Kursif

Hujan lebat membasihi bandar Seremban. Di tengah-tengah Dataran Seremban, berdirinya seorang lelaki berkaca mata browline, berkemeja putih, di lehernya tergantung stetoskop, berseluar slack berwarna hitam dan berkasut kulit. Di atas poket kirinya, terpampang namanya, Doktor Kusyairy. Matanya berkaca sama seperti hujan yang membasahinya. Malahan dia membisu dan kaku. Dia tidak berteduh apatah lagi memegang sekaki payung. Hanya di tangan kanannya memegang sepucuk surat yang sudah lunyai dek terkena hujan. Tulisan pada surat itu juga tidak dapat dibaca. Sudah lunyai. Dakwat tulisan pada surat itu juga telah kembang teruk. Orang ramai yang lalu-lalang di jalan raya hanya memerhatinya. Barangkali gila agaknya atau frust menonggeng putus cinta ditinggalkan kekasih. Bolehlah dikatakan masyarakat yang ignore Kusyairy agak selfish sebenarnya.

Kusyairy merupakan seorang yang fresh graduate doktor perubatan yang telah membuka klinik sendiri di bandar Seremban. Cuma, kliniknya tidak berapa mendapat sambutan orang kerana kliniknya terletak di kawasan perniagaan yang baru siap dibina. Rakan-rakan doktornya melabelkan Kusyairy seorang yang pendiam. Hobinya menulis catatan di dalam diari. Macam-macam ditulisnya. Antaranya, betapa bahagianya dia setiap kali dia dapat menikmati kari kepala ikan di Restoran Kari Hijau dan alangkah sedihnya bila terkenangkan kubur ibu bapanya yang berada di utara Semenanjung Malaysia. Tapi dia tidak pernah menceritakan kepada sesiapa pun. Hanya di dalam diarinya tertulisnya kisahnya. Kusyairy hanya bercakap yang penting-penting sahaja. Boleh bikin stres kalau berbual dengannya.

3 hari yang lalu

Kusyairy kusyuk menyusun jilid-jilid diarinya di rak buku kayu. Kali ini jilid yang ke-25.

”Knock…knock”

Secara automatiknya, Kusyairy menoleh kebelakang memandang pembantu kliniknya, Latifah. Wajah Latifah kelihatan serabut dan kalut.

”Ya, Latifah. Ada apa ? ” cermin mata browlinenya dipakai.

” Doktor Ku, saya perlu balik segera. Ada hal urgent”. Ujar Latifah.

” Tak mengapalah, Latifah, Saya ada di klinik. Lagipun pesakit yang datang ke klinik ni boleh kira pakai jari anak kucing”. Sempat pula Kusyairy bergurau.

Wajah Latifah yang tegang dari tadi akhirnya tersenyum kecil juga.

” Baik, doktor.” Hanya dua patah perkataan sahaja dijawabnya namun ada senyuman kecil terukir di bibirnya.

Lepas sahaja Latifah pulang, Kusyairy duduk termenung di kaunter hadapan. Apalah nasibnya apabila pembantu kliniknya, Latifah pulang awal. Kusyairy mengerling jam di tangannya.

” Huh, baru pukul 3.00 petang. Lambat lagi nak masuk waktu solat Asar ”. Bermonolog dalaman pula dia.

” Bosanlah pulak ”. Dia terus mencapai komputer ribanya yang jenama Apple. Kusyairy memilih untuk menonton video rancangan DR Oz di Youtube.

Seperti yang dijangkakan oleh Kusyairy, sehingga jam 6.00 petang langsung tiada pesakit yang datang. Bayang-bayang pun tak nampak. Maklumlah klinik baru dibuka dan masih tersorok di celah-celah bangunan.

”Hmm, baik aku tutup dulu klinik kemudian solat Asar”. sambil memandang cuaca di luar kliniknya.

Usai mendirikan solat Asar, Kusyairy membuka name tagnya dan meletakkan stetoskop di atas mejanya. Dia hanya mengambil IPhone 6 yang masih dicaj di suis.

Perjalanan pulang dari klinik ke rumahnya berjalan lancar. Sempat juga dia singgah di Restoran Kari Hijau untuk membeli nasi putih dan kari kepala ikan favourite dan teh o aisnya.

Dia meneruskan pemanduan hinggalah GPS telefon pintarnya bersuara

” You have reach your destination”.

” Alhamdulilah, sampai rumah”.

Keretanya diparkir di tepi tong sampah. Malas agaknya nak buka pagar bagai.

” Eh, ada suratlah. Tapi mana nama pengirimnya ? Selalu bil saja yang sampai ”.

Dia terus capai surat itu. Fikirnya surat itu mungkin surat berkaitan dengan kerjanya.

Isi surat pertama pada hari pertama

Sampul suratnya dibuka perlahan-lahan. Tulisan kursif si pengirim agak kemas tambahan lagi ditulis menggunakan pena mata bulat berwarna hitam. Kusyairy membaca isi surat itu.

Kepada Kushairy,

” Mungkin saya terlalu pemalu atau terlalu ego untuk mengucapkan secara terus. Sebenarnya, selama ini saya telah memendam perasaan kepada awak. Persoalannya, sudikah awak menerima Kusyairy ? ”

” Haha, apa ni ? Mesti budak-budak sekolah yang tinggal hujung taman ni hantar”.

Kusyairy terus meletakkan surat itu di atas mejanya. Dia memang malas melayan budak-budak baru nak up.

