Lagenda Puteri Saadong

“Tidaklah kemahiran patik mengubati penyakit ini,

“Tetapi jika Tuanku menghormati maruah patik sebagai permaisuri kepada Raja Abdullah, dan berjanji mengembalikan patik kepada baginda suami patik sesembuhnya Tuanku,

“Maka patik akan merawat Tuanku semampu patik sehingga terpisah kesakitan ini dari tubuh Tuanku,”

Setiap seorang anak Kelantan, pasti pernah mendengar nama Puteri Saadong. Kisah yang diwarisi zaman berzaman, dari mulut ke mulut dengan pelbagai versi.

Kisah Puteri Saadong yang dirakamkan ini, adalah gabungan beberapa versi popular rakyat Kelantan. Sebuah kisah pengorbanan seorang wanita untuk tanah airnya. Rela makan hati dan terseksa asalkan rakyatnya aman bahagia.

Mengikut cerita, Puteri Saadong anak kepada Raja Loyar dari Kerajaan Jembal. Sebagai tanda persahabatan, Puteri Saadong telah diserahkan kepada Wan Kembang, pemerintah Kerajaan Chinta Wangsa.

Wan Kembang, atau lebih dikenali dengan panggilan Che Siti telah menjadikan Puteri Saadong sebagai anak angkatnya.

Bila dewasa, kejelitaan Puteri Saadong menjadi bualan meluas sehinggalah ianya jatuh ke telinga Raja Siam yang telah menghantar pinangan untuk menyunting puteri itu. Bagaimanapun pinangan itu telah ditolak oleh Che Siti dan Raja Loyar.

Terhina dengan penolakan itu, Raja Siam mengambil keputusan menggunakan kekuatan tenteranya ke atas Kerajaan Chinta Wangsa dan Kerajaan Jembal.

Bagi menyelamatkan Puteri Saadong, Che Siti dan Raja Loyar bersepakat mengawinkannya dengan sepupunya yang bernama Raja Abdullah di dalam istiadat yang penuh gilang gemilang.

Raja Abdullah dan isterinya di anugerahkan sebuah jajahan bernama Jelasin yang dijadikan sebuah negeri dan mereka dimasyhurkan sebagai pemerintah. Ada juga hikayat yang menyebut nama negeri itu ialah Kota Mahligai, wujudnya di antara Pasir Puteh dan Kota Bharu.

Walaupun mengetahui bahawa Puteri Saadong kini sudah menjadi permaisuri kepada Raja Abdullah, ia sedikitpun tidak menghalang Raja Siam untuk meneruskan keinginannya memiliki puteri jelita itu.

Rombongan Raja Siam yang diwakili oleh pembesar-pembesar negerinya, sami-sami buddha dan hulubalang-hulubalangnya akhirnya tiba di Jelasin. Mereka telah mengadap Raja Abdullah menyampaikan perutusan Raja Siam menitah diserahkan Puteri Saadong.

“Kita tidak akan sesekali berpisah dengan permaisuri kita,” titah Raja Abdullah kepada utusan tersebut.

Maka esoknya, hulubalang-hulubalang Raja Siam telah menyerang Jelasin dengan niat untuk merampas Puteri Saadong dari Raja Abdullah dan dibawa belayar ke Siam.

Raja Abdullah telah menitahkan supaya seluruh rakyatnya mempertahankan negeri itu. Tercetuslah pertumpahan darah pada skala yang tidak pernah dilihat di negeri yang baru sahaja wujud itu.

Hulubalang-hulubalang dari Siam terpaksa berundur.

Apabila keadaan reda, Raja Abdullah dan Puteri Saadong telah berangkat melihat sendiri musibah yang melanda negeri mereka. Puteri Saadong sungguh tertekan perasaannya bila melihat ramai rakyat terkorban. Isteri-isteri kematian suami, dan ibu-ibu kehilangan anak-anak lelaki mereka.

Tidak lama selepas itu, sampai perkhabaran bahawa hulubalang-hulubalang Siam telah bersedia untuk menyerang bagi gelombang kedua dengan kekuatan tentera yang lebih besar dan kelengkapan perang yang tidak mungkin dapat ditandingi oleh kerajaan-kerajaan di Kelantan ketika itu.

