke air..aku nmpk seorang perempuan berpakaian traditional seperti org dulu2 melambai2 dr tgh empangan.. Aku pun terpaku dan mcm terpukau dek cahaya keliling tubuh badan nya.. Tapi aku masih waras, tanpa bfikir pnjng aku pun ubah posisi ke sebelah kiri untuk meneruskn aktiviti pemancingan.. Allah! Perempuan yg berada di tgh2 empngn td tiba2 ada kt gigi air tebing sblh kiri..

Tp kali ni pnuh dgn kejutan… Jeng jeng jeng… Sekali dia angkat geng la.. Dalam tujuh orang mcm tu.. Berpakaian traditional, sejurus itu juga aku dgr mcm ada lagu org dlu2 berkumandang.. Fikir logik, pkul 2 pg.. Sape la plk nk psg lagu kat situ.. Xsemena2 bulu roma aku menegak dan tanpa menunggu lagi, aku pacak joran di pancang lalu tidur bersama bir dan mat.. Fuhhhh bederau rasa..nasib baik bila sedar dh subuh.. Tiada gngguan lagi selepas itu.. Itu la pnglmn seram pertama aku di empangan semenyih..

Kisah seram kedua, hnya selingan.. Sekitar thn 2017 jgk.. Aku dan bir dikejutkn lembaga hitam, duduk snyap di atas batu.. Pnmpkn seakan2 perempuan brmbut pnjng mngurai.. Mngkin jgk cik ponti.. Tapi kami brnasib baik, dia hnya duduk tnpa mnngngu kami..

Ok.. Setakat ini sahaja cerita seram xberapa seram.. Hihi usah biar hidup anda diselubungi misteri.. Akhir kata, maju la sukan memancing untuk Malaysia! Hobi Memancing xsalah lngsung! ” hihi

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 1.8]
Yuz

10 thoughts on “Kisah Seram Memancing di Empangan Semenyih”

  1. Aku percaye sbb aku pun pernah mancing situ sekitar 2011 dan benda yang sama jugak aku nampak.. cik ponti belakang aku dan kawan aku nampak lembaga hitam.. betul mereka hanya nmpkkan diri dan tidak kacau kami pun masa tu..

    Reply
  2. Masa tu mancing dekat belah mana bang ? Saya kerja polis bantuan kt dem tu. yg batu tu dekat belah mana eh ? Yg permpuan satu geng tu memang ada yg pernah jumpa. Kitorang pb ni sampai dh tak larat dah, sampai tahap “lantak kau lah” tp selagi boleh elak kita boleh elak

    Reply
  3. Bang, tadi kira kira jam 2 pagi 15november2021 saya satu family dari bukit ampang lalu jalan empangan semenyih. Masuk je kawasan situ memang rasa seram sejuk lepastu tetiba adik perempuan saya ketawa menangis lepastu dia cakap “kenapa lalu sini” satu family bang meremang bulu roma. Sepanjang jalan tu dia menangis je 😭 nak pusing balik dah jauh ke tengah2 nak taknak kena terus jugak sampai masuk highway. Lepastu berhenti dkat bhp nak check kondisi adik saya macam mana, saya tanya nak cuci muka tak? Dia jawab “nak menari boleh?” Makin remang bang bulu sampai ke rumah tak habis remang bila ingat balik😭. Serik dah taknak lalu situ lagi malam malam 😭

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.