#LadyGhost- Ketika Hijab Terbuka

Assalammualaikum buat semua pembaca FS. Apa khabar semua ? Haha. Ucapan terima kasih kepada admin jika menyiarkan cerita aku kali ini. Untuk kisah ‘ketika hijab terbuka’ ini, aku berceritakan tentang pengalaman yang bagi aku, agak seram, yang dialami sendiri oleh adik bongsu aku, Ayep.

Sewaktu aku interview Ayep,

“Situasi bila yang paling seram yang kau pernah alami semasa hijab kau terbuka ?”

“Ermm, waktu ‘first time’ aku tengok benda tu dengan mata kepala aku sendiri”, jawab Ayep.

Ayep dapat melihat ‘benda’ itu sewaktu dia berumur darjah 5 lagi. Pada waktu itu, dia memberitahu emak yang dia ternampak ada lembaga yang sedang berdiri di luar pagar waktu senja. Tapi, kami buat biasa dan seolah-olah tidak percaya apa yang di katakan. Maklumlah, dia kecil lagi, mungkin dia sedang berhalusinasi.

Penanggal

Namun, tiba satu malam, Ayep sedang cuba untuk melelapkan mata di ruang tamu. Semua ahli keluarga sudah lena dibuai mimpi. Tak silap aku, jam 1 pagi waktu itu. Ruang tamu rumah kami sangat dekat dengan tandas.

Dalam keadaan yang agak samar, Ayep tiba-tiba ternampak kepulan asap yang keluar dari tandas. Ayep meneliti asap tersebut dan tidak semena, Ayep terlihat akan cuping telinga milik penanggal. Keadaan telinganya nampak seperti nak tertanggal dan buruk yang amat.

Perlahan-lahan penanggal itu menunjukkan pula matanya sebelah kiri yang berwarna merah. Kata Ayep, mukanya sangat hodoh, berkudis dan berwarna hitam. Belum sempat penanggal tersebut menunjukkan keseluruhan wajahnya, Ayep menjerit menangis kerana ketakutan. Kata Ayep, penanggal itu seolah-olah ingin merangkak keluar dari tandas dan pergi ke arahnya.

Sejak dari itu, aku mula mempercayai, bahawa Ayep mempunyai keistimewaan iaitu dapat melihat makhluk halus. Rasa kasihan tiba-tiba terbit dalam hati aku, kerana masih kecil, dia terpaksa melihat benda yang menakutkan itu.

Lembaga Hitam

Dan sehingga dia berumur 13 tahun, hijabnya masih terbuka walaupun banyak kali sudah ditutup oleh Ustaz. Sekarang,  Ayep bersekolah di salah sekolah berasrama di Melaka. Kata Ayep, sekolah tu agak keras. Yalah, sebab dibuat daripada konkrit. Hahaha. Hrnm okay-okay, tak lawak. Asalnya, sebelum sekolah itu dibina, ia merupakan kawasan perkuburan Cina.

Kali ni, Ayep menceritakan sewaktu jam 2 pagi, dia sedang bersembang dengan kawannya di atas katil. Tiba-tiba, pintu dorm terbuka dengan sendiri. Secara automatik, mereka berdua terdiam. Kawan Ayep di sebelah berpura-pura tidur kerana berasa tidak sedap hati. Manakala si Ayep, dengan perasaan takut, memerhatikan  seekor makhluk hitam yang mempunyai mata merah seperti saga melangkah masuk ke dalam dormnya.

Dari satu katil ke katil yang lain, makhluk itu melangkah perlahan sambil matanya melihat ke arah setiap pelajar yang sedang tidur. Sewaktu mata merah lembaga itu beralih ke katil Ayep, dengan sepantas kilat, Ayep menutup matanya. Peluh sudah mencurah-curah di dahi Ayep kerana ketakutan. Setelah beberapa minit, kelihatan bayang makhluk menakutkan itu sudah tiada, Ayep menyiku rakan di sebelahnya sambil berkata,

“Mat, kau nampak tak apa yang aku nampak?” kata Ayep

“Dah la yep, tidurlah. Aku tak sedap hati ni.” Kata Ahmad lalu menutup rapat matanya.

Pontianak

Jam sudah menunjukkan 2.30 pagi tapi mata Ayep masih tidak mahu lelap kerana tertekan memikirkan masalah yang dihadapinya. Ayep mengatur langkah ke arah jendela. Kawan-kawannya yang lain sudah lena di atas katil. Sedang Ayep mengelamun, matanya tercantap pada satu susuk tubuh Pontianak yang sedang berjalan di atas bumbung.

