Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pembaca FS..
Lagenda Nyi Roro Kidul – eps 5
Bersyukur ke hadrat illahi, bertemu lagi kita di episode ini, dan buat para pembaca FS yang ada kena gangguan before or afer baca cerita Liza, Liza minta maaf. Tiada niat hendak takutkan anda semua, tapi Liza hanya hendak berkongsi pengalaman dan pengajaran di setiap peristiwa yang berlaku. Ambil yang positif buangkan yang negetif.
Setiap yang terjadi ada hikmah nya, dan kena ingat setiap ciptaan-NYA ada sebab tertentu untuk menguji kita sebagai hamba-NYA.
• Adakah kita akan termakan hasutan syaitan?
• Kuatkah keimanan kita terhadap-NYA?
• Punya sifat rendah diri kah kita terhadap kekuasaan-NYA?
Macam2 yang boleh kita ambilkan iktibar dari setiap episode yang Liza ceritakan, tidak semua jin itu kafir, tidak semuanya juga jahat. Mereka juga dicipta seperti kita manusia, memilih untuk tunduk kepada-NYA atau mungkar pada perintah-NYA.
**Jujur Liza katakan sepanjang Liza berada di wilayah Ibu Raisha, Liza tidak sedar apabila ada dari penceritaan Ibu Raisha tentang moyang Liza itu membuat Liza tersentak, bagaimana Ibu Raisha boleh berjumpa dengan Moyang Liza? Sedangkan Ibu Raisha masih muda? Itu semua pemikiran bawah sedar Liza. Diharap para pembaca memahami yer.. susah juga nk explain ni.. maaf.
**Kdg2 Liza sendiri pun tak tahu ini semua mimpi atau realiti. Liza tahu, mungkin ramai yg fikir cerita Liza Fiksyen. Tapi, Liza sendiri tak tahu mcm mana nk buktikan dan mana yg ckp kisah Liza mcm Ijam, sebenar nya jujurlah Liza cakap, Liza tak baca pon cerita Ijam., tak ada masa kot nak baca kisah-kisah yang ada dlm page FS ni, sebab Liza hnya nak kongsikan kisah Liza sahaja.Sekiranya Liza tiru cerita ijam, kenapa pulak Liza nak c/p cerita dia? btl x?
** Lagipun Liza percaya kalo ijam cakap dia ada pendamping dia sama macam Liza, xmustahil terjadi atas diri Liza seorang sahaja. Maaf sekiranya tutur kata liza agak kasar, kenapa peristiwa hantu/jin/kerasukkan boleh kita percaya? Tapi kenapa dgn kewujudan makhluk ghaib lain yg baik dan beragama islam serta bertakwa kpd Allah SWT dtg membantu kita dalam kesusahan, kita susah nak percaya? Sedangkan kita semua sedia maklum, jin juga seperti manusia, ada yg kafir menyesatkan ada yg islam meluruskan?. Wallahu A’lam Bishawab (Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui). Fikir2kan dan renung2kan lah.
Pada malam yang telah di janji kan, kami ber-3 (mami/dadi dan aku) bersetuju untuk berjumpa dengan cik ngah dan Hj.Man di rumah Cik Ngah.
Kami bertolak dari rumah dalam jam 6pm sebab kalau boleh nak berjemaah bersama dengan keluaga cik ngah. Dalam perjalanan ke rumah Cik Ngah, kami perlu menyusuri highway dekat dengan laut. Sebelah kiri laut, sebelah kanan pulak kampong Cik Ngah. Kena lalu dulu kampong Cik Ngah ni dan u-turn depan sana baru boleh belok ke simpang kampong Cik Ngah.
Oleh kerana perjalanan dari rumah ke kpg Cik ngah ambil masa lebih kurang sejam lebih, jadi aku layan dulu lah MLBB. Hehehehe .. sikit lagi nak masuk epic ni. 1 star jer lagi. Tapi oleh sebab area kpg cik ngah tak berapa ok line digi jadi aku main classic jer lah. Ehehehehe…
Lepas victory 3game ni, aku dah lain rasa betul, sebab dalam perjalanan ni, mami and dadi senyap jer, aku pulak dh rasa lama sangat main game ni, tak mungkinlah kan perjalanan ke rumah cik ngah lama sangat? Aku stop main game. Aku tengok kiri kanan, kenapa gelap semacam eyhh?? Kiri tu memanglah lautkan, tapi yang pelik nya kenapa sebelah kanan aku ni hutan??
Aku kehadapan, memberi salam pada mami dan dadi, sejak tadi mereka senyap sahaja, mami pulak dok termenung tengok ke laut, dadi pulak focus semacam jer drive.
Aku sentuh ke 2-2 bahu mereka berdua dengan memberi salam.
Mami dan dadi sedikit terkejut dengan sapaan aku dan memjawab salam aku dengan tenang.
“Dadi, ermmmm … “
Aku berbisik di telinga dadi
“Dah lama sangat dadi drive, belum uturn lagi ke? @ kita terlepas lorong uturn?”
