Kisah Sungai

Hai semua. Thank you admin menyiarkan kisahku ini. Aku rasa terpanggil untuk menceritakan kisahku selepas membaca kisah island hopping baru-baru ini…

Namaku Aida dan kisah ini berlaku beberapa tahun lepas sewaktu aku berusia 32 tahun. Kisah ini berlaku sewaktu aku dan kawan-kawan aku Nana, Fatin dan Suhana keluar untuk hangout bersama, girl’s day out kata orang putih. Memandangkan pada ketika itu kami masing-masing sudah pun mempunyai seorang anak yang berusia dalam 4-5 tahun, jadi kami decided untuk membawa anak kami bersama semasa activity hangout ini.

Aktiviti kami pada waktu itu adalah bermandi-manda disebatang sungai. Kami bercadang untuk berpiknik bersama-sama untuk mengeratkan lagi bonding anak-anak kami supaya mereka semua juga menjadi kawan baik seperti kami. Segala persiapan telah kami disiapkan dan kami kesana dengan menaiki MPV milik Suhana. Beliau mengambil kami semua, dan lebih kurang jam 11am, kami pun tiba di lokasi sungai tersebut. Kami memilih spot yang agak terpencil untuk privacy. Kami semua bermandi-manda hingga ke petang.

Pada jam lebih kurang 5pm, kami pun bersiap2 untuk keringkan diri untuk pulang. Selepas kami semua sudah bersedia untuk mengangkut barang-barang kami ke kereta, tiba anak lelaki Suhana, menyatakan yang dia ingin membuang air kecil, budak-budak, biasalah bila seorang nak terkencing, yang lain pun nak ikut sama. Memandangkan toilet agak jauh dari dari tempat kami dan kawasan kami pun agak terpencil, kami membenarkan sahaja anak-anak kami untuk kencing berdiri dikawasan semak berhampiran daripada mereka semua terkencing didalam seluar. Nasib baik juga anak-anak kami semuanya lelaki. Mudah la sikit. Boleh goyang-goyang je lepas pancut kencing itu. Selepas selesai, kami pun kembali ke kereta untuk pulang ke rumah.

Apabila tiba waktu malam, kami mendapat whatsapp dari Suhana, menyatakan anaknya seperti dirasuk, dan tengah menunggu perawat islam untuk tiba dirumahnya. Suhana memberitahu anaknya sentiasa menjerit “bersihkan semula” “bersihkan semula” berulang kali. Pada awalnya kami semua tidak menyangka hal ini ada kaitan dengan insiden kencing anak-anak kami petang tadi. Namun, setelah ustaz yang datang merawat tu memberitahu Suhana, dan Suhana memberitahu kami, baru la kami teringat akan peristiwa petang itu. Ustaz itu meminta kami semua untuk ke lokasi kejadian dan menjirus air dikawasan tersebut.

Esoknya kami semua ke lokasi kejadian bersama suami masing-masing dan menjirus air dikawasan yang anak kami kencing itu sebagaimana yang disuruh ustaz. Selepas semuanya selesai kami ke rumah Suhana bersama ustaz tersebut dan beliau menceritakan, bahawa pancutan kencing anak Suhana telah terkena sesuatu. Sebab itu anaknya sahaja yang meracau. Ustaz itu juga ada bertanya secara indirectly kepada kami samaada kami semua solat atau tidak semasa disana, kami menunduk muka dan menggelengkan kepala. Bukan kerana kami period, tetapi kebiasaan kami apabila keluar bersama-sama mmg jarang lah kami bersolat. Mungkin kerana makeup, terbiasa dan sebagainya. Ustaz memberitahu ini juga antara salah satu factornya. Benda tu melihat kami terlalu berseronok sehingga meninggalkan solat zohor pada waktu kejadian. Kami semua mendengar penjelasan ustaz dengan fokus.

Selepas daripada kejadian itu, kami sentiasa menyediakan air just in case perlu untuk anak-anak kami kencing ditempat terbuka. Kalau dahulu, selepas kencing ditempat terbuka, kami hanya menyuruh anak-anak meninggalkan kawasan kencing selepas mereka menggoyang dan memasukkan kembali kedalam seluar, kini, kami akan pastikan mereka menjirus tanah atau rumput mereka pancut itu selepas mereka menggoyang dan menyimpan didalam seluar. Tiada lagi istilah pancut, goyang dan pergi seperti kebiasaan lelaki buat.

Untuk hal berkaitan solat pula, kami masih lagi berusaha untuk menjaga solat apabila kami keluar bersama. Walaupun masih lg kami tinggalkan solat sewaktu keluar bersama, tp kami sentiasa berdoa semoga dipermudahkan hasrat kami untuk menjaga solat apabila berada diluar.

Sekian.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Aida

2 thoughts on “Kisah Sungai”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.