Lagenda Nyi Roro Kidul (Bhg. 2)

Assalamualaikum warga FS ..

LAGENDA NYI RORO KIDUL – PART 2 –

WARNING ! : DIELAKKAN MEMBACA CERITA LIZA DI MALAM HARI ATAU TELAH LEWAT MALAM.

MINTA MAAF SESANGAT KEPADA PARA PEMBACA FS. 2 hari yang lepas aku dah taip hampir separuh cerita episode ke-2, tapi sejak hari terakhir aku save dlm MW, aku nak continue menaip, aku tak tahu macam mana boleh hilang file aku ni? aku ingat lagi aku save dekat deskstop ni, bila aku nak continue haritu dah tak ada pulak .. aku dah taip panjang weyhh sampai 7m/s. So, aku kira mungkin laptop aku rosak. So, semalam aku pergi hantar ke service check mana tahu mungkin hilang apa semua kan. Hari ini aku pergi ambil, techinician tu cakap laptop aku ni okay. No Problem.

Oleh yang demikian, hari ini aku akan habiskan menaip untuk part-2 terus submit dengan ADMIN FS!

NOTE : utk pengetahuan para pembaca, Liza tidak mengatakan ‘dia’ ialah Nyi Roro Kidul, sebab Liza sendiri tidak tahu siapa sebenarnya identity ‘dia’ dan apa yang ‘dia’ mahukan dari kami.

Remark : Minta maaf kepada pembaca ya .. Ratu Kidul dan Nyi Roro Kidul adalah 2 makhluk yang berbeza, maaf atas kesilapan Liza dalam Eps-1

Source : – https://www.merdeka.com/peristiwa/duet-cantik-kerajaan-laut-selatan-ratu-kidul-dan-nyi-roro-kidul.html

9.August.2017

Sekembalinya Fittra ke Malaysia, aku melihat tubuhnya ada sedikit susut. Ya, mungkin kerana 14 hari di kampungnya, dia kurang makan malah sering muntah dan demam. Tambahan lagi, sekarang jiwa nya kosong, sedih, kecewa kerana ditinggal kekasih. Oleh itu, dia membuat keputusan untuk pulang ke kampong berjumpa ibu dan adiknya.. Sedikit sebanyak boleh mengubat hati nya yang terluka.

Fitrra asyik bercerita dengan kak zaza hari-hari yang dilalui nya selama bercuti di Indonesia. Aku pulak perhatikan saja tingkah-lakunya. (okay ! aku dah serupa stalkerkan .. ahhaha).
3 Pm – Aku mula menyuarakan isi hati ku. (aisehhhh .. macam nak meluahkah perasaan pulak..)

“Fitrra, Lagenda Nyi Roro Kidul itu wujud tak?”

Berubah sedikit riak wajah nya dan dengan teruja nya dia untuk menceritakan mengenai Nyi Roro Kidul. Dia mula bercerita tentang kisah bagaimana mitos Nyi Roro Kidul ini tersebar di Jawa. Bahkan ada banyak versi penceritaannya, tidak pasti mana yang benar dah sahih.

“Mungkin sekadar mitos untuk upacara pemujaan laut agar diberikan rezeki kepada para nelayan dan mengelakkan malapetaka.” –Fitrra.

“Benarkah wujud sebuah hotel dimana ada satu bilik yang di khususkan untuk Nyi roro Kidul?. Bilik nya dipenuhi dengan warna hijau kerana dia menyukai warna hijau?” – Aku.

“Oh yaa .. aku pernah melihat sebuah filem Indonesia mengenai sebuah hotel dimana satu bilik itu khasnya untuk mereka memuja Nyi Roro Kidul.”- Kak Zaza

“Ada satu larangan semasa di perairan samudera selatan, dilarang menggunakan pakaian berwarna hijau.” – Fitrra.

Bermulalah penceritaan kami ber-3 mengenai Ratu Kidul ini. Pelbagai kisah diceritakan oleh Fitrra mengenai Ratu Kidul di tanah airnya. Dalam hangat perbualan kami, aku mencelah.

“Fittra,, kalau aku ceritakan kepada kamu ber-2 kak zaza, jangan takut ya. Agaknya tidak ada apa-apa kemungkinannya.” – Aku

“kenapa?”- Fitrra.

Aku menjadi serba-salah untuk membuka pekung di dada. Demi kebaikan aku dan Fitrra, selayaknya dia perlu tahu. Lagipun aku perlukan jawapan kepada setiap perkara yang terjadi kepada aku beberapa hari yang lepas.

“Sebenarnya, beberapa hari yang lepas, aku bermimpi melihat kamu berada di atas kapal pelayaran. Kamu memakai pakaian hijau, aku berdiri di jetty, jelas kelihatan kamu berdiri di hujung kapal. Wajah kamu sayu, ibaratnya termenung jauh melihat ke laut. Termenung.” – Aku

“Hah !!! benar kamu liza?”- Fitrra.

Aku terkejut mendengar fitrra meninggikan suara. Aku mengangguk, mengiakan bahwa apa yang aku ceritakan adalah benar.

“Liza, Kak Zaza, beberapa hari yang lepas aku ada menaiki kapal untuk menyeberang sempadan antara bandung dan Bali. Aku memakai dress hijau lah !!. hari itu ada banyak baju ku yang cantik-cantik tapi kenapalah hati aku tu teringin sangat nak pakai dress hijau.” – Fittra.

Kami ber-3 diam seketika.

“Sewaktu dalam mimpi itu, aku lihat kamu seperti termenung jauh. Tidak lama kemudian air laut bergelora, kapal yang kamu naiki bergoyang ke kiri kanan, kamu dihujung kapal tenang saja”. – Aku terhenti seketika, berat rasanya mulutku untuk menceritakan tentang wanita jawa itu.

“Dihujung jauh seiring dengan kapal yang kamu naiki, aku melihat seorang wanita berpakaian ala-ala jawa atau Thailand. Rambut nya tersanggul cermat, bersimpul hingga ke paras dada, rambutnya dililiti bunga-bunga halus putih. Jelas kelihatan selendangnya yang berwarna emas di lilit ke tubuh hingga ke bahu dan hujung selendangnya melayang-layang ditiup angin laut. Baju nya berwarna hijau keemasan, berkain batik coklat. Namun aku hanya nampak tubuhnnya, tidak wajahnya. Kapal yang kamu naiki semakin dekat mendekati wanita tersebut, aku di jetty menjerit sekuat hati untuk menghalang kapal itu meneruskan perjalanan. Entah bagaimana, seolah-olah wanita tersebut seperti mendengar suara ku, dia terus berpusing melihat aku !. kemudian aku terus dari bangun tidur.” –aku

Fitrra termenggu seketika. Aku mulai resah, apa ada yang tidak elok kah yang berlaku dengan dia di Indonesia?

“Kamu mahu tahu?. Sewaktu aku menaiki kapal itu, aku betul-betul berdiri di hujung kapal kerana aku ingin mengambil gambar.” – Wajah Fitrra ketakutan sambil menunjukkan video dan gambar yang diambil nya dikapal.

“kamu tahu? Aku sebentar, ada melihat ke dalam lautan, aku rasa lautan nya cantik sangat dan dalam hati aku berkata : – kalau boleh aku ingin tinggal di dasar lautan dan aku rasa seperti tertarik dengan kejernihan air nya, seperti ingin terjun sahaja. Tiba-tiba kapal bergoyang ! ombak beralun ganas. Kapten kapal buat announcement supaya kami yang berada di luar untuk masuk ke dalam kapal, tapi oleh kerana ombak yang kuat, aku bertahan saja di hujung kapal, aku terpaksa berpaut pada pagar kapal”. – Fitrra

Meremang rasanya apabila cerita kami hampir sama.

“Agak-agak kamu waktu kamu dikapal jam berapa?-aku

“waktu di Jakarta jam 6pm macam tu, kalau dibali waktunya lambat sejam. Oh yaa… Liza, sehari sebelum aku menaiki kapal, aku tahu kapal tersebut akan melintasi kawasan laut selatan jawa barat, jadi aku tu tiba-tiba rasa ingin tahu, makanya aku ada search dalam google mengenai Ratu Kidul.” – Fittra

kenapalah kau pergi search benda macamtu sebelum pergi??? – getus hati ku. Sedikit geram. Kerana bagi aku, benda mitos yang kita tidak pasti kebenaran-nya bukanlah sesuatu yang elok untuk dijadikan pembuka ‘selera’ dalam sesebuah perjalanan, kerana ia datangnya dari Jin / Iblis.

“Aku sedar dari tidur dalam jam 6.30 sebelum maghrib.”- Aku.

Kebetulan atau suratan takdir? Meremang seluruh tubuh kami ber-3.

5 pm – Kami ber-3 pulang dengan perasaan bercelaru dan aku tahu, apa yang sedang bermain di fikiran mereka ber-2. Kenapa aku yang selama ini berdiam diri, tetiba pulak buka cerita Lagenda Nyi Roro Kidul? Dalam masa yang sama Fitrra turut mencari pautan cerita Ratu Kidul. Yang lebih merunsingkan mereka, bagaimana mimpi aku dengan terperinci sama seperti kejadian yang menimpa Fitrra? :-

[Baju Fitrra berwarna hijau dan kedudukan nya di atas kapal, bahkan bagaimana dalam mimpi aku ada kejadian ombak besar sama seperti yang Fitrra alami di alam nyata.]

8pm – aku keluar makan bersama rakan sekolah, sememangnya rutin harian selepas berkerja akan melepak dengan member dulu, hilangkan stress.

10pm – time to back home. Tak elok anak dara keluar malam balik lewat, tak manis kata orang-orang tua. Seperti biasa aku akan menghantar rakan ku dulu ke rumahnya sebelum balik ke rumah aku.

Dalam perjalanan keluar daripada perkampungan kawan aku, sekali lagi aku menghidu bau bunga melur. Alahai … ‘dia’ ni memang dari kampong ni kot? Asyik-asyik sini jer permulaan nya?

“Assalamualaikum. Tak kira lah kau islam atau kafir, selagi kau diwujudkan oleh yang mahu satu, tak ada beza kau dan aku, kecuali kalau kau kafir sebab tak nak tunduk dengan pencipta kau sendiri. Jangan ganggu aku, aku tak ganggu kau. Tak payah nak teman kan aku balik, kau balik ke tempat asal kau.” – berani nya kau Liza. Wa tabikk sama lu girl !

Tapi kaki aku ni dah tekan pedal minyak sampai 90km/s okeyh.

Aku pasangkan CD bacaan surah Yassin dalam kereta. Belum sampai 10min, CD aku pandai stuck-stuck bacaan nya. Tak sedap hati dah. Kau main dengan kereta aku pulak, ada ambik jurusan makenik ke hantu ni?

Aku mula berzikir Asmaul Husna. Semua sedia maklum dengan nama-nama Allah S.W.T di setiap namanya mengandungi maksud yang tersendiri – tak kah ini satu-satu nya kita memuji keagungan-Nya, bertapa kebesaran-Nya yang tak mampu kita pertikaikan? Aku kalau Zikir Asmaul Husna ni buat aku betul-betul berani sebab di setiap sebutan yang aku sebut tu ibarat aku mengatakan aku tak gentar dengan Jin / Iblis ni sebabnya yang lebih berkuasa dan teragung tiada tandingan nya ada di sisi aku.

11.25pm – Aku selamat sampai ke rumah, membersihkan diri. Aku membuat keputusan untuk tidur di ruang tamu kerana tidak berani untuk tidur di bilik, walaupun ditemani Nono. Tak mahu tidur ku diganggu.

Mata aku semakin kelat. Aku sempat melihat jam dinding ruang tamu. – 12.43 AM- .

SELAMAT MALAM.

*** KEJADIAN MALAM PERTAMA SELEPAS KEPULANGAN FITRRA**

Tok .. tok .. tok … (lembut ketukan nya – manja-manja gitu)

Tok .. tok .. tok .. (sederhana ketukan nya – ada kasar sedikit)

Bam .. bamm.. bammm .. Pintu rumah seperti nya dihentak dengan kuat seperti ditumbuk.

Dalam keadaan mamai bangun tidur aku buka mata, aku fikirkan sememangnya itu Rhaz – sebab adik aku ni selalu sangat balik pagi, tak bawa kunci rumah.

Aku tanpa fikir panjang terus mengambil kunci pintu utama.

Clok .. clok .. – 2x aku pusingkan kunci dan hanya tunggu untuk aku tolakkan pintu untuk Rhaz.

STOP !!!!!!

Aku berhenti dari memulas tombol pintu untuk membuka pintu. Aku terfikir sejenak, kenapa tiada yang memberi salam? Kenapa hanya ketukan? – aku tahu sangat peradaban kami sekeluarga, ketuk pintu mesti dengan Salam yang lengkap .

Mami dan dadi memang dah ajar kami bagi salam mesti penuh terutamanya kalau balik pagi sebab ? :-
Jin / hantu / iblis kafir dan satu persekutuan nya tak akan beri salam yang penuh, sebab:-
• Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh:
Semoga keselamatan dan rahmat Allah serta keberkahanNya terlimpah kepada kalian

Lebih jelasnya lagi, kalimat Assalamualaikum-nya aku pecah:
• Salam( السلام ) = Keselamatan
• Alaikum ( عليكم ) = Alaikum ini terdiri dari dua kalimat, yakni ‘ala (علي) yang artinya untuk/atas dan kum(كم) artinya kalian. So, arti ‘alaikum adalah untuk/atas kalian.
• Wa(و) = Dan
• Rahmatullah(رحمةالله ) = Rahmat Allah
• Barakatuh (بركاته) = Keberkahan-Nya

Nampak tak? Kenapa ‘mereka’ yang kafir lagi terkutuk ni tak bagi salam penuh ? pernah dengar tak kisah iblis yang diusir dari syurga kerana tak mahu tunduk kepada Nabi Adam a.s ? sebab ‘dia –iblis’ merupakan makhluk Allah S.W.T yang pertama menjadi kafir kepada-Nya kerana tidak mengikut perintah-Nya

Aku lihat jam di dinding rumah, terbuntang mata aku dalam samar-samar lampu ruang tamu menunjukkan jarum pendek masih dalam lingkungan 12. Jarum panjang pada nombor 9.

Whattt ??????????!!!!!!!!!!!!!!!.

Aku langsung tak bergerak. Tangan aku masih memegang tombol pintu. Aku buat keputusan untuk memusing kunci untuk lock balik pintu rumah.

Dup dap dup dap dup dap .. (boleh pulak waktu ni, aku tahan nafas? Dah kenapa? Supaya ‘dia’ tak tahu yang aku dah depan pintu ke??)

Clok – bunyi pintu aku kunci (pintu rumah ni kena pusing 2x baru betul-betul kunci, tau kan?)
Aku berhenti.

Aku dekatkan telinga aku pada pintu rumah, sayup-sayup kedengaran suara wanita seperti bernyanyi. Ya ! bernyanyi. Sama seperti yang aku dengar beberapa malam sebelum ni. Seperti yang aku cakap dialek nya hampir sama seperti nyanyian “lengsir wangi”.

https://youtu.be/e6HREzWnmsU <<– boleh c/p ni dekat web kalau nak tahu macam mana dialek jawa ‘dia’.

Aku dengar ayat yang sama sayu, seperti merayu-rayu untuk aku pergi mendekatinya.

“kemari pujaan hatiku. Datang dekati aku. Akan aku jaga dirimu sekalipun bermandikan darah..”

Aku faham setiap ayat-ayat yang ‘dia’ sebut, aku dengar sayu sungguh suaranya, hati ku mula sebak,sepertinya aku berasa sangat sedih, seiringi dengan nyanyian nya aku jelas mendengar bunyi lonceng. Tiba-tiba bau wangi singgah ke hidung ku.

Clok – bunyi kunci pintu aku pusingkan. Bukan dikunci tapi dibuka.

Aku kuak pintu rumah, kabus menebal di hadapan halaman rumah. Aku tercari-cari bunyi suara ‘dia’. aku jejak kaki keluar tidak memakai selipar. Aku toleh ke kiri ke kanan, rasanya seperti aku dipukau, tapi aku sedar akan tingkah laku ku.

“datanglah dekat menghampiri ku pujaan hati..”

Berani kah aku? Apa yang aku buat ni? Perasaan ingin tahu aku memuncak. Siapa ‘dia’?
Aku lihat di hujung pagar rumah, seperti ada kain melayang keemasan, aku buka pintu pagar, aku berlari mengejar selendang tersebut, bunyi gerincing lonceng semakin jauh dan bau bunga melur semakin pudar, sepertinya ‘dia’ sedang berjalan menjauh dari aku.

Aku berlari mengejar selendang emas itu.