Melihat kegelisahan rakyatnya dan juga kerisauan suaminya terhadap musibah baru yang akan melanda negeri mereka, Puteri Saadong akhirnya bertitah supaya dia diserahkan kepada Raja Siam dengan syarat suaminya dan rakyat negeri Jelasin tidak akan diusik bahkan akan dinaungi dari sebarang ancaman oleh Raja Siam.

Dihikayatkan, Raja Abdullah tanpa berfikir panjang telah bersetuju bahawa hanya itu sahaja jalan keluar terbaik lalu segera menghantar utusan kepada hulubalang-hulubalang Siam.

Berbekalkan linangan airmata dan hati yang hancur, Puteri Saadong tabahkan dirinya belayar ke Negeri Siam.

Keberangkatan tiba Puteri Saadong ke Negeri Siam telah diraikan dengan penuh meriah. Bagaimanapun, sebaik Puteri Saadong menjejakkan kakinya di istana barunya itu, Raja Siam jatuh gering.

Setelah beberapa hari berlalu, Raja Siam yang tidak sembuh-sembuh telah menitahkan supaya dia diusung ke kamar Puteri Saadong.

Keberangkatan Raja Siam disambut Puteri Saadong dengan hormat dan bermaruah.

“Patik lihat ada kudis di dada Tuanku, sudah lamakah Tuanku mengidapinya?” tanya Tuan Puteri itu.

“Ya,” jawab Raja Siam yang menjelaskan penyakitnya itu mula muncul pada hari keberangkatan tiba Puteri Saadong.

“Walaupun kecil, tapi sungguh bisa. Kerana bisa yang tidak mampu beta tanggung, tidak dapatlah kita bertemu lebih awal seperti keinginan beta,” titah Raja Siam.

Bahkan, lebih lama Raja Siam bersama Puteri Saadong, bertambah berdenyut-denyut sakitnya hingga hampir hilang kewarasaan baginda menahannya. Lalu disebabkan tidak tertahan lagi, baginda terpaksa meninggalkan kamar itu.

Pelbagai bomoh dan tabib dipanggil mengadap untuk merawat baginda, tetapi semakin lama, semakin merebak kudis-kudis kecil itu. Kesakitan itu amat sangat kuatnya, dan bertambah-tambah lagi bila baginda menghampiri Puteri Saadong.

Melihat kegeringan baginda mula menjejaskan pemerintahan Kerajaan Siam, ketua sami mengadap Raja Siam dan menawarkan pandangannya. Setelah bersujud sembah dan memohon diampunkan segala yang akan dituturkan, ketua sami itu menawarkan pandangannya.

Pada firasat ketua sami itu, geringnya baginda ada kaitan dengan kehadiran Puteri Saadong ke tanah Siam dan menasihatkan baginda menitahkan supaya Puteri Saadong mengadap dan mendengar pandangan tuan puteri tentang penyakit yang dialaminya itu.

Maka atas titah baginda, Puteri Saadong dibawa mengadap. Seperti sebelum-sebelumnya, bertambah-tambah sakit baginda bila berada hampir dengan tuan puteri itu.

Bertanyalah baginda Raja Siam kepada Puteri Saadong, adakah musibah yang dialaminya itu adalah atas angkara Puteri Saadong.

“Ampunkan patik tetapi pada firasat patik, musibah ini, adalah angkara perbuatan Tuanku sendiri,” kata Puteri Saadong.

“Manakan patik berdendam, atau berniat jahat kepada Tuanku, kerana kehadiran patik atas pilihan dan persetujuan patik sendiri,

“Tetapi hati patik remuk dan hancur mengenangkan kekanda patik yang ditinggalkan bersama rakyat patik yang tidak keruan menanggung derita akibat perbuatan hulubalang Tuanku.

“Manakan patik mampu berperasaan tidak baik pada Tuanku, sedangkan jiwa raga patik, dan segala perasaan patik, telah berkubur sebaik melangkah meninggalkan negeri patik.

“Patik yang hadir pada tuanku, hanya sekujur jasad tidak berperasaan lagi,” luah Puteri Saadong.

Mendengar bait-bait kata Tuan Puteri yang bersimpuh di lantai itu, bercampurlah airmata yang mengalir kerana menahan kesakitan dengan airmata menahan kesedihan di pipi Raja Siam.

