#KucingKelabu : Origami

Assalamualaikum.. salam sejatera salam perkenalan dari saya buat anda semua. Lain macam pulak rasa bila dah lama tak hantar kisah kat Fiksyen Shasha. 9 kisah yang dulu adalah kenangan terindah. Saja berkongsi pengalaman hidup. Kali ini saya nak berkongsi pengajaran pulak. hehe. Maaf ye admin sebab lama tak share story kat sini. Ok.. ini cerita seterusnya dari saya.

Zul: Wan, betul ke rumah ni yang kita nak duduk nanti?
Wan: Entah. Aku ikut je. Malik yang uruskan semua ni.
Malik: Ah, korang ni! Jangan nak macam-macam eh. Ni rumah yang paling murah kita dapat kat area sini tau. Kita stay dulu, tengok. Kalau ok baru kita tong duit sewa.
Wan: Kalau tak ok?
Malik: Kalau tak ok…dipersilakan cari rumah lain. Aku nak stay sini je.


Wan, Zul dan Malik baru je berhijrah dari kampong ke kota metropolitan ni demi mencari kerja seperti apa yang dipaparkan di surat khabar minggu lepas. Setelah melalui beberapa sesi perbincangan diantara mereka dan juga keluarga masing-masing, kata sepakat telah diputuskan demi meneruskan kelangsungan hidup mereka dan perngorbanan perlu dilakukan. Malik menelefon rakannya yang telah lama menetap di kota metropolitan itu untuk bertanyakan jika ada rumah kosong yang boleh disewakan untuk mereka bertiga berteduh.

Truuttt….truuttt….
Truuttt….truuttt….
Bunyi talian cap kuning handphone Malik bersambung ke talian kawannya. Selang beberapa saat panggilan tersebut dijawab.

Malik: Hello Madi…
Madi: Haa…hello…Assalamualaikum… Malik… apahal call aku ni? Nak pinjam duit ke?
Malik: Waalaikumussalam… Kau ni… Asal aku call je cakap nak pinjam duit. Mentang mentang la kami duduk kampung je tak kerja bergaji besar macam kau. Kau perli aku ke apa?
Madi: Hahahaha…. Tak ada la… Aku gurau je la… Hah, Apa hal ni?
Malik: Aku nak mintak tolong kau ni… Tolong carikan rumah sewa untuk aku, Wan dengan Zul. Kalau boleh cari la yang murah sikit sewanya… Mahal mahal kami tak mampu.
Madi: Insyaa Allah aku tolong carikan… tapi haritu aku terperasan ada rumah kosong untuk disewakan…. Nanti aku tanyakan. Tapi kau kena siapkan duit la.
Malik: Yang tu aku dah settlekan dah. Kau tolong carikan rumah je.
Madi: Nanti petang aku call kau balik ok?
Malik: Ok. Thank you Di.
Madi: Sama sama.

Panggilan ditamatkan…

Petang itu selepas waktu Asar, Wan dan Malik ni berkumpul di kedai Kopi Pak Ya. Sambil mengeteh dan mengopi, papan dam haji diketuk ketuk oleh Wan dengan menggunakan tudung botol menandakan dia telah bergerak ke atas dan “makan” tudung botol milik Malik.

Wan: Hahahaha… tu makan dia.
Malik: Main tipu je keje kau kan.
Wan: Tipu amendenya… terang dan nyata kot aku gerak… Hahaha… dah kalah kan? Teh Tarik ni kau bayar. Hahaha

Malik hanya menggaru kepalanya yang tidak gatal

Malik: Yelah yelah!!!

“Ku tanya malam…dapatkah kau lihatnya perbedaan.. Yang tak terungkapkan..” ringtone handphone Malik berbunyi.

Malik: Hello di…
Madi: Haa Lik… rumah tu belom ada yang duduk lagi masih kosong. Sewa RM450 sebulan. Dah murah dah ni Malik.
Malik: Huuuuhhh ok sangat dah tu. Kau cakap kat tuan rumah kira jadi. Esok jugak kami datang. Tapi ada kena bayar pendahuluan ke?
Madi: Ada la… 2 + 1 tambah bil air bil api RM200
Malik: 2 + 1??? Apa tu?
Madi: Alahhh… tak payah pikir la yang tu. Aku settlekan untuk kau. Nanti dapat kerja dapat gaji pandai pandai la kau bayar balik kat aku.
Malik: Ok Di. Terima kasih. Jumpa esok. Assalamualaikum.
Madi: Ooo Islam rupanya kau ni… Waalaikumussalam…hahaha

Tutttt….
Panggilan ditamatkan. Panas telinga Malik dengar ayat perli dari Madi tadi. Lalu Malik mengarahkan Wan untuk call Zul dan bagitau yang mereka akan bertolak ke kota untuk mencari kerja besok pagi.