Serta merta dadi berhenti kan kereta. Mami dan dadi tengok kiri kanan.
Kemudian dadi keluarkan sebotol minyak wangi kecil, dadi calitkan pada tapak tangan dan yang aku dengar dadi membaca surah Al-Fatihah (3x) dan Al-Kursi (1x).
Aku pun bacalah doa yang aku perlajari dari ibu Raisha untuk melindungi diri aku dari gangguan iblis : – (Surah al-mu’minum (23): 97 & 98)
Maksudnya : “Ya Rabbi aku berlindung kpd-mu dari bisikan syaitan, dan aku berlindung kpd-mu dari didatangi mereka kpdku”
** boleh buka Al-Quran yer, sebab kalo aku translate rumi sini bacaan tajwid semua tak sama, jadi xdpt nk taip rumi : aku nak taip tapi fikir balik seeloknya baca melalui Al-Quran. (Allin1 dpt pahala)
• Pahala pegang Al-Quran
• Pahala ambil wudhuk sebelum pegang Al-Quran
• Boleh lah menguji tahap pembacaan kita yang dah lama tak membaca Al-quran.
Dadi mulakan balik perjalanan, nampaknya kami ni kena game lah dengan ‘dia’ tak nampak jalan ke rumah cik ngah. Agak lama juga kami terperangkap kat area ‘dia’.
Kemudian aku nampaklah macam selendang coklat hijau macam tu dekat belakang kereta, agak-nya dia atas kereta kitaorg kot, aku pun tepuk-tepuk lah bahu mami, mami dan dadi macam perasan jugalah kan, then aku tengok sebelah kiri, dekat laut tu ada beberapa org terapung-apung di atas air, beriringan dengan kereta kami.
Aku dengar bunyi gong, berdesing telinga aku. Aku cakap kat mami telinga aku sakit. Tapi mami dan dadi tak endahkan aku sebab diarong tgh baca-baca surah untuk jauhkan benda ni dari aku.
Tiba-tiba kereta dadi bawa hilang kawalan dan kami terbabas melanggar palang penghalang jalan raya, aku tersadung ke hadapan dan kepala aku terhentak dekat dashboard depan sebab aku duduk tengah antara seat mami dan dadi plus aku tak pakai seatbelt, dadi pulak bawa laju.
Sedar jer aku, aku berada di pantai, Ya Allah. Waktu ni aku betul-betul tak tahu macam mana nak describe perasaan aku, aku menangis dan terjerit-jerit panggil mami dan dadi, aku lari ke sana sini cari jalan keluar tapi aku seperti berada di 1 pulau kecil, dengan kepala aku berdarah, bibir aku pecah. Satu badan sakit.
“Jiwa kesuma pengolah jantung ku, tak usah khuatir, aku ada disisimu” – dialek jawa
Aku lihat ke laut, ‘dia’ dayang perutusan yang mana 1 aku tak tahu lah sebab macam sama jer semua dia org ni, Cuma ini, jelas aku melihat wajahnya, cantik, wangi, rambutnya bersanggul kemas dihiasi dengan bunga-bunga halus melur, bajunya berwarna hijau, agak seksi lah pakaian dia ni, muka dia cantik, betul cantik. Aku terpersona jugalah tengok muka dia.
“Aku mahu balik keorang tua ku” – Aku mengundur. Sebab ‘dia’ yang terapung di laut datang menghampiri aku, aku lihat kaki nya memijak tanah. Laa sudah, aku dah kat tempat diaorang ke apa ni?
“Nama ku Widya, aku datang untuk mengiringi kamu ke istana ratu ku”- dialek jawa
Tangan nya menghulur ke arah aku, aku mengundur.
“tidak ! aku tidak mahu ikut kamu !! apa kamu mahu ?!!”
“Ratu ku hendak ketemu denganmu”
“Ya Allah, lindungi lah aku dari jelmaan iblis durjana ini.. Ya Allah .. Ya Allah ..” – menggigil tangan aku
Aku pejamkan mata. Aku tenangkan hati. Deria bunyi aku menangkap gerakan kaki Widya berjalan ke arah aku.
“Bismillahirrahmanirrahim”
Aku titipkan di bibirku surah2 perlindungan diri :
• Surat Al-Ikhlas (3x)
• Surah Al-Falaq (3x)
• Surah An-Naas (3x)
• Surah Al-Kursi (1x)
Selesai sahaja aku membaca, aku terasa ada hembusan nafas panas di belakang aku.
“Assalamu’alaikum Liza” – Azil
“Waalaikum mussalam Azil’ – Aku tersenyum senang kerana doa ku termakbul apabila aku berharap sekarang adanya Ibu Raisha atau Azil datang membantu.
Azil mengelilingi aku dan kami berinteraksi sesama sendiri.
“Mahu kemana kamu melarikan diri? Tiada yang bisa terlepas dari tawanan ku !” – Menyeringai wajah Widya apabila melihat Azil datang membantu.
Azil mengaum ! mengegarkan keseluruh kawasan.