“Tidaklah kemahiran patik mengubati penyakit ini,

“Tetapi jika Tuanku menghormati maruah patik sebagai permaisuri kepada Raja Abdullah, dan berjanji mengembalikan patik kepada baginda suami patik, sesembuhnya Tuanku,

“Maka patik akan merawat Tuanku semampu patik sehingga terpisah kesakitan ini dari tubuh Tuanku,”

Mulai dari saat itu, Raja Siam diasuh oleh Puteri Saadong, dijaga makan minum, diberi ubat-ubat yang disediakan para tabib, dan dibersihkan kudis-kudis itu.

Lama kelamaan, kesihatan Raja Siam beransur-ansur pulih.

Maka dipanggilnya mengadap pembesar-pembesar negeri lalu dititahkan supaya disiapkan sebuah bahtera untuk membawa Puteri Saadong berangkat pulang ke Negeri Jelasin.

Apabila Raja Siam sudah sembuh, baginda tidak lagi berlengah untuk menunaikan janjinya. Sebagai tanda terima kasih baginda kepada Puteri Saadong, baginda menghadiahkan berpasang-pasang persalinan dari sutera, batu-batu permata dan barang-barang perhiasan dan pinggan mangkuk.

Belayarlah Puteri Saadong ke negeri tumpah darahnya.

Takkala bersama pengiring-pengirinya tiba di Jelasin, kegembiraan Puteri Saadong bertukar gusar seolah mendapat petanda bahawa kekecewaan baru akan menimpanya.

Terdapat beberapa versi yang menceritakan apa yang berlaku seterusnya. Tetapi semuanya menjurus kepada satu, iaitu kepulangan Puteri Saadong tidak disambut dengan hati yang tenang oleh suaminya, Raja Abdullah.

Puteri Saadong mendapati Raja Abdullah sudah mempunyai pengganti dirinya, dan paling mengecewakan ialah dituduh berlaku curang oleh Raja Abdullah sendiri.

Tidak tahan penghinaan terhadap dirinya, sedangkan Puteri Saadong telah berkorban segala-galanya untuk suami dan negerinya, Puteri Saadong bangkit untuk mempertahankan maruah dan kali ini berjuang untuk nama baiknya sendiri.

Dihikayatkan berlaku pertengkaran di antara Raja Abdullah dan Puteri Saadong yang berakhir dengan Raja Abdullah terbu nuh ditikam dengan cucuk sanggol.

Selepas peristiwa tersebut, Puteri Saadong meninggalkan tahta kerajaan Jelasin kepada adik iparnya, Raja Rahim.

Puteri Saadong dihikayatkan mengasingkan diri bersama pengiring-pengiring dan penjaganya yang bernama Awang Selamat di Bukit Marak, berdekatan dengan Bachok dan akhirnya ke Gunung Ayam berhampiran Sungai Nenggiri.

Sewaktu Puteri Saadong bersemayam di Bukit Marak, penduduk tempatan meriwayatkan sekiranya ada majlis kenduri kendara, maka penduduk-penduduk di situ akan meminjam pinggan-mangkuk yang ditemui di sebuah gua di bukit tersebut. Pinggan mangkuk itu dikatakan milik Puteri Saadong.

Seperti yang kita duga, pinggan mangkuk itu kemudiannya ada yang pecah dan ada yang tidak dikembalikan. Ini akhirnya membuat Puteri Saadong merajuk lalu pergi mengasingkan diri ke Gunung Ayam.

Mengikut hikayat, di Gunung Ayamlah Puteri Saadong akhirnya ghaib. Ada juga cerita-cerita turun temurun yang meriwayatkan bahawa Puteri Saadong dilihat muncul setiap kali sebelum musibah besar melanda Negeri Kelantan. Antaranya sebelum banjir besar 1926 dan juga sebelum Jepun memasuki Tanah Melayu.

Di dalam banyak sebab, lagenda Puteri Saadong mempunyai banyak persamaan dengan lagenda Mahsuri dan Laksamana Hang Tuah di dalam hikayat-hikayat Melayu. Pokok pangkalnya berkisar kepada soal fitnah dan kesetiaan.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

FOLLOW FB KAMI.

457 comments

          1. Tak korang dua ni dah kenapa? Ini buat aku malas nak lepak comment dekat mana mana cerita ni. STRESS

          2. kak mami 152 je dikk.. hahaha.. gn asben pon paras bahu je.. kak mami pendek+kering.. yeke medi tak ramai kawan.. tengok gambo uptodate takkan lah.. fazahmad sila try budak medi ni.. kakak mengidam nasik minyak..