Ketibaan 3 sahabat di stesen bas pada tengah hari itu disambut oleh Madi yang menunggu mereka seawal jam 11 pagi lagi. Kemudiannya mereka bertiga dibawa oleh Madi ke rumah yang telah Madi booking untuk mereka sewa itu. Setibanya di sana, kelihatan Uncle Lim, pemilik rumah tersebut telah menunggu mereka di dalam rumah tersebut.

Pinn…piiinn
Madi menekan hon kereta Toyota Vios miliknya yang kemudiannya menyebabkan Uncle Lim keluar dari dalam rumah tersebut.

Uncle Lim: Haiiiyaa… Lu orang janji pagi… Sikalang sudah tengah hari oo…
Madi: Sorry la Uncle Lim. Jalan jammed… Tu yang lambat sikit tu…
Uncle Lim: Okla okla. Masuk masuk. Kita sign itu aggleement dulu. Lepastu lu orang boleh tinggal sini. Itu downpayment 2 bulan tambah 1 bulan sekali air sama api 200. Paham aa?
Madi: Paham Uncle.

Malik selaku ketua antara mereka bertiga menurunkan tanda tangan di atas kertas agreement menandakan mereka bersetuju dengan jumlah sewaan yang ditetapkan. Zul yang kelihatan agak penakut sedikit dari tadi asyik memerhatikan keadaan sekeliling rumah tersebut yang padanya agak pelik. Antara isi kandungan surat perjanjian sewa rumah itu adalah jika penyewa keluar daripada rumah tersebut dalam tempoh 3 bulan pertama maka duit pendahuluan tidak akan dikembalikan. Malik bersetuju dengan syarat tersebut kerana dia yakin rumah semurah itu mana mungkin mereka akan keluar dalam tempoh yang singkat.

Wan: Uncle, ini rumah sebelum ni siapa duduk?
Uncle Lim: Mula mula dulu ada satu family duduk sini. Dalam dua tahun itu lepas aa… mereka sudah pindah pergi Australia. Lepas itu ada satu kahwin punya orang Melayu masuk. Itu orang tak ada lama la duduk. 6 bulan saja sudah pindah. Lepas tu lu orang loo.
Madi/Malik: Ooooo…
Uncle Lim: Aiyaaa… ada banyak hal lagi mau settle. Ini wang wa angkat aaa. Lu orang jaga ini rumah baik baik. Ada apa nanti call saja. Wa balik dulu aa.
Malik: Ok Uncle… terima kasih ye.
Uncle Lim: Sama sama.

Uncle Lim cepat cepat meninggalkan mereka semua di rumah tu dan pergi untuk membuat hal dia sendiri. Madi kemudiannya menyatakan yang dia pun kena balik sebab Isteri dia sudah lama tunggu kat rumah. Dah berpuluh kali Isteri dia call bising-bising suruh balik cepat sebab nak keluar beli barang dapur. Maklumlah hujung minggu kan. Setelah Madi beredar tinggallah mereka bertiga untuk uruskan rumah tersebut.

Zul: Wan… Betul ke rumah ni yang kita nak duduk ni???
Wan: Entah… Aku ikut je… Malik la yang uruskan semua ni.
Malik: Ahhh… korang ni. Jangan nak macam-macam eh. Ni rumah yang paling murah kita dapat kat area sini tau. Korang stay dulu tengok… Kalau ok baru kita tong tong duit sewa.
Wan: Kalau tak ok?
Malik: Kalau tak ok….dipersilakan cari rumah lain……… Aku nak stay sini je. Rumah ni ada 3 bilik kan. Sorang satu. Bilik Master tu aku yang punya. Lagi dua bilik tu pandai pandai la korang.

Wan dengan lincahnya memilih bilik tengah maka Zul yang nampak sedikit lemah antara tiga orang ni terpaksa akur dengan bilik hujung. Selesai simpan barang, Wan dan Malik melepaskan penat di sofa di bahagian ruang tamu. Mereka beruntung kerana rumah yang mereka sewa itu lengkap dengan sofa, katil dan almari. Dengan harga yang murah sememangnya menjadi buruan sesiapa sahaja yang mencari rumah disekitar kota metropolitan ini. Zul yang dari tadi dalam bilik keluar dengan sesuatu ditangannya. Origami berbentuk angsa.

Zul: Weyh korang, dalam bilik korang ada tak benda ni?

Zul menunjukkan origami yang dipegangnya kepada Wan dan Malik.

Wan: Tak ada pun.
Malik: Dalam bilik aku pun tak ada. Anak Uncle Lim punya kot.
Zul: Tak apa lah. Aku nak bersihkan laman kejap.

Zul meletakkan origami yang dipegangnya ke atas meja kopi dan meninggalkan Wan bersama Malik yang rancak merancang untuk membeli television dan mesin basuh bila dah dapat gaji nanti. Esok Wan dan Malik akan ke sebuah kilang elektronik untuk satu temuduga terbuka sebagai operator pengeluaran manakala Zul tertarik dengan iklan kerja pengawal keselamatan.

Sedang Zul asyik membersihkan laman di hadapan rumah, tanpa dia sedari gelagatnya diperhatikan oleh jiran berhadapan dengan rumah mereka, Ust. Kamarul. Ust. Kamarul boleh dikatakan sudah lama menetap di kawasan ni dan kelibat Zul yang sedang mencuci laman menarik perhatian Ust. Kamarul yang kemudiannya ke pagar rumah mereka dan menyapa Zul.

Ust. Kamarul: Assalamualaikum…
Zul: Waalaikumussalam.
Ust. Kamarul: Baru masuk menyewa kat sini ke?
Zul: Ye… Kami dari kampung. Baru je masuk sewa sini. Encik ni tinggal mana?
Ust. Kamarul: Nama saya Kamarul… Ust. Kamarul. Duduk depan ni je ha. Lagi dua orang mana? Kamu semua bertiga kan?
Zul: Ada tu dalam rumah tu tengah rehat rehat.
Ust. Kamarul: Oh… Tujuan ke sini ni mesti nak cari kerja kan?
Zul: Macam tu la Ustaz. Nak cari rezeki dibandar pulak. Mana tau ada rezeki lebih Alhamdulillah. Boleh la sara keluarga kat kampung.
Ust. Kamarul: Tak apalah. Tapi hati hatilah ye. Kat sini banyak dugaan sikit.
Zul: Insyaa Allah.
Ust. Kamarul: Assalamualaikum…
Zul: Waalaikumussalam.

Ust. Kamarul balik ke rumah dia semula sambil ada ketika dia berpaling melihat rumah yang tiga sahabat ini menyewa.

“Semoga semuanya baik-baik saja hendaknya” Bisik hati kecil Ust. Kamarul.

Zul kemudiannya masuk semula ke dalam rumah dan terus ke biliknya untuk berehat. Tapi ada sesuatu yang mengejutkan berlaku. Origami yang diletakkan di meja kopi tadi kelihatan berada di atas almari, iaitu tempat yang dia ambil tadi. Zul mulai rasa pelik. Tapi rasa peliknya itu dipendamkan dan dia menganggap sama ada Wan atau Malik yang meletakkan semula origami tu di atas almari.

Alhamdulillah, rezeki Allah bagi pada mereka bertiga. Wan dan Malik masing masing bekerja di tempat yang sama iaitu di sebuah kilang elektronik. Manakala Zul pula bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah hotel 5 bintang. Mereka bertiga seronok tinggal dirumah tersebut kerana boleh dikatakan dekat dan senang untuk mereka ke tempat kerja.

Dua minggu pertama tiada perkara aneh yang berlaku ke atas Wan dan Malik cuma keadaan Zul yang ada sedikit perubahan. Dia lebih kerap memencilkan dirinya didalam bilik. Perubahan pada sikap Zul menjadi perhatian Wan yang sering memerhatikan Zul membawa balik beberapa packet kertas A4 yang berwarna warni setiap kali pulang dari kerja. Wan yang tertanya tanya apa yang Zul buat dengan kertas kemudiannya mengadu pada Malik dan pada hari mereka berdua cuti mereka bersepakat untuk masuk ke dalam bilik Zul untuk menyiasat apa yang Zul buat dengan kertas kertas tersebut.

