KISAH TERAKHIR

Ingin aku bagitahu, cerita aku terlalu banyak untuk difahamkan sebab berkait, malah karangan aku terllau panjang, aku mohon maaf jika cerita ini tidak mencapai tahap kepuasan pembaca.

Bermula kembali episod yang mengerikan dalam hidup aku, last cerita aku hantar di sini (MENGURUT) https://fiksyenshasha.com/mengurut/ tentang aku akan berubat tetapi mengambil masa kerana kekangan wang. Sebenarnya, sehingga hari ini aku masih belum berubat kerana kekangan yang tidak dapat dielakkan.

Namun, mimpi-mimpi yang aku ceritakan dalam episod yang lepas tidak lagi muncul. Aku gembira dengan khabar itu, tidak perlu lagi membuka lampu ketika hendak tidur apabila giliran suami aku kerja pada waktu malam.

Tetapi, beberapa minggu yang sudah aku didatangi mimpi dengan ular-ular yang ingin mematukku namun tidak berjaya dan aku membiarkan mimpi itu begitu sahaja. Pada malam hari sebelum aku bermimpi tentang coklat, aku sudah bersedia untuk masuk tidur. Dengan sedikit cahaya lampu dari ruang tamu dan juga cahaya dari luar, aku menikmati malam itu berkeseorangan namun aku belum mengantuk. Aku melayari youtube, lampu bilik aku tutup kerana aku sudah selesa berbulan-bulan tidak diganggu.

Sedang ralit melihat video dari youtube, tiba-tiba ada bunyi barang jatuh di tepi dinding dalam bilik aku sendiri. Aku terus turun katil dan membuka lampu untuk melihat apakah yang terjatuh tadi. Tiada apa yang kelihatan dan aku masih kekal dengan fikiran yang positif, lalu meneruskan menonton youtube. Tidak sampai 5 minit, aku tekan button “home” dan terus berselubung. Lampu aku biarkan terbuka untuk menemani aku waktu itu kerana aku rasa aku diperhatikan.
Malam selepas terdengar bunyi barang jatuh di dalam bilik, giliran suamiku kerja malam, aku berkeseorangan dan mimpi datang lagi. Dalam mimpi, aku di dalam satu suasana yang gembira, aku sedang memegang bakul yang isi dalamnya adalah coklat. Aku terlalu gembira sehingga sesiapa sahaja yang memberiku coklat, aku menerimanya, aku menyambutnya dengan tanganku sendiri dan memasukkannya ke dalam bakul.

Tepat pukul 4, aku terjaga dari tidur lantas memikirkan kembali, siapakah gerangan lelaki yang memberiku coklat kerana aku kenal lelaki itu. Malangnya, aku tidak dapat mengecam siapakah lelaki itu disebalik kesibukan orang yang lalu lalang di depan mata. Pagi itu aku menghantar mesej kepada kawan sekerjaku yang pandai berubat dan menceritakan perihal itu, katanya “elok kau pergi Darul Syifa’, aku tidak dapat membantu”. Aku hubungi paksu dan menceritakan hal ini supaya dia dapat membantuku menyelesaikan masalah yang berlegar di dalam kepala.

“Paksu tolong tanya ustaz tu boleh tak, pasal mimpi ni?”. “Nanti paksu minta ustaz scan” kata paksu padaku.Mesej dari paksu belum aku terima tapi mimpi sudah berganda kalinya.

Keesokkan hari, aku bermimpi lagi. Dalam mimpi, aku sedang tidur seperti biasa, tiba-tiba tingkap bilik diketuk dan aku terjaga. Alangkah terkejutnya aku apabila seekor kucing datang menerkam dan aku terus memegang badannya lalu aku humbankan ke luar tingkap. Dan sekali lagi, tingkap sebelah terbuka dan kucing yang lain datang. Aku membaca sesuatu yang aku sendiri tidak ingat tetapi kelibat kucing itu hilang. Aku terbangun dari mimpi dengan peluh-peluh di seluruh badan dek kerana kepanasan.