          3. Kak mami..faz kene bersaing dgn jurifs dulu kalo nk ngurat medicakk..hahaha..uishh..lapa nasi minyak la ptg2 ni..?

          4. alahhh. takde mood pulak. rilek lah. mcm tak biasa. dia nk ko. tapi ko tak layan dia. tulah penyebabnya. kotttt??

          5. faz abaikan.. meh layan mak orang beranak 3 ontheway 1 lagi ni.. begado pasal lelaki tak malu ke dik non!!!

          6. MAMI! Faz pulak yang malu bila baca comment pasal ni. Jadi menyampah pulak. Kalau Faz layan mami dia kecam gak memang dia kena lah.

          7. akak singkong. kahkahkahkah. menyembur air dalam mulut aku. HAHAHAHHAHA.

            kakak singkong! nak signnn?

          8. Memang padan lah singkong kena tanam hidup²..ubi..hahaha
            **Abai kan kalau x paham..
            **singkong jangan marah eh..haha

          9. aku tengok elok mcm abang.. faz ahmad je terus ko jadi akak ye.. gatal ovari ko singkong.. jgn smpi kak mami baling molotov.. meletup kang

          10. kalau dia kecam faz layan kak mami makan berus jamban kak mami nnt.. bio je faz.. ni sejenis pompan/ laki tak pasti.. for sure kak mami tau malam2 pelok bantal tebayang fazahmad.. ni la kameliot kelulut ni la.. jgn sampai kak mami sumpah ko jadi tong gas.. p main jauh2.. syuhhh!!

          11. Hi makcik. Belum lagi tak tahu bila nak submit ni. Banyak betul tak clear lagi ni itu pasal ditangguhkan kejap

        1. aku cuma menyampah tgk perempuan dok gedik gedik pantang nampak lelaki hensem sikit . ko jangan perasan lak faz . korang ni semua sama je kan pompan2 yg dok komen faz ni bkknye aku x tau .

          1. Hahaha..kak oii..apesal hiperbola sgt ayat kak mami ni..bekecai ovari..haha..xpenah tepikir ayat ni..???

          2. Aku handsome? HAHAHAHAHAHA. Kau ni menyemak lah perempuan dekat cerita orang. Petang petang dah meroyan nak bahan orang. Sakit otak ke? Biarlah perempuan mana pun nak comment aku yang kau meroyan sangat ni dah kenapa? Dorang dekat sini dah macam satu keluarga bagi aku. Tak salah kot dorang nak comment kalau aku ada.

          3. aku sekali weh kena dengan pompan ni…marah alien aku muka sama dengan dia… piyed kot tu wkakakaka……

          4. ehhh sorry sikit ye cik Camel.. I bukan seperti yg u pikirkan (gaya gediks sikitss). Semua yg komen kat sini pun takde nak ckp bersayang2, semuanya friendly. Yang nak stress2 knp, U ni buat I terhibur je hahahaha

          5. aku ni tak nak cakap kasar dengan orang. Tapi rasanya kau ni spesis perosak alam tau tak. Kitorang dekat sini dah macam adik beradik. Komen bersembang tak ada apa. datang je kau.. buat spoil mood. Kalau dah menyampah yg kau gigih nak scroll komen kami para perempuan ni kenapa? Sakit otak?? ke kau nak perhatian juga cuma kau tak tahu nak menyelit tang mana?

          6. ni.. ko mesti bf/asben tak ensem kan.. tu meroyan je.. lenkali cari la btul2 .. jgn tangkap muat je.. herh

          7. Alamak ko bace ke part bebal tu.haha.
            Bebal ko lain lah.
            Bebal camellia ni boleh buat kawan dengan unta je.

            Camellia ni Camel ke?

            Tanyaje

          8. Juri kau kalau nampak si camel ni kau lawan mulut sikit dengan dia. Menyirap pulak aku dengan dia ni.

            *kalaukaubuatakujanjitakkacaumedilagi

          9. yelah maira. aku ni murung sepanjang hari kena dgn jurifs. tapi takpe, disebabkan jurifs sound aku lah, membuatkan kami saling merindui. hahahahahahhaha

            #wek

          10. weh aku dah terkantoi dengan aunty sebelah time otw balik kerja dlm mrt tadi – gelak kuat time masing2 tengah tangkap lentok layan perasaan. ni semua engkorang punya pasal. nasib ada lebihan shawl kt tepi kepala aku tutupkan muka yang dah tebal ni haa huhuhu