Saat Malik membuka pintu dan melihat bilik Zul, dia terkejut dan memanggil Wan untuk turut sama melihat.

Malik: Wan cuba kau tengok ni. Banyak betul.
Wan: Fuhh… rajin betul budak Zul ni melipat kertas buat bentuk angsa banyak banyak ni.
Malik: Melipat kertas melipat kertas. Ni orang panggil origami. Faham?
Wan: Haa… tu la yang aku nak cakap tadi. Tapi…… Sejak bila si Zul ni pandai buat semua ni? Kat kampung tak pernah pulak aku nampak dia buat.
Malik: Tu yang aku pelik tu. Tak apa, nanti kita tanya dia bila dia balik kerja.

Zul habis kerja pada pukul 8 malam dan dalam pukul 8 setengah dia sudah sampai di rumah. Saat Zul sampai dan masuk ke rumah, Malik yang menunggu Zul dari tadi lagi menarik tangan Zul untuk bertanyakan soalan yang bermain di minda dia. Wan yang dari tadi terperap dalam bilik keluar ke ruang tamu selepas dia mendengar Zul balik dari kerja.

Malik: Zul, aku nak tanya kau ni. Kau ok ke tak?
Zul: Aku ok je. Apa masalahnya?
Wan: Tadi kitorang masuk bilik kau. Pasal kitorang selalu nampak kau bawak balik kertas warna warni tu. Lepas tu kitorang nampak la banyak lipatan kertas bentuk angsa tu dalam bilik kau.
Malik: ORIGAMI!!!
Wan: Haa… origami. Bila masa kau buat? Kau nak jual ke semua tu.
Zul: Korang ada sentuh ke origami aku tu? Korang ada ambik?
Malik: Mana ada kitorang ambik. Kitorang tanya je.
Zul: Tak ada apa apalah. Aku suka suka je buat tu.
Wan: Ye ye je kau ni tak ada apa apa.
Zul: AKU CAKAP TAK ADA APA MAKSUDNYA TAK ADA APA LAH!!!!

Suara Zul bertukar menjadi garau menyebabkan Wan dan Malik terkejut. Zul kemudian melangkah masuk ke dalam biliknya dan menghempas pintu dengan kuat. Wan yang terkejut dengan apa yang berlaku tadi menunjukkan lengannya pada Malik atas tujuan untuk Malik lihat bulu roma dia meremang. Malik dengan tak kisahnya berkata.

Malik: Ahhh… lantak dia lah nak buat origami ke nak buat apa ke, aku tak kisah. Asal jangan kacau aku sudah.
Wan: Weyh Malik, aku seram weyh. Gila kau dia sound dengan suara macam tu. Nasib baik tak terkencing je aku ni.
Malik: Tak ada apa apa lah tu.

Ternyata memang ada sesuatu yang berlaku pada Zul tanpa Wan dan Malik sedari. Keadaan semakin teruk selepas sebulan mereka menetap di rumah sewa tersebut. Hari itu Wan dan Malik bekerja pada shift pagi dan Zul pula ketika itu tiada di rumah kerana bekerja waktu shift malam. Wan pada ketika itu baru saja keluar dari tandas terlihat kelibat melintas laju masuk ke dalam bilik Zul.

“Eh? Zul dah balik kerja ke?” Getus hati Wan.

Untuk memastikan siapakah yang masuk dalam bilik Zul tu, Wan memberanikan diri untuk memeriksa bilik tersebut.

“Kreeekkkk….” Bunyi pintu bilik Zul ditolak perlahan-lahan oleh Wan.

Kosong, tiada sesiapa pun didalam bilik tersebut. Yang kelihatan hanyalah bilik yang penuh dengan origami angsa yang dibuat oleh Zul. Yelah, siapa lagi yang buat semua tu kalua bukan Zul. Saat Wan berpusing hendak meninggalkan bilik Zul, dia terdengar sesuatu dan menoleh kembali kembali ke belakang dan ketika itulah badan Wan menjadi kaku dan kakinya seakan terpaku pada lantai rumah bilamana dia ternampak satu kepala menjenguk dari balik tepi almari. Apa yang lebih menakutkan Wan adalah kepala tersebut berwarna hitam dan lidahnya terjelir sambil mulutnya mengukir senyuman yang menyeramkan. Wan cuba utk gagahkan kaki untuk melangkah keluar dari bilik tu. Nasib Wan baik kerana bahunya ditepuk dari belakang oleh Malik yang keluar dari bilik hendak ke dapur.