Aku menjadi murung dan senyap disebabkan mimpi-mimpi yang aku alami. Pernah sekali tu, aku buka laptop, menonton movie dan tangggggg, aku terdengar bunyi penutup jamban ditutup. Aku mendiamkan diri dan cuba teliti bunyi tadi. Itu bunyi penutup jamban, ya memang itu bunyi dari penutup jamban. Tapi, aku sudah tutup tadi. Aku tutup laptop langsung terus masuk bilik dan cuba untuk tidur.

Jumaat, hari yang indah bagiku dapat berehat selepas balik dari bekerja. 11.00 malam, aku masih menonton movie dengan harapan aku tidak akan tertidur sehingga suamiku pulang pada keesokan hari. Tapi, mata tidak dapat menahan dan pukul 2.45 aku masuk tidur. Otak mengingatkan aku, “jangan tidur, kau akan bermimpi lagi, kuatkan mata kau”. Aku membaca ayat kursi, Bismillah dan 3 Qul. Alhamdulillah, malam itu aku tidak bermimpi.

Esok hari, aku bangun dengan wajah yang ceria kerana aku tidak bermimpi buruk seperti hari-hari yang sudah. Aku bersyukur dan dalam hati aku menyatakan syukurku “Alhamdulillah malam tadi tak mimpi”. Aku menjalani hari sabtu seperti biasa, pukul 1.30 tengahari aku sampai ke lokasi majlis perkahwinan kawan sekerjaku. Balik dari kenduri, mungkin disebabkan kepanasan tengahari yang terik tadi aku tertidur bersama suamiku.

Bodohnya aku kerana minda dikawal oleh syaitan. Kali ini, aku bermimpi di siang hari.

Situasinya, aku seolah-olah berada di sekolah menengah aku yang dulu. Sekolah aku ada 3 tingkat sebiji macam dalam mimpi. Pada waktu itu, kelas-kelas di sepanjang koridor menempatkan 4 pasangan dalam satu bilik. Kebetulan, sedang aku mahu tidur dengan suamiku, datang seorang perempuan menegur suamiku dan mereka berbual tetapi dari cara mereka, seolah-olah perempuan itu mahu memikat suami aku dan aku menjadi terlalu marah ketika itu. Aku menjadi cemburu dengan sikap mereka berdua kerana berbual-bual di hadapan aku.

Aku menjadi marah dan mengambil keputusan untuk keluar dari bilik itu. Pergilah kemana sahaja asalkan lari dari mereka. Suamiku terkejut dengan kelakuan aku yang tiba-tiba meluru keluar tanpa bicara. Baru sahaja aku keluar dari bilik itu, kelihatan seorang perempuan yang berpakaian berwarna merah, dengan rambut yang panjang mengurai cuba mengejar aku.

Aku berlari sekuat hati dan aku menjerit kerana terlalu takut. Suamiku pelik dan turut mengejar aku bersama-sama lelaki yang lain. Di koridor itu, ada beberapa perempuan yang cuba melawan dengan benda itu dan meminta aku masuk ke dalam bilik yang selamat tetapi aku tidak menghiraukan mereka. Ketika sampai ke hujung koridor, aku melihat maktih aku di bilik yang hujung dan aku bertanya kepadanya, “kenapa maktih disini?”. “Rumah maktih kan tingkat 2 ni” – Maktih

Aku berlari turun tangga, tetapi tangga itu bukan tangga batu. Tangga itu tangga besi yang sudah mereput besinya. Maktih menunjukkan aku rumahnya di tingkat 2. Benda itu kembali mengejar aku, aku lari ke tingkat atas semula dan ustaz menyuruh aku masuk ke dalam bilik yang dia tunjukkan. Aku menunggu di dalam bilik itu. Terdapat 3 almari di tepi-tepi dinding, pelik. Bilik aku yang tadi tiada almari begitu.

Selepas aku masuk ke dalam bilik itu, benda itu ghaib. Hilang begitu saja bersama lelaki-lelaki yang membantu aku. Begitu juga dengan suamiku hilang di kala benda itu diusir oleh ustaz tadi. Ustaz menyuruhku bersabar dan dia akan membawa mereka ke alam nyata semula.

Alhamdulillah mereka semua kembali, tetapi satu yang pelik. Suamiku tiada dikalangan mereka. Aku sudah menangis sakan, kedengaran suara budak lelaki sedang menangis sambil berjalan keluar dari bilik air dan menyatakan suamiku di dalam bilik air.

