Assalamualaikum. Firstly nak ucapkan teruma kasih lah kepada admin andainya cerita aku yang agak sendu ni di publishkan. Yelah sebab cerita orang lain semua gempak gempak huhu.
Nama aku Am dan aku menetap di Batu Pahat. Jenis aku ni aku pun tak tau lah kenapa tapi aku ni jenis yang tak boleh nak nampak nampak benda benda halus ni. Zaman baru nak up dulu pun dok mencari cari dengan kawan kawan pun takdak hasil jugak. Lepak kubur cina malam malam buta pun takde nampak apa apa hoho.
Tapi kisah yang agak mistik yang aku tak boleh lupa ni start bila aku masuk pra diploma kat satu Universiti yang agak top jugak lah kat Batu Pahat ni. Masa tu umur aku 18. So sepanjang 4 months Pra Dip tu semua pelajar Pra Dip ni duduk menumpang kat hostel kolej kemahiran yang bersebelahan je dengan Universiti tu. so kat kolej ni ada 4 blok pelajar lelaki dan susunan dia berbentuk segi empat and ada ruang kat tengah tu untuk court badminton@futsal. Blok aku ni lebih tinggi which is 4 tingkat dan aku duduk di 3rd floor.
Okay cerita first yang tak berapa nak seram, masa tu aku and the gang, baru balik dari makan kat luar kolej. So menapak lah balik ke hostel. Oh btw hostel aku dekat dengan surau and kantin. Then bila nak sampai ke hostel tu, dengar lah bunyi orang histeria dari arah kantin. Apa lagi, aku yang jakun tak pernah nampak ni pun kemain berlari ke kantin nak tengok. Masa sampai tu nampak ada sorang budak perempuan ni dah meracau racau terbaring kat lantai kantin sambil dikerumuni student yang lain termasuk lah aku huhu. So tak lama lepas tu ada lah sorang ustaz ni sampai and sorang lg student yang agak alim. So mula lah sesi memulihkan student perempuan tu.
Tapi betapa tricky nya makhluk yang rasuk dia tu, dia berlakon seolah olah budak tu dah pulih. Beberapa saat lepastu terus ketawa mengilai ngilai. Bila jadi tang tu, ustaz tu pun baca ayat ayat suci then renjiskan air. Then budak tu mcm pengsan. Then ramai ramai angkat budak tu ke surau. Betapa berat nya budak ni, aku rasa 5 or 6 orang jugak yang angkat. Tu pun terseret seret kat lantai huhu. Then lepastu bidak tu pun dibawa ke surau untuk sesi rawatan. Ha yang tu aku malas nak pi tengok. Esoknya, baru dapat tahu yang rupanya benda tu jadi sebab pad yang tak dicuci. Tak tahu betul ke tidak wallahualam.
Kisah yang kedua, ha yang ni kena kat aku. First time kena kat aku. Masa tu aku dalam bilik dengan lagi 2 org kawan aku. Aku namakan diorang Ali dan Abu. Macam biasa, around pukul 8 mcmtu lepak bilik, borak borak sambil hisap rokok (tak boleh merokok dalam kawasan kolej hahahaha). Tiba tiba ada orang ketuk pintu. Aku pun jerit tanya “siapa?!” Dia jawab “aku lah”. Padahal selama ni yang dok keluar masuk bilik aku semua memang takda manners punya orang. Main bukak je pintu. Sebab bilik aku ni memang jadi tempat melepak. Then dia ketuk lagi. Aku cakap masuk lah. Then diam. Dalam kepala hotak aku ni hareyy betul ngko ekk hahaha.
Pastu aku pun bukak lah pintu. Lah, kawan aku rupanya. Let say nama dia Amir. Tapi muka dia lesu. Macam orang tak sihat. Sebab selalunya dia ni antara yang paling happening. Si Amir ni tanya kawan dia mana. Aku pun jawab lah “takde, aku pun tak tahu” then dia terus blah menapak slow slow. Time tu aku pun tak fikir apa maybe dia tak sihat ke apa ke. And si ali and abu yang dalam bilik aku pun nampak dia so takde lah nak fikir dia ni jelmaan ke apa ke kan hahaha. But dalam 5 minit lepastu tetiba datang balik si kawan aku, Amir yang tadi muka lesu and pucat tu.
