Lagenda Harimau Jadian III

Terima kasih kepada yang sudi nak baca cerita aku ni. Apa2 pun bila baca semua komen korang dalam cerita aku. Aku nak kata I Love U All semua. Rasa nak tergelak bila baca komen pembaca. Okey sambungan yang seterusnya. Apa2 pun maaf dri hujung rambut ke hujung kaki.

Selepas kejadian tu aku langsung tak bercakap ngan Maria. Tubuh aku rasa sakit sangat. Cengkaman dari makhluk tu memg sangat kuat. Sampai sakit dibuatnya sendi2 aku ni. Aku terpaksa berterus terang dengan ape yang berlaku pada pihak sekolah dan keluarga Maria tentang pendampingnya. Aku cuma nak selamatkan keadaan Maria. Aku tak nak dia digelumungi dengan dosa2 memelihara makhluk seperti tu. Aku tahu Maria masih marahkan aku. Cuma jalan ni saja yang ada untuk Maria dan aku. Aku perlu tamatkan semuanya.

2 minggu lepas

“Maria!! pandang aku Maria. Dengar Sini Maria. Aku ada dengan kau. Kau xkan pernah sunyi Maria. Aku ada untuk jaga kau. Maria!!”. Jerit aku sepuas hati pada Maria yang makin menghampiri aku. Jadi aku terpaksa siap sedia segala kemungkinan yang akan berlaku. Aku terkumat-kamit baca doa. Kaki aku terus berhenti berlari untuk cuba menangkap gerak-geri Maria. Tanpa aku sedar Maria lebih pantas menerpa ke arah aku dan menggit leher kananku. Sakit tak payah cakap. Rasa nak mati kt situ jugak. Aku dengar suara makin riuh. Mungkin terkejut tengk keadaan aku yang makin parah. Tapi dalam otak aku cume nak selamatkan Maria.

Tangan aku terus merangkul pinggang Maria. Jari-jemari aku memeluk tubuhnya dengan erat. Aku tak boleh lepaskan dia. Aku perlu sedarkan Maria.

“Maria, jangan takut.  X ade sape ganggu kau. Aku kat sini ada temankan kau. Maria!!” berulang aku panggil nama Maria sambil tangan aku belai rambut panjang Maria. Kolam mata aku memang dah pecah lama. Tak tertahan sakit. Mata makin kuyu. Rasa macam dunia ni nak tamat. Aku sempat mengucap panjang. Adakah ini hari terakhir aku bernafas. Mama abah. Semua berlegar dalam otak aku.

“Asyura!!” Seru Maria namaku. Badan aku sakit sangat. Rasa tak bole nak bergerak. Untuk sekali ni aku nak sentuh pipi Maria. Aku nak lapkan air mata dia. Tapi aku x bole langsung angkat tangan aku. Aku yakin Maria dah sedar dari rasukannya. Lagipun mata aku makin berat dan makin kabur. Apa yang aku lihat di hadapan aku cuma wajah dan tangisan Maria. Dan semuanya makin gelap dan makin kelam.

Bila aku buka mata, keadaan semuanya aku nampak gelap. Aku tak tahu aku kt mana. Tubuh aku rasa menggigil. Sangat gelap. Aku terasa perasaan takut menyelubungi aku. Jalan punya jalan aku nampak seakan tubuh manusia sedang berdiri melihat sebuah pokok besar. Badanya membelakangi aku. Rambutnya panjang paras pinggang. Aku tak tahu mahu tegur atau tak. Aku cuma pandang dia dari belakang sebab still lagi ada perasaan takut nak tegur. Karang xpasal2 lain pulak jadinya. hahaha..

“Dah bangun” sapa wanita tu. Still lagi membelakangi aku. Tersentak aku bila disapa. Langsung tak pandang aku. Cebik aku.

