Aku Man(nama sebenar atau tak, bukannya korang tau pon). Ketika itu sewaktu-waktu dahulu, penuh nyata senyata-nyatanya, aku berumur lebih kurang 6-7 thn. Waktu tu dh pukol 10-11 pm lebih kurang, aku berseorangan masih berada diluar rumah(tk ingat apa psl aku kat luar tu). Aku langsung tak takut berada diluar rumah berseorangan kerana rumah kami merupakan ‘barrack’ polis. So, jiran2 pun ramai dan keluarga aku berada dalam rumah tengok tv agaknye. Dalam aku asyik bermain2 diluar rumah tu, aku merenung kelangit utk mengira bintang2 yg bersinar menghiasi malam tu(biasa lah budak2 kan). Ketika asyik mengira jumlah bintang2 yang berkerlipan gemerlapan, aku menoleh kekiri lalu terpandang bulan yang menyinari malam tanpa busana awan menutupi keseluruhan tubuhnya. Tak sangka malam tu bulan penuh. Wah! Dengan hanya bertabirkan asap jerebu, warnanya agak kekuningan malam tu. Aku masih ingat lagi ‘vividly’…
Kemudian aku menoleh kekanan untuk menyambung semula kiraan bintang seolah2 seorang ahli falak kecil yang bengang. “Aiikkk!” Aku terkejut bagaikan sekor beruk yang mendapat hadiah pertama magnum4d apabila aku melihat sebiji lagi bulan yang penuh tanpa busana mempamerkan tubuhnya yang bercahaya menyinari malam tu. Aku perhatikan secara ‘zoom’ 16x, bulan sebelah kanan ni betul2 seperti bulan yang kita lihat setiap malam ia mengambang penuh, putih dan bertompok2 hitam (macam muka salah sorang kawan aku tu). Aku menoleh kembali kekiri. Baru aku menyedari bulan sebelah kiri ni, selain warnanya kekuningan tanpa tompok2 hitam, ianya juga tidak bersinar cuma cahaya je(tak tau cane nak explain)…
Dalam aku kebingungan memikirkan macammana boleh ada dua biji bulan mengambang ni, tiba2 bulan kuning tu jatuh kebawah perlahan2. Aku mula panik dan berteriak memanggil kedua ibubapaku menggunakan suara Mamat Exist sebelum suaranya pecah tu…
“Duhai bonda, duhai ayahanda, dengarlah rayuan anakanda, bulan gugur, KIAMAT, KIAMAT…”
Begitulah seruanku, begitu nyaring hingga mengejutkan jiran2 yang lain. Memang ramailah yang keluar rumah, jiran2 taulan dan keluarga handaiku. Riuh rendah jadinya seolah2 berok yang mendapat ‘first prize’ magnum4d td sedang mengadakan doa kesyukuran pula. Ramai juga mula menuding2 jari kat bulan yang jatuh keriba tu(macam rombongan melihat anak bulan Zulkarnain pula die)…
Aku pula dengan muka yang penuh bangga kerana menjadi orang pertama menemui fenomena ini, cuba menerangkan secara saintifik mengenai pengiraanku pada bintang2 yang bertaburan dilangit gelap tu tapi tak dihiraukan langsung. Kerana tak ada respond, aku mula berkempen pada keluarga dan jiran2ku untuk mendapat undian popular. Dalam masa berkempen tu, aku melihat beberapa lelaki dewasa beredar menggunakan kenderaan pilihan mereka(motor dan kereta) sambil membawa jala masing2 menuju kekawasan jatuhnya bulan tadi. FYI tempat jatuhnya bukan keriba tapi dikawasan hutan belukar. Ok, aku semakin hairan bin ajaib…
Apabila keadaan semakin reda, bondaku pun memanggilku masuk kedalam rumah. Ayahandaku dengan segara memegang tangan kecilku lalu mengiringku masuk kerumah. Sambil berjalan berpegangan tangan(I missed it very much), aku bertanya pada ayahandaku mengenai perkara yang baru berlaku tu. Dengan tersenyum ayahandaku menjawab bahawa bulan kuning tu sebenarnya adalah ‘mata’ ataupun lampu suloh hantu galah(hantu tinggi) yang sedang mencari makan disungai2 yang berada dihutan tu. Kebiasaannya selepas ‘dia’ makan, akan terdapat banyak ikan2 yang berada disungai itu. Oleh sebab itu, banyak lah org yang akan pergi ketempat tu untuk mendapatkan hasil tangkapan yang lumayan.
“Oooo..” Itulah ungkapan yang hanya dapat ku keluarkan selepas mendengar penjelasan darinya, kerana aku belum berapa faham sangat dalam hal2 ghaib ni. Kadang2 persoalan saintifik hanya bisa dijawab secara mistik kan?
Begitulah pengalaman PERTAMAku bertemu makhluk2 ghaib ni. In Shaa Allah, kalau aku tak malas, aku omongkan lagi pengalaman2 mistik yg lain termasuk pengalaman kawan2, sedaramara, gf dan yang lain2nya.
Arigato Gomabsuebnida!
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
ape la kau merepek ni…..dari aku ade mood smpai aku skip terus…x yah la nk buat lawak ntah pape dlm bercerita..kalau face to face ok la….ni annoyed giler bila baca
tau tak pe.. aku pun bosan baca sangat mengarutttt
kau isap gam ke hawau
nyampah giler, nk buat lawak x jd. annoying giler
tak payah lah sambung….. klu gini lah gaya bercerita, meluat nak membacenyeee
best citer ko.. sambung je wei.. siyes, best..
hehe
bodoh siak baca ceriTA ntah ape2 kau ni, kalau xtahu buat cerita xyah buat … vongok nye engko cerita kanak2 sekolah rendah pun x sebodoh cerita ni ..