Lambaian Terakhir

Assalamualaikum admin dan pembaca sekalian alam.Ingat lagi dak kat Kak Hawa? Alaa sapa biasa baca kisah Kak Hawa share sebelom ni pasai Bangunan R***a tu? Yang hampa pakat tegeliat lidah baca kisah tu? Kali ni Kak Hawa nak kongsi cerita bukan pasai kisah hantu sangat, tapi ada kaitan la dengan bayangan yang masa tu Kak Hawa ja boleh nampak.

Untuk pengetahuan hampa, mak Kak Hawa dah meninggal tahun 2011, dah 6 tahun dah mak kesayangan Kak Hawa tinggalkan Kak Hawa. Mak Kak Hawa dikebumikan di kampung kat Aloq Staq, Kedah. Mak meninggal sebab sakit kanser payudara tahap 4. Kak Hawa pulak keja kat KL. Jadi bila Kak Hawa balik kampung Kak Hawa selalu la ziarah mak Kak Hawa ni. Tengok la, kadang-kadang cik abang sayang sibuk Kak Hawa ziarah sorang, kadang pi dengan cik abang, kadang dengan kazen Kak Hawa, Along. Kisah Kak Hawa ni bermula bila satu hari tu Kak Hawa balik kampung, mintak Along temankan Kak Hawa pi ziarah mak. Kami pi naik keta comel Along.

Sampai ja kat tanah perkuburan tu, Kak Hawa dengan Along turun sama-sama. Siap baca Al Fatihah, dan sudah ‘sembang’ dengan mak, Kak Hawa ajak Along balik. Sampai kat kereta, Along kalut (sibuk) cari kunci keta dalam beg galas biru dia tu, sambil masa tu mata Kak Hawa melilau tengok kat pagaq pemisah tanah perkuburan dengan masjid tu. Sambil Along duk beletiaq (berleter) cari kunci kereta dia tu, mata Kak Hawa duk melilau tengok kubuq mak sambil ngomel pelahan, “mak, nanti Hawa mai lagi tengok mak na. Kami sekeluarga rindu dan sayang mak sangat”. Kubuq mak Kak Hawa dekat sebelah pagaq ja. Dah tu Kak Hawa sorot balik mata Kak Hawa ke pagaq tadi.

Tiba-tiba mata Kak Hawa nampak something. Macam orang pakai telekung, tapi ‘dia’ duk disebalik pagaq, maksudnya dikawasan tanah perkuburan tu. Along panggil, “woi, kaih la (cepat la), Along lama dah tunggu dalam keta ni woi”. Kak Hawa reling (jeling) kat dia sambil kata slow, “hang ni Along muka sikit punya ayu, garang nak mampoih (mati)”. Along sengih macam kerang busuk. Kak Hawa pun masuk dalam kereta, duk depan sebelah Along. Mata Kak Hawa duk tengok pagaq lagi. Eh ada lagi la. Tapi kali ni ‘dia’ duk lambai pulak kat Kak Hawa. Kaku. Kak Hawa peqati (perhati) ja dari jauh. Bila Kak Hawa tengok betoi betoi hati Kak Hawa spontan ‘Mak!!’.

Masa tu ayaq mata Kak Hawa tuqun macam tak qeti (boleh) nak beqenti dah. Kak Hawa boleh qasa yang mak nak bagitau Kak Hawa terima kasih mai melawat mak. Terasa macam tu la. Bila sampai kat traffic light, along tolak bahu. “Oi aku sembang dengan hang tau, bukan sembang dengan stereng ni”, sambil juih (muncung) bibir dia ke depan. Kak Hawa toleh kat Along. Dia tekejut. Dia tanya, “Sepa (Pasaipa) wei??”. Kak Hawa cerita kat dia apa Kak Hawa nampak tadi. Dia pun pujuk Kak Hawa, ‘nanti kita mai ziarah lagi na’ sambil gosok lembut belakang Kak Hawa.

Sampai kat rumah Kak Hawa cerita kat adik adik. Sedih. Sampai sekarang duk tengah taip ni pun Kak Hawa teringat lambaian dari mak tu. Kenapa Kak Hawa tulis tajuk carita ni ‘lambaian terakhir’? Sebabnya lepas tu Kak Hawa duk pi ziarah tak nampak dah benda yang jadi tu. Sebab tu tajuk dia macam tu. Ni Kak Hawa bawak sekali pesanan penaja kat hampa yang duk baca ni, kalau hampa ada mak ayah lagi hampa jaga la sebaiknya, sebab kalau depa (mereka) takdak hampa boleh tengok gambaq ja lah, dah tu jadi macam Kak Hawa sembang dengan tanah kubuq ja.