Perlahan2 tubuh kecil tu menoleh ke arah aku. Aku nampak wajah Maria. Terkaku aku kt situ sambil perhati raut wajahnya. Mukanya nampak sedih dan pilu. Aku berura2 nk pergi ke arah Maria. Tiba2..

“Berhenti! jangan datang dekat.” laung Maria padaku. Seakan takut bile aku datang menghampirinya. Aku pelik kenapa aku tak boleh datang dekat dia. Adakah dia masih marahkan aku lagi? Terlalu banyak persoalan aku nak tanya dia.

“Kenapaa aku tak boleh datang dekat dengan kau?

“Ada lubang kat bawah tu. Hati2, lubang tu sangat dalam. Kalau jatuh memang x boleh keluar balik” balas Maria.

Laa aku ingatkan apa tadi hahaha. Aku cuba tengak bawah. Ada lubang agak besar jugak la. Kalau jatuh ni memang dok situ lah selamanya. Akhirnya aku decide melangkah lubang besar tu dan mula mendekati Maria.

“Maria kita berada kat mana ni. Pelik je aku tengak tempat ni. Apsal gelap semacam. Mana datang pokok besar ni?” tanya aku pada Maria. Seram sejuk pulak aku tengk pokok ni. Warnanya x macam pokok2 biasa. Dahannya warna kekuningan dan daunnya seakan warna kelabu keemasan. Ada cahaya menerangi pokok besar tu. Tak tahu la cahaya tu datang dari mana agaknya. Mata aku ralit pandang pokok besar di hadapanku ini.

“Hmm entahlah.. macam kamu kata. Kita pon x taw kita kt mna.”

Huh. Muka aku dah terkejut plus pelik. Jadi kenapa aku ngan dia boleh ada kt sini. Aku kat dunia mana ni? Aku terus toleh nak pandang wajah Maria. Tapi yang memeranjatkan aku Maria tak ada kt sisi aku. Tak begitu cepat

Takkan begitu cepat Maria bergerak tinggalkan aku. Dan masa tulah aku teringat akan perasaan Maria. Adakah macam ni perasaan kau Maria. Rasa keseorangan bila ditinggalkan. Seperti apa yang aku rasakan kini. Diruang gelap tanpa ada tangan menghulur. Sepi menunggu hari bahagiamu. Tiba2 aku terimbau semua apa yang diluahkan Maria. Semuanya bermain di otak aku. Seperti ulang tayang cerita semula,

“kita sepi Ra”
“Ra x ada siapa sayang kita”
“Ra kenapa mereka tinggalkan kita”
“Ra kita rindu ayah dan ibu”
“kita sayang kamu Ra. selamanya kamu kawan baik kita”
“i love u Ra”

Aku terkaku melihat senyuman dari raut wajah Maria. Terlalu lama aku tak nampak senyuman manis tu. Senyuman penuh keikhlasan yang slalu dia pamerkan tapi kian pudar bila ditelan waktu. Kepala aku sakit sangat. Suara Maria masih terngiang2 di telinga aku. Bergema kuat di ruang gelap menyepi. Aku boleh lihat semuanya. Suara hati Maria. Tangan aku cuba tutup gegendang telinga aku dari dengar suara tu lagi. Aku terjelopok jatuh. Hatiku sakit dan pedih. Aku pun xtw nk cerita kondisi aku masa yang aku rasa kenapa aku tak lindungi Maria. Aku salahkan diriku sebab terus biarkan Maria. Maafkan aku Maria. Maafkan aku yang lemah ni. Tiba2 aku dengar bunyi angin kuat. Seakan membentuk puting beliung. Sangat kuat sampai bergema ruangan hitam tu.

