Langsuir di Telok Murok

Sebelum nak p berperang ni teman ada satu cerita lama nak disampaikan . Lama dah cerita ni , zaman Parti Semangat 46 dulu . Tahun 1995 lebih kurang . Waktu tu teman duduk menyewa d Kg Teluk Murok , dekat2 dgn Pangkalan TLDM , Lumut . Teman waktu tu bujang “trang tang tang” . Teman menyewa sebuah rumah nelayan , Aruah Wak Malaya nama tuannya . Aruah ni org kuat parti Semangat 46 , mlm2 geng2nya akan berkumpul di kedai runcit beliau , klu keluaq muka Dr M dlm berita TV wkt tu mcm2 respon tmn dpt tgk , kdg2 menghiburkan juga .

Rumah sewa tu sebulan kena bayaq RM 70 . Mahai tak kira dah waktu tu , pasai zaman teman posting dulu , 7 bulan baru dapat gaji . Entah kerani silap buat macam mana entah ,bulan 7 baru dpt gaji . Jenuh la teman menebaikan muka pi minta pinjam sana , pinjam sini . Zaman tu hidup sebatang kara diperantauan , tiada teman tempat mengadu . Nak makan pun susah wkt tu .

Teman nak cerita ni bukan pasai Semangat 46 , juga bukan pasai hidup susah . Teman nak cerita ni pasai hantu langsuir . Teman ada pengalaman berjumpa dengannya dan teringin berjumpa lagi sebab ada satu dua persoalan yang bermain di fikiran teman . Rumah sewa teman tu dekat benor dgn laut (Pantai Teluk Murok) , tapi dilindungi oleh semak samun dan ladang kelapa . Belakang rumah adalah banjaran gunung kecil yang menganjur sampai ke Teluk Batik dan “OBS” .

Pada suatu malam , teman tak ingat dah bulan berapa . Lebih kurang pukui 11 malam , teman meniup seruling bambu untuk mengubat kerinduan kepada seseorang . Setelah teman mengumandangkan dua tiga lagu (bukan lagu A.Ramli dgn Maria Bachok ye) , klu tak silap teman lagu Sheqal yakni Pasrah dan Cinta Nusantara. Tiba2 hujan turun dgn lebat . Teman pun berenti dan berbaring , selalunya teman pasang kelambu . Jarang benor teman x pasang kelambu . Tp mlm tu hujan turun lebat jd tak ada nyamuk datang berkawan . Teman pun lenalah dalam belaian bunyi hujan lebat yg bercumbu dgn atap zink , menghasilkan irama yg syahdu . Hanya dapat difahami dan dihayati oleh golongan marhain seperti teman ini .

Tiba-tiba dlm lingkungan pukui tiga pagi . Teman terjaga dari tidur . Mata teman memandang tepat ke arah jaring jendela yang dibuat drpd besi “BRC” , dari jaring jendela itu teman nampak sehelai kain warna putih melayang masuk melalui lubang “BRC” itu . Ia menyusur angin , melayang perlahan . Kemudian jatuh di atas lantai papan di tepi tilam hapak teman . Lama kelamaan , kain itu membentuk satu jasad lemabaga seperti seorang wanita . Rambutnya mengerbang . Matanya bulat memandang tepat ke muka teman . Taringnya panjang dan tajam . Anehnya waktu itu teman langsung tak rasa terkejut atau takut . Begitu juga dgn makhluk itu , dia pun tak takut memandang teman . Dan dia pun tidak menakutkan . Lama dia merenung teman , kemudian tangannya bergerak2 . Kukunya yang panjang dan tajam , menyucuk2 lengan dan badan teman . Dia seperti menge”check” sesuatu . Waktu teman menaip ini , masih lagi teman merasai runcing kukunya menikam lembut kulit teman yang kurus kering membalut kerangka itu . Sampai sekarang , bila dikenangkan , teman akan merasa sentuhan itu . Mungkin dia sedang mencari calon suami kot ketika itu , mungkin teman tidak menepati cita rasanya . Sebagai langsuir , sudah tentulah beliau ingin mencari pasngan yg hodoh2 . Jadi wajah teman yg lebih kacak sedikitĀ  ini mustahillah akan menjadi pilihannya .

