Kum-Kum

Seminggu dua ni, timeline facebook aku penuh dengan post orang dok share kisah “seram” dari blog Fiksyen Shasha. Aku tak ambil “port” sangat mula-mula tapi bila da start baca 2-3 post dari blog ni rasa syok pulak. Jadi aku pon gatai tangan nak cerita pasal kisah aku pulak la. He ~~~

Siapa pernah dengar pasal “hantu Kum-kum”? kalu ko tak pernah dengar tandanya, Kita geng..! Aku mula-mula tak tau pun ada hantu nama macam ni, Aku tau nama menatang ni pun sebab aku pernah cerita kisah hantu aku dekat kawan then diorang cakap aku sebenarnya kena kacau dengan hantu “kum-kum” ni la. Entoh ler, aku tak pasti, tapi cerita aku macam ada kaitan dengan nama “kum-kum” tu, jadi aku iye kan aja dengan kawan-kawan aku, yang aku pernah kena kacau dengan hantu “kum-kum”

Bapak aku dulu anggota polis, jadi ko bole agak setting cerita ni kat mana. Ya, rumah pangsa di kem polis atau orang kita panggil flat polis. Kem polis tu masih baru, banyak kawasan hutan kecil sekeliling kem tu. Memang asal sebelum kem tu dibina adalah hutan tebal yang baru diteroka untuk buat perumahan. Banyak kali jugak nampak b**i hutan melintas dalam hutan kecil dekat kem ni. (ye la, time budak2 dulu, merayau ja la kerja).

Takat pukul 2-3 pagi dengar macam orang jalan seret selipar tapi takda bayang tu dah biasa dengar dah dekat flat aku nih, (walaupun waktu tu aku belum pernah kena lagi) tu pasai aku taknak cerita pasal seret selipar tu, aku nak cerita pasal hantu “kum-kum”

Nak dijadikan cerita, hari tu bapak aku ada operasi, shift malam. Memang dah jadi tabiat aku, suka tunggu bapak balik dari kerja. Kebetulan pulak time tu cuti sekolah, jadi aku dengan niat suci murni nya nak tunggu bapak malam tu. Duduk lah aku dekat ruang tamu, acah-cah nak tengok cerita lewat malam sambil tunggu bapak balik. Tapi hampeh…. pukul berapa entah aku terlelap dekat situ dan aku tersedar balik disebabkan satu perkara yang aku tak dapat aku lupakan sampai sekarang.
……..
Aku sedar-sedar ja, ruang tamu dah gelap, agaknya mak aku dah tutupkan TV untuk aku, nak tengok jam pukul berapa, tak nampak sebab ada cahaya samar-samar ja dari lampu dekat balkoni flat tu, aku tak sure bapak aku da balik ke belum time tu, sebab still rasa mamai & mengantuk lagi, aku bangun dari ruang tamu nak masuk bilik, tidur dengan adik aku. Bab nak tunggu bapak aku balik tu lain kali ja la.. da mengantuk sangat nih.

Elok aku nak terlelap dekat bilik aku, tetiba dengar bunyi sayu macam orang bagi salam tapi tak jelas sangat salam dia, yang sempat aku dengar “kum… kum…” ja. Sebab time tu aku tengah mamai lagi, aku tak sure tu suara perempuan ke lelaki. So aku agak tu bapak aku dah balik la kot. Dengan malas aku bangun slow-slow nak tolong bukakan pintu. Aku still lagi dengar suara sayu bagi salam. Dalam kepala otak aku da pikir bapak aku ni penat sangat ke? Sampai bagi salam sayu ja…

Ngam-ngam aku dekat depan pintu ruang tamu , suara sayu dah takda, dengar bunyi orang ketuk pintu pulak, tapi bunyi dia bukan macam orang selalu datang rumah ko ketuk pintu elok-elok. Tak, bunyi dia macam ko tengok drama cina, Along datang nak kutip hutang, ketuk pintu kuat nak mampus. Ko bayangkan pagi-pagi buta, depan batang hidung ko, pintu rumah kena ketuk macam nak pecah, selak (kunci) dekat pintu rumah aku begegar, macam nak tercabut.

