Laluan Mereka

Hi semua, kisah ini diadaptasi dari sebuah cerita benar yang terjadi kepada penulis. Cuma nama sahaja ditukar. Kisah ini berlaku di sebuah ibu negeri adat Perpatih dimana terdapatnyas sebuah IPTA. Terima kasih admin jika cerita ini disiarkan.

Kayla memerhati dari luar keadaan rumah sewa barunya sebelum melangkah masuk bersama 6 lagi rakan rumahnya yang lain. Sebaik melangkah ke dalam rumah sewa baru ini, bau bunga melur semerbak memenuhi ruang tamu. Kayla memandang sekeliling dan memandang ke luar untuk melihat sekiranya tuan rumah ada menanam bunga melur. Namun hampa, bunga yang dicari langsung tiada. Rumah teres 2 tingkat itu kelihatan begitu suram walaupun landskap di dalam rumah itu kelihatan agak moden dan tersusun. Kayla mendaki perlahan anak tangga untuk ke biliknya yang merupakan bilik utama. Tiba-tiba Kayla terperasan suatu kelibat hitam berlari dengan sangat laju dari biliknya ke bilik tengah iaitu bilik rakannya, Syera dan Nisa. Kayla cuma berfikiran positif kerana mungkin badan dan fikirannya terlalu penat sehingga terbayang sesuatu yang mustahil. Setelah seharian mengemas dan menyusun atur apa yang patut, Kayla merebahkan badannya ke atas katil di dalam bilik utama sementara menunggu 2 lagi rakan biliknya. Tanpa sedar, matanya terlelap di atas tilam empuk yang telah disediakan oleh tuan rumah kerana terlalu penat.

Sewa yang murah berbanding rumah sewa yang lain walaupun kawasan perumahan ini diklasifikasikan sebagai kawasan perumahan yang agak elit, berdekatan dengan kampus dan sekeliling yang agak tenang merupakan antara faktor Kayla memilih untuk menyewa rumah ini bersama rakan-rakannya. Rumah teres ini mempunyai 3 bilik di atas dan satu bilik di bawah. Ruang tamu di bawah yang agak besar serta ruang tamu di bahagian atas dijadikan sebagai tempat belajar dan perbincangan bersama rakan-rakannya memandangkan mereka semua adalah rakan sekelas.

Ceritanya bermula apabila pada suatu malam, Kayla mengulang kaji pelajaran sehingga larut malam. Disebabkan meja belajarnya terletak di ruang tamu atas dan berdekatan dengan koridor, Kayla membiarkan pintu sliding door terbuka luas. Langsir sliding door terbuai-buai ditiup angin malam yang dingin. Kesemua rakan rumahnya sudah lena memandangkan kuliah mereka akan bermula pada pukul 8.30 pagi keesokkan harinya.

Sedang khusyuk mengulangkaji pelajaran, Kayla terkejut dek bunyi guruh yang berdentum kuat. Telefon bimbit dicapai lalu Kayla melihat angka jam. Sudah pukul 2 pagi rupanya. Kayla menyambung mengulangkaji pelajaran dan membetulkan cermin matanya dan berkira-kira untuk tidur pada pukul 2.30 pagi. Sedang leka memahami konsep-konsep yang diajar oleh pensyarahnya di dalam kelas siang tadi, Kayla terdengar tapak kaki seseorang berlari naik tangga dan terus ke bilik rakannya. “Ah perasaan aku sahaja,” bisik Kayla di dalam hatinya.

