Kisah Villa di Bali dan Kisah Main-main kaki

Hi u guys. Thank you sebab cerita saya sebelum ni “Gangguan lepas anak ke 2 dilahirkan” dan “Ponti melawat anak sulung” dapat positive feedback dekat FB page Fiksyen Shasha. Cerita saya bukan reka semata-mata but real experience saya dan wife alami. This time saya nak cerita kisah2 mistik pendek yang bagi saya menakutkan but untuk you guys, tak sure takut ke tak la.. hehe.

Kisah 1
Januari 2020. Last holiday sebelum kita semua kene ikat dengan Abah duduk rumah diam2 sebab covid. Saya and keluarga bercuti ke bali, Indonesia. Saya sewa sebuah villa dekat area seminyak. Seminyak ni, tempat dia happening. Ade shopping mall, ade restoran, ada pub2 dan bar2. Basically, seminyak ni salah satu tempat nightlife la.
Ingat sewa villa dekat sini. Best la boleh jalan2 tgk2 kedai and shopping. Tapi rupa2nye, villa yang saya sewa ni, dia terletak dekat Kawasan pendalaman Seminyak. Tempat dia tersorok. Mungkin sebab nak private and jauh dari bising2 kot. Villa ni mix modern and traditional Balinese style. So ade la ukiran2 dekat kayu and dinding siap dengan patung Balinese yg ade taring bagai tu. Scary tapi dah balinese kan? So. First night takde pape. Swimming dekat private pool and malam keluar makan and shopping. 2nd night lepas balik dari sightseeing, kitorang decided nak stay in and order makan gojek, ala2 Grabfood Indonesia. Malam tu mase tido, saya and Lya dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat atas bumbung villa. At first kitorang buat bodoh la. Sebab ingat mungkin burung ke, monyet ke. And then kitorang dengar bunyi slipper basah berjalan dari pool ke area living hall. Pleak ..pleak.pleak.. lebih kurang mcm tu la bunyi tu. Ala.. kalau kita pakai selipar basah lepas tu jalan.
Saya and Lya pon pergil la investigate. As usual, takde orang. And then kitorang dengar ade suara gelak macam mengejek dari atas bumbung. Ape lagi.. lari masuk bilik baca ayat ape patot and tido. Esok fikirkan macam nak check out je villa. Tapi disebabkan dah bayar mahal. Bertabah la. The next 2 nights sama je.. ade suara gelak mengejek dari bumbung. Konon nak holiday rilex2. Hummm mmg tido tak cukup. Last day, mase breakfast and nak checkout. Caretaker atau orang yg jaga villa ni datang la nak amik kunci. Saya pon suruh dia berterus terang. Dia ckp mana ade pape.. lepas saya paksa dia, dia pun confess. Dia kata sometimes, villa ni “Dia” akan visit. Dia tu sape? “Leak” (Ley-yak) atau Penanggal dekat semenanjung Malaysia. Uishh berderau d***h saya and Lya dengar. Nasib hari tu jugak nak balik KL.

Kisah 2
Cerita ni tahun 2011..Mase ni time saya belajar di Australia and balik Malaysia untuk cuti Summer.time tu, saya dengan Lya tak kawin lagi tapi sedang bercinta, huehuehue… nak jadi kan cerita, saya and kawan saya Shah baru lepas balik dari lepak dekat mamak. Dia kate dia nak lepak and tido rumah saya la. Saya pon ok je. Mase saya tgh tido, Shah dia dok main computer check FB la, main game la, Dia perasan tombol pintu bilik saya bergoncang. Dia pon bukak and check, Takde sape. Dia pon tutup pintu, lompat atas katil and tido. Tapi sebenarnye ade benda terjadi. Ni cerita dia mase esok tgh breakfast.
Shah: wei bilik kau ni boleh tahan kan.
Saya: tahan ape?
Shah: keras la. Smalam aku tgh main computer. Tombol pintu kau goncang2. Aku bukak pintu, Takde sape.
Saya: yeke? Aku tak dengar pape pon.
Shah: and then aku pon baring la kat katil. Haaa. Mase nak lelap je. Syaitan tu boleh plak main tarik kaki aku dalam selimut. Aku tendang la bende tu. Aku tak Nampak tapi aku rase benda yang aku tendang and gedebuk bunyi benda tu jatuh katil.
Saya: seriousla.. asal aku tak perasan.
Shah: malam ni, kau standby. Aku rase benda tu akan datang repeat sebab tak puas hati kene tendang. Hehe.
So malam tu aku balik dari lepak. Bukak pintu bilik. Gelap dan peliknyya sejuk mcm peti sejuk. Padahal air con tak bukak pon. So mase baring atas katil mcm biasa layan FB dekat phone and whatsapp2 dengan Lya sebelum tido. Time tu jam dah pukul 1.30am. tiba2. Eh rase geli plak kaki dalam selimut. And then rase ade benda merangkak dari hujung katil nak datang kat saya dalam selimut. Saya angkat selimut and tengok ade tangan Panjang hitam berkuku tajam dalam selimut. Mak kau hijau betul. Melompat saya. Lari keluar bilik. Ketuk2 pintu bilik parents and then tido kat sofa bilik parents.
Esok saya cerita kat Shah. Dia gelak and ckp “haha.. nasib baik aku dah balik. Kan betul dia datang repeat.. Kau plak yg kene”.
Sekian cerita yang tak beberapa nak scary and tak beberapa nak pendek. Nanti saya citer lagi kisah2 seram. BYE!

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Joe Ariff
Rating Pembaca
[Total: 47 Average: 3.6]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.