Malik: Woii… Kau buat apa kat bilik Zul ni Wan?
Wan: Aku….. Aku….. tu….. tu…. Kat situ…..
Malik: Aku tu kat situ apa… Macam macam la kau ni. Dah, aku nak wat air milo ni. Kau nak tak?
Wan: haa.. ok..

Malik terus kedapur untuk membancuh milo dan kemudiannya terus ke ruang tamu.

Wan: Lik… aku rasa tak sedap hati la.
Malik: Apesal pulak?
Wan: Sini aku citer.

Malik mendekatkan kepalanya ke arah Wan.

Wan: Tadi masa aku keluar dari bilik air, aku nampak ada orang masuk bilik Zul. Aku periksa la tapi tak ada orang pun. Masa aku nak keluar tu aku terdengar sesuatu. Aku pun toleh la. Kau nak tau apa aku nampak?
Malik: Kau nampak apa?
Wan: Aku nampak kepala…..

“Bammm!!!!” Belum sempat Wan menghabiskan ceritanya pintu bilik Zul tertutup seolah olah dihempas kuat dari dalam. Malik dengan Wan terkejut.

Malik: Kau ni pun. Nak cerita benda benda macam ni cerita la kat luar.
Wan: Aku rasa ada kena mengena dengan origami tu la Malik.
Malik: Tak apa. Tengok nanti apa aku nak buat. Nak main dengan aku sangat kan.

Malik bingkas bangun dan terus ke bilik Zul. Dikutipnya semua origami angsa dalam bilik Zul dan dimasukkan kedalam satu plastik sampah. Malik membawa plastik yang berisi origami tadi keluar dari rumah dan membuangnya di laman lalu dia mengambil lighter dalam poketnya kemudian membakar semua origami yang ada.

Malik: Padan muka kau. Nak ganggu aku lagi. Puihh…

Tingkah laku Malik itu diperhatikan oleh Ustaz Kamarul dari rumahnya. Malik kemudian masuk semula kedalam rumah. Api yan membakar origami itu masih terang menyala di laman rumah.

Keesokan harinya ketika hendak keluar ke bilik air untuk bersiap pergi kerja, Malik dikejutkan dengan satu nota bertulisan merah ditinggalkan di hadapan pintu biliknya bersama dua origami angsa berwarna merah.

“KAU BAKAR MAINAN AKU YE???” Isi kandungan nota itu pendek tetapi cukup untuk membuatkan Malik terkejut dan meremang. Malik menggumpal nota tersebut dan membuangnya ke dalam tong sampah dan terus ke bilik air untuk mandi. Selesai mandi dia keluar dan terkejut bila melihat Wan berdiri depan pintu bilik air menunggu giliran untuk mandi.

Malik: Eh kau ni. Buat aku terkejut je. Ha.. Kau ke yang letak nota kat depan pintu bilik aku semalam. Kau tak payah nak takutkan aku la Wan. Aku ni bukan penakut macam kau dengan Zul. Tengok la tu, orang tanya buat muka blur, buat muka tak tau apa-apa.

Wan yang masih lagi mamai ketika tu bingung dan blur. Otak dia belum masih boleh tafsir apa yang dibebelkan oleh Malik. Tanpa menjawab apa apa Wan terus melangkah masuk ke dalam bilik air.


Senja hari yang sama, Malik dan Wan berjalan kaki balik ke rumah setelah selesai bekerja. Sesampainya di rumah, Malik terkejut dan marah bila melihat pintu utama rumah terbuka luas.

Malik: Eh eh budak Zul ni memang nak kena dengan aku ni.
Wan: Eh lik… tunggu aku.

Malik berlari masuk kedalam rumah untuk mendapatkan Zul. Dia dah tak boleh bersabar lagi dengan perangai Zul yang makin pelik. Belum sempat Malik nak menyerang Zul, langkah kaki dia terhenti. Pandangan Malik tertumpu ke arah pintu bilik. Kelihatan Zul berdiri tegak memegang tali ditangannya dan kehadiran makhluk berlidah panjang dibelakang Zul itulah yang membuatkan langkah kaki Malik terhenti.

