Kuarters Lama

Aku Haz. Mempunyai dua orang cahaya mata yang sihat dan sedang membesar sebagai johan. Kami menetap di sebuah quarters kerajaan yang terdiri daripada kuarters lama dan mengadap bukit. Hujung lorong rumah kami terdapat hutan. Lampu jalan yang sekejap ada sekejap tak ada menambahkan lagi suasana suram pada waktu malam.

Ada beberapa cerita hendakku kongsikan melibatkan anak bongsu, Nadiah.

Kisah Pertama:

Sewaktu umur Nadiah beberapa bulan dan baru belajar merangkak. Sejak mempunyai anak kami jarang tido di dalam bilik dan lebih selesa tido di ruang tamu. Ini untuk memudahkan bangun di tengah malam memanaskan/membancuh susu. Tambahan pula suami kadang-kadang terpaksa bekerja shift malam atau bekerja sehingga malam. Tempat kerja suami tidak dibenarkan untuk membawa telefon, jadi bimbang sekiranya dia pulang dan mengetuk pintu aku tidak dengar.
Pada suatu malam, Nadiah menangis tidak berhenti. Kami terpaksa bergilir-gilir mendukung dan memujuknya. Akhirnya dia tertidur kepenatan.

Disebabkan tidak sedap hati, malam itu aku memasang ayat-ayat Al-Quran di laptop. Tiba-tiba lebih kurang 2-3 pagi, aku terdengar Nadiah menangis dengan kuatnya. Tapi dia tiada di sebelah. Aku lantas bangun dan berlari ke arah suara Nadiah, rupanya dia sedang menangis ketakutan di dalam bilik air.

Aku terus mengangkatnya dan memeluknya. Syukur Allah melindungi dia dari terjatuh ke lubang tandas. Aku dan suami masih tertanya-tanya macam macam mana dia yang baru belajar merangkak melangkau kami bertiga – aku, suami dan abangnya dan melepasi safety fence baby yang sedikit tinggi dari ruang tamu sehingga ke bilik air.

Kejadian yang hampir sama pun penah terjadi sewaktu Nadiah baru pandai berjalan. Suatu malam, tiba-tiba aku mendengar suara Nadiah menangis dengan kuatnya.Tetapi dia tiada disebelahku. Rupanya dia sedang menangis ketakutan di tangga menuju ke tingkat atas. Aku bertanya buat apa dekat sini. Dalam tangisan dia menunjuk ke tingkat atas dan menyebut mama.

Kisah Kedua:

Esoknya hari sabtu kalau tak salah aku, dan suamiku duty malam dan hanya akan pulang pada pukul 8.30 pagi keesokkannya.Setelah selesai semua kerja rumah aku mengajak anak-anak tidur. Abang sudah mula mengosok-gosok mata tanda mengantuk. Nadiah masih cergas berceloteh maklumlah sejak pandai bercakap ni. Umur Nadiah dalam dua tahun. Disebabkan suamiku hanya akan pulang keesokkannya, aku membawa anak-anak tidur di dalam bilik.

Aku menepuk-nepuk abang. Tidak sampai 10 minit sudah terlelap. Adik masih lagi mengomel sendirian. Disebabkan kepenatan, dengan kuasa veto mak, aku tutup lampu bilik dan mengarahkan Nadiah memejamkan mata.

Tiba-tiba, Nadiah bersuara, “Anganlah acau… hik hik hik.”

Dalam samar-samar cahaya lampu dari kaki pintu aku nampak tangan Nadiah seolah-olah menepis sesuatu di belakangnya berkali-kali. Terus aku rasa meremang. Aku kuatkan hati menegur Nadiah, sudahlaj tu. Dia masih ketawa dan berkata, “anganlah… anganlah.”

Terus aku bangun dan membuka lampu bilik. Nadiah aku letakkan di antara aku dan abangnya. Alhamdulillah akhirnya Nadiah tertidur.

Kisah Ketiga:

Nadiah suka bercerita. Kadang-kadang aku pun tidak pasti sama ada dia main-main atau tidak. Suatu hari adikku beritahu Nadiah bercerita dengan dia. “Adik tak ada kawan sangat. Kawan dengan hantu je. Hari tu, adik nampak kakak rambut panjang, berbaju putih, tak ada kaki, tak ada tangan kat luar rumah,” sambil menunding jari ke tingkap bersebelah ruang tamu.

Aku bercerita kepada jiran aku. Dia cakap baru-baru ni, ada kawan dia yang datang ke rumah waktu malam ternampak cik ponti terbang dari bumbung rumah terus masuk ke dalam hutan. Aku terus terdiam.

Sebenarnya kami sudah beberapa kali membawa Nadiah berubat dan cuba menutup hijabnya di Darus Shifa. Tapi asyik terbuka semula aku rasa. Cuma semenjak dia mula playschool, dia sudah tidak menegur atau bercerita benda bukan-bukan. Mungkin sudah tertutup? Harap-haraplah… sebab aku dengar, apartment yang kami baru beli dan rancang untuk berpindah, jiran-jiran berkongsi macam-macam cerita juga. Haigh, mudahan dah tertutup, tak adalah dia nak menegur pula nanti. Kalau tak kejung mak nak ooii!

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]
Omakkau

10 thoughts on “Kuarters Lama”

  1. Ini merupakan penceritaan yang bagus, penceritaan yang santai dan senang difahami. Tidak meleret-leret dan straight to the point. Kekalkan.

    Reply
  2. budak2 umur mcm tu biasalah dpt tgk bukan2..

    cuma part sampai ke bilik air tu, bahaya sgt.. jgn lah dibahayakan nyawa bayi x bdosa ni wahai makhluk lain.

    Reply
  3. Good stories. Kebnykan penulis pompuan bnyk meleret. Itu menunjukkan cerita tersebut ditokok tambah utk melakukan cerita yg mbuatkn pembaca menjadi bosan dan keliru.

    Mcm cerita puan ni simple and easy to understand. Takde menghuraikan secara detail ttg geografi rumah dan sekeliling. Pembaca tk perlu pening memikirkan. Ini juga menunjukkan cerita ini bukan direka2. Syabas puan!!!

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.