Perlahan aku turunkan tangan dan aku cuba toleh ke belakang. Mata aku terbeliak dan disertai dengan air mata memandang ke arah tu. Pokok yang ditiup angin kuat seperti puting beliung tu perlahan bertukar bentuk seperti harimau jadian. Boleh disimpulkan badannya sangat besar. Taringnya sangat panjang mencecah leher. Matanya hijau menyala. Tubuhnya berbulu tebal dan bewarna kelabu keemasan. Kukunya sangat tajam keputihan. Memandang tepat ke arah aku. Lutut rasa lemah nak bangun. Tapi aku kuatkan demi Maria sahabatku. Ada perkara yang perlu dibereskan. Aku tak tahu la. Kenapa waktu ini jugak dia nak munculkan diri saat aku rasa lemah nak hadapi makhluk yang seekor ni.

Aku lihat bende tu cuma kaku pandang aku. Diam tak berganjak dari tempat dia. Aku cuba bangun dari dudukku tadi. Rasa nak terkucil bila tengok makhluk ni. Aku tarik nafas dan kumpulkan semangat aku yang dah hilang entah ke mana. Aku cuba berusaha untuk pandang makhluk seekor ni. Aku selawat banyak2. Dan tengak bende tu dah pandang aku lain macam. Barangkali tidak suke bila aku selawat ke atas nabi dan ahli keluarganya. Aku cuba buka mulut untuk berinteraksi dengan bende ni. Rasa pahit aku telan air liur. Wajahku sudah berpeluh melihatnya..

Ngaummmmm.!! Sekali lagi bergema kuat. Hanya aku yang mendengar. Telinga aku sakit dengar ngauman harimau tu. Boleh luluh jatuh aku. Umpama dengar bunyi ngauman harimau tu dekat national geographic. Tapi sangat hampir dengan aku. Aku harus berani berhadapan dengannya untuk tahu kenapa aku yang dipilih untuk berjumpa dengannya.

“Apa yang kau nak dari aku? Aku rasa aku tak ada kaitan dengan kau. sampai kau datang nak jumpa aku”. Bergetar suara aku mahu berbicara ngan bende ni. Tangan aku yang menggelatar aku genggam kuat supaya x ada rasa takut untuk berhadapan dengannya.

Sekali lagi ngaumannya kuat bergema. Matanya tajam merung aku. Aku rasa terkaku dekat situ jugak. Perlahan bende tu hampiri aku. Dan berhenti pada 2 langkah. Ya terasa kecilnya aku masa tu. Melihat nya besar meninggi. Aku terpaksa mendongak tinggi untuk melihat ke arahnya. Aku rasa cuak sebab tubuh aku nak dekat 2 langkah dengan bende tu.

“Aku rasa matlamat kite memang sama. Betul x?”. Suara garaunya bersuara. Terkejut aku dengan soalannya.

“Maksud kau?”. Hairan dengan soalan dia. Tak faham dengan apa yang dimaksudkan matlamat yang baru bende tu ucapkan.

“Kau ni perempuan yang kasar. Tak sama betul dengan Cik Mariaku. Kenapa Cik Maria boleh terima kau sebagai sahabat dia” keluh harimau jadian padaku.

Hah kasar.. Bende tu kata aku kasar. KASAR okey. Kurang asam jawa punye rimau jantan ni. Aku rasa nak sembelih kau cukup2. Kutuk aku depan2 pulak. Dah la pergunakan teman aku untuk kepentingan kau. Aku ketap bibir kuat. Sakit hati punya pasal. X berani nk kutuk depan2. hahaha

“Aku dengar ape yang kau cakapkan”. Renungan tajam yang dia berikan. Sekali lagi main jeling2 tajam pulak. Haish.. Macam2. aku lupa yang bende ni bole baca hati manusia. hahaha

“Mungkin lebih mudah kalau aku berterus terang je. Aku mahukan Cik Maria. Aku cintakan Cik Maria. Aku nak kau jauhkan diri kau dari Cik Maria. Jangan cuba dekati dia”, beritahunya garang sambil memberi amaran pada aku.

“Kau dah ambil separuh dari jiwa dia. Semangat dia hilang disebabkan kau. Cinta? Cinta tu yang kau agungkan. Menghancur masa depan Maria demi kepentingan kau. Itu bukan cinta namanya. Tapi kau menyeksa jiwa dan tubuhnya. Kau tak nampak ke semua tu. Jasad nya di dunia. Tapi separuh dari hatinya di dunia lain. Aku tak akan biarkan kau cuba tarik dia untuk bersama kau. Maria dah tak macam dulu lagi. Mana pergi dia yang dulu. Kau punca dia merana. Kau buat dia langsung tidak ingat Tuhan, pencipta dia sendiri. Bukan aku yang akan jauh dari Maria tapi kau”, tengking aku sepuasnya pada makhluk itu. Aku dah x peduli siapa yang sedng aku bicarakan. Berani kerana benar. Itu prinsip aku.

“Kau tahu ape yang dimaksudkan cinta? Kau faham ke maksudnya.? huh!! ” Tempelak makhluk tu pada aku. Kali ni ngauman bende tu lebih kuat dari sebelum. Mukanya bengis dan langkah kaki empatnya cuba diatur pada aku. Aku rasa nak pitam masa tu. Terlalu takut nak berhadapan dengan makhluk yang besar ni. Akhirnya aku cuba mengatur langkah untuk berundur belakang.

Grrrrrrr. Mulutnya luas terbuka menghampiri aku. Aku dah fikir nak lari masa tu. Baru nak buka langkah lari kaki aku pulak tiba2 tersadung dan aku terjatuh dan masuk dalam lubang besar yang berada di ruang gelap itu.

Aku bangun tiba2 secara menegak. terkejut dengan ape yang aku alami. Haihh Mimpi rupanya. Asyik mimpi buruk je. Tak pernah nak mimpi indah langsung. Mulut aku tak abis nak mengeluh. Aku lap muka yang dah berpeluh akibat mimpi yang bukan2. Tapi seriously mimpi tu nampak real gila. Terfikir mana datang harimau besar tu. Takkan itu pendamping yang Maria slalu katakan pada aku. Tapi harimau tu asyik sebut nama Maria; Cinta; lepaskan. Haih kepala aku rasa sakit sangt bile terkenangkan mimpi buruk tu.

Aku cuba mengucap panjang. Aku ambil telefon yang aku letakkan di atas katil. Jam dah berginjak pukul 3.17 pagi. Terlalu pantas waktu berlalu. Aku turun dari katil untuk berwudhuk dan tunaikan kewajipan aku sebagai hamba. Selesai saja solat dan menadah doa. Aku decide nak baca surah suci Al quran. Sedang aku kusyuk membaca. aku terdengar suara sayup2 mengalunkan Al quran di bilik kakak. Aku apa lagi.. tutup al quran dan terus masuk tidur balik sampailah Azan Subuh berkumandang.

Beberapa hari kemudian..

Di sekolah aku mampu ucap kata maaf apa yang dah berlaku kat Maria. Aku xde niat pon nk bagitau pihak sekolah ni pasal Maria. Aku dah malas nak gaduh2 ngan dia. So aku ambek jalan mudah untuk memohon maaf pada dia. Kalau nk jadi ape jadilah. Yang tu aku tolak ke tepi. Sampai bila nak teruskan hubungan macam ni. Kata orang kau menang dengan ego tapi kau akan kalah dgn rindu. Ecececeh.. itulah apa yang aku rasakan. Cuba nak menagih simpati kat Maria ni. Last2 dia semua salahkan aku pasal jadi macam ni. Sakit betul hati kita ni. Dah la kejadian yang lepas x abis menghantui aku. Sekarang dia cuma tau nk tuding jari pada aku. Aku sabarkn hati ni dari terus panas telinga dengar dia membebel itu ini. Aku pon xtw la mana datangnya panas baran dia ni. So aku cume jawab..

“Ye.. semuanya salah aku. Kau je yang betul.. puas hati kau.”