Suamiku keluar dari situ tetapi kelakuan dia macam pelik. Dia dirasuk oleh benda yang mengejar aku dan ingin dibawa ke alam ghaib. Ustaz terus mengubatkan suami aku dan dia terus tersedar. Dia masuk ke dalam bilik dan bertemu dengan aku, terus meminta maaf di atas sikap dia yang membuatkan aku cemburu. Dan aku terjaga.

Aku bertemu dengan pakngah, abang kepada maksu aku yang dikatakan boleh membantu aku dan suami. Pakngah datang ke rumah dan memeriksa keadaan rumah, “tiada apa-apa” kata pakngah. Bagi aku, mana mungkin tiada apa-apa sedangkan aku dan suami duduk di rumah terasa seram sejuknya jika bersendirian. Pakngah menyuarakan pendapat bahawa, “setelah kau bertemu dengan tukang urut itu dan dikatakan olehnya dibadanmu ada sesuatu, minda kau telah set yang kau terkena gangguan” kau kena positif. Kata pakngah setelah melihat air muka aku yang berubah.

Aku masih duduk di rumah itu sementara mencari rumah lain. Jika suami aku bekerja malam, aku tidur di rumah paksu maksu bagi mengelakkan benda-benda yang lain terjadi. Dan apabila suami aku bekerja siang, aku akan tidur di rumah seperti biasa kerana suami aku ada menemani waktu malam. Hampir sebulan selepas itu, kami mendapat rumah baru dengan pertolongan paksu aku di tempat yang sama cuma tingkat yang berbeza iaitu tingkat 10. Tetapi rumah itu sedang diperbaiki mana rosaknya mana bocornya dan itu membuatkan kami tertunggu-tunggu untuk berpindah.

Minggu yang sudah berlalu, aku sepatutnya datang bulan pada bulan itu tetapi tidak juga datang-datang. Aku check di klinik berdekatan, Alhamdulillah rupanya ketika itu aku sedang mengandung 6 minggu. Berteriak aku pada suami kerana terlalu gembira dengan khabar itu. Tapi, tidak lama selepas itu aku mula risau dengan kandungan aku dan gangguan yang bakal menimpa. Lama tak lama jugak, kebetulan dalam 2 3 biji rumah, ada satu pasangan mahu berpindah dan aku terus menelefon tuan rumah untuk bertanyakan rumah itu. Nak dikatakan rezeki baby, aku dapat di tingkat bawah jadi tidak perlu naik lif ke tingkat 10.

Aku masuk rumah baru, seperti biasa rumah baru diazankan dibacakan Al-Quran cuma kami tidak buat kenduri sahaja. Aku masuk rumah baru itu pun adik-adik aku datang tolong memandangkan aku tidak boleh membantu apa-apa dengan kandungan yang masih baru. Sebelum aku berpindah ke rumah baru, aku bermimpi sedang duduk di tangga di rumah mak abah, tiba-tiba ada seekor ular berwarna kuning datang. Di tangan aku secara tiba-tiba ada sebatang besi kelihatan seperti lembing lalu aku b***h ular itu. Tidak lama kemudian, datang lagi berekor-ekor ular dan aku b***h mereka. Tidak semena-mena, datang seorang perempuan duduk di sisi aku dan turut tolong m******h ular-ular tersebut. Mulutnya sentiasa berkumat- kamit surah Al-Kafirun dan aku membaca surah itu sekali.

Mimpi aku bertukar lokasi, aku berada di rumah tok tokwan dan dikelilingi saudara-mara. Tokwan aku datang dan berkata, “hang pasaipa,awat jadi laguni?” Aku mahu mulakan cerita bagaimana ular-ular itu datang tetapi masa itu juga ada seorang lelaki yang pantulkan mukanya di depan aku (depan aku ada cermin kecil). Langusung aku menjerit, “ada lelaki ada lelaki”. Semua cuba untuk menenangkan aku dan aku mulakan lagi sekali cerita aku dan kali ini, muncul seorang wanita bermuka cina putih seputihnya dan tegak memandang aku. Aku menjerit pula “ada perempuan dalam cermin”. Tokwan aku marah sungguh dengan kejadian yang berlaku dan bertempik, “mana hang, hang keluaq skrg aku nak jumpa”.

