KOLAM RENANG HOTEL

Sudah dua minggu, kami hantar proposal kepada pihak pengurusan Hotel XXXXX untuk tender projek operasi dan selenggara kolam renang di situ. Dan hari ini aku menerima panggilan telefon daripada pihak mereka menyatakan bahawa kami dipilih tapi dengan syarat yang yang ketat tapi aku anggap sebagai cabaran; iaitu kolam mesti dapat beroperasi sepanjang masa (tidak kotor dan terpaksa ditutup seperti berlaku kepada pihak kontraktor sebelumnya).

Aku sahut cabaran itu, memandangkan bayarannya lumayan, aku bersetuju dan memulakan tugasan. Syarikat kecilku hanyalah ada aku, dan dua orang adik lelakiku iaitu Aman dan Aziz. Dalam kami bertiga, akulah yang paling sulung dan ada pengalaman bekerja dalam bidang operasi dan selenggara kolam renang. Perkhidmatan kami termasuk cucian, top up klorin, dan termasuk membetulkan paip2 atau pam yang rosak. Selebihnya, pihak hotel mempunyai staf mereka sendiri yang kami panggil sebagai team engineering. Hotel ini sebenarnya menyimpan cerita seram yang mereka tidak ceritakan kepada aku dan adik2 ku sehinggalah dua peristiwa yang berlaku kepada kami.

Peristiwa 1-

Kejadian ini berlaku pada waktu malam setelah beberapa minggu kami memulakan tugasan tanpa masalah. Tugas kami malam itu, selepas operasi kolam dihentikan (pengunjung tidak dibenarkan mandi lagi dalam waktu 10:00 malam), ialah membersihkan kolam. Keadaan kolam yang tak berapa kotor , memudahkan tugasan kami pada malam itu. Aku dan Aman adikku, turun ke bahagian tangga bawah kolam itu (kami tidak nampak bahagian kolam yang lain pada kedudukan ini), tiba2 kami dikejutkan dengan bunyi seperti seseorang melakukan terjunan ke dalam kolam tersebut.

“Kau dengar tak Man? Ada lagi orang mandi malam2 begini, penat kita bersihkan”

“Ye bang, dengar, tapi kawasan dah gelap pun berani ye berenang malam2 ”

“Jom kita tengok, nak juga tengok siapa yang degil ni”- ajak aku kepada Aman.

Dalam masa kami bersiap nak naik keatas itu (kolam di bahagian atas sedikit), kami masih mendengar bunyi air berkocak (macam kibasan air yang biasa dilakukan orang masa berenang), dan dalam masa tak sampai 1 minit kami sampai ke situ, kami lihat kolam itu tenang dan tiada orang langsung. Air kolam pun tak beralun. Aku pandang Aman , dan ajak dia beredar ke ruangan lobi untuk berehat. Kami masing2 melayan perasaan sendiri malam itu, tiada siapa tahu, siapa yang berenang, CCTV pun tak nampak sosok apa2 disitu.

Peristiwa 2:

Ini yang aku rasa memang agak hebat gangguannya. Malam itu aku kena ambil satu bahan pencuci kolam iaitu Soda Ash yang diletakkan di bilik pam di basement. Aku mengajak seorang security guard ni untuk follow aku ke bawah, tapi dia buat alasan yang aku rasa macam dia ni takut sesuatu kat basement tu. Aku pun buat kepala sendiri turun ke basement seorang diri, masa itu Aziz adik aku nombor 2, lambat sampai sebab anak dia tak sihat. Basement tu memang agak gelap , ada dua lampu je dipasang. Aku malas nak fikir panjang terus menuju ke bilik pam. Dalam bilik pam , aku perasan ada bau yang sangat busuk, macam bau bangkai. Sedang aku nk tutup hidung tu, aku terdengar bunyi seakan orang menangis, mendayu2 suara dia, macam sedih sangat. Macam orang baru putus cinta…hehe.

“Siapa tu?” aku bertanya soalan bodoh , aku masih ada tanggapan positif yang tengah menangis itu ialah orang/manusia. Senyap, sunyi. Tangisan tu berhenti. Aku pun berjalan nak mengambil guni soda ash yang diletakkan sebelah cabinet electrical. Cabinet tu agak besar dan ada ruang kat belakang dia. Di sinilah aku perasan di belakng guni soda ash aku tu, ada satu lembaga memakai baju hitam , rambut panjang dan matanya merah sebesar telur ayam , memandang aku sambil, sambung menangis.

Aku yang sudah tentu terkejut, bertakbir – Allahuakbar! Dengan sisa semangat yang ada aku terus melaungkan azan (aku tak tau dapat dari mana semangat ni, mungkin doa isteri dan anak2 aku supaya aku dilindungi semasa mencari nafkah). Azan tak habis pun, lembaga itu hilang beserta dengan bau busuk yang mula berkurangan. Aku pun mengambil guni soda ash dan berlari meninggalkan basement, aku seakan merasakan dia masih disitu.

Sampai di pondok security, aku ditegur dengan nada sindiran -” Hi bro, basah nampak, kena kejar hantu ke?” – Aku hanya senyum dan enggan bercerita kepada mereka dan juga adik2 ku kerana takut mengganggu kerja mereka. Sebelum kami berhenti kerja disitu kerana pertuakran pengurusan, kami mendapat cerita bahawa di basement tu, ada kak pon, pocong dan hantu budak kecik. Aku baru dapat jumpa seekor je dah pecah peluh. Kalau jumpa serentak semua mungkin aku dah pengsan tertiarap kat basement tu. Hal ini diketahui oleh semua kakitangan di hotel ini, sebab itu basement memang sunyi dan mereka seboleh2nya tak akan turun ke sini melainkan terpaksa.

Tamat.

Hantar kisah anda : fiksyensahsha.com/submit

Pejuang Agung

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 64 Average: 4.9]

2 thoughts on “KOLAM RENANG HOTEL”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.