Maria langsung tak berkutik satu suara pada aku lepas tu. Bila tengak muka dia tunduk ke bawah. Aku pulak yang rasa serba salah. Jadi aku terus minta maaf balik kt dia kot ade terasa hati dengan aku. Maria tu ada masa okey la dia, ada masa x. Kalau dtg mood dia yang x berape nak okey tu. Memang kadang rasa nak bagi kaki pon ada. Ape pun nk buat macam mane sebab dia yang pilih jalan dia macam ni. Ada lagi banyak cara boleh kawal emosi tu. Sebagai contoh rajin2kanlah.. (pandai2lah korang teka sendiri)

Setahun kemudian..

Aku dan Maria pergilah rumah member aku Aina (bukan nama sebenar) ke rumahnya. Itu pun sebab dia jemput kami berdua untuk raikan hari pernikahan abangnya. Meriah jugaklah majlis dua mempelai tu. Sehingga Aina mengajak kami stayed sampai tengh malam dekat rumah dia. Aku on jela. Maria pulak cuma ikut aku saje. Sebelum nak stay tu mintak jugak lah kebenaran kt mak ayah untuk tinggal lebih lama kt rumah member. Karang tak pasal2 risau pulak hati org tua bile tengk anak daranya x balik2 lagi dekat rumah. huhuhu

Tengah syok kitorang sembang tiba2 Makcik Nu (makcik aina) sapa kitorang. Ditepuk bahu Maria perlahan.

“Pasai pa biar teman kamu kt luar tu? Kesian dia dok sorang2”, keluar loghat kedah Makcik Nu pada kitorang. Maria dah terbatuk2. Terkejut bile disapa mcm tu agaknya lepas je Makcik Nu pergi dari pandangan kitorang.

“Korang ada bawa teman lagi sorang ke? Kenapa x bagitahu awal2”, tanya Aina pelik pada kitaorang. Dahinya dah berkerut2. Mungkin kehairanan sebab dari awal lagi dia x nampak langsung yang kami ade bawa teman.

“Tak. Kita orang x bawa teman pon, cuma berdua je”.

Awal2 lagi aku dak syak lain. Rasa mcm x sedap hati bile Makcik Nu tu sapa macam tu sambil tepuk Maria. Aku jeling Maria di sebelah ku.

“A.. aa aku nak kuar kejap”, bagitahu Maria. Sikit punye gagap je suara dia.

“Kau nak p mana maria?” tanya Aina lagi.
Belum Maria nak jawab. Tak semena2 ibu Aina panggil dia ke dapur. So Maria ambek peluang untuk cepat2 berlalu pergi.

Aku apa lagi ikut je gerak kaki Maria pg mana. Sampai kt depan pintu rumah aku berhenti langkah. Aku tengk je dia dekat jendela pintu tu. Cuma Maria je yang aku nampk masa tu. Dengar suara bisik2 macam tengh bercakap. Aku tak berapa dengar dengan jelas. Yang aku dengar hanya perkatan rindu; risau; balik dan tahu itu jelah. Aku pun xtau nak simpulkan mcm mana. so pandai2 lah korang agak. haha

Bila lama sangat aku dok memerhati Maria, aku decide nk pergi dari situ. Malas aku nk pikir pasal Maria ni lagi. Degil. Baru nak atur langkah aku terlanggar sesuatu kat depan aku. Aku cuba mendonggak ke atas siapa yang langgar tubuh aku. Aku terkaku pada satu wajah jejaka yang tampan di hadapan aku. Masa tu aku rasa macam dengar sayup lagu P. Ramlee lama2 yang dinyanyikan kt luar rumah. Aku agak semua sedang berkaraoke kt luar. Tajuknya ‘Saat yang bahagia’. X tau la korang kenal ke lagu ni ke x. Sebab lagu ni memang familiar. Kalau yang xtaw tu cuba la search ye. hahaha . Sorry ye beb aku bukan nak buat drama korea dekt sini. Cume nk bagitaw situation aku pada masa tu. Aku ada sebab tersendiri knapa aku perlu masuk lelaki yg langgar aku ni dalam cerita aku ni.