Selalu la baca surah Fatihah kat depa sama ada depa masih hidup atau meninggal dah. Ingat noh. Satu lagi hat perempuan hampa jaga-jaga lah dengan breast cancer, rasa tak kena ja pi lah cek na. Benda ni bukan main-main. Kak Hawa tau macam mana ‘sengsara’ mak Kak Hawa dulu. Tapi sekarang mak Kak Hawa dah happy dah alhamdulillah.

Dah. Pi peluk cium mak ayah hampa kaih (cepat). Lap ayaq mata hampa tu. Satgi jangan salahkan Kak Hawa pulak orang teguq awat (kenapa) hampa reyau (nangis). Nanti kot Kak Hawa ada story lagi Kak Hawa story mory na.

Sekian.wasalam.

13 comments

  1. Allah….sayu sebak meruntun hati ni…
    Awat la Kak Wa mai share pasai mak, automatik ayaq mata ni meleleh.
    Pagi-pagi dah reyau ni Kak Wa……kami lama dah tadak mak abah. Lama dah sangat dah….. πŸ™
    Kisah Kak Wa kali ni, tak tau nak habaq lagu mana. Walaupun setiap yang dah meninggai, tadak apa-a[a berkait dengan urusan dunia, terputuih sudah, tapi hati ni, bila nampak jadi lagu tu kat kuboq, memang sedih yang tak tergambaq, ayaq mata ja yg bulih terangkan. Allah…..rindu dengan nenek, mak, abah…
    Tima kasih Kak Wa…………………………………..
    Pagi yang hening…………………………………………………………………….

    1. Apid…
      Sedih tau wpon esok dh nk blk kg…
      Lg sedih akk rase terkilan sbb byk kesenangan yg akk kecapi arini x dpt akk kongsikan dgn arwah abah dlu…
      Jd sedaya mgkn akk akan cube tunaikan hajat mak+mak mertua…
      Wpon kdg2 org nmpk mcm membazir, tp akk sebolehnye nak tebus rase terkilan tu…

    1. Mmg jelmaan sbb roh xde kena mengena dgn hal keduniaan…
      Tapi bile jelmaan tu menyerupai org yg kita syg, rase sedih+gembira tu mmg x dpt dielakkan…
      Dlu mase arwah abah sakit,selama 40hari akk+anak sulung (18bln) stay kt kg teman mak jage abah…
      Tp perancangan Allah…
      Akk blk JB semggu sbb nk sign dokumen beli umah…
      Ditakdirkan mse blk tu abah pon pergi…
      Lps kebumi, setiap hari kami ziarah ‘rumah’ abah…
      Anak akk yg 18bln ni setiap hari ble g kubur die akan seronok sensorg…
      Siap gelak2 mcm kena agah pastu lambai2 bagai…
      Tanyelah lambai sape, die akn tunjuk satu arah smbl ckp ATOK…ATOK…
      Allahuakbar…luluh rase hati…
      Bile nk blk mesti die akn pandang luar tgkp…kdg2 senyum, kdg2 muke sayu…
      Akk tau tu semua jelmaan yg hanya bebudak boleh nampak…
      But kids never lie kan…
      Ape yg die nampak, itu yg die bgtau…
      Ats perancangan Allah jelmaan tu dlm bentuk arwah abah, atok yg mmg sgt ank akk rindukan…
      Selama 40hari jage atok sakit, rutin die setiap pagi bgn tdo panjat katil atok pastu kiss banyak2…
      Tetibe blk sekali lg atok dh xde…
      Meraung2 anak akk ni meratap katil atok yg dh kosong smbl ckp ATOK ILANG…ATOK ILANG…
      Mmg jelmaan tapi ats izin Allah utk membahagiakan hati yg rindu…
      Wallahualam…
      Sorry…terEMO plak kat slot blog seram ni…
      Huhuhuhuuu….

  2. Baru je lepas dengar satu ceramah ada sebut pasal roh ni. Ustaz tu kata bila ada org ziarah kubur mmg Allah akan hantar ruh yg diziarahi ke dunia sebentar pd wk2 diziarahinya kemudiankemudian Allah akn ambil semua run tu. Lebih detail boleh pergi ustazΒ². Wallahu’alam.
    Itu yg sya fahamdr ceramah tu, klu dalah maafkan sya dan boleh perbetul. Peace no war.

    Mungkin itulah ruh ibu kak yg sebenar Allah nk bagi lihat sbb kak rajin melawat kubur mak kak. Wallahu’alam.

    1. ye tak ni..tak pernah dengar pun..ustaz mana,rakaman kt youtube ada tak aku nak tengok..ada hadis berkaitan….tak pernah aku dengar roh kembali ke dunia nak tengok keluarganya….

      biar betul kau budak…aku cepuk gak kepala kau ni….dah ler typo sana sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *