Kondominium atas bukit di Cheras

Assalamualaikum dan hi semua.
Terima kasih kepada team fiksyenshasha jika menerbitkan cerita saya. Kisah ni terjadi dalam lebih kurang 10 tahun lepas sewaktu kami tinggal di sebuah kondominium di Cheras.

Kat sini saya nak cerita part by part sebab kami duduk rumah tu lama sangat dalam berbelas tahun.

Kisah pertama
Mak ayah saya selalu bergaduh pagi2 waktu nak pergi kerja. Satu hari tu, saya sedang bersiap2 ke sekolah, tiba2 saya terdengar mak ayah saya sedang bergaduh dan kemudian saya pergi ke arah mak saya sebab saya nampak dia terbaring atas lantai selepas bergaduh mulut tu. Saya cuba sedarkan mak saya dan tiba2 sahaja dia kene rasuk dan tidak sedarkan diri. Lepastu saya panggil ayah saya yang berada di bilik. Ayah saya datang dan laungkan azan di telinga mak saya dan kemudian mak saya sedar semula dan menangis.

Kisah kedua
Satu hari, makcik saya datang ke rumah kami waktu maghrib. Selalunya makcik saya akan tidur di bilik saya. Tandas kami berada di luar bilik, jadi masa tu saya baru masuk tandas nak mandi dan makcik saya baru sampai ke rumah kami dan disambut oleh mak saya dan adik2. Kemudian, makcik saya terus masuk ke bilik saya yang gelap tu dan baring di katil saya sebab katanya dia nampak saya sedang solat membelakanginya jadi dia baring lah di atas katil saya. Kemudian, saya keluar dari tandas dan masuk ke bilik. Tiba2 makcik saya terkejut “EHHHH!!! bukan awak tengah solat kat sini ke tadi?!!!” Muka dia sangat terkejut dan mata dia terbeliak sambil tengok saya. Saya pun cakap lah saya kat tandas tadi tengah mandi. Jadi, benda ni kecoh satu rumah sebab takda siapa pun solat dalam bilik saya yang dalam kegelapan masa tu. Saya pun seram la sebab hantu tu solat dalam bilik saya kan ughhh.

Kisah ketiga
Satu pagi saya basuh baju saya macam biasa pada hari minggu. Lepas dah sidai tu saya buat aktiviti seperti biasa lah kat rumah. Masak, makan, tidur, tengok tv. Petang tu saya nak bawa masuk baju2 yang dah kering. Tiba2, waktu saya membelek2 baju saya, saya terjumpa ada beberapa ulat sampah pada baju2 saya. Saya terkejut sangat sebab baju tu baru sahaja basuh pagi tadi dan sidai kan. Jadi saya terpaksa basuh semula dan sidai lagi sekali.

Kisah keempat
Suatu malam, saya sedang menonton cerita seram di ruang tamu dengan adik saya. Masa tu semua orang dah tidur. Tiba2 kami melihat ada satu kepulan asap besar warna kelabu di balkoni rumah, dia bergerak ke arah kanan (bukan ke atas). Tapi masa tu tiada sebarang kebakaran atau bau asap pun. Asap tu pelik sangat sebab dia hanya satu kepulan yang besar yang bergerak dan terus hilang. Saya dan adik terus lari masuk bilik dan tidur dalam ketakutan.

Kisah kelima
Kali ni kisah ni terjadi pada ayah saya. Sebagai seorang ayah yang tak takut apa2 berkaitan hantu, dan selalu dismissed apa2 cerita seram yang kami alami, suatu hari dia terkena haha. Waktu tu dia pulang dari kerja pada jam 2 pagi. Setibanya dia di lif rumah yang terbuka, dia nampak ada seorang budak kecil perempuan bawa anak patung berada dalam lif. Ayah saya fikir mungkin tu anak jiran la. Jadi dia pun masuk dan tekan butang lif ke aras rumah kami. Tapi dia perasan budak tu tak tekan mana2 butang lif pun. Setibanya di aras rumah kami, ayah saya keluar dan menuju ke rumah. Tapi budak perempuan tu tak keluar pun. Sampai di pintu rumah ayah saya lihat jam tangannya dan waktu itu pukul 2 pagi lebih. Ayah saya terkejut dan terus buka pagar cepat2 dan masuk ke rumah. Keesokan harinya dia cerita pada kami tentang pengalamannya yang seram malam tadi haha dan dia sudah mula percaya apa yang kami alami.

Kisah keenam
Pada suatu hari, nenek dan atuk saya datang bermalam di rumah kami. Nenek saya cerita, sepanjang malam dia tak boleh tidur sebab terdengar orang mengaji di bucu hujung bilik adik lelaki saya. Tapi tiada siapa pun yang mengaji malam tu.

Kisah ketujuh
Macam biasa, ada beberapa malam mak ayah saya bergaduh masa kami tidur dalam bilik. Keesokkan paginya saya bangun subuh dan kemudian saya mengaji baca yasin dan kemudian tidur semula. Masa tu hari sabtu jadi semua orang bangun lambat. Cuma saya terjaga pukul 8 pagi dan tiba2 saya tengok di luar bilik saya ada seorang perempuan pakai jubah hitam dengan hoodie di kepala sedang berjalan keluar dari bilik mak ayah saya dan kemudian menghilang. Rupa perempuan tu sebiji macam jin dalam cerita movie Indonesia “Dasim 2025”. Sekarang dah ada cerita tu baru saya sedar mungkin yang saya nampak dulu tu adalah jin Dasim yang mengganggu keluarga kami. Saya jadi ketakutan, saya masuk dalam selimut dan sambung tidur. Bila semua orang dah bangun, baru saya keluar dan cerita dekat mak saya.

Kisah kelapan
Kisah ni terjadi masa suatu petang, kami semua baru balik dari sekolah. Sampai saja di pintu rumah, ayah saya buka pintu, kami semua terkejut sebab melihat meja makan kami patah. Tapi apa yang peliknya cawan2 dan mangkuk yang ada di atas meja tu kini berada di bawah dalam keadaan tersusun. Tiada apa yang tumpah. Rumah kami tiada apa yang hilang, dan tiada kesan pecah masuk. Ayah saya ambil gambar dan tunjuk dekat cina kedai yang repair meja. Dia pun terkejut dan kata itu perkara yang sangat pelik.

Sebenarnya banyak lagi kisah2 yang berlaku. Mak ayah saya pergi berubat juga tapi kami tak tahu apa puncanya kepada semua ni. Mungkin kondo kami di atas bukit tu adalah tapak lama jin2 yang sudah lama tinggal di situ. Zaman kanak2 saya bukanlah zaman yang indah macam kebanyakan orang. Disebabkan gangguan2 tu, saya sukar belajar dan fokus. Saya alami anxiety dari kecik yang tidak didiagnosed (alhamdulillah sekarang dah sembuh atas izin Allah). Saya susah berkawan dan bersahabat dengan orang. Tapi sekarang saya sudah mempunyai keluarga, pekerjaan , sahabat2 yang baik dan kehidupan yang tenang, Alhamdulillah. Mungkin apa yang saya dan keluarga alami dulu itu adalah bentuk ujian dari Allah untuk kuatkan kami secara rohani. Alhamdulillah selepas pindah dari situ, kehidupan kami berubah dengan sangat2 baik. Terima kasih semua kerana sudi membaca kisah saya.

-venicehill-

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rahsia

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.