Akhir cerita nanti pembaca pasti akan tahu ape kena mengena lelaki ni dalam kisah yang aku karangkan ni. Adakah pertemuan dan perkenalan aku dengan si dia kebetulan atau dirancang. Semua tu akan aku pecahkan di akhir episode nanti.

Mata bertentang mata. Terasa indah waktu itu. (jiwang sekejap). huhuu.. Sebenarnya aku mmg x sedar yang mata aku dok gatal sangat tenung anak teruna org kt depan aku ni. Cuci mata katakan hahaha..

“Sorry.” sepatah je yang dia jawab.

Masa tu aku memang tengh blur habis. Sebab aku masih dengan dunia aku sendiri. huhu . Tiba2 Aina panggil nama aku. Aku tak sedar yang Aina sebut nama aku berulang kali. Bila aku tak menyahut panggilan dia. Aina p berlalu kt ruang tamu depan. Nak tengok aku hidup lg ke x. Tak semena-mena tangan Aina tepuk kuat belakang aku. Pedih badan aku dikerjakannya. Rasa nak bagi penampar je kt muka dia.

“Oii. Kau buat ape beb?. Amboi2 baru je abg aku nikah. Kau pulak ke nak naik pelamin huh?.. hahaha” gelak sakan aina kt aku. Rasa nak cepuk je kepala dia. Tapi xbole sbb ape (control ayu). Aku jeling je Aina tajam. Geram aku ngan budak sorang ni. Puas Aina kenakan aku. Mata dia dok kalih kt laki depan aku ni.

“Abg Chik buat ape kt sini? X join depa karok ke?”

“Nak pergilah ni. Tadi terlanggar budak ni masa nk pg”, jelas lelaki tu sambil mengorak langkah pergi keluar rumah. Mata aku cuma ekori dia pergi tinggalkan kita org berdua. Aku xtahu la nk ungkapkan perasaan aku macam mane. Yang pasti (I’m so sad). hohoho.

“Kau pehal pandang abang sepupu aku mcm tu.?” soal Aina lg pd aku pelik. Haish Aina bnyk sngt soalan kau ni. Sakit gegendang telinga aku dok dengr ko soal mcm2. Wait a minute.. Abg Sepupu?Jadi memang depa berdua kenal satu sama lain la kn. Maknanya aku memang ade peluang la nk jumpe mamat tu lagi. Ada peluang la nk tackle ni. Mata aku rasa mcm dh bling2 masa tu. huhuhu. Baru aku rasa nk bahagia. Aina dok bisik kt telinga aku.

“Baik kau hati2 dgn dia. Kaki kasanova tu.”

Lepas je bisik kt telinga aku. Aina terus ketawa besar tengk muka aku yg tadinya tersenyum bahagia bertukar cemberut. Hancur impian aku. hahaha.

“Jom beb. Tok sah buat muke sedih na. Buruk gile muka kau mcm tu.”

Kerek punya member. Muka aku yg cun ni dibilang huduh. Nasib la kau member aku kalau x memang dh lama aku kerjakan kau

“P mana?”

“karok la!! apa lagi.”

Keluar je dari rumah Aina. Aku pun panggil la Maria untuk join sekali karok. Kitaorg mmg xlepas pandang je tengk dia. Sejak bila pulak Maria ni p lebih jauh ni. Aku xperasan pulak masa tu. Tapi kitaorg tengok Maria tu mcm org x betul je. Tangannya dok halau2 sesuatu. Tapi mmg kitaorg x nampak ape yg dikibas2 tangnnya tu.

“eshhhh.. Ra.. aku rasakanlah Maria tu pelik semcm aku tengok dia. Kau  xrasa ke ape yg aku rasa? Aku harap jangan dia jadi macam makcik Nu tu sudh la.”

