Kesan ilmu itu

Kisah masa aku berumur 16 tahun, di tahun 80an dulu. Masa itu disebabkan tersangat bercita-cita nak menjadi Pegawai Tentera, aku pun join Persatuan Bulan Sabit Merah.

Dan idola aku pun setuju.” Dia adalah Leftenan Nor- Peg Wanita yg aku rasa lebih

mantap dr lelaki “

At least aku dah ada basic lasak dan kawad kaki, sebagai persedian aku sebelum aku menjadi Tentera.

Kebetulan masa tu tradisi latihan PBSM telah diubah menjadi lasak dan lebih kepada “outdoor training” untuk kekuatan jati diri dan cara kendalikan pesakit yang cedera di tempat laluan hutan dan lain2.

Kebetulan ketika itu ada dua orang bekas Pegawai Tentera, seorg Leftenan Komando dan seorang lagi Major dari unit biasa.

Masa tu Komando itu tak layan aku mungkin ingat aku perempuan tak layak menjadi tentera. Dan sebab masa itu aku kurus tinggi, rupa aku pun ala-ala anak india yang kerja cari ketam di laut. Aku dulu taklah perempuan yg cantik dan komando tu suka yang gedik2 hahaha. Aku pula bukan bangsa itu pula.

Tapi masa yang sama, rupa2nya dia perhatikan kemampuan dan kesungguhan aku. Semasa aku menjalani satu Kursus Ketua Pasukan PBSM, dengan jati diri dan kesungguhan aku, aku telah di nobatkan sbg Penuntut Wanita

terbaik. Dan tiba2 pengumuman dibuat. Aku juga dinobatkan sbg PENUNTUT

TERBAIK KESELURUHAN. Mengatasi budak2 lelaki yg over active dri aku.

Sejak itu dia layan aku seperti seorg tentera. Bukan seorg perempuan biasa2. Masa itu dia bercerita dengan “kami-kami” kisah cara dia menuntut ilmu.

Komando yang memburu komunis yang ganas dan zalim yang maha

hebat. Pada zaman 70an, komunis kekal dengan ilmu kebal, ilmu pelindung yg mampu berlindung hanya dengan sehelai daun lalang. Ada yang ghaib depan mata semasa serangan bertindak balas. Ada yang hanya kasut saja berjalan sendiri. Ada yang hanya kepala je yang berjalan sendiri. Malah ada senjata je yang berjalan sendiri. Orang nya tak mampu di lihat dengan mata kasar.

Ada juga anggota pasukan keselamatan yang d*****h dengan kejam. Ditembak bull, tepat di kepala, tepat di jantung. Dan hilang tanpa dikesan awalnya. Bila jasad di temui, jantung dah hilang, otak hilang, di tebuk dan dilapah oleh pengamal ilmu sihir perang oleh komunis2 tersebut.

Tugas mencabar itulah yang buat anggota pasukan tentera mencari ilmu yang lebih kurang sama, supaya mampu melawan serangan pasukan komunis yang sangat

hebat semasa itu.

Pada mereka, “Kalau aku tak b***h musuh, musuh yang akan b***h aku”.

Bermulalah menuntut ilmu kuat, ilmu kebal, ilmu penunduk, ilmu yang pelbagai.

KOMANDO ROSLAN yang menjadi idola aku masa tu ada ilmu yang sangat handal. Dia mampu terbang melayang2, dia mampu berdiri gah di atas pelepah pisang. Terapung2 tanpa goyang. Dia boleh mengubat org yg terkena gangguan histeria, yang kena sihir dan macam2 lagi.

Ilmu yang dia tuntut memang sangat ngeri. Dia ni ada lebih kurang sikit ilmu dari idola aku Mendiang DATUK KANANG ANAK LANGKAU. juga banyak lagi yg aku dah lupa. Ramai lagi Pejuang Tanahair yg gugur yg ilmu yang sangat

mantap.

Komando Roslan cerita lagi, tuntutan dia memerlukan satu kekuatan yang luar biasa.

Sekiranya Pengganas yang dia sendiri b***h, dengan senjata dari kedua belah tangan dia, dengan menggunakan ilmu yang dia tuntut.

Dia wajib

” MELAPAH OTAK PENGGANAS TERSEBUT DAN MAKAN SECARA MENTAH2, UNTUK ELAK DARI TERKENA BADI MAYAT ! “

Kami yg mendengar dia bercerita ada yang muntah terus di situ. Komando Roslan hanya gelak kecil dgn keadaan kami. Seorg anggota lelAki yg bercita-cita utk jadi Komando pun tiba-tiba pitam, bila dengar cerita ngeri itu.

Alhamdulillah ia berbeza yg terjadi kpd aku. dari kisah itu, aku jadikan itu sebagai kekuatan untuk aku mjadi seorang Pegawai Tentera walaupun BUKAN setaraf Komando Roslan.

Masa zaman Operasi Gerak Khas zaman itu, berlaku lambakan jasad Anggota Pasukan Keselamatan yg gugur terkorban dan lambakan Jasad Anggota Pasukan Komunis yang maut bertempur dengan Group Komando Tanahair.