Tapi muka dia tak pucat pulak. Pakai baju lain pulak tu. sambil pegang buku and galas beg. Nak melepak kat bilik aku sebab dia kata dia baru balik dari U. Aku terkejut beruk lah aku cakap kat dia “kau ni biar betul? Tadi kau baru datang tanya aku kawan kau kat mana” pastu aku pulak yang kena marah “kau jangan main main eh, aku baru balik hostel ni ha” so dari situ aku confuse bercampur seram. Dia pun berkeras yang memang dia baru je sampai hostel. Time tu muka dia pun berubah macam fikirkan sesuatu. Aku yang still tak percaya aku pergi bilik sebelah sbb masa Amir yang pucat tu datang aku nampak budak bilik sebelah ni tgh bersidai kat luar. So aku tanya lah diorg nampak tak yang aku tgh bercakap dengan si Amir ni masatu. Diorang cakap tak nampak. Berderau darah aku. Diorg cakap aku ni bercakap sorang sorang kat pintu. Lagi lah aku cuak hahahaha.
After kejadian tu aku pun cuba lah lupakan and alhamdulillah tak jadi apa apa.
Lagi satu, aku dengan kawan kawan aku suka naik kat rooftop blok yang aku duduk ni. So kena naik ke tingkat 4 yangg tak berpenghuni. Agak seram jugak sebab kat situ agak suram and creepy suasananya. So lepak lah ramai ramai termasuk lah si Amir ni. Disebabkan blok kitorg ni yang paling tinggi so view dia memang umph. So lepak punya lepak, time turun tu si Amir ni last sekali. Aku dengar dia mcm bercakap dgn sesuatu tp aku buat bodoh je. After turun tu dia cakap lah dia tgh berinteraksi dgn nenek dia. Dehell mana datang nenek pulak kat atas tu. dia kata dia ni ada saka, dan nenek dia nak turunkan kat dia. Si Amir ni pun ada bagitahu jugak yang mungkin kejadian kat bilik aku tu ada kaitan dgn benda tu. tapi wallahualam who knows maybe benda tu just prank je kan hahaha but aku dikir positif je lah.
And kolej ni pun banyak gak kisah seram dia. Kakak dekat tangki air, kat parking bas belakang kolej, and makcik karipap pagi pagi buta but aku rasa cukup sampai sini je. Terima kasih lah korang yang baca cerita agak sendu aku ni hahaha. Kalau ada cerita best aku tulis lagi ye. Assalamualaikum!
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Okay la, not bad. Jangan rendah diri sangat 😛 Nanti sambung okay!
UTHM ekk…???
Hehehehehe…
Kay…
Sambung lg…
Ok jer citer tu, berdebar gak ble ‘Amir’ tu dtg…
Alhamdulillah masa study UTHM x kena pape kt hostel dia…cuma bila duk umah sewa dekat Parit R****** hehe biasa la masa exam study smpai 2 3 pagi…ttbe dgr ada org duk menyangkul kt sebelah umah..umah sewa kg..jiran2 pun org kg je. pukul 3 pagi? cangkul apa laaaahaii….berdesup la lari masuk bilik tido haha.
pak mat tompel kot yg tgh nyangkul tu. huhuhu
hahaha tak sanggup la nk gi tgok sape yg nyangkul tu
sama la kita. masa dok hostel (TF) alhamdulillah xde pape. tp bila duk rumah sewa depan u je, parit Jelut*ng (hehe) ade je yg mengganggu tambah2 time study 2 3 pagi
parit rasipan ke?
haha ye parit tu la..
Ne bdk Pra Dip UTHM, tp dok kat hostel KKTM… jiran je sblh2…
betul betul. saya ex student UTHM jugak hehe
ramai ex uthm..hahaha…aku ade crita tp malas nk taip..al kisah mengikut wak dgn abg angkat main kuda kepang..sampai aku pn terjebak..adui..nasib dh buang..btw best study uthm ni..jauh berjalan,byk pengalaman…
makan pun sedap n murah kt parit raja nun ehehe
Aku pulak pernah kena kacau kat tdi. Hahahah. Takleh lupa woi. Seram. Alkisahnya bila semua roomate aku takde sbb ada kelas malam and aku je yang takde kelas masa tu. Tetibe dengar ada orang buka pintu n buka gobok Besi mcm nak ambil baju. Bila toleh takde orang. Lepas semua roomate aku balik, aku tanyalah ada tak balik waktu maghrib tadi. Sorang sorang kata takde. Cuak dah aku masa tu. Nasib la tak toleh mas dia tengah buka gobok tu. Kalau tak matilah aku.
Mau tunjuk lu punya anak ka
Ku asal kampung Kedah tongyard belakang kedai saiyuk ahseng sudah mampos itu belakang tepi pokok lu ka?
Wah Batu hitam black Sea mekah lu ka? PA khabar hamzah