“Mane ada, okey je aku tengok dia. Kenapa ngn mak cik Nu?” tanya aku balik. Aku rasa lebih baik aku rahsia kn tentang Maria dari pengetahuan org. Tapi yg peliknya Aina cuma diam je dan pegi. Sempat dia beritahu aku untuk panggil Maria semula sebelum berlalu pg ke tempat semua org berkumpul.

Masa kt bawah khemah tu la aku dok korek rahsia siapa abg sepupu Aina tu. aku nk tw nama mamat tu je sebenarnya. Naik rimas Aina nk jawab soalan aku. Macam2 aku dok tanya kt Aina itu ini. Baru kau faham perasaan aku masa kau dok tanye soalan macam2 dekat aku. Ibarat bertemu buku dgn ruas taw x Aina. hahaha. Lepas je aku taw siapa mamat tu dari Ain, memang berbunga la hati aku. Lupa sekejap yg Aina ade bgtw yang dia ni Kasanova terhebat. haha. Okey. Nama mamat ni Enot (bukan nama sebenar). sory la ye hodoh betul aku letak name kau Enot. X sesuai betul ngan muka kau tu. hahaha. Umur dia 22 tahun. hmm okey la tu. Aku baru 16 tahun masa tu. huuuhuh

Giliran Aina pulak dah abis nyanyi. tinggal Giliran aku ngan Maria pulak. kitorng memang kaki karok sebenarnye. Memang x malu nyanyi depan orang. Tahu enjoy je.. haha. Okey sampai giliran aku tuk nyanyi. Memang kene cover suara la kn baru power sikit. Terutamanya nk ambik hati cik abang kite. hahak. So aku soh la DJ ni pasang lagu A THOUSAND YEAR. Memang kaw2 jiwang betol. Hati ada taman katakan. Abis je aku nyanyi giliran Maria pulak nyanyikan lagu. Tapi masa aku nak bagi mic dekat Maria, aku dapat rasa bulu roma aku semua tegak berdiri. Aku rasa macam seram sejuk. Tapi aku endahkan. Tak apa la ni. Walau aku tahu bende tu sedang memerhati.

Lepas mic bertukar tangan, Maria dok pegang je mic tu lama. Ramai sangat dah tunggu Maria untuk nyanyi. Bile mic tu dh deakt dgn mulut dia. Aku dah rasa Maria nampak lain dari lain. Terus dia nyanyi tanpa lagu. Suara Maria buat semua seram sejuk. Aku x taw dia nyanyi lagu ape. Nampak pelik bunyinya dan aku x faham sepatah ape yg dia nyanyi. Bila aku amati betul2 apa yg dia nyanyi. Sebijik macam lagu dalam film kuntilanak.

Aku x taw nk buat macam mane bunyi yg Maria nyanyi tu. Tapi memang seram sejuk bila ingat balik. Rambut panjang Maria dibiar kedepan. Cume nampak rambut je. Wajah langsung x kelihatan. Cuma menunduk kepala. Mantera apa dia sebut aku x faham. Siap dia gerak tangannya seperti menari tarian inang sarawak kuno. Yang tambah hairan aku. Makcik Nu siap tepuk tangan seronok dengar nyanyian dari Maria. Aku x buang masa terus aku rampas mic dari tangan Maria. Memang mata aku renung tajam Maria. Siapa x bengang beb bila elok berseronok dia boleh bikin bad mood org dekat situ. Dah la tengah malam pulak dia buat hal. Aduhh. Maria siap gelak mcm org x betul.

“Hahaha.”

Terus aku tarik tangan Maria. Aku fikir nk hantar dia dan balik cepat. Semua dah pandang aku ngan Maria lain macam. Aku risau kalau Maria kene rasuk lagi. Sesuka hati betul bende ni nak masuk dalam badan Maria. Time macam ni jugak. Aku x sempat nak salam tangan Mak Aina. Masa tu hati memang tengh panas gile.