Setelah beberapa ketika suasana itu berlaku . Telinga teman telah mendengar sayup2 dari jauh suara salakan anjing . Makin lama makin dekat . Dan dekat . Dan dekat . Akhirnya anjing itu sampai ke bawah rumah teman dan menyalak tidak berhenti-henti . Makhluk itupun terkejut dari lamunannya , ia bingkas sedar dan bertukar menjadi kain putih kembali dan melayang kembali menyusur angin dan pergi jauh melepasi lubang jendela itu . Ekor mata teman menghantarnya jauh ke puncak gunung itu . Cahaya lampu dari jalan , jelas menampakkannya melayang pergi dalam samar2 cahaya . Teman pun tersedar dari tidur , rasa macam dipukau pun ada . Aruah Wak Malaya pun datang dgn tergesa-gesa menghalau anjing2 berkenaan . Setelah anjing2 itu pergi , Wak Malaya duduk bersama teman di tangga rumah , sambil bercerita tentang ayamnya yang diserang oleh anjing . Ayam-ayam itu bertenggek di bawah rumah sewa teman tu . Daripada cerita ayam dibawanya ke cerita Semangat 46 kemudian beliau menyumpah seranah Dr M , teman pun tumpang sekaki . Nak jaga hati org tua , walaupun teman sendiri pun menghadapi satu persoalan yg tidak mendapat jawapan . Teman tidak mahu bertanya kepada aruah akan hal itu kerana teman bimbang beliau mentertawakan teman ataupun dia ketakutan dan menumpang tidur di rumah teman pula . Teman rasa tak tahan juga , sebab walaupun tilam teman tu berbau hapak , tapi badan org tua tu lebih hapak dari itu .

Esoknya teman bertanya akan perkara itu dengan Cikgu2 lama (senior) yg sudah lama mengajar d SMK Pangkalan TLDM . Mereka menyatakan bahawa apa yg teman jumpa itu adalah langsuir , dia bukan nak buat apa2 kata depa . Dia mungkin kesian kat teman yang kesunyian waktu itu . Lepas dari peristiwa itu , banyak kali jugalah sahabat2 teman tu bawa anak2 sedara perempuan depa untuk diperkenalkan kepada teman . Kononnya untuk mengubat sunyi , supaya teman boleh jatuh hati dan mendirikan mahligai bahagia . Tapi hati teman waktu tu sudah dimiliki sampailah kini.

Sampai sekarang persoalan teman ini tidak terjawap . Betulkah makhluk langsuir itu datang berjumpa teman . Atau teman hanya bermimpi . Tapi klu bermimpi takkanlah dalam pukul 3 pagi tu aruah Wak Malaya boleh datang berjumpa teman . Bercerita dari anjing sampai ke ayam , disudahi dengan memaki Dr M . Teman ingin berjumpa dgn makhluk itu sekali lagi dan memohon penjelasan daripadanya tentang beberapa perkara . Sungguh……… Teman ingin berjumpa dengannya lagi .

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

16 thoughts on “Langsuir di Telok Murok”

  1. Ms zaman tu teman UMNO yeop…kalo lah teman tau mcm ni rupa Tun M…elok ms dulu tu dia kalah teruk ngan KuLi…idak jd mcm skrg ni…aper pon labon miker mmg ngetop…mcm tulah sebenarnya langsuir ni…nampak mcm kain putih jer…best

    Reply
    • Orang tua bela saka tu menyusahkan je. Teman masih UMNO, walaupun saka tua tu idup lagi dan menyusahkan orang Melayu… idok le teman tau mana datangnya berbiliun biliun anak pinak kaya raya…. kununnya suci…. kepala bapak keling karala tu yop!

      Reply
  2. Alhamdulillah. Terima kasih kerana sudi kongsi cerita saya ni. Cerita ini saya tulis dalam FB sebenarnya. Ini adalah pengalaman sebenar yang saya lalui.

    Reply
  3. Teman ghase ni salah mike le jugak. Masa langsuyor tu tengah nyucuk nyucuk badan mike, idak pule mike nanye pada langsuyor tu kenapa dia macam tu. Mungkin betui dia cari calon suami. Untong le mike.

    Reply
  4. Rasa tak sudah je cerita ni sebab tak tau ngapa datang dan pergi begitu saja tanpa penjelasan. Berjaya meninggalkan kesan di kotak fikiran

    Reply

Leave a Comment