Tup, aku terjaga dari mimpi dan terdiam. Aku tidak berani untuk mengeluarkan muka dan berharap supaya azan Subuh akan berkumandang. Allah Maha Penyayang , dikabulkan doa aku ketika itu juga. Terus aku bangun mandi dan solat terus pergi kerja. Aku ceritakan pada suami tetapi demi menjaga hati aku, dia suruh aku banyakkan berfikiran positif dan dia akan cuba inisiatif lain.

2 hari selepas mimpi ular, aku berpindah ke rumah baru yang aku ceritakan di perenggan atas tadi. Malam itu, suami aku kerja malam dan aku tidur bertiga dengan adik-adik di ruang tamu.

Aku bermimpi lagi, kali ini aku di rumah NENEK iaitu mak kepada ABAH aku yang baru sahaja meninggal seminggu yang lalu. Aku mimpi aku di satu sudut, dibelakang aku ada pintu dan di depan aku ada katil bujang yang menempatkan TOK aku iaitu mak kepada MAK aku. Dalam mimpi itu, aku berada di sebelah kiri abah dan adik (Aina) paling kecil berada di sebelah kanan abah. Di penjuru kanan, mak aku dan makcik aku berdiri. Di kiri aku, saudara-mara yang tidak terlalu ramai turut hadir memenuhkan tempat.

Abah aku memegang satu beg garam dan membacakan ayat suci Al-Quran lalu dibalingnya ke TOK aku yang sedang terbaring, Wallahi waktu ini aku tidak tahu nak cakap, sama ada TOK aku sudah meninggal, kena rasuk atau sedang tidur sebab situasi waktu itu TOK aku sudah tutup mata.

TOK aku tiba-tiba bangun dengan menjadi perempuan muda dan berkata, “siapa yang kejutkan aku ni? Ha engkau yang kejutkan aku. Hahaha ada budak kecil” ketika itu TOK aku memandang Aina lalu mak aku terus menjerit, ambil adik tu. Aku terus merentap tangan Aina dan peluk dia. TOK beralih mata terus ke aku. TOK kata, “ha yang dalam perut ni lagi aku minat (kan aku kata aku sedang mengandung). TOK terus memegang kedua-dua tangan aku dan aku sedaya-upaya membaca ayatul Kursi dan Bismillahillazi. Aku tolak TOK aku ke katil itu dan dia terus menutup mata.

Aku tak tahu nak gambarkan, tapi dalam situasi aku tadi, jika TOK aku membuka mata selama 3 kali dia akan terus hidup. Itu gambaran yang aku dapat pada waktu itu. Aku keliru apa yang aku buat, aku sedang tarik TOK aku dan badannya terkeluar sedikit dari katil itu. Terus dia membuka mata dan aku letak kembali badannya supaya tidak terkeluar dan TOK menutup mata lagi sekali.

Kali ketiga, aku menolak TOK aku dan semua orang terteriak, “JANGAN!!!!!!!”. Aku diam kerana pada kali ini, TOK aku benar-benar hidup. Aku hanya nampak pada waktu itu pakcik aku duduk di belakang TOK dan bersandar dan di atas TOK ada baby yang aku tidak kenali siapa baby itu. Waktu kemuncak itu, abah membaca ayat Al-Quran dan membaling garam ke arah TOK. TOK lemah dan tidak lama selepas itu, TOK menutup mata selama-lamanya. Pakcik mengangkat baby itu lalu pergi. Aku membuka mata dan ketika itu, nafas aku tercungap-cungap berdebar-debar seperti kejadian itu betul-betul terjadi. Suami aku call pakngah dan pakngah hanya menyuruh kami mengamalkan Bismillahhillazi itu.

Pagi itu, aku meluahkan pada suami aku, “yang, saya rasa rumah yang kita duduk semua tidak bermasalah, saya rasa saya yang bermasalah, diri saya yang bermasalah, saya rasa cukup bulan ni kita pergi berubat terus sayang”. Aku bukan takut dengan gangguan itu, aku takut kerana anak yang aku kandungkan. Insya allah aku akan berubat tidak lama lagi.

