Assalamualaikum semua, Admin dan readers kental 12 malam Fiksyen Sasha , terima kasih buat Admin yang sudi baca cerita aku lagi dan siarkan untuk tatapan sidang hadirin jemaah sekalian. Sebut pasal Karak, aku percaya yang hampir kesemua pembaca cukup kenal dengan nama lebuhraya yang pernah menggemparkan Malaysia dengan kisah seramnya pada satu ketika dulu. Aku still ingat masa aku sekolah rendah, bila bapak aku lalu jalan tu je nak balik kampong, memang confirm dia kejut aku ataupun mak aku untuk bangun dari sebelum terowong sampailah dah jauh dari lebuh raya tu untuk temankan dia sambil baca apa yang patut sebagai pendinding diri. Sudah besar atas bawah lagu ni, barulah faham kenapa bapak aku “excited’ sangat nak kejut kitorang, rupanya bukan sebab suruh tengok bunga api ataupun “accident seberang jalan” tapi ada maksud tersirat yang aku masa tu susah nak faham mungkin sebab belum mumayyiz bapak aku kata untuk hadam alasan dia. Tanpa membuang masa lagi, inilah 4 KISAH LAGENDA KARAK SEPERTI YANG PERNAH DICERITAKAN OLEH BAPAK AKU, UNCLE KAKI DVD, DAN BERKEMUNGKINAN ORANG-ORANG BERIMAN YANG MENJADI MANGSA SYAITAN YANG DIREJAM ………….
1. “Nampak emak saya tak?”
Pada suatu malam, ada seorang lelaki yang berasal dari Kuala Lumpur mahu pulang ke rumah pada waktu malam. Selalunya ramai orang memilih untuk mengguna lebuh raya Karak pada waktu malam kerana mahu mengelakkan kesesakan jalan raya dan juga bahang panas matahari. Namun, lelaki ini yang begitu suci pemikirannya daripada kisah-kisah hantu di lebuh raya Karak terlalu penat pada malam itu, lalu memilih untuk berhenti memandu dan tidur di dalam kereta di tepi jalan. Baru sahaja beberapa minit dia terlelap, dia kembali dikejutkan dengan bunyi ketukan tingkap dari luar. Rupa-rupanya ada seorang budak lelaki yang merenungnya tanpa berkelip-kelip dan bertanya kepadanya di mana ibunya.
Pemandu itu masih mempunyai naluri yang kuat. Nalurinya kuat mengatakan dia harus menghidupkan enjin kereta dan memecut laju dan jangan mempedulikan budak misteri itu. Pemandu itu pun terus meninggalkan tempat tersebut dengan kereta yang dipecut laju. Namun begitu, dia melihat budak itu masih mengejar dengan laju dan terus bertanya dan bertanya jika pemandu itu tahu di mana ibunya. Kemudian sebuah kereta polis peronda pun muncul lalu mengekori kereta lelaki itu. Ketika itulah hantu budak sesat cari ibu itu menghilangkan diri. Lelaki ketakutan dari Kuala Lumpur itu pun menceritakan segala-galanya kepada pegawai polis. Pegawai polis memberitahu lelaki tersebut:
Pada suatu ketika dahulu, ada kemalangan berlaku di sini. Kemalangan itu berlaku dipercayai kerana penumpang di dalam kereta tersebut tidak memaki tali pinggang keledar keselamatan semasa memandu. Dalam kemalangan itu, ibu kepada budak tersebut telah tercampak keluar dari keretanya. Manakala budak tersebut kekal di dalam kereta. Disebabkan hal itu, budak itu pun merayau-rayau mencari ibunya sehingga kini. Ada orang kata semasa kemalangan itu berlaku, budak itu yang duduk di bahagian depan, manakala ibunya sebagai pemandu. Dalam kemalangan itu, cermin pecah dan kaca menusuk ke mata budak itu.
2. Misteri Volkswagen kuning yang tak boleh dipotong
Hantu Volkswagen kuning ini dipercayai mula mengganggu kenderaan di lebuh raya Karak sejak tahun 1956. Tetapi selepas Lebuhraya Utara Selatan dibina merentasi kawasan yang dinamakan Jelapang, sejak itulah hantu Volkswagen kuning semakin ketara muncul dengan mengganggu kenderaan yang lalu lalang di situ. Puncanya dipercayai bermula dari sebuah kisah seorang isteri curang yang telah membunuh suaminya dengan kejam dan kemudian merampas kereta Volkswagen kuning milik suaminya.
Sang suami mati sambil menyimpan rasa dendam yang membara untuk memiliki semula Volkswagen kuning tersebut. Kenyataannya, jika benar hantu Volkswagen kuning ini wujud dan pernah dilihat orang, maka itu adalah jin (keturunan iblis yang bergelar jembalang), bukan si suami malang yang mati dibunuh kejam.
Volkswagen ini akan muncul secara tiba-tiba dan sekiranya pemandu memotong kereta
tersebut, ia akan berada di hadapan secara mengejut. Dipercayai, kemalangan berlaku disebabkan gangguan Volkswagen kuning. Menurut pengalaman seorang pelajar UIA yang datang dari Gombak menuju ke Temerloh dengan motosikal pernah melalui dan tersermpak dengan kereta kuning di lebuhraya itu pada tahun 2009 pada waktu senja kira-kira jam 7.30. Disebabkan beliau mengetahui akan misteri tersebut, beliau hanya ambil langkah bertenang dan tidak memotong kereta tersebut. Kereta tersebut bergerak tanpa pemandu…
3. Kereta sebuah keluarga rosak dan tersadai di tepi lebuh raya
Sepasang suami isteri yang masih muda bersama bayi mereka sedang dalam perjalanan di Lebuhraya Karak. Ketika itu, waktu malam. Mereka memilih waktu malam untuk mengelak traffic jam dan panas matahari. Semasa si suami memandu dalam kesunyian lebuhraya Karak, tiba-tiba, kereta yang dipandunya menghadapi masalah dan enjin terus mati. Si suami terkejut kerana dia yakin dia ada periksa kereta tersebut sebelum memulakan perjalanan jauh untuk keselamatan keluarganya. Kemudian, mereka tiada pilihan lain kecuali berhenti di tepi jalan. Si suami keluar untuk periksa enjin kereta tersebut manakala si isteri bersama anak mereka menunggu di dalam kereta. Selepas beberapa minit, si suami kembali semula dan memberitahu yang dia tak jumpa apa-apa masalah dan cuba untuk menghidupkan kereta itu lagi. Tetapi, kereta tersebut masih tak nak hidup. Akhirnya, si suami terpaksa membuat keputusan yang sukar sama ada tunggu sahaja sampai kereta lain lalu atau cari pondok telefon berdekatan.
Tidak ingin meninggalkan keluarganya, si suami mengambil keputusan untuk menunggu. Namun, setelah 20 minit, tiada satu kereta pun yang lalu di situ. Si suami tiada pilihan, dia nekad untuk cari pondok telefon berdekatan. Sebelum pergi, dia menasihati isterinya untuk mengunci pintu kereta lalu dengan berat hati pergi meninggalkan isteri dan anaknya. Si isteri hanya melihat suaminya berjalan pergi dengan kerisauan di minda. Dia berdoa agar seseorang akan ternampak kereta mereka yang rosak dan menawarkan bantuan lambat-laun nanti. Dia juga khuatir jika kemalangan terjadi di Lebuhraya Karak.
Berjam-jam berlalu dan si isteri mula bertambah risau. Dia risau jika sesuatu terjadi kepada suaminya. Tiba-tiba, dia terlihat cahaya biru dan merah yang datang dari kereta peronda. Melalui cermin pandang belakang, dia nampak seorang anggota polis keluar dari kereta dan menuju ke kereta rosak tersebut. Mereka meminta si isteri untuk keluar dari kereta rosak tersebut secara senyap dan jangan pandang belakang.