Aku mengambil segengam pasir kemudian membaca “An’amta alaihim” lalu aku lemparkan kehadapan Widya, sewaktu aku melemparkan pasir itu, dengan izin Allah SWT terhasilnya api membara menjadi pemisah antara aku dan Widya. Segera aku menaiki tubuh Azil dan kami melarikan diri dari situ, aku sempat menoleh ke belakang, aku melihat Widya bertukar rupa, wajahnya menggerutu,buruk, rambut mengerbang.
“Jangan kau pandang ke belakang Liza” – Azil
Aku pejamkan mata, dari kejauhan aku mendengar Widya memberi amaran kepada aku.
“Aku akan mencari kamu walau dimana kau pergi, jika kau tidak aku punyai, keluargamu menjadi taruhanku” – Widya
Azil berhenti bergerak. Dari kejauhan aku melihat samar-samar lampu rumah cik ngah, aku turun dari badan Azil dan berlari ke rumah cik ngah, di halaman rumah cik ngah aku nampak kereta dadi.
“Semoga Allah mudahkan kita dalam kebaikan dimanapun berada. “ – Azil
“Hafizhanallah (semoga Allah menjaga kita)” – Aku memandang Azil pergi di sebalik kegelapan malam
“Sampai ketemu lagi” – Azil
“Berhati-hati ya Azil, Assalamualaikum.”
“Waalaikum mussalam”
Aku berlari ke halaman rumah cik ngah sambil menjerit-jerit memangil mami dan dadi, mereka yang berada di dalam rumah berlari kearah aku, kami berpelukan, aku menangis dalam pelukkan mami
“maafkan mami Liza, maafkan mami tak dapat bantu Liza, maafkan mami mereka ambil Liza, maafkan mami. “ – bercucuran air mata mami, peluk cium aku.
Di rumah cik ngah, mami mengubati luka dibibirku dan dahi aku yang luka. Hj.Man berikan aku air yang ditawarnya.
Sewaktu kemalangan, mami dan dadi pengsan tapi dalam kesamaran, mami ada tengok aku diangkat oleh beberapa orang perempuan menuju ke laut, tapi oleh dek mami rasa sakit dan tak dapat nak bangun selamatkan aku. Sedar-sedar sahaja mereka ber-2 melihat aku sudah tiada, mereka trs ke rumah cik ngah untuk meminta bantuan.
Hj.Man turut sekali yang berada di rumah cik ngah tak boleh nak scan aku dekat mana, katanya aku sudah disembunyikan oleh penunggu laut (Widya). Hanya dengan bertawakal sahaja agar aku selamat dari mereka dan bersyukurlah Azil datang membantu.
Tidak lama kemudian mami mendapat panggilan dari kakak ada kecemasan di rumah, kami semua bergegas ke rumah.
Jam hampir 11pm.
Dalam perjalanan ke rumah, Hj.Man tidak berhenti berzikir, di tangan nya tidak lepas dari tasbih. Aku dan mami duduk di belakang kelihatan mami agak resah dan kebingungan memikirkan kakak dirumah, mana tidaknya, mendengar berita Nono sedang kerasukkan dirumah menari-nari sambil menyanyi bahasa jawa.
Cik ngah dan mak ngah menaiki kenderaan mereka sendiri, mengekori rapat dibelakang. Seketika, aku merasakan diluar kereta sepertinya diikuti oleh susuk tubuh yang tidak jelas kelihatan.
“bagilah aku rehat.” –. Terasa kudrat aku tak dapat nak lalui semuanya.
Sampai di halaman rumah, Hj.Man terlebih dahulu memagar rumah dari luar, katanya tidak mahu ada yang lain mengikut. Kami melangkah masuk ke rumah memberi salam.
Di ruang tamu aku melihat Nono, dengan mata terpejam duduk bersila di lantai. Apabila kami masuk ke rumah, Nono melihat aku dan tersenyum.
“Kita berjumpa lagi belahan jiwa ku” – dialek jawa (halus suaranya, manja-manja gitu)
“Widya, lepaskan adikku, jangan ganggu dia.” – Aku nampak disebalik tubuh adik aku, aku nampak susuk buruk wajahnya Widya dalam samar.
“Kau mahu lari kemana? Sudah ku bilang akan aku datangi keluargamu jika kau tak kami miliki” – semakin lantang suaranya.
“Jangan di ganggu anak ini, apa kau sudah bersedia mahu memulakan peperangan antara kaum mu dengan aku?” – Hj.Man bersuara.
Mak ngah/Cik ngah/ Mami dan dadi sudah mula memasang diri sendiri dan bersedia bila-bila masa untuk membantu Hj.Man
“Kenapa kau mahu turut campur urusanku dengan dia?” – Nampak dari raut wajah nono seakan-akan marah memandang Hj.Man yang duduk di sudut ruang tamu.
“Kerana aku datang untuk menghalang kaum mu yang di laknat Allah SWT daripada menyesatkan umat Rasulluallah”
“hahahahahahahahah ……” – Nono ketawa dan mendengus.