Semakin dalam aku memasuki kabus, semakin aku tidak nampak apa-apa sehinggalah kaki aku terpijak ranting kayu ! Ya Allah, aku berpijak pada tanah ! bukan diatas tar jalan raya. Sewaktu itu kabus beransur-ansur nipis, angin sepoi-sepoi bahasa menjamah kulit tubuh aku.
SubahanAllah. Aku dikelilingi pokok buluh. Di dalam kekeliruan ku, sekali lagi aku mendengar suara wanita, masih sayu dan menyedihkan (tak tahu lah kenapa aku tak ada rasa takut waktu ni, sebab perasaan ingin tahu aku kuat sangat nak jumpa ‘dia’).

“kemari pujaan hatiku” – dialek jawa

Aku seolah-olah tahu dari mana arah suara dia, disebalik buluh-buluh itu, aku confirm sangat. Aku tak fikir panjang dah, aku nak jumpa ‘dia’ !!

Di celah-celah antara buluh itu,kelihatan seperti ada suatu kawasan lapang di kelilingi air seperti tasik, di terangi cahaya bulan, aku melihat kelibat wanita, di kepala nya memakai mahkota emas, baju hijau keemasan,selendang nya berterbangan mengelilingi tubuh wanita tersebut, dengan alunan nyayian, tubuh nya mula bergerak mengikut rentak nyanyian sayu nya.

“datanglah merapat sukma jiwa ku”

Aku terdorong untuk meredah hutan buluh itu meski lengan dan kaki aku luka terkena kayu yang tajam, tapi hati aku kuat terdorong untuk berjumpa ‘dia’.

Semakin aku datang mendekat, semakin menjauh layaknya sehinggakan aku sampai di tepi tasik itu, tubuhnya terapung-apung di atas air dengan selendangnya yang berterbangan diudara. Aku ingin sekali melihat wajah dia. tapi sayang, hanya tubuh belakang nya sahaja aku nampak.

Sunyi. Tiada bunyi dari binatang mahapun cengkerik. Tiada gerakan didasar air tasik, bahkan desiran angin turut berdiam diri. Seola-olah masa terhenti, hanya ada aku dan ‘dia’.

“Aku sudah ada disini, apa mahu nya kamu?” – Entah dari mana datangnya perkataan ini terkeluar dari anak tekak aku. Keberanian apa yang menerpa aku untuk menegur ‘dia’.

Selendang yang berterbangan itu berhenti, kemudian berpusing-pusing meluru ke langit, aku melihat wanita itu masih berdiri membelakangi aku, kepala nya bergerak. Menghala ke sebelah kiri, hanya sedikit, tidak jelas rupanya, tapi aku nampak, senyuman nya yang sinis..

Zzzzupppppp …………… !!!

selendang yang terapung-apung diudara itu terus menerpa kearah aku, aku terus menjerit dan menutup wajah ku.

Kreeeeitttttttttttttttttt …………………

“Kak !! apa kakak buat tengah jalan ni?? Ya Allah. Kenapa dengan akak ni?” – Rhaz.

Hampir-hampir motosikal yang ditunggangi Rhaz melanggar aku. Aku perhatikan sekeliling, tiada kabus, aku berada di hujung simpang rumah ku sendiri, jarak aku dari rumah kami ada dalam 16 buah rumah.

Aku kebinggungan. Telinga aku berdesing sampai aku sendiri tak tahan, aku menekup ke-2 belah telinga aku. Sakit ouuuu .. rasa macam nak menangis aku time ni, seiringi dengan dengungngan itu, aku dengar ‘dia’ cakap :-

“aku akan mendatangi kamu lagi kesuma ku..” – masih dalam dialek jawa

Aku tengok Rhaz, aku tengok diri aku sendiri, berkaki ayam, luka calar bergaris di lengan kiri dan kanan aku, tapak kaki aku ada kesan tanah dan luka.

“Ya Allah kak, Apa jadi dengan akak ni?, kakak nak pergi mana?”- Rhaz

Kami kembali ke rumah, pintu utama terbuka luas, aku keluar tadi tak tutup pintu, hehehe .. nasib tak dimasuki pencuri.

