KU SERU

Assalammulaikum kepada pembaca FIKSYEN SHASHA dan terima kasih admin andai cerita yang aku taip ini dimuat naik atau dipublish.

Okay lets’s start it,
Cerita ini dah lama aku nak taipkan untuk readers sekalian namun tiada ke sempatan, pasti pernah dengar bukan orang tua kita selalu cakap “Andai ‘dia’ tak datang, mengapa kamu menyeru ‘dia’?”
dan ini terjadi terhadap temanku yang terlalu obses dengan berkaitan paranormal dan menjadi pengajaran buat aku juga supaya tidak bongkak dalam berkata-kata.

Cerita ini berlaku kira-kira 4tahun yang lalu dimana aku ketika berusia 17tahun. Seperti kita tahu, apabila mengikut unit beruniform pastinya akan ada aktiviti perkhemahan. Aku telah mengikuti aktiviti perkhemahan di satu tempat (aku rahsia kan nama tempat dan daerahnya). So Aku gelarkan teman aku iqa, wani, ira.

Tuk pengetahuan korang aku ada satu perasaan dimana aku boleh merasa kehadiran dia tapi setakat ni alhamdullilah Allah masih melindung hijabku, nak dibandingkan dengan temanku iqa. Iqa tidak percaya akan wujudnya makhluk-makhluk ghaib ni sehingga dia cakap besar “Aku tak percaya lah benda ni wujud, kauorang ni ikut sangat perasaan, layan lagi cerita horror, kalau betul ada biarkan dia tunjuk diri dia baru aku percaya. ” Aku cuma tersenyum kelat, terasa bulu roma ku tegak mungkin kerana aku sedang berada ditepi sungai. Mungkin juga sebab air terlalu sejuk. Ah tak mahu aku terlalu ikutkan perasaan kerana aku mengikuti kem ni untuk menguatkan jati diri aku bukan melayan perasaan yang aneh ni.

Pada malam kedua mengikuti kem, kami diarah tidur pada jam 12.30, memandangkan cikgu telah memberi arahan, aku dan iqa yang berkongsi satu khemah menuju ke khemah kami bagi mempersiapkan kami untuk tidur, tetiba iqa tanya aku “Weh, kau dengar tak ada macam suara orang menangis?”sambil menutup zip pintu khemah. Aku pandang dia “perasaan kau je tu”aku membalas ringkas sebab aku telah rasa sejuk yang lain macam malam tu. Lalu Aku telah mengajak iqa tidur.

Rupanya si iqa ni tidur lambat dari aku. Dia tidak puas hati juga, dia tetap dengar suara orang menangis sehingga lah dia ternampak dekat khemah ada kelibat wanita lalu dikhemah dan tangisan itu seolah berada diluar khemah sambil memanggil nama dia “iqaaa….iqa….marilah kesini…”. Iqa memadang kelibat itu dan tetiba kelibat itu berhenti didepan pintu khemah, iqa terus selubung dirinya sambil menolak-nolak aku tetapi yalah kalau dah tidur m**i ada ke, yang nak bangun?. Tetiba iqa kata khemah kami bergegar dan iqa ternampak wanita itu, rupanya agak buruk dengan mukanya seolah terbakar dan matanya terbeliak sambil tersenyum dan iqa merasa pandangan dia gelap.

Dan esoknya, iqa bercerita hal ini kepada ku dan aku cuma tersenyum lalu berkata “Itulah lain kali, kalau tidak percaya adanya mahkluk tu kau diam saja, tak perlu kau berlagak dan menyeru dia, ingatlah mungkin Allah tu nak sedarkan mulut lancang kau tu, amacam tengok ‘dia’ seronok?”

Sampai situ sahaja kisah aku dan teman ku, mungkin tidak seram tapi ianya menjadi pengajaran buat kita untuk menjaga lisan kita, mana tahu masa tengah berlagak bercakap “dia” ada disebelah kita tunggu masa jer menonjolkan diri ..Allahu’walam

:)assalammualaikum (yaya)

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 4]
yaya

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.