“Jika kau tak hendak keluar, dengan Izin-Nya Allah SWT, akan aku sakiti tubuhmu seperti mana kau menyakiti tubuh anak ini” – Hj.Man
Dadi berdiri di belakang Nono, selepas membaca beberapa surah, dadi tiupkan pada tapak tangan dan tekankan ke atas kepala Nono, serta merta tubuh Nono rebah, terbaring kaku.
Aku nampak wajah Widya yang tadinya di pantai cantik mulus rupanya kini tak ubah seperti wanita tua, rambut hitam nya menjadi putih, mengerbang, panjang rambutnya melingkar hampir ke seluruh lantai rumah, gigi nya ada yang tiada ada yang tajam, hidung nya hancur, matanya tidak menentu, kulit nya kendur dan menggerutu, tak sanggup rasanya aku nak perhatikan lama-lama.
Mami / dadi / cik ngah dan mak ngah mengambil posisi masing2, mami dan dadi memegang ke 2 belah lengan nono, mak ngah dan cik ngah memegang ke-2 belah kaki nono, dengan serentak mereka mengucapkan “AllahuAkhbar ! AllhuAkhbar ! Allhuakbhar !” dan seolah-olah memotong tangan dan kaki Nono.
Aku melihat Widya menggelepur kesakitan. Hj.Man yang berada di posisi kepala Nono seperti sedang bersiap sedia hendak menyembelih leher Widya !
“Kasihani lah aku !! Maafkan aku !! aku berjanji tidak akan mengganggu anak ini, lepaskanlah aku” – merayu2 widya kepada Hj.Man
“Apa kau benar-benar berjanji tidak mengganggu anak ini lagi?”
“Iya.. iya ! aku berjanji tidak akan mengganggu dia lagi” – Widya menggeliat kesakitan
“Kau mahu keluar sendiri?”
Nono Menggangguk.
“Sekarang kau keluar dan jangan kembali ! pulang ke tempatmu dan jangan ganggu mereka lagi. Jika kau masih juga berdegil, tiada lagi kemaafan keatas kau.”
Perlahan-lahan aku perhatikan tubuh widya lutsinar keluar dari tubuh nono, menampakkan tangan kaki nya luka, menampakkan wajah buruknya yang kelihatan sedih dan sayu.
“SubahanAllah” – Tersedar aku seketika apabila wujud rasa belas kasihan terhadap Widya.
“Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh Liza” – Lemah lembut suara Ibu Raisha memandang aku.
“Waalaikum mussalam Ibu, bantulah aku dan keluarga ku, tiada kudrat ku untuk menentang mereka” – tangisan ku tak ubah seperti budak kecil.
“Jika kamu meminta, mintalah kepada Allah SWT. Jika kamu minta tolong, minta tolong jugalah kepada Allah SWT. setiap musibah dan kesusahan yang kita alami dan yang akan datang, itu semua sudah tercatat dalam Lauhul Mahfduz. Semua itu adalah ujian dari Allah bagi hamba-Nya. Sebagaimana namanya, ujian, dengannya Allah akan mempersaksikan dihadapan para makhluk-Nya mana hamba yang benar-benar jujur beriman kepada Allah dan mana yang dusta imannya. Kerana ketika musibah datang, hal itu akan nampak.” – Ibu Raisha membelai kepala aku, memujuk aku agar tabah
“Tapi, aku tidak kuat ibu. Aku lemah.” – Aku memandang wajah Ibu Raisha, terasa semakin sebak menyelebungi tubuh aku.
“Kita telah ketahui bahawa musibah dan cubaan itu adalah ketetapan Allah. Maka ketahui juga bahawa musibah dan cubaan itu hanya Allah SWT yang mampu menghilangkannya. Jika pada hakikatnya hanya Allah-lah yang dapat menghilangkan segala kemudharatan, maka orang yang berfikir waras dan logik, tentu akan meminta tolong kepada Allah dari segala kesulitan dan kesusahan serta bergantung pada-Nya.” – Perlahan-lahan suara ibu Raisha menjauh
Aku tersedar dari mimpi itu, jelas air mata aku mengalir. Aku lihat pada jam di dinding, 02.19am. Aku bingkas bangun, mengambil wudhuk, aku lihat Nono, sebak rasanya apabila dia terpaksa melalui perkara ini kerana aku. Aku rasa sangat bersalah terhadap nya.
Aku hamparkan sejadah. Menunaikan Solat Tahajud. Berzikir. Membaca Al-Quran. Terasa sungguh kecil diri aku, sedar atas silap ku, aku lupa Allah SWT. Saat senang ku bersuka-ria, disaat aku rebah, disaat aku kalah, disaat aku sudah tiada semangat, baru lah aku tunduk sujud meminta pertolongan. Sungguh-sungguh aku terasa diri aku kerdil. Dalam zikir ku memuji-Nya dengan tangisan ku rasa bersalah kerana selalu lupa kepada-Nya. Sehingga aku terlelap dalam zikir tangisku memohon keampunan dan kekuatan daripada-Nya.
