Laluan ‘Mereka’

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada peminat dan admin fiksyenshasha. Cerita yang bakal saya kongsikan ini merupakan pengalaman aku sendiri beberapa tahun lalu. Nama saya A. Tahun 2012 merupakan tahun aku menduduki peperiksaan STPM dan tahun yang sama juga mak aku kahwin lagi setelah perkhawinan dengan bapak aku tidak berpanjangan. 3 hari sebelum bermulanya exam STPM, aku minta izin mak aku untuk tinggal dirumah yang bakal kami duduki selepas mak aku tamat menjalani kursus di Maktab Perguruan di Sabah. Kecut perut juga time minta izin tu. Yalah, dahla perempuan, nak tinggal sorang memanglah parents risau.

Setelah dapat kebenaran, petang tu aku berangkat dari rumah nenek dan bersihkan apa yang patut dalam rumah tu memandangkan rumah tu sudah hampir 3 bulan tak berpenghuni. Pukul 5 aku dah siap-siap mandi, kunci pagar rumah, tutup tingkap dan start buat ulangkaji di ruang tamu. Pada masa itu perabot diruang tamu hanya ada kabinet, televisyen kecil dan kipas sahaja. Keadaan agak sunyi. Memang sesuailah kalau nak buat ulangkaji last minute. Sekitar pukul 8 malam, lampu dibilik kecil disebelah kiri ruang tamu berkelip-kelip, ‘on-off’.

Sekali, dua aku biarkan. Masuk ketiga, aku dah berdiri nak switch off lampu tu. Tapi bilik tu tak boleh buka walaupun tombol tu boleh pusing 180┬░. Aku ni dah mula rasa lain-lain sebab petang tadi elok je aku masuk bilik tu dan aku yakin aku tak lock pintu tu dari dalam. Selepas aku baca Ayat Kursi, barulah pintu tu boleh buka. Then aku cepat2 gapai suis lampu tapi suis lampu tu memang Off. Aku pun cepat-cepat keluar dari bilik tu, tutup pintu dan meneruskan ulangkaji. Sampailah aku terlelap diruang tamu.

Pukul 2 pagi aku terjaga dari tidur disebabkan aku terdengar seperti pinggan pecah, kuali seperti ada orang memasak. Dalam beberapa minit aku terdiam sambil berfikir, “adakah orang lain di rumah ni┬áselain aku? Atau orang pecah masuk semasa aku tidur?”. Tapi mustahil aku tak dengar kalau orang buka pintu gate sebab jarak aku dengan pintu utama masuk rumah tidak jauh. Lepas tu aku tersedar yang bunyi didapur sudah tidak kedengaran lagi. Suasana kembali senyap. Tapi kali ni aku dengar bunyi tapak kaki yang lembab diatas tikar getah menuju ke tempat aku berbaring.

‘Ciakkciakkciaak’ semakin dekat. Aku bingkas bangun dan berpura-pura tenang mengemas buku-buku ku dan masuk ke bilik mak aku. Aku ingat pesan orang-orang tua dulu, ‘Semakin kita takut dengan ‘benda’ ni, semakin ‘benda’ tu suka dengan kita.’ Aku ni bukanlah dikategorikan berani tapi tak jugalah penakut macam adik aku nombor 2. Nama je lelaki tapi penakut. Haha

Okay, selepas kejadian tu aku tak bagitau mak aku atau sesiapa. Aku diam dan buat tak tahu kalau dah dengar yang bukan-bukan yang penting aku tak nampak sosok-sosok paranormal. Kekekeke.
Selepas seminggu, adik aku datang nak temankan aku. Sebab hujung minggu dia takda exam (SPM). Malam tu lepas makan aku tidur bilik kecil, dia tidur bilik sederhana besar bersebelahan dengan bilik aku. Biarpun lampu dia suka main-main aku kena beranikan diri sebab adik aku lagi penakut. Pukul 3 aku dengar dia ketuk pintu aku. Dia suruh aku tidur buka pintu. Aku sebenarnya tak biasa nak tidur dengan pintu bilik terbuka.

So lepas setengah jam aku tengok dia dah terlelap aku tutup balik pintu bilik aku. Tak lama macam tu dia ketuk lagi sekali menyuruh aku membiarkan sahaja pintu bilik aku terbuka. Kali ni aku akur sebab dah penat dan mengantuk. Keesokan harinya, lepas aku siapkan sarapan, aku cuba kejutkan adik aku, sebab selalunya dia bangun awal. So time nak kejutkan tu, badan dia panas sangat. Tapi dia tak menggigil macam dia selalu demam. So aku pun pegang cuping telinga, kaki, tangan dan ubun-ubun dea semua sejuk. So aku call nenek aku, (nenek aku pandai mengubat sikit-sikit) dan bagitau pasal keadaan adik aku, lepas tu nenek suruh aku hantar adik aku jumpa dia sebab nenek cakap dia dah keteguran. Kebetulan pakcik aku nak ke rumah nenek aku, so aku pun minta tolong pakcik bawa adik aku sekali sebab aku nak jumpa kawan aku Be dan Ca.

Be dan Ca dah janji nak temankan aku malam tu sebab aku bagitau adik aku sakit tapi aku tak bagitau adik aku mungkin keteguran sebab kalau Be dan Ca tau, kemungkinan besar dorang taknak temankan aku. Hehehe. Pukul 5 petang kami dah sampai kat rumah. Kami duduk diruang tamu, bercerita, berketawa. Be dan Ca duduk atas lantai while aku duduk atas kabinet berhadapan mereka. Hari dah nak gelap, nak masuk maghrib. Sedang kami berbual tiba-tiba aku terpandang cermin (yang memantulkan kawasan dapur dan tandas) dan nampak seorang perempuan berambut putih menutupi muka, berbaju putih dan bongkok keluar dari dapur. Selepas aku kelipkan mata, perempuan itu tidak kelihatan lagi. Aku cepat-cepat meminta tolong Ca untuk membukakan lampu didapur dan ditandas tanpa menceritakan apa yang aku nampak.

Setelah mak aku pulang dari kursus, barulah aku menceritakan semua pengalaman aku dari A-Z. Mak aku tak percaya walaupun adik aku yang keteguran tu menceritakan apa yang dia nampak sebelum dia keteguran. Malam tu dia nampak seorang perempuan tua mundar-mandir dikawasan ruang tamu sehingga ke bilik di mana dia tidur. Tapi mak aku hanya berdiam sehinggalah bapa tiri aku nampak seorang budak kecil berlari ke dapur dan memanggil ustaz untuk membacakan doa selamat dan tengok rumah tu.

Selepas semua selesai, ustaz tu bagitau kami bahawa rumah tu merupakan laluan ‘mereka’ yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar sebab rumah tu sudah lama dibiarkan kosong. Sejak itu, aku tak pernah nampak atau ‘bertembung’ dengan ‘mereka’. Tapi kelibat yang lalu diekor mata tu masih kelihatan sekali-sekala. Bunyi didapur? Masih kedengaran setiap malam.

.

Si Bibir Merah
Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

One comment

  1. Mantap postnya bro!

    Ketik like? jika kalian setuju. Taip amin dan anda bakal masuk syurga. Yang mengabaikan post ini bakal ke neraka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.