Kuaters Di Ladang (Part 1)

Hai,terima kasih FS dengan adanya page seperti FS ni dapat juga saya berkongsi kisah pelik yang pernah saya alami. Ni kisah pertama saya, pada tahun 2012, saya berkerja dia sebuah Kilang kelapa Sawit (Palm Oil Mill). Saya masuk kerja pada bulan Feb 2012. Masa tu saya hanya sebagai pelatih je. Kerja saya jadi clerk dan selepas office hour tamat saya akan membantu di bahagian Weighbridge Office, saya ok je, tambahan nanti masuk OT, hujung bulan masyuklah. Biasanya saya bertugas kat bahagian WBO ni dari pukul 5/6pm-10pm. Ada sekali pernah kerja sampai pukul 7 pagi masa musim buah sawit banyak lah. Saya balik kerja pakai motosikal, masa tu saya belum pernah sekali pun terkena benda pelik² ni, jadi saya tak pernah rasa takut walaupun balik melalui jalan sawit yang gelap seorang diri. Sehinggalah kisah² pelik saya bermula.

Dipendekkan cerita, masa tu macam biasa, saya balik kerja pukul 10, sampai kuaters dalam pukul 10.30, jalan dari tempat kerja agak jauh jugalah, dengan jalan berbatu lagi melambatkan-lah. Seperti biasa sampai rumah saya mandi, selesai mandi perut rasa lapar, so masak mi lah, malas nak masak banyak, sorg je makan. Masa tu dah kira dlm pukul 11, so selesai masak mi, nak cuci periuk, singki menghadap la tingkap, saya tak pernah tutup tingkap, sebab dah ada jaringkan. Kalau tutup rasa semak, so masa tengah mencuci tu, tiba-tiba saya terasa macam ada sesuatu je kat semak belakang rumah, masa tu tak syak apa, saya pandang kat semak tu, saya nampak sesuatu yg berwarna putih, saya tak nampak muka, kaki, tangan atau rambut, cuma sesuatu yg berwarna putih sedang bergerak² dlm semak.

Masa tu memang tak fikir apa, nak dramatik lagi, saya dengan beraninya menjenguk ke luar dari beranda belakang ke arah semak tu. Masa saya menjenguk tu, benda tu dah tak ada. Masa tu baru lah terasa meremang. Mi yang dimasak saya tinggalkan je, keluar rumah ambik kunci moto, moto pula tak dapat nak start, nak naik rumah masa tu dah cuak. Masa tu saya tak pasti kalau saya tutup pintu rumah saya dengan rapat atau tak tapi masa saya pandang pintu tu ternganga. Masa tu dah tak fikir apa, saya lari laju² pergi kat kuaters depan.

3 blok dari kuaters saya, ketuk je pintu kawan saya terus keluar. Masa tengok muka saya dah pucat tu dia macam dah boleh agak. Kebetulan masa tu sepupu kepada kawan saya ni turut bermalam bersama mereka kat kuaters tu, so saya ceritakan apa yang terjadi. Sepupu kawan saya tu seolah² tak terkejut, dia kata, tempat ni memang ada “benda” macam tu. Almaklumlah, dahulunya hutan. So malam tu diorg ajak saya tidur sama.  Masa nak tidur tu saya bertanyalah kat kawan saya, “sepupu ko tu macam tak terkejut je dengan benda macam ni” .. Barulah kawan saya tu bagitau, yang sepupu dia tu dapat nampak “benda²” tu.

Itulah pertama kali saya mengalaminya sendiri, meski saya tak pasti apakah benda tu. Diteruskan ke kisah saya yg kedua. masih juga ditempat yang sama, setahun kemudian, masa tu saya dah tak kerja kat WBO lagi. Ni kisah yang dialami oleh suami saya. Malam tu, malam Sabtu, dia dengan kengkawan dia melepaklah bersama, tengok bola, rumah kawan dia sebelah je. Masa tu dah dalam pukul 11 malam, saya dah terlelap dah. Tiba² suami saya masuk dan bangunkan saya. Saya rasa pelik, awal pula bola ni habis, awak pula dia ni balik. Masa tu muka suami saya dah cuak, dia ajak saya duduk kat ruang tamu. Masa tu saya perasan yang jiran sebelah pun dah takda bunyi. Cancel ke perlawanan bola tu? Masa dah duduk kat ruang tamu tu.