Dalam kesayupan Azan subuh, aku dibangunkan oleh dadi. Kami sekeluarga solat subuh berjemaah. Dalam sebak, aku lupa, Aku ada Allah SWT, aku ada mami/dadi/Rhaz/Kakak/Abg Ipar dan Nono yang setia berdiri teguh menghulurkan tangan saat aku memerlukan. Dalam solat, aku dengar, dihadapan aku dan dibelakang aku sepertinya ramai yang menjadi makmum dadi. Saat ini aku merasakan seperti seluruh kawasan rumah kami di kerumuni kaum-nya Ibu Raisha. Semangat ku kembali pulih.
Kejadian ini berlarutan sehingga beberapa minggu, sehinggalah selepas kejadian terakhir semalam. Aku bertemu dengan Ibu Raisha dalam separa sedar ku, ibu raisha bersedia membawa aku ke wilayahnya Widya kerana ibu raisha sudah berhubung dengan dayang utusan mereka hendak bertemu dengan ratu mereka (macam mana ibu raisha berjumpa dgn dayang tu aku tak tahu lah, sebab aku tak tanya pon).
Aku berbincang dengan Mami/dadi dan mereka bersetuju, kami turut meminta bantuan Hj.Man dan Cikngah untuk menghadapi mereka semua.
Malam tu, kami semua bersedia menghadapi ‘mereka’.
Sesi berubat dimulakan, Aku dalam separa sedar, tubuh ku kaku namun aku mendengar suara mami dan dadi, dalam samar, suara mereka semakin menjauh.
Sedari aku, aku berada di persisiran pantai, ditemani oleh Hj.Man. Dari jauh aku melihat Ibu Raisha dan 4 orang lelaki berdiri di tepi pantai turut serta Azil disisi Ibu Raisha menanti ketibaan kami.
“Apa kamu sudah bersedia Liza?” – Ibu raisha menggenggam ke2 belah tangan ku
Aku mengangguk.
Seiringan dengan itu, ombak laut bergelora, aku melihat seperti ada pusaran air ditengahnya, dan kelibat beberapa susuk tubuh muncul dari pusaran bulat itu, aku lihat layaknya seorang perempuan seperti widya, tetapi bukan, dia memperkenalkan diri nya sebagai Delilia. Dia menjadi perutusan untuk membawa kami berjumpa ratunya.
Ibu raisha memberi arahan kepada penjaganya untuk berkawal di kawasan rumah kami untuk mengelakkan gangguan terhadap keluarga aku yang lain.
Kami ber-4 bergilir-gilir masuk ke dalam pusaran air itu, dimulai dengan Ibu Raisha, aku, Hj.man dan Azil. Sebelum masuk ke pusaran itu, aku dan hj.man awal-awal sudah sedia memagar diri berdoa mendapatkan perlindungan dari Allah SWT.
Setibanya kami di hadapan pintu gerbang didasar laut, kelihatan Delilia sedang bercakap dengan pengawal pintu untuk membenarkan kami masuk. Mendadak air laut terbuka membentuk lubang ditengah pintu gerbang itu tersedia tangga daripada kulit cengkerang. (Kami boleh bernafas dalam air hokehhh … berjalan macam biasa hokeh.. tapi bila dah masuk pintu gerbang ni air dia tak masuk kedalam. . dan ya, baju kami tak basah tau – magik weyhhhh .. hahahah .. aku ni teruja sikit lah dengan benda macam ni)
Sewaktu melangkah masuk ke pintu gerbang, kami menaiki tangga sayup-sayup terdengar suara gamelan dengan irama nyanyi yang selalu aku dengar seperti mengalu-alukan kedatangan kami.
Istana bersinar kehijauan, terdapat ramai kelibat mereka berjalan kesana kemari berpesta. Suasana istana agak susah sikit aku nak gambarkan, sangat cantik. Tiang-tiang nya berukir indah dan berkilauan berlapis warna keemasan dan lantainya berkilauan. (mahu silau mata aku). Dikeseluruhan tempat dihiasai dengan hiasan yang menakjubkan untuk menambahkan seri istana itu.
Kami ber-4 diiringi bertemu dengan ratu mereka, disaat ini mata aku terpesona melihat susuk tubuh molek dengan busana serba hijau dan gemerlapan yang dihiasai intan permata, parasnya cantik bersinar dan berseri, memakai mahkota emas yang berkilauan, menyambut kedatangan kami.
Singgahsana yang menyerupai kerang raksasa yang dihiasi bunga2 putih harum, dikelilingi dayang-dayang yang berpakaian sama dan rupa paras hampir sama, kelihatan seorang wanita jelita duduk diatasnya,agak sulit untuk aku gambarkan kecantikkan paras rupanya. Dia memberi isyarat melambaikan tangannya agar kami datang mendekat.
“Inikah Nyi Roro Kidul yang terkenal itu? Penguasa laut selatan, Ratu dari alam Ghaib “ – getusku didalam hati
Aku mengikut dibelakang tubuh Ibu Raisha, manakala Azil dan Hj.man hanya berdiri di belakang, sejak tadi aku sedari, Hj.Man tidak mengangkat kepala nya untuk memandang kearah mahluk itu atau makhluk yang lain-lain disekitar ini.