Esoknya, Kusyairy bekerja seperti biasa. Cuma pembantunya, Latifah banyak soal berbanding soalan sejarah SPM.

” Doktor, ada dapat surat tak ? ”

”Ha, surat ? Surat apa ? Semalam saya ada dapat su…. ”

Belum habis Kusyairy menjawab, Latifah sudah memintas perbualannya.

”Alaa… surat untuk klinik ni.”

”Oh, tak ada ”

”Terima kasih, Doktor Ku. ”

” Sama-sama, Latifah ”.

Masing-masing meneruskan kerja. Hanya bunyi kipas pusing ligat sahaja didengari.

Isi surat kedua pada hari kedua.

Pulang saja rumah, Kusyairy ternampak sepucuk surat di dalam peti suratnya.

” Hmm, ada surat lagi”. Tak penat ke budak-budak ni ?

Kusyairy mengambil surat itu namun dia hanya meletakkan di tepi rak televisyennya.

Dia tahu pengirimnya mesti sama seperti semalam kerana sampul suratnya sama saja.

Kepada Kusyairy,

Kita telah mengenali secara permukaan. Namun, aku mahu mengenali engkau secara mendalam

Usai membaca, Kusyairy mengendahkannya.

” Baik aku solat Maghrib, makan, solat Isyak pastu tidur awal ”.

Pada hari ketiga

”Doktor… doktor, ada tak err…. ” soal Latifah

Apa entah yang membuatkan Kusyairy mood swing. Terus Latifah dimarah.

” Apa dia ? Saya busy sekarang, kalau soalan yang tak penting kejap lagi tanya ”.

” Err.. tak ada apa-apa”

” Dahlah, pergi sambung kerja”. Kerut juga muka si Kusyairy

Sedangkan Kusyairy bukan sibuk benar, dia sedang menulis catatan di dalam diarinya.

Di dalam diari itu, Kusyairy menulis

” Kepada pengirim surat yang bertulisan kursif. Saya jatuh hati tapi bukan dengan awak.Tapi dengan tulisan kursif anda. Cukup kemas. Saya kira anda seperti anak-anak sekolah menengah yang baru rasa zaman cinta monyet. Maaf, saya tidak berminat untuk berkenalan dengan anda. Salam perkenalan dan salam perpisahan ”.

Zasssss, Kusyairy menggoyakkan lembaran diari itu. Baru sahaja dia mahu melipat helaian itu, perutnya sakit lalu dia bergegas ke tandas. Dicampakknya helaian itu di atas meja.

Dalam jam 5.30 petang, Latifah berjumpa dengan Kusyairy.

”Doktor Ku, saya kena pulang awal kerana ada hal ”.

” Latifah, kamu ni ada masalah peribadi ke ? Kalau nak share dengan saya boleh tapi esoklah kerana klinik pun nk tutup ni ” jelas Kusyairy.

”Eh, tak ada apa-apa. Saya balik dulu ya”. Bergegas mencapai helmet motosikalnya.

”Oke, Latifah. Jangan bawa motosikal laju-laju”.

Isi surat ketiga pada hari ketiga

” Hmm, surat lagi ”.

Tapi kali ini, jantung Kusyairy berdegup kencang. Lebih hebat daripada kali pertama dia melihat mayat semasa belajar perubatan dahulu.

Kepada Kusyairy

Jika kau buntu siapa pengirimnya. Baik aku putuskan bahawa akulah Latifah yang mengirimnya. Terima kasih kerana membalas suratku di dalam diari kau, Kusyairy. Terima kasih.”

Kusyairy terasa seolah-olah dunianya berputar-putar. Dia masih blur dan dalam dilema. Betul ke apa yang aku baca ini ? Latifah pengirimnya ?

Serentak itu televisyen di hadapannya menayangkan berita jam 8 secara tiba-tiba.

Berita jam 8 : Seorang wanita maut selepas terlibat dengan kemalangan di Seremban. Mangsa, Latifah binti Zain yang berusia 26 tahun maut selepas pulang dari tempat kerjanya di sebuah klinik. Panggilan kecemasan juga diterima selepas …

Kusyairy memang tak boleh digest apa yang berlaku.

Ring ring ring

Telefon rumah Kushairy bordering

”Helo ” ?

” Ya, Kusyairy bercakap. Siapa di sana ?”

” Saya, Latifah ”.

Terus Kusyairy meletakkan gagang telefon dan terpapar gambar kad pengenalan Latifah di berita. Suara pemanggil tadi pun serupa dengan Latifah.

Kusyairy menggeletar. Dia mengambil sehelai kertas dan sebatang pena hitam yang berada di dalam beg galasnya. Dia mencari kekuatan.

Dia menulis surah Kursi lalu dibacanya. Dia mengambil wuduk dan solat. Usai solat, dia menulis diarinya.

Kepada Latifah, aku harap kau diampuni-Nya. Surat-surat tulisan kursifnya diletakkan di dalam diari. Lalu, Kushairy bertasbih di atas sejadah.

Esok paginya, dia keluar ke bandar dengan memegang surat-surat itu di tengah- tengah dataran. Mungkin perasaannya rasa bersalah. Kursif si Latifah menghantuinya.

Antasha Kamaruzzaman

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 1]

14 thoughts on “Kursif”

  1. Kau nak cakap ‘mengendahkan’ @ ‘tak mengendahkan’…
    Mengendahkan = care = peduli
    Tak mengendahkan = ignore = abai
    Letih habaq…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.