Tidak lama selepas itu, dari sisi cermin matanya, Kayla terlihat kelibat berambut panjang berlari turun dan naik tangga. “Okay ada benda nak bergurau ni…”

Tanpa berfikir panjang, Kayla terus bangun dan masuk ke biliknya, berselubung sehingga ke pagi.
Keesokan harinya, Kayla pergi ke kuliah seperti biasa dan pulang ke rumah setelah kuliah habis. Malam itu, Kayla bersama rakan biliknya mengulangkaji di meja belajar masing-masing yang terletak di ruang tamu atas kerana mereka mempunyai “test” pada keesokkan harinya. Sudah menjadi kebiasaan Kayla dan rakan biliknya untuk belajar selepas waktu isyak. Sedang mereka leka menghafal dan memahami, tetiba salah seorang rakan rumahnya, Syera menerpa ke arah Kayla dan rakan-rakan biliknya. Keadaan Syera ketika itu dalam keadaan yang sedang ketakutan. Kayla dan rakan biliknya, Erin dan Malin serta seorang lagi rakan bilik Syera, Nisa cemas melihat kelihatan Syera.

***
Kayla: Syera, kau kenapa Syera?
Syera: Tadi aku dalam bilik tengah study. Nisa tak ada dalam bilik. Lepas tu aku dengar ada suara perempuan panggil nama aku. Lembut je suara dia. Aku ingatkan Nisa panggil aku. Dia panggil 2 3 kali lepas tu senyap. Aku pun sahut je la. Lepas tu aku dengar suara gelak mengekek dalam toilet. Slow je suara dia.
Kayla: Kau salah dengar kot ni Syera? Ke Bella ada dekat rumah?
Syera: Tak, aku pasti aku tak salah dengar. Bella tak ada dekat rumah, Dia ada tournament dekat Kedah. Aku tak tipu and Aku tak pakai earphone pun korang.
Masing-masing terdiam. Riak ketakutan jelas terpancar di wajah setiap orang. Pada masa yang sama, mereka dikejutkan dengan bunyi pintu bilik Syera ditutup dengan kuat dan diketuk dari dalam. Tidak mungkin angin kerana cuaca pada hari itu sungguh panas. Bau harum bunga melur semerbak juga tiba-tiba muncul di ruang tamu atas ketika itu. Malin dan Erin saling berpegang tangan dan Kayla memegang Syera yang ketakutan. Lantas, Nisa memanggil lagi 2 orang rakan rumah mereka dibilik bawah iaitu Echa dan Adlina untuk bersama-sama membaca Yassin di ruang tamu bahagian atas. Usai membaca Yassin mereka menyelesaikan ulangkaji yang terbantut sebentar tadi.
Keesokan harinya setelah kuliah, mereka bersembang di kedai makan yang terletak berhampiran dengan kampus mereka. Sudah tentu kejadian semalam menjadi topik hangat mereka.
Nisa: Korang okay tak tidur semalam?
———Masing-masin mendiamkan diri———–
Nisa: Erin? Malin? Kayla? Echa? Adlina?
Malin: Tak, tidur aku terganggu malam tadi?
Syera: Kau dengar apa?
Malin: aku tak tahu la nak cakap macam mana, tapi aku rasa macam ada sesuatu cakar atau sesuatu seret dekat dinding. Bunyi dia ngilu sangat.
Kayla: Kau Syera?
Syera: Sebenarnya, malam tadi aku dengan Nisa kena lagi. Aku dengan Nisa tidur lewat lepas baca Yassin tu sebab kitaorang sambung study. Lepas tu masa nak tidur, kitaorang dengar bunyi something tengah typing dekat laptop. Laptop Nisa dekat lantai masa tu. Bunyi dia seram gila wey.
Nisa: Aku ingatkan aku sorang je yang dengar, Rupanya Syera pun. Aku nak tengok dekat bawah katil tapi aku tak berani. Tapi bunyi dia jelas macam tepi aku je.
Syera: Aku rasa macam ada something la dekat rumah kita ni.
