Makhluk Tanpa Muka Dalam Dorm Aku??!

Assalam. Bila semua bercerita kisah seram. So, saya pun nk kongsi jugaklah pengalaman saya sepanjang 21 tahun hidup di muka bumi ni. Ceyywahh, dah start ayat dramatisnya. Kita mengimbau kembali pada tahun 2011, di Mrsm Besut. Di mana pada ketika itu me and the geng menginap di dorm F26. Geng2 kaki makan, kaki lepak, kaki study…jap, study ker? Hehehe. Dalam dorm tu ada lebih kurang 24 org ahli nye. Kite ada 3 zon dalam dorm tu. Zon pertama iaitu apbila masuk je dorm, terdapat geng2 baik, iaitu geng2 selalu awl ke kelas, ke surau dan geng yang sopan santun lembut jer tutur bicara.

Zon kedua. Zon di mana ada pintu kecemasan. If ada kebakaran boleh keluar la melalui pintu tu. Tapi pintu tu dah dikunci, sebab biasanya kalau warden datang bilik, diorang akan gune pintu kecemasan ini untk melarikan diri disaat cemas takut kene rotan oleh warden. Dan zon kedua ni jugalah tempat untuk susun bagasi2 dan tempat disediakan tong sampah sehingga bertimbun tingginya. Last but not least, zon ketiga. Dye punye geng zon ketiga ni, iaitu aku la, nakal sikit. Serba serbi lambat la kate orang. Kaki gosip, kaki makan, kaki jalan, kaki surau.. Jap, surau. Hhmmm boleh la kaki surau. Okey.

Nak dijadikan cerita, masa ni waktu malam. Sampah bertimbun dah dekat area tengah iaitu zon 2 ni. Me as ketua dorm yang bertanggungjawab, (riak jer) berleber la dekat ahli2 dorm ni apesal la xreti jage kebersihan. Tapi diorang ni suke jer, sebab aku berleber plus dengan lawak jenaka. Aku selitkan ayat macam ni, sambil pegang penyapu dan penyodok, “buat kotor la kat sini, setan iblis ni suka sangat la tempat kotor2 ni. Mari malam kakrang dekat sep mu ak dop tahu la”. Okey lepas siap semua, aku buat lagak gaya sistor ngesot. Diorang ni mudah terhibur. Suka jer kije.

Okey, malam tu penat sangat. Tepi katil aku ada meja jepun, atas meja jepun tu ada la buku2 aku letak kat situ. Meja auk tu bersebelahan dengan dinding zon 2 tu. Lampu zon 3 tutup. Yang x tutup lampu zon 1. Dah tengah malam dah mase tu. Aku tengah tido. Tibe2 tersedar sebab dengar bunyi orang kemaskan buku dekat meja aku tu. Jadi aku macam buka sikit mata. Dalam samar2 api dari zon 1, aku boleh nampak la badan dan cara dia tu macam member aku Ain. Tpi dye tunduk jer. Sambil tengah susun buku aku.

Aku pun tegur la, “Ain, dop tido lgi ker? Ain buat bende tu?”. Tibe, yang aku panggil “Ain” ni tengah susun buku smbil rambut tutup muke ni, tibe2 stop doing anything. Dye kaku. Lepas tu dye macam bunyi berdesing tau kat telinge aku. Bunyi bising gilee. Aku pandang kat Ain tu. The worst thing in my life! Ain tu slow2 pusingkan muke dye kat aku! Mesti korang nak tahu macam mane muke “Ain” tu kan? Dye langsung xde muka! Muke dye warne klabu gelap berkerutub! Mata, hidung, mulut kening xde! Aku mase tu Ya Allah.

Nak bace ayat Al quran memang x boleh laa mase tu. Tengah duduk paling dekat aku, dye slow2 bangun! Ya Allah menyirapnye. Jarak mse tu adalah lebih kurang, 1 meter jer. Dye berdiri tengok kite tengah baring ni. Even xde mate, tpi cara dye tu macam tengok kite. Lepas tu kite kuatkan hati sebut Allahuakbar! Pastu hilang, aku kite terbangun duduk dari tdur. Bangun pergi ke zon A. Dina n Alya x tdo lagi mase tu. Diorang tnye knape ni Mah? Ak cakap, “Imah, kene kacau tdi, tdi Imah napok…. “, belum sempat jwab. “Okey2 meh tdo kat Dina n alya mah malam ni.”

Keesokan pgi, aku pun ceritalah dekat budak2 dorm. X tahula diorang ni ingat ke tidak. Maybe sebab malam tu aku buang smpah, ganggu tempat dye ke, sebab tu kot dye macam kacau aku. Uish sampai sekarang xleh lupe. Sejak pada tu, dah xde istilah sediakan tong sampah dalam dorm. The end.

Che Im

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 4.8]

2 thoughts on “Makhluk Tanpa Muka Dalam Dorm Aku??!”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.