          11. Adik-adik dan kawasan jajahan kklong sekalian, abaikan jelah Camellia tu…
            Die dh berjaya buat korg bg perhatian kat die ble korg dok berbalas2 komen die…

            Manusia kurang kasih syg mmg wujud di mana2…
            Biaq pi lah die…
            Pasni klu die komen pape, korg just ignore dan skip jer…
            Korg boraklah sesame korg jer…
            Xyah ikot mcm perangai die, kate tak suke tp bace gak komen korg satu persatu…

            Nnt lelame die bosan komen sensorg, die senyaplah…
            Klu die x give up gak, biarlah luncai terjun dgn labunya…
            Biarkan, biarkan…

          12. Betul tu kak. Makin dilayan makin dia suka. Kalau tak dilayan dia berhenti lah tu. Ini dia kak long kawasan datang. Dah sis sis semua abaikan dia tu. Buat tak nampak je

          13. Eh eehhh…
            Mcm sis sis jer plak yg meroyan…
            Rasenye abg abg pon berangen gak kat atas tu…
            Heheheheheh…

          14. Aku x setuju..tapi selapan ngan kak yulie..hahaha
            Btul tu..ignore je perempuan tu..ke dia lelaki yang nak perhatian dari perempuan..

          15. Oiii smlm aku naik bengong tau baca komen kau.. Selapan selapan tu.. Skrng baru aku paham.. Aku setuju ngan kak long kawan, selapan ngan kau, sesembilan ngan komen aku.. Hahaha

          16. Hahahaha dia ni la yg komen tak setuju, tp selapan kat komen sye smlm kot, puas nak paham sbb tu malas layan. Kuasam betul hahahaha

          17. okey..kak long da masuk..cikbambam xleh jadik batu api lg dah..
            hahaha..setuju ngn kak long..kalo die x give up kite asap kn die..hahahaha

          18. anak dara halia? hahahaha.

            kak yulie. cikbambam tak kenal mana satu halia mana satu lengkuas. tadi dia pm tanya.

          19. sorry cikbambam.

            kakyulie. lagi satu ni. cikbambam tak tahu nak bezakan daun sup dgn daun ketumbar. daun kucai dgn daun bawang.

            ??

          20. Nayoooo…
            Akk darjah4 dh jadik tukang beli bahan masak (ikan+sayur) yg bertauliah taauuu…
            Deeyyy adek maniisss, nak kena piat tinge ni…

          21. hye kak yulie,kak yulie pling bes hehe,dlu kak yulie salu bg kata semangat pernah gak share story kt fs,tapi lupe dah tajuk cta apa dah anta dulu haha? lepiu kak yulie emuah ckit???

          22. Mmg on off on off dedar demam ni…
            Telinga ni saket berdenyut2 mcm bengkak ghase…
            Huwaaa sakeettt…

          1. ermmm nak dimaki budak x cukup umur ni.. x sampai hati.. suka kau la dik… jangan sampai kena banned dengan admin dah la..

          1. kenapa? jantina kau da tukar ke? ke kau ni jadi-jadian? aku wonder ngan statement kau.. kenapa kau suka sangat bash perempuan?.. pernah kena buli ngan perempuan eh?.. or kau ni perempuan so kau tak suka dgn perempuan lain yg kondifen(Confident)?.. yang aku kondifen sgt kat kau ni adalah…… x pyh la nak bash2 orang.. baik kau komen murni2 je..

            **background music (gugusan hari2 indah bersamamu kamalia..)

          2. hahahahha haaa kan dah kena. elok2 nak baca comment n sembang murni2 ptg2 ni, tiba2 diganggu dgn comment bash2 org ni.. terbaikkk singkong

          3. hahaha Feeya. maira tunggu juga dy reply komen maira.. macam xde je.. maira tengah komen dengan abg singkong yg hensem ni… dy ckp sakit hati kn tengok pmpuan komen2 dgn lelaki hensem.. tp duk meroyan dekat komen faz je… elehhhhhhhh

          4. alaa..jeling je pun..hahaha
            xpe2..cikbambam mmg suke kongsi2 ni..
            jap g cikbambam nk kongsi jurifs dgn medicak plk..hahaha

            **hye maduku medicakkk..kahkahkah

          5. hahaha..ngeri oii aku dengar..
            yela2..g la beramas mesra ngn juju tu..
            hahahaha..aku g kacau jejaka lain..haha

          6. Sejuta Tangan Telah Menahanku
            Inginku Maki Mereka Berkata
            Tak Peduli Kau Berlari
            Mengejar Impian Tak Pasti
            Hari Ini Juga Mimpi
            Maka Biarkan Ia Datang
            Di Hatimu(2x)

            hahaha

          7. bawa2 la berhibur.. aku baca komen aku sndri pun aku terhibur.. x kan la kau x terhibur..