“Bammm!!!” Pintu bilik Zul dihempas dengan kuat.

Malik yang terkaku di ruang tamu itu tersentak saat tangan dia ditarik oleh Wan menyuruhnya keluar dari rumah tu. Ustaz Kamarul yang pada ketika itu hendak keluar ke surau melihat gelagat Wan dan Malik yang nampak cemas. Lalu dia terus kerumah mereka dan bertanyakan keadaan.

Ustaz Kamarul: Assalamualaikum… kenapa dengan kamu ni?
Wan: Waalaikumussalam… rumah ni ada hantu. Dia ambil Zul, kawan kami.
Ustaz Kamarul: Astaghfirullahalazim.. dah parah ni. Ni kawan kamu ni kenapa?
Wan: Malik ni terkejut je ni ustaz.

Pakaian jubah dan kopiah yang disarung oleh Ustaz Kamarul meyakinkan Wan untuk mengatakan yang Ustaz Kamarul tu ustaz.

Ustaz Kamarul: Kamu tunggu sini sekejap.

Ustaz Kamarul bergegas kerumahnya dan datang semula dengan satu jag air masak. Ustaz Kamarul membaca beberapa p****g ayat Al Quran dan kemudian menghembuskan kedalam jag air tersebut. Kemudian air itu dituang kedalam gelas dan diberikan kepada Wan dan sedikit air dituangkan ke tapak tangannya lalu disapukan ke muka Malik sambil menyebuh kalimah Allahuakbar. Malik tersedar.

Ustaz Kamarul: Bagi kawan kamu minum air tu untuk pulihkan semangat dia.
Wan: Baik Ustaz. Tapi kawan kami yang kat dalam tu macam mana?
Ustaz Kamarul: Tak apa. Saya bantu apa yang mampu. Tapi saya perlukan bantuan kamu berdua untuk tarik dia keluar.
Wan: Boleh ustaz… Malik, kau ok ke tak ni?
Malik: Aku…. Aku ok. Aku ok.
Ustaz Kamarul: Mari ikut saya masuk ke dalam.

Mereka bertiga bertiga berjalan masuk dan berhenti di depan pintu bilik Zul. Tombol pintu bilik Zul dipulas oleh Ustaz Kamarul tapi ia seakan berkunci dari dalam. Ustaz Kamarul mempersiapkan kuda kuda seolah olah hendak berlawan dengan sesuatu.
Ustaz Kamarul: ‘A’uzubillahiminasyatonirojim.. Lillahi maa fissamaawatiwamaa fil ard.. wa in tubdu maa fi anfusikum au tukhfuhu yuhaasibkum bihillah.. fayaghfiruliman yasyaa‘u wayu’azzibuman yasyaa’.. Wallahu’ala kullisyai in qodir.

Laungan ALLAHUAKBAR dilaungkan oleh Ustaz Kamarul yang kemudiannya menekan pintu bilik Zul dengan tapak tangannya dengan kuat. Serentak dengan itu pintu bilik Zul terbuka dan kelihatan Zul memegang tali yang telah di ikat di kipas siling biliknya. Keadaan Zul pada ketika itu seolah olah ingin m******h diri.

Ustaz Kamarul: Astaghfirullahalazim… Cepat!! Pergi masuk… tarik kawan kamu keluar.

Wan dan Malik berlari mendapatkan Zul dan menariknya keluar. Saat mereka masuk dalam bilik tu, Wan terpandang bilik itu dipenuhi semula oleh origami angsa yang entah dari mana muncul. Serentak dengan itu bauan busuk mula menusuk hidung mereka berdua. Wan dan Malik menarik Zul sekuat mungkin dan keluar dari bilik itu. Sekeluarnya mereka dari bilik itu dengan tiba-tiba pintu bilik tersebut tertutup dengan sendirinya dengan kuat.

Ustaz Kamarul: Cepat… Kita kena keluar dari rumah ni cepat. Bawak kawan kamu tu keluar.
Wan/Malik: Baik Ustaz.

Saat mereka hendak keluar dari rumah itu, telinga mereka menangkap satu suara dari dalam bilik Zul.

“Ah Mei…. Ah Mei…” Satu suara tangisan memanggil nama Ah Mei dan kemudiannya disusuli dengan percakapan dalam bahasa mandarin yang tidak mereka fahami. Nada suara itu seakan akan menangisi sesuatu.