Si isteri keluar (bersama bayi) dan berjalan ke arah kereta polis dengan anggotanya. Bila dia sudah berada di jarak yang selamat, dia pun menoleh ke belakang dan terlihat kepala tanpa badan suaminya di atas kereta mereka. Sehingga hari ini, badan si suami masih belum ditemui. Dipercayai, sepanjang menunggu suaminya pulang ke kereta dari pondok telefon, terdapat beberapa bunyi dentuman datang dari atas bumbung kereta tersebut.
4. Panggilan seram ke sebuah saluran radio
Suatu malam, seorang DJ Radio pada tahun 90-an mengadakan satu rancangan berkongsi cerita-cerita seram. Ada seorang pemanggil call dan ceritakan satu pengalaman ngeri. Cerita itu didengar secara langsung di radio oleh semua pendengar seluruh Malaysia. Pemanggil itu telefon dan menceritakan pengalaman dia sedang memandu malam di satu lebuh raya bersama isteri, anak, dan kedua orang tuanya yang mana kemudian mereka terlibat dalam satu kemalangan tragik. Kereta yang dipandu itu terjatuh ke dalam gaung.
Dia memberitahu dia sangat sedih kerana kedua orang tuanya dan seluruh ahli keluarganya meninggal dunia akibat kemalangan tersebut. Akhir sekali dia berkata dia nampak dirinya juga mati di tempat kejadian, diikuti dengan hilai tawa dan kemudian talian terus terputus! DJ radio berkenaan cuba memanggil semula beberapa kali dan panggilan tidak dapat disambung lagi. Beberapa minit kemudian, rancangan kembali seperti biasa. Ramai yang menyangka ia hanya sekadar satu panggilan palsu atau prank call.
Namun keesokkan harinya, di akhbar terpampang berita mengenai kemalangan di kilometer yang sama seperti yang diceritakan oleh si pemanggil radio malam tadi. Dan mangsa yang mati adalah 2 orang warga emas, seorang kanak-kanak, dan sepasang suami isteri! DJ radio berkenaan terkejut lalu cuba mendengar semula rakaman malam tadi dari pemanggil misteri tersebut, namun rakaman tersebut kosong dan hanya dipenuhi dengan bunyi senyap yang mengerikan!
Sekian….
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Bukan repetition ke cerita ni?
0/10
COPY PASTE!
poyo je cite.. aku dari baby sampai umo 30 ni bleh kata 2-3bulan sekali lalu karak tu.. tak penah aku atau family members aku jumpa ape2.. sedara mara aku pon tak penah jumpa.. waktu malam balik pon taknpenah jumpa..aku rasa cite psl karak ni rekaan org je nk buat sedap mulut sembang
Kan..story ni byk kli da c/p..
Tak pakai tali pinggang keledar boleh menyebabkan eksiden rupanya.
siapa suruh berhenti
Balik2 cite psal highway karak..buat la citer tmpat lain plak asyik benda sama je
Asal sebut karak je muncul la citer dongeng..volkswagen kuning la antu budak kecik la hantu makan orang la..belom penah aq dgar orang kena makan ngan hantu..
Aku duk karak tp keje kt KL..biasa dh blk keje pkl 2-3 pagi..boleh kata semua cite tu bohong.
bapak ko ijo..cite bapak ko la sangat… dah basi la cite ni babi..
ko mcm kimak je copy..
buat la cerita pasal karak nasi ke apa ke..bosan la asyik jalan karak je.
Lagenda Karak menjadi lagenda dongeng…
Nak market tp up cerita org…
Puiii
Xpyh cite la oi..
Satu kampung dh tau cite ni..
Aku bg 0