            #mudahterhibur

          8. cameliaaaaa, maafkan lah aku. kerna ku tak bisa temani dirimuuu. cameliaaaa

            alaaa lagu irwansyah. ko tahu tak???

          9. taknak lah aku share dgn ko. abg lah sgt! gigil lutut aku baca. sikit lagi nak tepelanting jagung aku.

            ~jgn abg2 dgn aku. lemah lutut.

          10. ff kena paham kan tipikal pompan gndong garang.. so kak mami tengah menghayati watak.. in character ni.. hahaha

      1. wei nak kena kecam gn kak mami ke? berani ko kacau maira kak mami ye pompan.. aku tampo kang bisu sebulan.. garang tak? haha

        1. huntonglah kau medi ~ orang yang kau x suka dah jatuh hati kat kau. rindu kau. hahahahahaah sebab tu orang tua2 cakap, jangan benci sangat nanti jadi suka. hahahahaha

      1. dia citer sejarah puteri saadong.

        Raja Siam nak pinang puteri tapi ditolak keluarga. Lepas tu puteri kahwin dengan Raja Abdullah.
        Sebab tak nak mengalah. Raja Siam serang negeri puteri. Pueteri mengalah & serah diri dekat raja siam sebab sayangkan rakyat.

        sampai dekat siam. raja siam sakit. Puteri tu rawat dengan syarat hantar dia balik semula. Time dia sampai negeri dia. suami dia dah kahwin lain. jadi dia merajuk & bawa diri.

        tu e yg aku boleh ringkaskan.. takde mood nak citer panjang2. hahahaha

          1. suami dy siap declare dy curang.. padahal dy nak menyelamatkan negara & rakyat dy dri serangan raja siam tu.

          1. Takpe.
            Aku baca komen dia pun aku dah happy sangat.
            At least.. aku tahu.. dia sehat..

            Kau membiusku..dengan cinta..cinta yang malu..kukatakan..

          2. Kau membuat ku berantakan
            Kau membuat ku tak karuan
            Kau membuat ku tak berdaya
            Kau menolakku acuhkan diriku

            ~jurifs kosongsatutujuh

          1. Haha..x bole singkong sebab ada kesalahan ejaan d situ..walau pun sebenar nya sengaja d eja sedemikian..haha

          2. Hahaha..terus full eh semua perkataan singkong tulis..x de pun short form..hahaha
            Better luck next try..haha

  1. Cerita ni best sebab macam lagenda2 lama. Tapi mungkin lagi sesuai kalau kau guna bahasa sekarang. Nampak macam santai2 gituuu.

    Tapi no worries, ada je yang suka baca hikayat lama2, termasuklah aku.

    Btw, Gunung Ayam ni yang dekat dengan Gunung Stong tu ke?

    Mesti ada yang pernah nampak Puteri Saadong chill2 dekat peak kan. Kalau ada yang pernah nampak tu sharelah~~

  2. kak mami parents dua dua anok jati klate.. mulut pom bau budu jah wei.. tapi bakpo kak mami tok rajin denga ni.. ni mesti bulih ko mok ayoh tak caro kisah2 lagenda..

    1. Hahaha srupo la kito mami…
      Jelasin n kota mahligai x rajin dgr lgsg.. Padahal dekat2 doh tu sbeloh KB..
      Tanyo mok kato x rajin dgr.. Oo parokk gini.. Hahaha

      Mami make budu driye? Feveret kito tu… Xmnamboh 2pingge nasi x soh.. Huhuhuu

  3. hahahah biasa dapat baca kat The Patriot jer cerita macam ni.. x sangka bleh baca kat fiksyen shasha..
    tempat puteri ni merajuk sama dengan tmpat ibu angkat nyer bertapa..
    #sejarahxkanhabis
    #budaksukasejarah
    #ciksitiwankembang
    #kelantanjiranterengganu

    1. puteri saadong bukan jadi bunian pun..
      erm nak terangkan tak pandai mana sbb takut tersalah fakta..
      banyakkan membaca itu boleh membantu..