Ustaz Kamarul: Jangan pedulikan suara tu. Bawak kawan kamu ni ke rumah saya.
Malik: Baik Ustaz.

Sesampainya dirumah Ustaz Kamarul. Zul kemudiannya dipulihkan dari rasukan dan Ustaz Kamarul memberikan Zul minum air bacaan Ayat suci Al Quran untuk memulihkan kembali semangat Zul. Wan dan Malik membiarkan Zul baring di atas sofa rumah Ustaz Kamarul memandangkan keadaan Zul masih lagi lemah.

Ustaz Kamarul: Kamu berdua rehatlah dulu. Saya nak solat maghrib sekejap. Kalau mahu mari kita berjemaah sama sama.
Ustaz Kamarul: Maknya… tolong buatkan air untuk tetamu kita ni.
Isteri Ustaz Kamarul: Baiklah bang.
Ustaz Kamarul: Mari kita solat berjemaah sama sama. Tandas kat sana untuk kamu ambil wudhuk.
Wan/Malik: Iyalah ustaz.

Selesai solat Maghrib, Wan dan Malik ingin bertanyakan sesuatu pada Ustaz Kamarul. Belum sempat mereka bertanya Ustaz Kamarul dah memulakan perbualan.

Ustaz Kamarul: Malam ni kamu berdua tidur disini. Esok pagi kita balik semula kerumah kamu dan ambil semua barang barang kamu. Lebih elok kamu keluar saja dari rumah tu.
Malik: Sebenarnya kenapa dengan rumah tu Ustaz?
Wan: Aah Ustaz… Benda apa yang mengganggu kami tu?
Ustaz Kamarul: Hemmmm… macam ni lah. Rumah tu sebenarnya tak sesuai diduduki selagi tak dibersihkan. Saya dah beberapa kali bagitau pada tuan rumah tu untuk bersihkan rumahnya tapi dia tak mau.
Wan/Malik: Uncle Lim?
Ustaz Kamarul: Ya. Sebelum kamu masuk ni dah banyak dah penyewa yang masuk. Semua tinggal tak sampai sebulan. Terus keluar disebabkan tak tahan dengan gangguan dalam rumah tu. Tapi sebelum ni tak ada yang teruk macam kamu ni sebab tak ada yang tinggal dalam bilik hujung tu.
Malik: Tapi Ustaz, Uncle Lim cakap baru dua penyewa je yang pernah sewa rumah dia. Kiranya kami kena tipulah ni?
Ustaz Kamarul: Itu saya tak boleh nak kata apalah.
Wan: Jadi…. Uncle Lim memang saja je biarkan rumah dia berpenghuni supaya penyewa keluar awal sebelum tiga bulan pertama dan bayaran pendahuluan semua hangus la.
“Sluuurrpp” Ustaz Kamarul menghirup teh o panas yang disediakan oleh isterinya.
Ustaz Kamarul: Mungkin juga.
Malik: Ustaz kan dah lama tinggal sini. Mesti ustaz tau kisah yang jadi dalam rumah tu.
Ustaz Kamarul: Saya sebenarnya tak nak buka aib orang tapi dah kamu nak tau kisah sebenar macam ni lah.. saya boleh ceritakan.
Ustaz Kamarul: Kisahnya macam ni. Dulu ada satu keluarga menyewa di rumah tu. Penyewanya berbangsa Cina. Anak lelaki penyewa bernama Ah Kwan ada menjalinkan hubungan cinta dengan seorang perempuan bernama Ah Mei. Tetapi, Ah Mei ni menduakan cinta Ah Kwan ni dengan lelaki lain. Akibat tekanan perasaan yang melampau, Ah Kwan m******h diri dengan menggantungkan dirinya di kipas siling dalam bilik hujung tu. Keluarga Ah Kwan ni sedar yang dia b***h diri bila mereka panggil Ah Kwan tapi tiada jawapan dan mereka membuka pintu bilik dan lihat Ah Kwan sudah pun m**i tergantung. Dalam bilik Ah Kwan tu penuh dengan Origami bentuk Angsa dan ada terselit satu nota di atas meja yang ditulis oleh Ah Kwan untuk keluarganya dan juga untuk Ah Mei. Tulisan nota itu berwarna merah.
Wan/Malik: Origami??
Wan dan Malik saling berpandangan satu sama lain.
Ustaz Kamarul: Ye.. Origami… Lepas pada tu keluarga ni berpindah ke luar negara semua perabut dalam rumah tu dijualkan pada Uncle Lim. Perabut yang sama yang kamu gunakan tu adalah perabut asal dari keluarga tu.