Sewaktu aku nak cuci kaki, buang kesan tanah ni, aku betul-betul confirm tanah tu tak kena air weiii,, macam tanah tu waterproof, ko hader??? Aku sure sangat ! and tak ada kesan pun tanah tu ikut aliran air ke lubang toilet, tapi for sure, tanah tu memang hilang macam tu jer …

Rhaz membawa air minuman kepada aku dan first aid. Dia sapukan ubat pada lengan aku yang calar balar and kaki aku yang luka, aku pulak masih memikirkan ‘dia’. Banyak yang belum terjawap. Apa mahunya dia? sehingga sanggup hendak bermandi darah demi aku? Kenapa aku faham bahasa yang di gunanya sedangkan aku tak pernah memperlajari apa-apa bahasa dialek jawa begitu seperti bahasa kuno. Lebih menghairakan aku, apa sebenar niat dia? Aku hampir kemalangan, dilanggar Rhaz.

“kak, ceritalah dengan Rhaz, kenapa dengan kakak?. Ada benda tak elok kacau kakak ke?. Mami and Dadi tahu tak akak kena ganggu?”

Aku diam. Berdesing telinga aku ni masih tak hilang lagi.

“Rhaz, kau teman akak tidur luar ni boleh tak?”

“ermmm .. baiklah, akak tidur lah dulu, Rhaz ambik bantal dan selimut. Esok kita cerita.”

Aku kembali baring ke sofa, Rhaz melamparkan selimutnya di lantai menghadap aku. Aku menangis, aku betul-betul tak tahu kenapa aku menangis weiii … aku rasa aku lemah, aku terpedaya, tahu tak korang? Kalau adik aku pakai kereta tadi tak sempat break, aku boleh kemalangan tahu ! adik aku pulak sesal seumur hidup dia langgar kakak sendiri.

Jahanam betul lah iblis ni, aku sedih sebab aku rasa aku lupa Allah S.W.T sebab keinginan aku untuk tahu siapa ‘dia’ sampai aku lupa, aku termasuk dalam perangkap ‘dia’.

“kak… istgihfar banyak-banyak.. jangan terperdaya dengan iblis.. kalau kakak perlukan bantuan kami, kami semua ada untuk akak.”- Rhaz

Aku menangis sepuas-puasnya. Aku kalah. Aku tumpas.

Malam tesebut aku lalui dengan ditemani Rhaz.

Baiklah.

Kejadian ini berlarutan sehingga 3 malam. Menambah rasa hairan ku, kenapa aku diganggu? Kenapa tidak Fitrra? Apa semua ini? Apa dimaksudnya menginginkan aku? Biar bermandi darah untuk mendapatkan aku?

Aku akan sambung lagi kisah aku ini dengan kejadian pada malam ke-2 dan ke-3 sehinggalah hari dimana aku berdepan dengan ‘dia’. 3 malam berturut-turut aku diganggunya, tapi bukan sahaja aku, tapi kesan nya terkena pada kak Zaza dan Fitrra.

Lepas ambil laptop tadi jam 8, Liza terus balik ke rumah untuk menyiapkan cerita ini, sebab ramai dah ternanti-nanti sambungannya.

Liza tahu, ‘dia’ yang ganggu cerita Liza, mungkin ada ambik jurusan IT kot ‘dia’ ni.

Lagipun sekarang, Liza dah rasa tak sedap hati, sejak tadi, terhidu bau wangi. Bukan itu sahaja, malah paha Liza di cuit, ‘dia’ masih mengganggu kami dan sekarang Liza dalam sesi berubat dengan Hj. Man- Level Glorious (Nanti Liza cerita, macam mana boleh jumpa dengan Hj. Man, dia yang banyak membantu kami dalam menangani benda ni.)

P/S : Kepada para pembaca, Liza tak galakkan korang taksub dengan sesetengah mitos atau lagenda, terutamanya yang selalu menjadi pujaan manusia. Aku dah nampak kesan nya atas Kak Zaza dan kakak aku sendiri. TOLONG ! jangan terlalu mengkaji selidik mitos kewujudan nya. Kerana takut akan percaya kewujudan dan kesahihannya maka jatuh khurafat lah kita tanpa sedar.

‘Dia’ bukan lah sesuatu yang penting sehingga berkeinginan mahu tahu tentangnya berbanding keinginan kita mengenali Rasulluallah S.A.W dan Allah S.W.T.

Dan kepada sesetengah pembaca FS, yang mengikuti perkembangan cerita Liza, ada sesetengah pembaca mengalami perkara-perkara pelik sebelum atau selepas membaca cerita Liza Ep-1, diminta menjaga diri anda dan kuatkan semangat.

