Kolah Air Asrama

Terima kasih admin kalau cerita ini disiarkan.

Aku nak kongsi cerita masa duduk asrama sekolah agama dulu. Masa tu form 1. Otak masih suci dari cerita2 hantu dan tak pernah terfikir pun akan jumpa hantu. Asrama sekolah agama ni ade dua blok, aspura & aspuri, satu blok 3 tingkat. Aku pulak dapat dorm kat level 3, bilik paling hujung. Bangun pagi2 memang kena turun mandi awal sebab pressure air rendah. Air takde untuk basuh baju dan mandi memang perkara biasa dekat level 3. So, terpaksa la turun mandi dekat kolah.

Kolah aspuri ni betul-betul hujung bangunan. Kalau jenguk dari koridor tepi dorm aku tu memang nampak dari atas. Kolah panjang, sepanjang lebar bangunan asrama. Kalau jalan sebelah bangunan, ade longkang kecik then terus kolah air. Dinding sebelah sana ditahan dengan tembok batu dan zink. Macam2 jenis benda ade dalam tu. Telur katak bertepek kat tepi dalam kolah tu adalah benda biase. Dinding berlumut hijau. Sebab takde choice, kaut buang telur katak dulu pastu mandi jugak gune air. Payau-payau je rasa air bile berkumur gosok gigi.

Selalu perempuan kalau period akan mandi dekat other side, sebelah yang ade dinding tembok batu dan zink tu. Sebab situ ade saluran kecik untuk air keluar dan masuk terus dalam longkang. Dorang basuh pad or kencing kat situ so tak obvious nampak darah mengalir atas simen.

Nak dijadikan cerita, aku petang tu basuh tudung sekolah. Jemur dekat ampaian belakang bangunan asrama. Disebabkan esok pagi nak pakai tudung tu, malam lepas prep aku plan nak gi ambil. Lepas je prep, pegi supper, letak buku kat dorm, aku turun tangga nak pegi belakang bangunan asrama. Malam tu tak banyak aktiviti sangat, sunyi je, tapi aku tak pikir ape-ape yang pelik pun. Jalan on the way pegi tu kena lalu sebelah kolah, angin sepoi-sepoi tiup muka. Lampu tak ade sebijik pun kat kolah tu, cahaya dari bangunan dan bulan je yang terang. So berjalan la aku dalam cahaya yang samar-samar tu. On the way pegi tak ade ape yang pelik. Aku terkena time on the way balik.

Tengah aku duk sedap berlengang jalan bawak tudung, aku nampak air kolah berkocak. Aku buat bodoh, fikir ade katak buat terjunan akrobatik masuk dalam tu nak bertelur. Betul2 kat pertengahan kolah, aku dengar bunyi orang sembur air keluar dari mulut. Macam kalau orang kumur, nak buang air dari mulut guna semburan padu sambil menyeringai. Haa, cenggitu la bunyi nye. Kalau nak menghayati lagi cerita aku ni, jap lagi korang gosok gigi cube-cube la kumur sembur air.

Aku automatik toleh tengok kolah. Tiba-tiba je ‘toing’ ade PEREMPUAN bangun dari posisi tunduk dekat seberang kolah, betul-betul dekat saluran port orang selalu basuh pad. Aku time tu tak fikir hantu lagi. Aku boleh tanye “sape tu?” sambil perhati lame sikit rupe dia kot2 la akak-akak senior yang aku kenal ke.

Minah tu rambut kerinting2 halus, kembang cam syaripah aini. Muke cam ade jerawat teruk, hitam2 kat pipi, dagu, dahi. Macam parut2 hitam berkuping. Kulit putih pucat2. Aku tak nampak leher die sebab rambut ‘die’ lebat sangat and baju die cam tutup leher. Baju putih kuning2 dan tangan die cam die letak dua-dua belah dekat belakang badan sebab aku tak nampak tangan die. Mata bulat membuntang tengok aku, tak berkelip, bibir nipis nampak kehitaman. Dua kali aku tanye “sape tu?”, tak berjawab. Aku dah rasa semacam. Aku langkah laju2 sambil jeling-jeling “minah pelik” tu. Die pandang aku sambil pusing badan slow2 mengikut arah aku jalan.

Aku rasa jalan dah tak jejak tanah, sampai tangga terus berlari laju-laju. Yang lagi horrror, bila sampai level 1 aku nampak kepala “minah” tu terjonggol dari sebelah luar koridor. Dalam hati aku duk cakap “ah sudaah, dia terbang la pulak”.┬áSampai tangga level 2 pun die da siap-siap ade situ. Menjerit-jerit2 la aku sepanjang berlari naik tingkat 3 sampai ade yang jengok keluar. Aku tak pasti dorang nampak ke tak. Sampai bilik aku selimut badan sambil nangis. Semua orang dah cuak. Malam tu kitorang tidur rapat katil.

Pengajaran buat aku, jangan jalan sorang-sorang waktu malam berani terlebih. Minah pelik yang aku jumpa tu semua orang cakap tu cik ponti, maybe die duk jilat sisa2 darah & lumut kat saluran kolah tu. Lepas je kejadian aku jumpe die, semua orang da tak berani nak basuh pad kat kolah lagi dah. Sekian.

8 comments

  1. Ada juga hikmah ko kena peristiwa tu… bg pengajaran skit kt org basuh pad tu. Pape pon thanks kongsikn cite. ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.