  4. aku tgok komen sini bnyak yg syok sendri,bnyak berbual sesama sendri,baca crita xjugak,asyik nak mngondem n asyik nak mempersetankan orng lain,bhsa tak mnunjukkan bngsa,kalau nak borak sembang tmpt lain,buat grup kat whatsapp menyemak je,yg sinfaz ni dlu elol jer komen reply org sejak bergaul dgn yg lain2 tu,terikut lak perangai mlt puaka

    1. ko ingat kome2 tu sume bace ke ? tidak nak chat cintan cintun aku tgkkan . faz pun melayan sgt pompan2 tu sume , itu yg jadi makim mengadee ngadee semua tu . selama ni jd silent reader je tp tibalah masa aku hadirkan diri memberontak . huhuhuhu .

        1. Fungsi jari ni ada macam-macam sebenarnya.

          Korek hidung, menaip, menulis dan sebagainya.

          AKU RASA GOBLIN NI TAK FULLY UTILIZE JARI DIA UNTUK BELAJAR

          SCROLL LAJU-LAJU BENDA YANG KO TAK SUKA

          TAK SUKA BOLEH JALAN

          SUKA SILA JOIN

          1. Mmg pun aku scroll , yg sorang tu lancang mulut dia,belum kna cabai lagi dok ckp org lain ovari pecah astagfirullah mulut,ckp diri hamil ank ke3 otw tpi mulut xjga,pastu ada ckp setan2kan org,wak tu malaikat ker?tanya jer..cik kak en abg yg mnyalak tu,kalau komen korang bernas,ku tgok komen korang bnyak merapu sgt,kalau nak ngorat g tanya nom fon ngorat kat hp,jgn sini eleh,medicak2 macam gabungan nama cicak bgus dlastik ada gak pahala,kecam skt dah kecut mncarut geng sajat ker?asal cikbambam masuk aku tkt ke?saper dia?ketua gengster?kahkahkah

          2. walaikumsalam,alhamdulillah bawa ajak bersolat,jgn bawa kearah mulut puaka yer cikbambam yg manis mcm lolipop,dah solat dah tadi dek mnis,lepas tgok komen2 “syok sendri” trus abam solat untuk tenangkan hati

          3. Bro Grim_reaper, apa pndapat lu pasal citer puteri saadong nie..aku rasa ok jugak kan..cuma takde la seram mane..pada pndapat lu mcm mane plak bro..

          4. Ko jangan main-main nama MEDICAK tu.
            kang aku yang lempang ko dulu..

            Tukang komen kat sini bukan formal.
            Banyak kepala masuk air..
            Ko nak komen formal ko pergi main e-mail ke g-mail tu.

            Kalau takut dipersetankan. Jangan berumah di fikcen cacaaaa

          5. elok lah dari ko yg mcm TEMBIKAI. heh. mengata orang je. ko pon sama. bajet nama grim reaper taik. bangkitlah dari dunia fantasi ko tu.

            #akulambatsikitje

          6. haha.. mak anak 3 otw sorang datang ngadap.. pecah ovari turn on tros baca komen ni.. haha.. jeles la tu tak dpat join kami

          7. meh la try cili aku.. nak tengokk kau ke aku menggelupur.. boring la kau ni.. tak suka tapi gigih baca komen aku ye..

    2. alahhh si goblin ni. sebelum merapu kebanyakkannya dah komen utk story dulu. lain kali baca satu per satu since goblin dah cakap AKU TENGOK KOMEN SINI BANYAK SYOK SENDIRI. jangan dibaca tang syok sendiri tu je…

        1. apa-apalah Grim_reaper… aku tak minta pun orang duk cakap cerita aku share best ke tak.. dah admin publish.. kalau rasa nak baca.. baca. kalau tak nak.. tak payah. aku tak paksa pun. Tapi THANK YOU SO MUCH DEARIE… sebab kau baca juga cerita aku yang tak best tu kan?? hahaha okaylah… dah zohor ke belum ni??? wudhuk tu boleh bagi kau bertenang sikit kut…

          1. Tak semua minat bacaan berunsur sejarah ni cik writer..so mungkin bg dia tak brapa best la..bg aku pulak menarik juga sb aku tak pnah tau pun cite puteri saadong ni..keep writing n posting..kang takde org menulis nak post ape pulak dkat FS nie..nganga ha si admin tu..huhu

    3. kau tgk dp aku.. hebat x?..