Mata aku teroih segar, cuak punya pasal. Lama pintu kena ketuk macamtu (tak sure jugak berapa lama, ye la tengah takut kot, benda 5 min pon rasa mcm setengah jam) Yang aku pelik apahal la ahli keluarga aku yang lain tak sedar. Bunyi macam orang nak pecahkan pintu kot, tidur m**i ke, atau diorang dengar, tapi buat bodo ja.

Aku masih lagi kaku dekat depan pintu tu, tak tau nak bukak ke tak. Time aku tengah dilema tu, tetiba bunyi ketukan dah takda, suasana terus jadi sunyi. Bunyi cengkerik pon takda (selalunya malam-malam ada bunyi cengkerik, sebab belakang flat aku ada bukit) Beberapa minit lepastu aku dengar bunyi jalan seret selipar tapi takda bayang orang lalu pun. Ah sudah…. dengan peluh merecik dekat dahi, aku lari masuk bilik, himpit adik aku, dan terus paksa mata tuk tido.

Pagi esoknya aku tengok bapak aku takda, aku tanya mak bapak mana?
“bapak ko da kluar cari surat khabar”
Fuh… ingatkan bapak tak balik lagi.
“pukul berapa bapak balik semalam?”
“dekat pukul 11 malam, engko baru lelap, bapak ko da balik dah”
Gulp..! nak tersedak aku, aku tanya mak lagi,
“malam semalam ada dengar orang ketuk pintu tak?” dalam hati aku pikir; ye la mana tau jiran sebelah gadoh pepagi buta ke..

Mak bole cakap “dah buang tebiat ke apa ko ni? Itu la lain kali jangan sibuk sangat nak tunggu bapak ko kalu bapak ko balik lambat.. baru tido lambat sikit dah ting tong, merapu tak tentu fasal”

Dah sudah, tak pasal-pasal aku sarapan dengan leter mak aku. Tak jadi nak tanya macam-macam lagi dekat mak. Aku tanya benda sama dekat adik , ada dengar orang ketuk pintu tak malam semalam? Adik aku pon tak da dengar apa-apa. Meremang bulu roma aku bila aku pikir kejadian malam tu, aku memang hampir-hampir nak bukak pintu tu sebab aku pikir bapak aku yang balik, tapi hakikatnya bapak aku da balik lama dah waktu aku terlelap dekat ruang tamu.

Agaknya kalu aku sempat bukak memang bole demam seminggu kot.. Fuuh… lepas pada tu, aku tak berani nak tido lambat, pukul 10 malam je aku da masuk bilik tido(taknak tido dekat ruang tamu dah). Tobat aku…

Sekurang-kurangnya walau dekat 18 tahun aku duduk dekat flat polis tu, peristiwa ni adalah yang pertama dan terakhir yang aku pernah lalui. Aku syak hantu ni tak pernah hingat rumah sapa dia pernah kacau, atau mungkin malam tu dia tersilap rumah. Hahaham..bar..

Tahniah sebab ko (iye, ko la, yang tengah baca ni) berjaya baca contengan ni sampai habis (tepuk tangan kuat2) Yeah…!! And thanks pada admin yang sudi post cerita aku ni, (dapat la fe-felings jadi retis) kalua da ayat yang tunggang langgang tu, bole tolong editkan, kasi cantik sikit. ngeee ~~~
Tu ja kisah aku, Bubye > <

.

Asma
Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

10 comments

  1. Hahahha feel gak citer ko ni. rase cm ko tgh sembang betul2 depan ak ni haa. siap suh tepuk tangan lagi kahkahkah sempoi bro..

  2. akk suka cite ko ni dek.
    mengingatkan zmn kanak2 akk yg penuh misterius. Kdg2 kita pon x boleh nak explain apa yg kacau kita. Nak cite pon rasa mcm x cukup point. Hanya org yg melaluinya aje yg tau perasaan takut & seram tu

  3. Lawak la ko ni. Nasib x buka. Klu buka org kata dia minta susu. Mak ko sje je tu x nak bagi ko pikir sngt. Slalu mak² mmg gitu walaupun dia dah tahu dah apa dia.
    Just my simple opinion.

    1. serious ar bro..? mana aku cari kalu dia mnx? adeh parah ni…. kalu mcmtu bro, aku memang berterima kasih gila kat mak aku, huhuhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.