Echa: Sebenarnya aku dari first masuk rumah aku dah rasa environment rumah ni negative. Tapi mula-mula aku fikir ni perasaan aku je. Aku rasa mcm rumah ni “kotor”.
Kayla: hmm mungkin “benda” ni saja nak gurau dengan kita. Kau Erin?
Erin: Aku bangun pukul 4 pagi tadi sebab nak study. Aku dengar ada someone tengah kacau coffee dalam bilik Bella. Aku tau Bella tak ada sebab dia ada tournament dekat Kedah. Slow je bunyi sudu dan cawan dia berlaga. Ting Ting Ting. Aku tak tau la korang. Aku makin takut.
……………….Masing-masing diam melayan perasan sendiri…………………
Pada hujung minggu tersebut, Syera, Nisa, Echa, Adlina dan Malin perlu pergi ke Port Dickson kerana aktiviti kelab di kampus mereka. Cuma Kayla dan Erin yang tinggal di rumah. Memandangkan rumah sewa mereka ini besar, kesunyian dan keseraman jelas terasa. Pada malam itu, Kayla dan Erin menyiapkan “prototype” mereka yang perlu dibentangkan di dalam kelas. Kayla mengambil keputusan untuk duduk bersila di hadapan pintu bilik tidur mereka kerana “lighting” yang cerah. Sementara itu, Erin duduk di atas katil dan menyiapkan “slides” pembentangan mereka. Kedudukan Kayla ketika itu betul-betul menghadap bilik Syera dan Nisa yang tidak bertutup. Suhu di dalam rumah ketika itu begitu panas sehingga menyebabkan mereka membuka penghawa dingin. Tetapi aneh, keadaan masih panas biarpun suhu penghawa dingin ketika itu adalah pada 16 darjah Celsius.
Mereka leka menyiapkan kerja masing-masing sehingga Kayla terperasan dari ekor matanya, ada sesuatu berambut panjang sedang memerhati mereka dari bilik Syera dan Nisa. Ya, kelibat yang sama tempoh hari. Tetapi Kayla masih berlagak tenang dan tidak gelabah walaupun hanya tuhan yang tahu betapa gundah perasaannya ketika itu. Keadaan sekeliling sunyi. Sungguh sunyi. Bulu roma Kayla merinding tiba-tiba. Bau bunga melur semerbak memenuhi ruang tamu di atas ketika itu. Tiba-tiba Kayla dikejutkan dengan bunyi pintu masuk bawah yang digegar dengan sangat kuat ibarat mahu roboh. Kayla tersentak dan melihat Erin. Erin masih tekun menyiapkan kerjanya.” Eh takkan Erin tak dengar apa-apa?” Bunyi pintu yang digegar dengan begitu kuat diselang selikan dengan bunyi tombol pintu yang mahu dibuka dari luar. “Takkan bunyi angin kot? Dekat luar tak ada angin dan ribut pun?” Kayla berbisik sendiri. Dari bilik Syera, Kayla terdengar bunyi sesuatu sedang gelak perlahan. Sungguh seram gelaknya. Bulu roma tegak berdiri dan Kayla mula membaca surah-surah al-Quran tetapi satu surah ibarat terkunci dari dilafazkan dari mulutnya. Tiba-tiba, Erin menerpa ke arah Kayla. Hampir tercampak “prototype” mereka ke atas tangga akibat terkejut.
Erin: Kayla kau punya phone dekat mana?
Kayla: Atas meja study aku. Kenapa?
Erin: Okay jom kita keluar sekarang
Erin terus mencapai kunci keretanya dan apa yang patut di atas katil dan berlari turun tangga seperti tidak cukup tanah. Kayla yang bagaikan mengerti apa yang tersirat juga berlari seperti tidak cukup nafas. Di dalam kereta, Erin menggigil memegang stereng kereta. Manakala Kayla pula tidak henti-henti membaca Ayat Kursi. Mereka mengambil keputusan untuk tumpang bermalam di rumah rakan sekelas mereka yang lain.
Erin: Kayla, aku dah cakap, ada sesuatu yang tak kena dekat rumah kita tu. Tapi aku tak tau nak cakap macam mana.
