Kisah Seramku Sekitar Tahun 90an

Ceramtot 1 (Cerita Seram Kontot)

Nama aku Jai. Cerita pengalaman zaman hingus aku. Sekitar tahun 90 an. Balik kampung umah Wan kat Kedah. Standard umah Wan memang takde jamban. Apa takde jamban? Camne nak berak?. Kalau hari siang memang umah Mak Ndak akan kami tuju kalau nak buang hajat besar. Tapi malam hari. Tobat la nak lalu kawasan kebun getah malam². Satu malam, perut aku memulas yg meronta-ronta utk dilepaskan hajat. Takde tempat lain aku terus ajukan pd mak.

“Mak nak berak.”
“Berak besok la, tahan sikit.”
“Dah tak tahan mak.”
“Pulas & pintal baju tekan kat perut yang sakit tu.”
Aku pun pulas & pintal baju tekan pada perut seperti yang diarahkan mak. Dengan izinNya mujarab. Tak lama tu dtg balik sakit perut tu. Mmg dah nak terkeluar sgt ni. Aku apa lagi.
“Mak² taik dah nak terkeluar.”
Mak apa lagi bingkas bangun capai lampu gasolin turun ke bawah. Mak mencari sesuatu iaitu cangkul. Mak cangkul tanah dekat bawah pokok rambutan.
“Dah pergi berak.”
Aju mak. Tengah menunaikan hajat tu. Mata aku melilau pandang sekeliling yg gelap. Tetiba ternampak kelibat api bergerak. Aku terus cakap.
“Mak ada api bergerak.”
Mak aku terus cakap.
“Mulut diam. Cepat.”
Selesai hajat, tanah dikambus semula, cuci kat perigi. Naik atas umah semula. Terdengar perbualan mak dengan abah.
“Abg tadi ada bebola api kat tengah bendang”.
“Penanggal tuh!”
Apa tuh?? Tido la..

Ceramtot 2 (Cerita Seram Kontot)

Nama aku Jai. Cerita pengalaman zaman hingus aku. Sekitar tahun 90 an. Aku tinggal kat berek polis Seremban. Aktiviti harian malam lepas maghrib kena mengaji. Tempat mengaji kat berek lain. Nak sampai kat blok berek mengaji tu kena lalu 2 pokok besar kiri kanan. Tepi jalan besar ada padang semak samun.

Tapi selalunya aku pergi ngam² lepas solat maghrib supaya dpt balik awal sebelum pukul 10 malam. Bukan apa. Tak sanggup nak hadap 2 pokok besar dan padang semak samun. Tu belum kira kalau ada anjing. Meskipun aku belum pernah nampak apa² kat pokok tu sepanjang 2 tahun mengaji. Tapi disebabkan pokok tu dimomokkan dengan cerita² kononnya ada cik Pon.

Satu hari aku & kakakku kelewatan. Kami pergi mengaji pukul 8. Sepanjang tunggu turn mengaji, mata tak abis² melilau tengok jam. Janganlah balik pukul 10. Alah ustazah ni selalu 3 muka surat, hari ni 4 muka surat. Aku & kakak aku dah jadi mula gelisah. Dengan harapan adalah kawan² jiran kami yg sudi tunggu untuk balik sama². Untuk pengetahuan, kat berek kami ada sekitar 6 orang yang mengaji kat rumah ustazah ni. Kesudahannya pukul 10 lebih selesai dan bermaksud tiba masa balik. Kurang asam, takde siapa yang menunggu.

Kesudahannya, hanya kami berdua. Aku pegang tangan kakak aku masa jalan. Setibanya kat pokok tu, perkara yang tak ku duga. Ia kenyataan. Kain putih melambai². Nak nangis. Dah takde masa. Apa lagi. Memang seribu langkah lari. Dengan mulut dan otak masa tu dah tak bergabung mana nak ingat baca ayat suci ke nak menjerit ke. Ya Allah.. memang laju kami lari ketakutan, menjerit dan menangis. Sampai je pintu rumah, melalak kami dua beradik. Mak tanya “eh kenapa nih”.

“Hantu kat pokok besar”.
“Dah² diam, jgn nangis, minum air nih”. Mak bagi aku & kakak minum air yang mak baca ayat Al-Quran. Adik² aku yang lain melopong tengok kami.
“Kak nape? Kak nape?”.
“Mak esok tak nak ngaji, nak berhenti.”
“Ye lah.. Ye lah.”

Keesokan petang harinya, aku & kakak main basikal ronda-ronda berek. Setibanya kami lalu kat pokok besar tu. Kurang asam. Siapa lah pedajal kami. Plastik beras diikat kat dahan pokok tu. Aku & kakak ketawa mengenangkan peristiwa kami lari lintang-pukang. Namun kami tetap dah tak mengaji kat berek tu lagi.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 5]
Jai

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.