Oh, lupa aku nak bagitahu satu cerita.

“Assalammualaikum wbt semua,
Hari ini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya yang mungkin sesetengah ibu telah merasai apa yang saya lalui ini. Pada 26 Julai 2018, pagi Ahad yang indah dan sejuk membuatkan saya berlari-lari masuk ke bilik air. Tergerak di hati ingin membuat pemeriksaan UPT (urine pregnancy test) kerana sudah hampir 10 hari saya tidak datang bulan. Pada kiraan saya, mungkin ini normal kerana bulan lepas saya terlewat 4 hari dan saya menunggu sehingga datang bulan. Tetap tidak kunjung tiba dan sehari selepas itu, saya datang bulan.

Perkiraan saya, bulan ini begitu juga. Tetapi, apabila saya memerika dengan UPT alangkah terkejutnya apabila terdapat 2 garisan merah yang pekat. Ternyata saya mengandung walaupun tiada tanda-tanda saya mengandung. Terus memanggil suami dan suami terus sujud syukur di atas kebesaran Allah swt. Keesokkan harinya, saya memeriksa di klinik panel syarikat dan ternyata itu memang suatu kebenaran iaitu SAYA MENGANDUNG, baby berusia 6 minggu bersamaan 1 bulan lebih.

Segala kerja yang berat tidak lagi dibenarkan oleh suami, tiada lagi dibuat kerja selain suami saya yang lakukan semua dek kerana sayangnya pada anak yang baru 6 minggu di dalam perut. saya menaiki bas dan lrt ke tempat kerja, berjalan juga tidaklah terlalu jauh, hanya rutin jalan biasa. Tidak lagi aktif berzumba di syarikat dan segala yang melibatkan fizikal, saya tidak terlibat.

Saya dan suami memberitahu kepada ahli keluarga dan kawan yang terapat sekali. Hanya yang terapat sahaja kerana tidak mahu mereka terasa jika tidak diberitahu. Minggu seterusnya, kami pergi ke klinik ibu dan anak untuk membuat temu janji dan diminta datang semula pada 4 Oktober 2018. Sementara menunggu saat itu, kami diminta untuk menyediakan sekali scan baby, sijil kahwin dan bil rumah untuk mereka detect di mana kediaman kami nanti, senang untuk saya lepas bersalin nanti.

Baby sudah pun masuk minggu ke 7 bermakna baby sudah berusia 2 bulan.
Pada 14 September 2018, balik dari kerja saya terus ke bilik air dan mendapati d***h mengalir dengan banyak di seluar saya. Tanpa buang masa, saya hubungi suami dan dia bergegas pulang lalu terus ke klinik berhampiran. Doctor memberitahu, “kantung ada tetapi baby tiada, saya cadangkan untuk awak refer ke mana-mana hospital” dan saya pergi ke HUKM kerana itu sahaja hospital yang paling dekat dengan rumah saya.

Kata doctor, “kami sudah memeriksa kandungan awak dan kantung masih di atas bermakna baby masih ada, tetapi jika terdapat sebarang benda putih atau apa sahaja ketulan yang pelik keluar di seluar awak, datang semula ke sini”. Saya balik ke rumah dan malam sabtu itu, mak dan abah saya datang ke rumah sekaligus ingin membeli kain untuk perkahwinan adik saya yang akan berlangsung tidak lama lagi.

16 September 2018, sebelum subuh saya telah sakit di bahagian bawah perut dan menganggap itu disebabkan oleh d***h yang mengalir. Saya pergi ke tandas untuk membuang air dan solat subuh. Selepas solat saya cuba untuk tidur kembali tetapi tidak dapat melelapkan mata kerana bahagian bawah perut saya semakin sakit. Sakitnya 5 minit datang, 5 minit pergi dan ia berterusan selama beberapa minit. Saya tidak lagi mampu bertahan dan pergi ke tandas sekali lagi. Saya mencangkung untuk membuang air besar tetapi tiada apa-apa. Ketika saya hendak membasuh, terasa ada benda lembut yang besar di bahagian alat sulit perempuan. Saya ingin menarik tetapi ia tidak mahu keluar dan 5 minit selepas itu, satu benda putih merah berdarah keluar dengan lajunya sekaligus sahaja.