***Kayla hanya mendiamkan diri*****
Erin: Kayla kau dengar tak apa yang aku cakap ni? Kau ada menyanyi tak tadi Kayla masa tengah siapkan Prototype?
**Kayla menggelengkan kepala**
Erin: Kayla takkan kau tak dengar langsung? Sunyi kot rumah tadi?
Kayla: Aku tak dengar la Erin.
Erin: Aku dh agak weh, dah agak.
Kayla: Kenapa Erin? Jangan bagi aku cuak boleh tak?
Erin: Kayla kau tahu tak aku dengar ada suara perempuan tengah humming? Aku ingat tu kau. Ataupun phone kau yang tengah berbunyi. Lepas tu macam ada sesuatu tengah gelak mengekek, Slow je bunyi dia Kayla. Takkan kau tak dengar Kayla??
Kayla: Tak, aku tak dengar apa-apa. Aku Cuma dengar pintu bawah kena gegar lepas tu macam ada sesuatu tengah pandang kita dari bilik Syera. Benda tu rambut panjang. Lepas tu aku dengar ada orang ketawa and semerbak bau bunga melur. Bau dia sebijik masa kita baca Yassin dulu.
Erin: Subhanallah, asal kau tak bagitau aku?? Aku langsung tak dengar pintu kena gegar ke apa ke. Kita kena panggil yang the rest balik ni. Aku dah tak sanggup nak hadap rumah berhantu macam ni.
Kayla: Sabar beb. Kita call Syera dulu.
***************************************************************************
2 jam selepas itu, Syera, Nisa, Malin, Echa dan Adlina balik dari Port Dickson sejurus mendengar apa yang telah disampaikan oleh Erin. Pada malam itu juga, mereka memanggil Ustaz untuk “melihat” rumah mereka. Rupa-rupanya, rumah mereka itu adalah laluan makhluk halus dan seperti yang dijangkakan rumah mereka sebenarnya sangat “ kotor” ditambah pula rumah itu sudah lama tidak berpenghuni. Setelah dinasihatkan oleh ustaz, setiap hari mereka akan membaca surah Yassin bersama-sama dan memasang surah-surah suci al-quran di ruang tamu apabila malam menjelang.
Walaupun kadang-kadang masih ada gangguan dan bau bunga melur masih ada tetapi ianya tidaklah seteruk ketika mereka mula-mula mereka menduduki rumah sewa ini. Amalan membaca surah Yassin dan memasang ayat suci al-quran ini berterusan sehinggalah mereka berjaya menamatkan pengajian masing-masing di IPTA ini. Sesungguhnya pengalaman seram mereka ini tidak akan terpadam dari kotak memori mereka sepanjang bergelar pelajar.

Sekian,

Syurga Burung

17 thoughts on “Laluan Mereka”

    • nama sendiri pun dah letak nama yang tak elok. sebab tu nampak sangat tak ada adab menghina orang macam tu.

      Reply
  1. Ya.Allah. kesian nya ank2 ni nk bljr kena ganggu…trpikir jgk klu ank mama pulk mcmane nnti klau dh msuk u atau kolej…minta dijauhkan…
    Ingat Allah saje yea ank2…niat dihati dtg merantau semata2 nk beljar…smbhyg jgn tggal..
    Slm syg dari mama didie ..😘

    Reply
  2. Adoii..tiba2 terkenang peristiwa lalu masa masuk asrama form1😂. Sang ‘h’ tunjuk rupa. Berpurdah kauu..nasib la masa kental. Bolw tenung lg dia pulak yg lari

    Reply
  3. Jalan cerita yang menarik dan tersusun. Grammar yg teratur, tak pening kepala aku baca. Tak kisah pun ada perkataan bahasa Inggeris dlm susunan ayat sebab kadang2 ianya perlu dan tidak merosakkan struktur bahasa. Ending yang menarik dan sedap mata memandang sepanjang proses pembacaan. Overall Pir bagi 5 stars.

    Reply

Leave a Comment