Masa itu, Komando Roslan kata, berlaku serangan balas para ilmu pada malam hari.

Jasad hitam mundar mandir di jasad2 Anggota Komunis yg telah kaku. Mungkin tuntutan mencari jasad tuan2 mereka yang telah terbujur kaku. Berterbangan langsuir di tengah2 hutan belantara lokasi serang gempur Group Komando. Dengan bunyi tangisan bertalu-talu. Bunyi serangan balas sana dan sini walaupun serangan telah berakhir.

Malam itu, bagi menurut kehendak Tuntutan Ilmu yg dia tuntut, sebab ketakutan yg melampau Komando Roslan, dengan pisau ramboo yang tajam berkilat, melapah otak-otak dari kepala pengganas yang berjaya dia tembak m**i dan memamah makan mentah2.

Selepas itu memang satu keajaiban. kekuatan muncul semula dan hilang rasa takut dia mlm pesta makhluk ghaib yang ganas.

Ketakutan yang melampau wajib dihadap oleh mereka. Bagi yang islam ada yang tak henti2 berzikir dan membaca al quran beramai2. Bagi yang bukan Islam ada yang terpaksa mabuk untuk hilangkan ketakutan yang melampau.

Menunggu Helikopter landing ambil masa yang lama. SudaH masuk hari kedua. Cuaca buruk membuatkan Heli tidak boleh mendarat untuk membawa keluar Jasad Anggota Keselamatan yg telah terkorban mula membusuk. Itulah pengorbanan anggota tentera kita zaman dulu2.

Kesan dari kisah itu, ramai kawan-kawan aku yang berangan jadi hero, berangan jadi komando dan berjemaah menuntut ilmu dari Komando Roslan.

Apa yang aku dapat tahu, mereka berjaya berdiri di atas sebatang pelepah pisang dengan segaknya. Mereka mampu untuk melayang bebas berjalan dari satu pelepah ke satu pelepah. Ada yang boleh mengubat orang.

Selepas itu, aku tarik diri keluar dr Pasukan itu kerana Di terima Memasuki Dunia Ketenteraan.

Selepas 10tahun berlalu secara tidak sengaja semasa aku ke Hospital uruskan Mak aku sakit tahun 90an, aku terjumpa kawan lama aku. Zali.

Zali, membuka Mukadimah yang sangat menyedihkan aku sebabnya, Zali telah menjadi seorang Pesakit Jiwa dan sering di Warded kerana meracau, mengamuk sendirian. Zali cerita kesan dari menuntut itu dia jadi macam orang gila, tak mampu untuk menolaknya. Berbagai usaha untuk pulihkan dia, langsung tidak berjaya.

Nak dijadikan cerita, satu hari aku merayau-rayau di Kampung tempat tinggal Komando Roslan. Dan aku agak-agak kalau itu rumah dia. Aku pun singgah.

Isteri Komando Roslan masih ingat aku lagi. Aku masa itu telah pun menjadi Leftenan. Kisah sedih, hasil dari tuntutan Komando Roslan, seorang anak tunggal perempuan dia sakit yang tidak dapat dikesan puncanya dan akhirnya meninggal dunia.

Masa itu, tiba2 Komando Roslan balik dari kedai. Kami berborak lama. Cara borak Komando Leftenan dan Leftenan Unit Peperangan. Sama topik tapi lain lain-lain zaman.

Aku ada sebut kisah gangguan SAKA keluarga aku. Komando Roslan kata, dia ada Mbah Tok Guru dia, yang berada di Bukit Tinggi Indonesia dan mampu menolong aku.

Selepas seminggu berlalu, Komando Roslan hubungi aku,

“KENAPA KAMU TIDAK BAGITAHU SAYA, ILMU YANG KAMU ADA?

MBAH BAGITAHU SAYA, ILMU KAMU LEBIH TINGGI DARI SAYA.

SAYA NK JUMPA KAMU SEGERA”

Bertalu-talu Komando Roslan hubungi aku.

Aku hanya bertahajjud, aku hanya ahli zikir, aku jaga puasa sunat yang berpanjangan, aku amalkan bacaan surah2 tertentu sahaja, itu yang aku beritahu Komando Roslan. Aku tiada menuntut ilmu.

Tapi Komando Roslan tidak percaya.

Akhirnya aku tukar no handphone aku. Dan tahajjud sebanyak mungkin minta dijauhkan dari segala musibah. Aku putuskan hubungan dengan Komando Roslan dan mudahan dia selamat dunia dan akhirat sekiranya dia masih hidup lagi.

Sekiranya dia telah kembali ke penciptaNya. Alfatihah buat dia. Semoga diletakkan dlm golongan orang yang beriman

Aamiin YRA.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 53 Average: 4.1]

1 thought on “Kesan ilmu itu”

  1. Ceritanya ada persamaan sedikit dgn perang Lahad Datu. Dpt tahu musuh pakai ilmu hitam dr tentera2 yg cedera. Sbb tu myt anggota pertahanan kita dilapah. Sy masa tu bertugas di Sandakan

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.