Suami saya ceritalah, masa dorg tengah ramai² duduk tengok tv, sengaja dorang biarkan pintu ke beranda belakang dibuka, biar angin masuk katanya. Suami saya dan kawan dia sorg lagi duduk menghadap ke arah pintu tu, dipendekkan cerita yang lain tgh sibuk berbual, tiba² suami saya perasan ada sesuatu melintas , melalui beranda belakang. Masa tu kawan dia yang bersebelahan dengan dia dah tunjuk muka cuak, dorang saling berpandangan. Kawan dia tanya “ko nampak tak tadi?” suami saya menggangguk, yg lain pula perasan dengan keadaan dorang. So dorang cerita lah, yang dorang ternampak kelibat wanita, berambut panjang berpakaian putih baru je melintas.

Semua diam. Suami saya kata, masa dia lihat benda tu melintas, dia tak sedar bila benda tu dah takda baru dia sedar apa yg dia nampak, seolah² blur sekejap. So kawan suami saya yg empunya bilik tu pun bangun, dia mengejutkan nenek nya yang tinggal bersama untuk jaga dia, maklumlah org bujanh, nenek ni sorg, so cucu dia bawa bersama, tolong masakkan untuk dia. Nenek tu usia dia dalam 60an. So dia kejutkan nenek dia, doeg ceritalah kat nenek. Lepas cerita kat nenek, nenek tu cakaplah, “biasa tu, memang selalu benda tu lalu lalang kat situ, kadang² dia duduk kat beranda depan tu, tu memang laluan dia, tak apa, jangan tegur, diamkan je”.

Rupa² nya sebelum ni nenek tu pernah jugalah terserempak dengan benda tu katanya.. Tapi benda tu melimpas je. Setelah suami saya ceritakan semua tu, saya makin pasti lah dengan benda yang saya nampak setahun yang lalu. Beberapa bulan lepas tu, satu lagi benda pelik jadi kat saya. Masa tu suami saya kerja shift malam, satu rumah tu ada 2 bilik. So kitorg tinggal berdua, bilik satu lagi tu saya buat jadi stor. Entah tak tahu kenapa malam tu, rasa nak jenguk stor tu, macam ada benda nak dibersihkan, dlm pkl 9 malam.

Kebetulan esok hari Ahad, so saya rasa mcm nak berkemas je. Saya bukalah pintu bilik stor tu, nak buka lampu, lampu pula tak berfungsi, entah dari mana dan tiba² saya tak pasti kalau anginlah.. Semerbak bau kemenyan menusuk ke hidung saya dari bilik tu. Saya yang terkejut dek tersedut bau kemenyan tu dengan pantas mengehepas dan menutup pintu. “Kuat betul bau kemenyan ni..” Saya berkata dalam hati. Masa tu sedapkan hati. Mungkin dari kuar tingkap yg terbuka. So malam tu batal teruslah niat nak berkemas. Beberapa ketika selepas hari tu, saya dan suami saya baru je balik dari pasar malam, hujung minggu kan, so makan kat luar, lagipun masa tu kitorg baru je dah beli kereta.

Sampai rumah masa tu dalam pukul 11 malam, jiran semua dah senyap dah tidur agaknya. Sesampai je kat pintu rumah, saya tercari² kunci rumah dalam beg yang semak tu. “dah jumpa pun” tiba² suami saya terbatuk² dengan kuat.. masa tu tak fikir peliklah, so lepas tu masuk dalam rumah. Saya pergilah kemas barang dapur yang dibeli. Suami saya pula terus duduk depan tv lah. Selesai kerja saya mengemas saya duduk sebelah suami. Suami saya terus tanya saya ‘awak takda hidu bau apa² ke tadi?” saya gelengkan kepala “bau apa?’.. Dia cakaplah “masa kat depan pintu tadi, tiba² menusuk bau wangi yang teramat sangat sampaikan saya terbatuk², tajam sampai ke tekak je bau tu, saya tak nak cakap awal tadi, rasa lain macam je tadi” kata suami saya. Saya mintalah dia doa, jangan fikir apa². Malam tu masing² senyap je.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

1 thought on “Kuaters Di Ladang (Part 1)”

Leave a Comment