Disini Liza sharekan untuk anda semua amalkan surah pendinding diri Ayat 50.
• Al-Baqarah ayat 246
• Ali-Imran ayat 181
• An-Nisaa ayat 77
• Al-Maaidah ayat 27
• Ar-Ra’d ayat 16

Tiap-tiap satu dari lima ayat surah ini mempunyai sepuluh buah huruf “Qaf” (kaf besar), oleh itu, ia dipanggil ayat 50 Qaf.

Selesai membacanya, tiup pada tapak tangan anda dan dengan berniat “Atas keizinan Allah S.W.T sebagai pelindung diri dari ganguan makhluk lain atau manusia yang berniat jahat ke atas diriku” sapukan tapak tangan anda pada keseluruhan tubuh bermula dari muka ke atas kepala turun ke tengkuk sehingga ke seluruh tubuh (tidak pada kemaluan) hingga ke hujung kaki. Ulangi sebanyak 3x.

Surah ini Liza pernah kongsikan dalam episode SIHIR –Part 2. Sesiapa sahaja boleh mengamalkan nya, tiada batasan bahkan selebihnya adalah diatas kehendak Allah S.W.T.
Rasa nya sampai sini dulu pertemuan kita.

Sekian.

Nukilan Liza
14.09.2017 (11.13pm)

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Liza
FOLLOW FB KAMI.

14 comments

  1. Saya pernah dgr orang nyanyi lagu lingsir wengi lepas pukul 12 mlm waktu saya cuba nak tidur. Bunyi sayup2 tp sebab saya mmg jenis suka muzik (memang ambik aliran muzik di sekolah dan main berbagai instrument) jadi saya senang tangkap melodi yang saya dgr. Walaupun itu kali pertama saya dgr lingsir wengi. Akhirnya dalam perasaan seram tu saya tertidur.

    Setengah tahun kemudian, cerita Kuntilanak di tayangkan di pawagam Malaysia, dan percayalah bila saya katakan, saya terkejut namati bila lagu yang berkumandang dalam pawagam sebagai panggilan kuntilanak adalah lagu yang sama saya dgr waktu malam tu. Dah la dalam cerita tu cakap kalau bunyi jauh tu maknanya dekat dan vice versa… Malam tu saya dgr sayup2 jd korang rasa? Omakkk!!!

  2. “Aku dah nampak kesan nya atas Kak Zaza dan kakak aku sendiri. TOLONG ! jangan terlalu mengkaji selidik mitos kewujudan nya…”

    Akk nak tau sgt ape yg dikaji dan kesannye pd diorg tu…???

  3. Pasl ckp xbole pakai hijau tu btl la.sbb pakck aku pnh tnye dkt nenek btl ke org ckp kwsn tu xbole.nenek aku ckp btl sbb mse die tmn arwah atok aku blk jmpe sdra mata die blah sna dieorg sje jln2 smpai ke situ sbb arwah atok aku xpnh jmpe sdra die dkt sana.tu jela yg aku tau.lain aku xtau n xbrni nk tnye.sbb org ckp memory org dh nyanyok nie die lbh kuat igt bnde yg lame Dr yg skrg.kang buatnya enth ape nenek aku Cite mau smpai kesudahan aku tkt didik umh sorg2 plak

  4. kalau mcm tu awk jgn la bg website utk ktorg baca atau dgr lagu tu..bila awak bg kan dh buat kami ni terasa lagi nk baca lebih dalam..tgn ni dok gatal je nk buka tgk..aishhh…

  5. fuhh nasib tak baca link yg writer share hr tu..
    hihihi selamat dr perasaan ingin tahu..
    seram wei apa yg sis share ni..
    sila smbung lagi nak thu kenapa dia pilih sis.. hihi

  6. “Dan kepada sesetengah pembaca FS, yang mengikuti perkembangan cerita Liza, ada sesetengah pembaca mengalami perkara-perkara pelik sebelum atau selepas membaca cerita Liza Ep-1, diminta menjaga diri anda dan kuatkan semangat…”

    Baca balik part, “Ada sesetengah pembaca mengalami perkara-perkara pelik sebelum atau selepas membaca cerita Liza Ep-1….” KAK YULIE!!!!! Apa maksud budak ni???!!! Takut kitaaa.

  7. Cerita betul ke ni? Kalau utk baca je okay la. Untuk percaya kata betul susah nak caya. Aku memang x caya klw scan dari jauh ke or whatever

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.