“Aina aku gerak dulu.”

Aina cuma angguk faham. Mungkin memahami dgn kondisi aku sekarang. Aku taw muka dia dah cuak tengk Maria.. haha. Waktu aku nak lalu pg kt moto sempt aku berselisih dgn Encik Enot (sepupu Aina). Sekali lg aku ngn dia bertentang mata. Tapi yg peliknya aku x dapat nk tafsir maksud pandangan dia ni. Renungan dia lain mcm dekat aku. Aku dh la tengh panas hati ngan Maria. Encik Enot tu bole pulak tenung aku lain mcm. Rasa nk cucuk je mata dia.

Masa perjalanan nak balik. Aku rasa motor yg aku bawa rasa berat sangat. Rasa maacm lambat pulak nak sampai rumah. Maria pulak kt belakang aku x abis2 nyanyi. Nasib baik dia xnyanyi lagu mantera tu lagi. Kalau x mmg meremang sepanjang perjalanan.

“London bridge is falling down.. falling down.. falling down. My fair Lady.”

Aduh lagu london bridge pulak dah dia nyanyi. Aku memang dah seram. Dah la aku bonceng dia kat belakang. Dia main garu2 pulak badan aku. Memang berselawat banyak kali dah. Jantung memang nak luluh. Dah la nak hantar Maria ni perlu lalu jalan hutan. Lampu jalan pulak dah la sikit. Gelap gila jalan kt highway rumah Maria tu. Tangan aku dh menggeletar bawa moto. Tiba2 aku rasa macam orang lompat dari moto aku. Aku toleh belakang tengak maria dok membongkok kat jalan raya. Aku patah balik pg kt Maria. Macam mane la bole terjatuh. Risau aku kalo ade cedera ke apa. Dah la anak orang aku bawak.

“Maria apa yg kau buat tu. cepat naik moto.”

Xde satu cahaya kenderaan pon lalu kat kawasan kitaorg berhenti. Badan aku dah berpeluh walaupun malam hari. Aku tengok wajah Maria. Memang dah lain aku tengok Maria ni. Aku buat keputusan. Kalau Maria still macam ni jugak memang aku tinggalkn dia sorang2 dekt jalan raya. Aku pulas moto aku perlahan jauhkan dari Maria. Bila aku tengk je mata Maria. Astagha. Berubah jadi warna hijau. Mulutnya terjelir. Pandang tepat ke mata aku. Serupa macam Harimau. Aku memang dh syak ni bukan Maria. Aku xfikir panjang memang aku tinggalkan Maria. Aku dah berundur cepat. Dari sight mirror aku tengok dia siap lari kejar moto yg aku bawak.

“Mama!!”. Menjerit aku sebut nama mak aku. Bukan nk sebut nama Tuhan. Memang teruk betul aku ni. Kaki dah menggeletar.

Kecut perut aku dibuatnya. Dah la sorang masa tu.  Aku tekan gear dan klash lepas tu aku pulas kuat moto. “Prep preppp prepp.” Memang jadi minah rempit la gayanya. Dengan pakai baju kurung lagi. Memang x fikir pasal cover ayu ke apa. Aku pecut laju moto 125 aku. Jantung dah main irama rock aku rasa. Aku redah traffic light semua. Aku fikir nk sampai rumah je masa tu. Air mata tak sah cakap. Lencun tudung aku.

Sampai je kat rumah, aku tutup enjin moto. Terus lari masuk dalam rumah bagai. Kunci pintu. Terus aku masuk dalam bilik mama aku. Lompat atas katil mama terus nk tidur. Terkejut beruk mak aku tengok anak dara dia sorang ni. hahaha..

“Sorry ma. Ari ni owang tido ngn mama tw malam ni.” lepas tu bagitaw aku terus lelap mata. Rasa tenang bila dpt tidur sekatil dgn mak.

Bersambung…

.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

14 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.