Kelihatan Pontianak tersebut dengan kain putih yang dipenuhi dengan kesan d***h. Nampak seperti kesan ditikam dan d*****h  pun ada. Wajahnya usah dicakap, berkopek, berkudis dan terdapat satu tompokan besar di pipi kanannya. Anak matanya berwarna putih dan bersaiz sangat kecil. Rambutnya pula panjang mengurai.

Sedar akan kejadian itu, Ayep terus mengambil tempatnya di atas katil dan menutup mata dengan rapat bagi meredakan perasaan takut yang wujud. Sebenarnya, perkara mistik yang berlaku pada dirinya dikira perkara biasa. Sebab tu, reaksi Ayep, tak terlalu over (means tak lari atau tak jerit) memandangkan dia dah selalu tengok benda-benda tu.

Jin dalam botol

Satu malam sewaktu Qiam diadakan, Ayep mengambil kesempatan untuk tidur bermalam di surau sekolahnya. Pada jam 12.30 malam, matanya masih tidak mahu lelap, dan secara tiba-tiba Ayep terpandang akan susuk tubuh orang yang sedang duduk di atas tangga sekolah. Dan ketika lembaga itu ingin berpusing dan menoleh ke arah Ayep, Ayep segera mengambil keputusan untuk beralih tempat tidur di sebelah kawannya kerana ketakutan.

Menurut ustaznya, disebabkan terlalu banyak makhlus halus yang ingin mengacau pelajar di sekolah dan asrama, ustaz mengambil keputusan untuk mengurung jin di dalam sebuah botol.  Dan botol tersebut diletakkan berhampiran dengan tangga di mana makhluk itu akan ‘lepak’ di situ pada setiap malam. Aku pun tak tahu kenapa botol tu diletakkan di situ. Huhu.

Pernah satu hari terdetik di hati aku, ingin sekali cuba melihat ‘benda’ ni. Tapi, apabila mendengar cerita daripada Ayep dan membaca pengalaman mahupun kisah seram orang ramai, aku batalkan saja niat di hati. Mungkin ada hikmah aku tidak terpilih untuk menjadi manusia istimewa yang mempunyai sixth sense, kerana Allah tahu, aku tidak kuat menghadapinya.

Sekian sahaja untuk cerita hari ini, terima kasih korang kerana spend masa untuk baca kisah aku. Mohon maaf jika cerita ini tidak dapat memenuhi expectation korang. And ini kisah terakhir aku hantar di FS memandangkan aku perlu fokus untuk thesis pulak lepas ni. Huhu

Jumpa lagi, assalammualaikum !

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 3]

43 thoughts on “#LadyGhost- Ketika Hijab Terbuka”

  1. ni komen jujur aku sebagai pembaca ye, sebab aku memang peminat tegar benda seram / mistik/ thriller etc.

    kalau ikutkan cerita ni memang seram, tapi nampak cik terlalu try hard untuk membuatkan ia nampak seram. faham tak apa aku cuba nak sampaikan ni? jangan marah atau berkecil hati, still a good story worth reading.

    Reply
    • Haha, faham2..knp dgn ‘try hard’ tu ? Nmpk lagi buruk ka ? Hahah. Act aq nak tulis besa2 je tp En Juri bin Adil pernah bg komen pasal writing aku utk nmpk lagi umpph, tu yg aq cuba try..hehe..btw thanks armyy ?

      Reply
      • bukan..cane eh nak cakap. benda kita memang tahu dah seram, so elaboration tu tak perlu details sgt. takut nnt tak nampak real. haa jgn amik hati ye cik lady. cerita ko semua best2. nah belon ?

        Reply
        • Ohh, ok2 faham..haha..xpa, aku x rasa pape pun..ni first time aku tulis cerita seram..before this, tulis novel cintan cintun, tu yg terover berbunga sangat tuh..haha..kk, thanks armyy, belon mu diterima,,ahaks

          Reply
  2. “Pernah satu hari terdetik di hati aku, ingin sekali cuba melihat ‘benda’ ni. Tapi, apabila mendengar cerita daripada Ayep dan membaca pengalaman mahupun kisah seram orang ramai, aku batalkan saja niat di hati. Mungkin ada hikmah aku tidak terpilih untuk menjadi manusia istimewa yang mempunyai sixth sense, kerana Allah tahu, aku tidak kuat menghadapinya.”

    Waalaikumussalam
    Aku pun ada juga rasa teringin nak melihat Makhluk-Makhluk yang tak terlihat dengan mata kasar ini, tapi bila baca pengalaman orang yang pernah nampak Makhluk-Makhluk ni rasa tak jadi lah pula. Hahaha

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.