Zul yang telah sedar dan pulih bangun dan terpinga-pinga dan pelik dengan rumah yang dia duduk sekarang ni.

Zul: Aku kat mana ni?
Ustaz Kamarul: Haa.. Zul. Kamu kat rumah saya ni. Kamu tak sedarkan diri tadi.
Zul: Apa yang dah jadi Ustaz.
Ustaz Kamarul: Tak ada apa apa lah. Malam ni kamu semua tidur kat sini ye. Kamu juga boleh tinggal di rumah saya ni buat sementara waktu sementara kamu cari rumah sewa lain.
Zul: Kita kena pindah ke?
Wan: Aah… kena pindah. Rumah kita duduk tu berhantu.
Zul: Berhantu??
Malik: Ye… berhantu… Kau la hantunya.

Malik kemudiannya menelefon Uncle Lim untuk memberitahu yang mereka nak keluar dari rumah tu. Panggilan Malik dijawab oleh Uncle Lim dengan gelak tawa sambil memberitahu Malik bahawa kalua dia keluar duit pendahuluan tu hangus. Tak boleh dituntut. Malik terpaksa akur kerana dia telah menandatangani perjanjian dengan Uncle Lim.

Keesokan harinya Uncle Lim datang untuk mengambil kunci rumah dan tiga sahabat ni ditemani Ustaz Kamarul mengeluarkan semua barang barang milik mereka keluar dari rumah tersebut. Uncle Lim kelihatan gembira bila mendapatkan semula kunci rumah sewanya itu. Dan kemungkinan akan ada mangsa baru yang akan menyewa rumah tersebut di kemudian hari. Satu tag diletakkan dipagar rumah tersebut yang bertulis “RUMAH UNTUK DISEWA, SILA HUBUNGI UNCLE LIM DI NO ***-*******”. Malik masih lagi rasa marah pada Uncle Lim kerana menipunya. Jika diikutkan hati, mau di terajangnya Uncle Lim tu kat situ jugak.

Seminggu kemudian, tiga sahabat ni masih lagi menumpang dirumah Ustaz Kamarul kerana masih lagi belum dapat rumah sewa lain. Pada hari tu Malik tidak bekerja kerana mengambil cuti sakit setelah dua hari badannya panas. Zul pula keluar bekerja seperti biasa dan belum balik lagi. Waktu tu hampir jam tujuh petang dan Wan dalam perjalanan pulang dari tempat kerja. Ketika nak sampai kat rumah Ustaz Kamarul, Wan ternampak tiga bentuk Origami Angsa di depan pagar rumah sewa mereka dulu. Wan mengambil Origami tersebut dan memandang ke arah rumah sewa tu. Pandangan Wan tertumpu dalam rumah tersebut setelah dia ternampak kelibat lelaki memandangnya dari dalam rumah dengan senyuman yang menyeramkan. Wan tersentak setelah dia dikejutkan oleh sapaan Ustaz Kamarul yang menepuk bahunya ketika keluar nak ke surau.

Ustaz Kamarul: Wan, tengok apa tu? Ok tak ni?
Wan: Haaa…Ustaz.. Ok ok.. saya ok Ustaz.
Ustaz Kamarul: Dah, pergi masuk bersihkan badan dan solat. Esok bagitau kawan kamu saya ada jumpa rumah sewa untuk kamu bertiga.
Wan: Haa.. baiklah ustaz.
Ustaz Kamarul: Saya nak ke surau dulu ye.
Wan: Ok ok.

Wan yang masih bingung dengan apa yang berlaku memandang kembali ke arah rumah tu. Kelibat lelaki dalam rumah tu sudah tidak kelihatan lagi dan origami yang dipegangnya tadi hilang entah kemana.

-Tamat-

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 5]
Kucing Kelabu

14 thoughts on “#KucingKelabu : Origami”

  1. Aku rasa nak santau jek kat umcle lim tu…hanat tipu duit org.. senang2 jek untung atas angin… tangkap itu aucle lim mangga dia kat dlm umah tu..padan.muka dia…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.