Ibu raisha berdiri menghadapnya, jika hendak dibandingkan paras rupa ibu dan makhluk yang aku belum kenali itu, hurmmm… tak dapat aku nak gandingkan. Ciptaan Allah ini tiada tolak bandingannya.
Dia turun dari singgahsananya dan menghampiri aku yang berdiri di belakang Ibu, aku menundukkan muka kerana tidak berani bertentang mata dengan dia, dia mengangkat muka aku, kami bertentang mata, wajahnya halus, cantik jelita dan bersinar, busana atasnya yang agak tembus pandang menampakkan tubuh bahagian atas nya.
“Akulah yang memerlukanmu dan memanggilmu. Aku salah satu penghuni Laut Selatan. Namaku Gustika Andalusia,” – desisnya, sambil tersenyum ramah.
Aku menjauhkan diri darinya, berdiri dibelakang Ibu.
Gustika kembali duduk disinggahsananya.
“Namaku Raisha, dia Azil dan hamba Allah disana bernama Drahman.” – Ibu memperkenalkan diri dan yang lain.
“Aku hidup sudah beratus ribu tahun di samudera Hindia, di laut selatan tanah Jawa yang ditugaskan untuk berumah di dasar laut. Aku bukanlah penjaga laut, tetapi saya beristana di dasar laut,” ungkapnya, dengan bibir yang lembut berikut gigi putih bersih tertata rapi.
“Apa mahu mu sebenarnya? – Ibu bersuara. Lemah lembut dan bersopan santun
“Jangan tergesa-gesa Raisha, aku tahu kau turut mahukan anak itu.” – sinis senyuman nya
“Jangan kau berbolah-balih hendak kelirukan dia, aku sudah lama mengenali salah silah keluarganya. Tiada sedikit pun niatku hendak memiliki dia kerna dia milik Allah SWT” – Walaupun agak tegas percakapan ibu tapi masih lembut.
“Aku mahu dia tahu, sewaktu rakan nya berada di perairan itu,aku mahu korbankannya tapi dia datang mengganggu.” – Ada sedikit nada marah dan tepat memandang aku
“Maksudmu apa? Kau hendak mencari galang gantinya?” – Ibu bersuara.
Azil dan Hj.man dan aku hanya menyaksikan ke-2 makhluk Allah ini berbicara.
“Mula-mula ia, memang itu mahuku tapi dia punya kelebihan yang tidak semua manusia itu punya.” – Tajam pandangan Gustika ke arah aku
“Bukankah kamu tahu? Kita tidak punya hak untuk memiliki mereka?” – Ibu Raisha semakin lantang bersuara
“Aku tahu, tapi aku bisa bagikan tawaran kepadanya untuk mempelajari dan menyebar ilmu kekebalan, kesaktian, santet dan lain-lain nya. “ berdiri dari singgahsananya menghadap kami
“Apakah kau sedar? Dia tak mahu menduakan Allah SWT?” – Hj.man bersuara dan berdiri menghampiri aku. Azil turut serta berjalan ke arah aku.
Aku terasa seperti sekarang kami di kepung dari seluruh sudut. Gustika memberi arahan tangan ‘stop’ kearah pengawal dan dayang-dayangnya.
“Kamulah yang sudah melukakan dayang ku Widya bukan?” – terjengkil biji mata nya seperti hendak tersembul. Terasa seram pulak melihat wajah dia yang cantik seakan-akan berubah menjadi buruk.
“Ya. Aku. Kerana dayang kau telah menyakiti saudara ku !” – Hj.man lantang bersuara.
Dimasa yang sama Azil bercakap dengan aku untuk bersedia menaiki tubuhnya jika keadaan semakin bahaya. Aku menggangguk.
“Tiada satu pun yang bisa menyakiti dayang jagaanku kecuali aku !!!” – bergemar seluruh kawasan istana apabila suara Gustika bergemar di seluruh penjuru.
Dayang-dayang dan pengawalny bersedia hendak menerpa kami, aku dengan gelabah nya naik ke atas badan Azil, Hj.Man turut serta, dengan selendang hijau dibahu hj.man, dia balutkan keseluruh tubuh aku, dalam kalut kami, aku sempat melihat Ibu Raisha melaungkan kalimah Allah. Seiring dengan itu Hj.man melaungkan Azan, seluruh istana itu mula runtuh, satu persatu menampakkan rupa bentuk istana itu yang sebenarnya.
Singgahsana yang aku lihat tadi berubah tempat jadi sampah sarap, bau busuk menerpa ke hidung aku, tiang-tiang emas nya kelihatan berlumut, seperti nya istana lama terbiar, wajah-wajah dayang nya yang cantik berubah rupa menjadi nenek tua, sama seperti rupa Widya.
Dalam sekelip mata, tubuhku rasa terdorong naik ke permukaan dasar laut, Aku lihat tubuh Ibu seperti satu cahaya putih menjadi penerang jalan kami untuk kembali ke darat.