Saya tahu apa yang berlaku dan saya redha dengan apa yang terjadi. Saya panggil suami dan saya menunjukkan tapak tangan saya dimana itu adalah kantung baby kami. Setelah itu,kami ke HUKM untuk membuat pemeriksaan. Doctor sahkan ia adalah kantung yang tidak jadi. “itu bermakna awak miscarriage ya” kata doctor. Saya tenang dengrn berita itu dan kelihatan tenang di depan semua orang. Apabila tinggal saya dengan suami sahaja di rumah, kami menangis berdua sehingga bengkak-bengkak mata kerana tidak sangka dengan apa yang berlaku sekelip mata sahaja. Allah tarik apa yang Dia beri pinjam, Allah lebih mengetahui segalanya.

Anakku telah pergi ke syurga buat selama-lamanya. Dia meninggalkan baba dan mama yang menunggunya di dunia. Kita akan berjumpa lagi ya sayang. Mama dan baba sayang kamu. Tetap cool di luar di dalam hati tiada siapa yang tahu. Hanya Allah yang Maha Mengetahui perasaan ini.”

March 2019, Alhamdulillah hidup aku kembali normal seperti manusia biasa. Tiada lagi gangguan selepas ustaz yang aku berubat di ipoh tu matikan ubat. Ingat tak aku kata aku nak berubat dengan sorang ustaz, tapi ustaz tu kenakan bayaran bagi setiap orang yang hendak diubatkan. Aku mula-mula tawakkal je dengan upah yang ustaz tu mahukan. Maka, ustaz tu ubatkan aku dari jauh (Ipoh) dan aku kena amalkan apa yang ustaz minta iaitu baca “Surah Al-Fatihah” setiap hari selama beberapa minggu. Sebelum ustaz tu matikan ubat, aku kerap bermimpi lagi sehingga aku tak percaya ustaz tu mampu ubatkan aku. Sebelum ustaz matikan ubat, ustaz minta aku bayar payment last untuk matikan ubat.

Suami aku terus membayar lebihan bayaran untuk matikan ubat supaya aku tidak lagi terseksa sebab lepas suami aku bayar habis duit ubat tu, terus aku elok dan tidak bermimpi apa-apa. Alhamdulillah, sekarang cuma gangguan biasa didengar iaitu biji guli dimainkan setiap malam itu biasa, almari digerakkan dari rumah tingkat atas itu biasa jadi sekarang saya hanya bertawakal kepada Allah dan kuatkan diri selepas apa yang berlaku.

Mungkin ini yang terakhir dari saya, yang baik datangnya dari Allah swt dan buruknya datang dari saya sendiri.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

farah

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

22 thoughts on “KISAH TERAKHIR”

  1. Gigih saya baca sampai habis tapi rasa macam menyesal lak baca. Akhirnya semua kejadian dalam mimpi sahaja. Dan persoalannya mimpi tu ustaz yang minta bayaran tinggi tu ke yang jadi penyebab?

    Reply
  2. Gigih saya baca sampai habis tapi rasa macam menyesal lak baca. Akhirnya semua kejadian dalam mimpi sahaja. Dan persoalannya mimpi tu ustaz yang minta bayaran tinggi tu ke yang jadi penyebab?

    Reply
  3. Penat otak aku nak fahamkan cerita ko ni…baca separuh, aku pon tak pasti aku tengah mimpi ke sedar …ko nak cerita pasal mimpi ke? Tak mampu aku nak abiskan baca….aku komen pon dalam mimpi je ni ..

    Reply
  4. Kesian adik ni… Moga beroleh kesembuhan, kuatkn semangat & jgn murah mengalah dgn mainan syaitan. Bnykn berzikir & amalkn surah2 serta doa yg boleh protect diri kita, yakin Allah akn jaga kita selagi kita ingat Allah selalu. Moga d permudahkn.

    Reply
  5. berbelit tp paham, key dye ble dye kata tersedar bru keluar dr mimpi tu kemudian bru masuk alam nyata blik.. sabar ye, sedih miscarriage tu

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.