      1. syok sendri,bnyak berbual sesama sendri,baca crita xjugak,asyik nak mngondem n asyik nak mempersetankan orng lain (aku baca setori tau..kenyataan ni bole d kategorikan sbgai pitonah)
      2. yg sinfaz(Si faz) ni dlu elol(Elok) jer komen reply org sejak bergaul dgn yg lain2 tu,terikut lak perangai mlt puaka (Betul la bahasa tak menunjukkan bangsa)

      3. kakwang sehat tak harini? dr mula bangun tadi sampai la tgh hari ni ada perkara buruk yg jadi ke kat kakwang? kakwang pun jgnlah asyik nak kondem orang juga.. admin da letak comment box kat atas tau.. x suka komen kenapa nak sekerol sampai bawah? tak pasal2 hati sakit sendiri..

      yang benar
      (singkong&keju)

          1. Ya medicakk..mak aku asal orang jepun yang kawin dengan ayah aku dari portugal..hahaha..x lah..aku orang Malaysia juga..cuma mak dengan ayah aku je orang Filipina..
            sebut je RC macam member yang lain tu..haha..

          2. mak melayu + bapa melayu = aku orang puteh

            **tips puteh : jangan pernah hilang air smbahyang..

            tips apa haha dah mmg mcm ini dr kecik..

          3. Hahaha..busy tu jadi PM..dari a.m sampai p.m busy memanjang..buang daerah..wah dapat lah juga merantau secara percuma..haha

          4. yelah kat aku je.

            ehhh ko ni kn. mulut ko tu kan, siap ko. jubakekan sesukati ko je.

            sentap ni tau.

            #hatiperempuan. kahkahkah

          5. takut la kat apa yg kau ckp/tulis ni.. takut hari kemudian jd kat kau pula.. aku sebelum ni pun buat kerja aku je.. drop komen ikut suka hati.. x fikir apa pun.. benda simple take it easy la.. dont make it hard.. sama2 da besar panjang.. kalau kau nak join conversation tu kau join.. kalau kau tak suka kau diam.. kalau ada benda yg kami bahas tu x kena di hati.. minta maaf la sbb mmg x bole kita puaskan hati semua orang..

            **ni nak minta maaf awal2 la.. sbb slagi mood masih ada kami x kan stop borak2 kat page ni.. melainkan admin block user or page deleted or comment section disable..

            so kak pilihan di tangan anda.. take it or leave it.

          6. eh apa pulak terjadi dekat aku,aku tgok korang yg suka mengutuk sini sana dengan puak2 korang tu.selama ni aku diam.jer,ops lupa lak puak korang ni satu dcuit suma mengelupar,mcm ikan piranha satu umpan jatuh semua ngap2 umpan. pandai cakap suma dah besa pjg yg ko tu xsdsr diri ke,bila org mengata korang melenting jugokkkk

          7. aku x melenting pun.. aku senyum je kat opis ni.. x mati pun kalau kena kecam.. skrng ni aku nak tanya siapa yg wujudkan terms “puak2” tu?

          8. Ko rilek la grim..
            aku kadang2 pun puak2 ni pun aku kutuk jugak.
            Tapi diorang tak ada nak butthurt macam ko tu.

            Some says:

            If you cant stand, sit

            Dah la berambus dari sini.
            ko komen banyak2 kang jadi macam kami.
            orang tak suka. kah3

          1. Aku pun rasa mcm nak curang la sebentar.
            Hai bunga,
            kalau awak bunga, saya pepatung.huhu

          2. tq sepai cakk..aku baca je td..nasib baik kat nset aku xleh reply..pehal tah xleh reply..
            kalo blh reply aku da selit2 komen kt situ da..kahkahkah

          3. Uishh seram pula maira dengan cikbambam ni. pantang diseru muncul terus. hahaha

            **abg singkong maira di hack tau.. kah!

          4. haha x pe.. abg singkong paham.. kita sama2 d hack..oleh siapa tu kita x bole ckp la.. haha

            **gambar kat atas tu shapinas selamat ke?

          5. hahaha..cikbambam tesedak karipap td..
            terus terpikir sape la sebut2 den ni..
            mesti keje si maira & medicakk..

            **hebat kan cikbambam..hihihihi

  5. boleh ke gali sejarah keturunan raja jembal.
    aku salah 1 keturunan jembal.
    tapi aku sendiri tak tahu susur galur keturunan raja jembal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.