Terus aku terbangun dari separa sedar aku, aku melihat mamii dan dadi serta cik ngah berlari ke tingkat atas rumah aku, aku hendak bangun terasa kepala ku agak berat, Hj.man memegang kepala aku dengan membuat seolah-olah sedang membuang sesuatu dari atas kepala aku, barulah aku rasa sedikit ringan.
Aku dengar seperti suara kakak menjerit-jerit dari tingkat atas, kemudian mami/dadi /cik ngah dah abg ipar turun ke tingkat bawah, aku melihat kakak sambil mengendong udin dengan mata terpejam turun melalui tangga. Dihujung tangga aku melihat Ibu berdiri menghadap kakak.
Kakak menunding jari ke arah ibu.
“jangan ganggu urusan aku” – Dialek jawa’
Aku nampak disebalik tubuh kakak, kelihatan Gustika dengan wajah nya buruk, menggerutu,rambut nya mengerbang panjang mencecah lantai, kuku nya panjang membelai-belai udin yang nyenyak tidur. Mata nya sebelah tertutup oleh rambutnya, kelihatan hidung nya tiada tapi nampak ke-2 lubang hidung nya.
Nono bergegas berlari memeluk aku. Ketakutan. Sejak kejadian semalam dirasuk oleh Widya, dia terus demam panas sehingga hari ini. Rhaz hanya tergamam melihat kakak.
Diluar rumah aku mendengar Azil sekali -2 mengaum, aku lihat dari jendela, kelihatan beberapa susuk tubuh buruk cuba hendak masuk ke halaman rumah tapi dihalang oleh penjaga ibu raisha dan dikawal ketat oleh azil.
Keadaan semakin tidak terkawal, dan aku semakin hilang arah tujuan. Aku rasa hendak lari dari keadaan ini. Tidak mahu hendak berdepan dengan dugaan ini semua. Ya Allah. Sungguh berat dugaan yang engkau berikan kpdku dan keluarga ku ya Allah. Aku bersujud memohon keampunan dan kekuatan dgn tangisan tanpa henti. SubahaAllah.
InsyaAllah pada episode akan datang Liza akan habiskan cerita Liza. Buat para pembaca, kuatkan iman dan teguhkan kekuatan anda semua. Kepada yg tidak percaya, Liza tak blh nk ckp apa2. Kpd yg ada kena gangguan, percayalah mereka itu terdiri daripada golongan jin yang sering kali dtg mengganggu dan mencuba hendak melemahkan insan spt kita.
1 pesan Liza kpd smua, jgn tinggalkan solat dan rajinkan membaca Al-Quran, gangguan tak akan berhenti dari terus menyelubungi hidup kita. Sejak dari kejadian malam itu, kakak ada sedikit kena gangguan emosi terkesan sebab melukakan udin, Nono pulak demam panas tak kebah sampai masuk hospital kena tahan seminggu.
Bukan pada keluarga Liza sahaja, bahkan saudara terdekat dan rakan sekerja yang mengetahui perkara ini, sedikit sebanyak terkena gangguan. Ada yang bermimpi didatangi wanita jawa, ada yang bermimpi di tepi pantai melihat perempuan mandi di laut, ada yang terhidu bau bunga melur dll. Alhamdulillah, kepada ada yang terkena gangguan kmi meminta bantuan Hj.Man utk tlg ubatkan mereka. Kata Hj.Man itu hanya terkena tempias sahaja dan dalam masa yang sama ada yg cuba hendak mengambil kesempatan atas org2 yang lemah semangat.
Di minta kpd para pembaca, amalkan ilmu pendinding diri, di dunia ini bkn kita sahaja makhluk ciptaan Allah SWT. Kita berkongsi dgn makhluk lain dan sesungguhnya berdoalah kpd-Nya untuk dijauhkan dari gangguan-gangguan syaitonnirrojim.
Izinkan Liza mengundur diri. Pada pengakhiran cerita nanti, Jika diberi peluang untuk liza cerita mimpi liza bertemu dengan Ratu penguasa laut selatan, insyaAllah Liza akan kongsikan dan ceritakan kpd para pembaca untuk menjadikan teladan dalam hidup kita.
NOTE : beberapa malam sblm ini, Liza kerap bermimpi beberapa orang yg Liza tak kenal, diminta sekiranya ada para pembaca yg ada mengalami mimpi didatangi wanita berpakaian ala-ala jawa atau bermimpi mendengar gamelan lagu klasik jawa, tolong coment pada ruangan bawah post ini, insyaAllah Liza akan contact anda secara peribadi. kena ingat jin iblis ni blh menyerupai apa-apa sahaja utk menakutkan dan menyesatkan umat Rasuluallah, jgn takut dgn mereka sebab tak ada 1 pun kuasa yang ada di dunia ni boleh kalah kan kalam suci Allah SWT.
Nurkilan
Liza (03.09.17 – 10.06pm)
best ni
Hebat pengalaman Liza ni ya, hope dapat kongsikan lagi cerita mimpi Liza jumpa Ratu penguasa laut selatan tu. Too many rumors mengenai dia. Nak tahu sangat~ 🙂
bes2 seram,kdg2 lepas baca ni,seolah2 rasa d perhatikan je terbayang2 nyi roro kidul sprt dgmbarkan penulis
best + seram.. tak sabar nak tunggu next part dari liza
Cepat3 smbng cta,bes seram
semoga liza tabah menghadapi ujian ini..
kisah kali ni byk pengajaran dan peringatan..
# x sabar tggu sambungan
alhamdulillah belum lagi, terkesan juga dgn kisah liza ni,sbb dulu akk minat
tengok show dari trans 7 indonesia (antara 2 dunia) ada kisah mengupas misteri
Ratu pantai selatan ni.. x sangka sampai ke sini pengaruh nya..
xsabar menunggu sambungan dari liza.
Semalam baca story nir kebetulan pulak jam nk masuk tghmalm. Masa nk tidor mmg rasa diperhatikan dekat luar tingkap. Baca al fatihah dan 3kul alhamdulillah tiada gangguan
Saya suka bca citer liza..dan saya percaya smua yg liza citer..saya harap bleh brkenalan dgn liza..ada beberapa perkara yg saya ingin brtanyakan pada liza..dan smoga liza kuat utk hadapi smua ujian ni
Saya suka bca citer liza..dan saya percaya smua yg liza citer..saya harap bleh brkenalan dgn liza..ada beberapa perkara yg saya ingin brtanyakan pada liza..dan smoga liza kuat utk hadapi smua ujian ni
Pelik pulak perasaan mkcik..takde rasa seram..tp rasa nak marahlah dgn syaiton2 jawa ni..astaghfirullah al aziim…
Moga liza & famili dlm lindungan Allah selalu.
Peminat fanatik cerita mak lampir ni
menarik sangat cerita liza..sy ikuti setiap sambungan, dan teringin sangat nak jumpa dengan liza..apa2 pun, semoga liza n keluarga sentiasa dilindungiNya, insyaallah
diharap yang tak percaya tu jaga la sikit tutur kata ingat di dunia ni bukan kita sahaja ada lagi hamba allah yang tak dapat kita lihat jangan cakap besar jika allah membuktikan kebesaran nya pasti kamu akan menyesal dgn kata kata kamu..saya sendiri ada salah silah seperti saya ni saya ada sikit angin makyong jika terdengar muzik dan nyanyian dia saya akan naik semangat secara tak sedar kata orang tua tu hanya angin ada yg kata dari keturunan ..
Seriously, cerita ni memang tak masuk dek akal tapi aku layankan sebab aku nak tahu ending dia.
Assalamualaikum liza..selepas membaca entri liza tentang nyi roro kidul,mengingatkan sy beberapa tahun lepas sy pernah bermimpi berjumpa seorang wanita yg sangat cantik, berpakaian ala2 puteri jawa (busana kuning dan kain batik) selepas pulang dari mandi air terjun di daerah Kluang, Johor.tapi sy cuma bermimpi sekali tu shj dan alhamdulillah tiada apa2 gangguan selepas itu.sy juga tertanya-tanya juga siapakah gerangan wanita itu?
Uish…sungguh hebat pengalaman liza😆
Uish…hebat pengalaman tabah lah dan sabar
Semoga berjaya peroleh kemenangan. Jgn pernah putus asa liza. Allah sentiasa dgn org yg bersabar
sye prnh mimpi jgk… tp…. bnde ni bukn mcm akak cite kan tu…cuma mereka ni macam macam warna..bukan hijau je.. nk bgthu tu susah.. ni sye komen pun pun pening pening… saya keliru sebenarnya.. tapi saya buat tatau je pasal tu.. nak tahu memang la nak… tapi tak terdaya.. nak thu… tp yela… org akan anggap cerita ini hanya rekaan
Uish…hebat pengalaman tabah lah dan sabar
Sy tak pernah mimpi tp pernah nampak perempuan berbaju ala ala jawa berwarna hijau terapung di atas jalan masa tu sy on the way nk balik ke rumah..tp sy buat buat mcm tak nampak sbb benda2 mcm tu boleh tau manusia mana yg berkebolehan nampak mereka dan sy tak mau mereka mengganggu sy..
Hebat ….
Pengalaman menarik dan Luar dari kebiasaan …
seperti Tok Awang Ngah,Tok Peran dan beberapa lagi Orang2 yang terlibat dalam Hal2 Mistik …Yang membukukan pengalaman Mistik mereka ..
Semoga terus dalam Nikmat dan Rahmat Allah …
Ujian yang sedikit berbeza dari orang kebanyakkan ….
Best…sya bca dri awal..sbb mber yg tag kan link..kt fb..mmg sy ada mimpi yg plik..tdo siang..dn bygn cite sis liza tu mmg jelas fkiran dn mta sya..tp ok lagila..xdk rsa gguan atau seram ..ok..nnti sy smbung bcaan yg last..